AYUH ADIK ADIK MAHASISWA, PAKAT TURUN MENYATAKAN SUARA ANDA YANG SEBENAR... LAKUKAN PILIHAN YANG TEPAT DI PILIHAN RAYA KAMPUS 2012/2013!!
Wednesday, September 19, 2012
#PilihanRayaKampus kembali.................
Salam kembali kepada semua,
Mari para adik adik mahasiswa kenalpasti dan ketahui seterusnya turun untuk mengundi mengikut tarikh yang telah di tetapkan bagi setiap universiti masing masing :
Mari para adik adik mahasiswa kenalpasti dan ketahui seterusnya turun untuk mengundi mengikut tarikh yang telah di tetapkan bagi setiap universiti masing masing :
UNDILAH CALON YANG MEMBAWA SUARA ANDA DI MEDAN YANG BENAR!
Sunday, June 17, 2012
' Mamat Ini ' Kelirukan Umat Islam !
YBhg. Ustaz Ismail Mina adalah sahabat lama YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun beliau bangkit menyampaikan hujah-hujah beliau mengenai siapa diri sebenar Anwar Ibrahim.
Beliau bukanlah pemimpin politik mana-mana parti, tetapi atas dasar Agama Islam, beliau sanggup ke seluruh negar
Monday, June 11, 2012
Sunday, June 10, 2012
HIMSAK setuju tindakan Menteri KPT
KOTA BHARU – Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) menyifatkan gertakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghentikan sementara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah kena pada tempatnya.
Presidennya, Faizal Daud berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi menguji kemampuan sebenar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam isu pemberian pendidikan percuma.
Katanya, ia memberikan pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya membuat janji kepada rakyat terutama generasi muda.
“Tindakan dan gertakan yang dibuat Datuk Seri Khaled Norden kena pada tempatnya. Ia menunjukkan betapa pentingnya PTPTN kepada rakyat terutama golongan pelajar.
“Pihak tertentu perlu sedar mereka tidak boleh senang-senang membuat janji bulan dan bintang kepada rakyat sekiranya mereka tidak mampu melaksanakan janji-janji yang dibuat,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru Unisel.
Mohamed Khaled berkata, penarikan balik itu berikutan rayuan dan penjelasan Unisel bahawa universiti berkenaan tidak berniat memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
“Unisel juga mengakui PTPTN penting untuk pelajar, justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini, saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,” katanya.
Khamis lalu, Mohamed Khaled dilapor mengesahkan PTPTN telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar Unisel bertujuan memberi peluang kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.
Pembekuan pinjaman itu mula disedari pelajar Unisel berdasarkan semakan di ruangan forum laman rasmi PTPTN yang memaklumkan permohonan pinjaman mereka ditangguhkan buat sementara waktu.
Mohamed Khaled dilaporkan berkata, berikutan penarikan balik pembekuan tersebut, pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel akan dilaksanakan seperti biasa tanpa syarat atau peraturan baru dikenakan.
Begitupun, tegas beliau, penarikan balik pembekuan itu tiada kaitan dengan kritikan yang dibuat pihak tertentu berikutan tindakan tersebut.
“Keputusan menarik balik pembekuan ini hanya setelah rayuan dibuat oleh Unisel di samping penjelasan yang telah diberikan universiti berkenaan berhubung pendidikan percuma,” katanya.
Sementara itu, Faizal berkata, pembekuan itu juga telah memberikan kesedaran kepada banyak pihak.
“Pembekuan itu menyedarkan mahasiswa atau pelajar bahawa tidak mudah untuk mendapat sesuatu yang percuma.
“Dalam masa yang sama dapat dilihat bahawa ramainya pelajar memerlukan PTPTN .
“PTPTN seharusnya perlu diteruskan bagi meneruskan kelangsungan pembelajaran tinggi rakyat Malaysia diteruskan seterusnya menjadi bangsa yang berpendidikan dan dihormati,” katanya.
Berita yang boleh membuatkan LIM GUAN ENG kecut perut
NIBONG TEBAL 10 Jun - UMNO Pulau Pinang berjaya menarik lebih 15,000 anggota baru sejak empat tahun lepas dan percaya sokongan orang ramai terhadap parti itu semakin meningkat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebahagian daripada mereka yang mendaftar menjadi anggota baru UMNO itu adalah anggota parti dan penyokong tegar pembangkang.
"Mereka terpanggil untuk memberi sokongan kepada UMNO setelah menyedari kerajaan negeri DAP tidak memberi perhatian kepada orang Melayu.
"Sehingga kini kita ada lebih 150,000 anggota UMNO di Pulau Pinang dan saya percaya lebih ramai lagi akan menyertai kita dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Udang di sini hari ini. - BERNAMA
BN Kedah dapat keistimewaan lagi?
ALOR SETAR 10 Jun - Barisan Nasional (BN) akan mempunyai manifesto khas bagi Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti bagi mengetengahkan apa yang akan dilakukan BN jika dapat menawan semula negeri ini.
Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pada PRU-13 nanti, BN Kedah akan mempunyai dua manifesto iaitu manifesto di peringkat pusat dan manifesto khusus untuk Kedah.
"Kita akan bincang dengan (BN) pusat. Ia merupakan janji-janji kita jika menang di Kedah ini. Ia bukanlah janji kosong tetapi janji-janji yang memang kita sentiasa tunaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini malam tadi.
Beliau berkata, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Jumaat lepas adalah bagi membolehkan rakyat Kedah melihat sendiri janji-janji BN yang ditunaikan.
Sementara itu, Ahmad Bashah meminta pemimpin dan anggota UUMNO serta parti komponen BN supaya tidak terlalu memikirkan peristiwa hitam PRU-12 yang menyaksikan BN kehilangan penguasaan ke atas Kedah. - BERNAMA
BR1M fasa kedua bakal diterima oleh rakyat???
KULIM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
“Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq,” katanya kepada lebih 30,000 pengunjungpada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini Jumaat.
Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
“Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy’ (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield’ (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara,” katanya.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlakurevolusi Arab atau ‘Arab Spring’.
Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gajipenjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawatawam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.
Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.
“Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.
“Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat,” katanya. – BERNAMA
Ini tanda Tuanku Sultan Johor 'murka' kepada Nizar Jamaluddin?
Seperti yang umum sedia maklum, tindakan bekas MB Perak YB Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan dengan harga RM520K terhadap no plat WWW1 oleh DYMM Tuanku Sultan Negeri Johor baru-baru ini mendapat kritikan dan ketidakpuashatian ramai pihak terutama anak-anak Negeri Johor.
Malah, Tunku Mahkota Johor juga telah membalas kenyataan YB Nizar itu melalui laman Twitter Baginda ketika itu yang menjawab kembali segala persoalan yang cuba dipersoalkan oleh YB Nizar.
Dan kini DYMM Tuanku Sultan Johor telah memalukan sekali lagi YB Nizar dengan meletakkan no plat WWW1 itu ke sebuah kereta Proton keluaran negara kita, yang sebelum ini cuba dipersoalkan oleh YB Nizar takkan no plat semahal itu hendak diletakkan di sebuah kereta Proton atau sebiji motor.
Nizar Jamaluddin dikantoi dan dimalukan lagi...
Pengajarannya ialah, jangan kita terlalu ego dan biadap dengan Kesultanan Melayu...
Friday, June 8, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)













