Friday, October 31, 2008
MACAM-MACAM CERITA PASAL RAZAK BAGINDA...
LAPORAN UTUSAN MALAYSIA
Abdul Razak amal puasa sunat sepanjang penahanan
31/10/2008 2:44pm
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda, 48, yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini, berkata, amalan berpuasa sunat menjadi rutin harian beliau sepanjang 22 bulan tempoh penahanannya.
Abdul Razak yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini, hanya mengungkapkan berulang kali perkataan `Alhamdulillah ’ apabila diminta reaksi di atas pembebasannya itu.
Beliau bagaimanapun berkata, satu sidang akhbar berhubung pembebasannya akan diadakan pada masa terdekat dan meminta wartawan tidak menunggu di hadapan rumahnya.
LAPORAN UTUSAN MALAYSIA
Saya mahu pulang - Razak
31/10/2008 2:42pm
SHAH ALAM 31 Okt. - ``Saya hanya mahu pulang ke rumah,'' itulah reaksi yang diberikan oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan beliau daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan seorang warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini.
Abdul Razak yang memakai kemeja putih berseluar hitam yang diiringi isteri, Mazlinda Makhzan dan anaknya, Roweena, 20, bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya pemberita tentang perasaannya selepas keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin.
Walaupun beliau diasak oleh pemberita dan jurugambar yang ingin mendapatkan reaksinya, namun, Abdul Razak hanya mengukir senyuman sebelum beredar dari perkarangan mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Volvo kira-kira pukul 10.05 pagi ini.
- Utusan
LAPORAN HARAKAH DAILY
Bapa Altantuya kecewa, keputusan cemar imej kehakiman
M Khaleel Kas Fri Oct 31, 08 12:34:08 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mengecewakan bapa mangsa berkenaan.
Dalam satu maklum balas kepada wartawan sebentar tadi,Dr Shaariibuu Setev melahirkan kekecewaan dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin.
Walaupun dua tertuduh lain iaitu Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diperintah untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut,namun keputusan tersebut masih tidak memuaskan hatinya.
Katanya, keputusan tersebut bakal mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.
Tambahnya,beliau akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kehakiman dan Kementerian Luar Mongolia untuk membuat rayuan keputusan kes hari ini.
Dalam keputusan pagi tadi, memutuskan terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul.
Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.
Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.
Manakala, Sirul yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.
Sementara itu, pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.
Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.
Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.
Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.
Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi. - mks._ _
LAPORAN UTUSAN MALAYSIA
Saya bersyukur dibebaskan: Abdul Razak
KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya berpuasa hari ini sebagai tanda bersyukur," kata Abdul Razak Abdullah Baginda kepada pemberita yang menunggu di rumahnya di Damansara, petang ini.
Beliau ditemui selepas pulang daripada menunaikan solat Jumaat, beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkannya pembebasannya daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
| Reactions: |
Razak Baginda bebas - KES ALTANTUYA
Razak Baginda bebas... Azilah Hadri dan Sirul Azhar diperintah bela diri October 31, 2008 : 10.19 AM
LAPORAN AGENDADAILY
Pengalisa politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh warga Monggolia, Altantuya Shariibu pagi Jumaat.Bagaimanapun dua tertuduh lagi Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membela diri tas tuduhan membunuh wanita tersebut. Hakim Datuk Mohd Zaki Md. Yasin ketika membaca keputusan perbicaraan itu berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie ke atas Razak. Azilah dan sirul dituduh membunh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara jam 10 pagi 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.
Manakala Abdul Razak pula dituduh bersubahat membunuh wanita berkenaan. Perbicaraan kes pembunuhan yang berprofil tinggi ini berlangsung selama 151 hari bermula November 2006 dan seramai 84 saksi pendakwaan telah memberikan keterangan. - 31/10/2008
LAPORAN HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. IklanMahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.
Pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.
Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.
Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.
Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.
Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi. - mks._
LAPORAN UTUSAN MALAYSIA
SHAH ALAM 31 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.
Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan. - Utusan
LAPORAN BERITA HARIAN
| Reactions: |
Thursday, October 30, 2008
5 DALIL SEBAB UMNO DITOLAK MAHASISWA...!!!

Saya tertarik dengan ungkapan oleh Bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa Umno seolah-olah menyekat kemasukan para belia yang memiliki pendidikan tinggi untuk bergiat aktif dan berjuang dalam Umno.
Beliau berkata bahawa :"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan. Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan,"
Laporan ini boleh diikuti di Harakah Daily. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17608&Itemid=1
Pemerhatian dan pemikiran penulis:
2. BETUL kenyataan Tun Dr. Mahathir itu kerana jika dilihat secara mendalam, Umno bagaikan ‘TIDAK MENGHARGAI’ golongan mahasiswa ini. Malah kadang-kadang langsung tidak diendahkannya. Sebagai contoh yang ketara ialah, di dalam Harakah Daily terselit sebuah ruangan atau kolum ‘politik kampus’ di LAMAN UTAMA web tersebut. Ini mengambarkan bahawa PAS menghargai dan mendengar suara ‘murni’ mahasiswa. http://www.harakahdaily.net/
3. BETUL kenyataan Tun Dr. Mahathir itu jika dilihat pula ‘akhbar emas’ Umno iaitu Utusan Malaysia yang amat susah untuk mencari berita tentang suara dan isi hati anak-anak muda (mahasiswa) yang berpendidikan tinggi ini. Jika ada pun hanyalah berita NC atau TNC terima cek sumbangan zakat daripada CEO syarikat gergasi. NC dan TNC bukan ‘mengambarkan’ suara sebenar mahasiswa dalam hal ini. Malah tidak hairanlah ada sekumpulan anak muda telah melancarkan kempen tak nak membaca Utusan Malaysia.
4. BETUL kenyataan Tun Dr. Mahathir itu. Jika dilihat suasana politik Malaysia (terutama Umno) kini, tiada langsung penyerapan atau pengamalan politik ilmu atau k-politics sedangkan yang ada adalah politik wang atau m-politic. Mahasiswa yang berpendidikan tinggi yang bergelumang dalam ‘gedung ilmu’ iaitu IPT sudah tentu membanggakan ilmu dalam kehidupan termasuk politik. PAS pula dilihat ada unsure-unsur k-politic melalui penyerapan ilmu-ilmu agama Islam dalam organisasi atau politiknya. Sebab itulah golongan yang berpelajaran tinggi ini menyokong PAS dan ada juga PKR, yang penting PAKATAN RAKYAT BUKAN BARISAN NASIONAL.
5. BETUL kenyataan Tun Dr. Mahathir itu. Umno kini amat rakus mengejar wang di mana-mana sahaja. Pemimpin Umno (tidak semua) TIDAK lagi memperjuangkan hak orang Melayu untuk 50 tahun akan datang. Oleh itu, mahasiswa yang akan mewarisi Malaysia dalam tempoh 50 tahun mendatang melihat Umno seolah-olah ingin MEMBUNUH Melayu dalam zaman akan datang. Yang menderita dan papa kedana bukan Pak Lah, Najib, Muhyid, Mat Tyson atau Md Ali, tapi mahasiswa dan anak muda sekarang. Pemimpin tertinggi Umno sekarang boleh sahaja nak buat apa yang mereka suka kerana mereka tidak lama hidup didunia jika nak dibandingkan dengan mahasiswa sekarang (merujuk kepada umur). Oleh itu, segala dosa-dosa dan kerakusan Umno kini akan DITANGGUNG 100% oleh mahasiswa dan anak muda kini. Sebab itulah golongan berpendidikan atau cerdik ini menolak Umno kerana golongan ini pandang 50 tahun akan datang bukan 5 minit akan datang!
Sebenarnya, banyak lagi dalil-dalil yang boleh saya beri dalam hal ini. Tetapi pada fikiran waras saya, cukuplah hanya 5 dalil ini diketengahkan untuk santapan dan pencuci otak sesetengah pemimpin Umno yang HAPRAK, RAKUS dan LUPA DIRI.
Kesimpulannya senang,
yang MEMBUNUH Umno bukan PR atau Anwar Ibrahim, tetapi Umno sendiri.
Yang MENJATUHKAN Umno bukan PR atau Anwar Ibrahim, tetapi Umno sendiri.
Yang MENGKAFANKAN Umno bukan PR atau Anwar Ibrahim, tetapi Umno sendiri.
Yang MENTAHLILKAN Umno bukan Umno sendiri, tetapi PR dan Anwar Ibrahim.
Salam Senyum kepada pemimpin Umno.
HIDUP Umno! MATI Umno! KAFANKAN Umno!
Fikir-fikirkanlah laungan ini...
Sarfarizmal Saad
Cucu Bekas Tokoh dan Pengasas UMNO
| Reactions: |
Tuesday, October 28, 2008
GEMPAR!!! ADA PIHAK HINA LAGU NEGARAKU..!!!
Sebelum saya tidur pagi ini, saya baca seketika semua komen dalam blog saya. Saya tersentak dengan seorang pemberi komen tanpa nama yang menyuruh saya menghebohkan sekumpulan manusia yang menghina Lagu Negaraku.
Dengan rasa tanggungjawab terhadap negara, saya terus mencari website tersebut. Apabila saya mendengarnya, bagi pendapat saya memang kumpulan ini seolah-olah INGIN MENGHINA LAGU NEGARAKU. Bukan sahaja mereka membanding-bandingkan lagu Kebangsaan dengan 2 buah lagu lain, malah yang lebih menyedihkan ialah mereka MEMBUAT UNDIAN KEATAS 'KUALITI' LAGU NEGARAKU berbanding 2 buah lagu lain.
Ini antara komen orang ramai yang mendengar dan mengundi :
"Pilihan yg menarik. Tp sgt sukar. Kerana lagunya sama. Kenapa tak masukkan lagu namawee yg kontreversi tu sekali? tima kasih atas pencalonan ni. Baru nampak jelas konfliknya lagu 'Negara Ku' ku ini.kekeke" - TANPA NAMA
"Say dah undi
Undi adalah rahsia :)
Terang bulan....." - dhuat79
"LESTARI.
i pun dah undi..hehehe..
lepas ni le tukar lagu kebangsaan kite.
Nyanyi terang bulan ramai2.. huuhuh" -TANPA NAMA
"aku myokong kesemua muzik tadi.walaupun dua darinya adalah dari pengubahsuaian dari yg asal....tak salah mengubah dari satu lagu ke satu irama yg lain...kerana setiap lagu yg dicipta ada mgambarkan suasana keadaan pemikiran semasa pada ketika itu...dan dlm keadaan dunia sekrang ini yg dilanda dgn seribu mcm jenis muzik..tk salah kita sesuaikan dgn keadaan/zaman...sama juga cara kita bpakaian...kita bpakaian mgikut zaman...bgitu juga bagi aku..utk lagu....cuma bagi aku..kita jgn smbunyikan siapa pcipta asal sesebuah lagu itu....muzik kita tk pernah matang...sebab banyak sgt penentang.....kdg.benda yg mcm tu yg mbuat daya kriatif kita tkonkong....(bnyak lagi nak tulis tapi aku jenis malas nak mnulis pjg2...tgk nanti aku huraikan kt blog aku..bila aku free dan rajin)hahahahaha"
- pemikir lapuk
JIKA anda tidak percaya atau masih ragu-ragu, sila layari SEKARANG:
Jika sebuah 'lambang' negara mampu dipermainkan begini, apakah anda sanggup untuk berdiam SAHAJA???
Oleh itu, bersama-samalah kita cuba menyuarakan dan menentang puak-puak yang cuba menghancurkan imej dan nama baik negara ini.
BERSAMA KITA PERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA
Ikhlas Daripada,
SarfaMS Blog
| Reactions: |
Monday, October 27, 2008
BAHASA MELAYU DI PAPAN TANDA NAK DIUBAH PULAK- Penang
Malah suatu ketika pelancong lebih mengenali pulau Mutiara itu daripada Malaysia yang mana ia menunjukkan bukan bahasa pada papan tanda jalan yang menjadi ukuran kepada kedatangan pelancong.
Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa untuk tujuan pelancongan adalah tidak munasabah.
Dalam menyelak-nyelak ruangan akhbar online, saya tertarik dengan isu ini yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dari Pakatan Rakyat ingin atau membenarkan papan-papan tanda di jalan sekitar Pulau Pinang di tukar daripada yang berbahasa Melayu kepada pelbagai bahasa. Hal ini mengingatkan saya akan kisah YB Teresa Kok yang suka memanggang khinzir itu yang cuba mempertikaikan tulisan jawi pada papan tanda Jalan Taman Seputeh, poskod 58000 Kuala Lumpur. Kok yang selalu berkokok ini seringkali 'menghangatkan' orang Melayu dengan pelbagai kenyataannya. Perbuatannya itu memang agak melampau seperti seekor kucing yang dijumpa di tepi jalan, lalu di bawa balik ke rumah oleh seorang pemuda untuk diberi makan dan mandi, namun kucing kurap itu mencuri hidangan makan malam keluarga tersebut dan mencakar muka pemuda tersebut sehingga cedera. Wahai Teresa Kok, janganlah kau cuba mengokok di tepi ayam saja, cuba kamu mengokok di depan musang pula...
Dalam kes Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini, saya AMAT TIDAK SETUJU dengan beberapa faktor:
Cuba fikirkan kembali, jika para pelancong datang dari 20 negara yang berbeza, adakah perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletakkan 20 bahasa di papan tanda tersebut? Amat tidak logiklah sekiranya alasan 'pelancongan' digunakan dalam melaksanakan hal ini.
Salam Bahasa,
Sarfarizmal Saad
| Reactions: |
Sunday, October 26, 2008
PERUTUSAN DEEPAVALI

HARGA PETROL, DIESEL AKAN IKUT HARGA PASARAN DUNIA : NAJIB

PEKAN, 25.Oktober.2008: Datuk Seri Najib Razak hari ini membayangkan kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel akhir bulan ini berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet menyerahkan kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan berhubung harga baru itu. “Tunggulah, kita dah janji bahawa kalau harga minyak dunia turun, maka harga minyak petrol dan diesel tempatan akan melambangkan harga pasaran minyak yang sebenarnya."
erdana Menteri untuk membuat keputusan sekiranya harga minyak dunia semakin menurun, maka minyak tempatan pun akan turun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal haji Parlimen Pekan, di kediamannya di sini. Ditanya sama ada kerajaan mungkin mengumumkan harga baru petrol dan diesel pada 30 Oktober atau 1 November ini seperti kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad semalam, Najib berkata: “Tak bolehlah bagi tahu, tapi biasanya tak lama kita akan buat keputusan...lebih kurang begitulah (tarikh umumkan harga baru itu), tertakluk bila mesyuarat (Majlis Ekonomi) nanti.”

| Reactions: |
Saturday, October 25, 2008
15 MUSUH & 10 TEMAN
Ya Mal'uun, berapakah musuh-musuhmu dari kalangan umatku? Jawab Iblis ada 15 orang musuhku iaitu;
15 MUSUH IBLIS:
1. ENGKAU SENDIRI (RASULULLAH SAW)
2. IMAM ATAU PEMERINTAH YANG ADIL
3. ORANG KAYA YANG MERENDAH DIRI
4. PENIAGA YANG JUJUR
5. ORANG ALIM YANG KHUSYUK
6. ORANG MUKMIN YANG SUKA MENASIHATI
7. ORANG MUKMIN YANG MURAH HATI
8. ORANG YANG BERTAUBAT DAN TETAP DALAM KEADAAN BERTAUBAT
9. ORANG YANG MENJAUHI SEGALA YANG HARAM
10.ORANG YANG SENTIASA BERWUDHUK
11.ORANG MUKMIN YANG BAIK BUDI
12.ORANG MUKMIN YANG BANYAK BERSEDEKAH
13.ORANG MUKMIN YANG BANYAK JASANYA KEPADA MANUSIA
14.ORANG YANG MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN
15.ORANG YANG SENTIASA BANGUN TAHAJUD DI SAAT ORANG LAIN SEDANG TIDUR.
10 TEMAN IBLIS:
1. PEMIMPIN YANG ZALIM
2. ORANG KAYA YANG SOMBONG
3. PENIAGA YANG KHIANAT
4. PEMINUM ARAK
5. PEMBAWA FITNAH
6. PELACUR
7. PEMAKAN HARTA ANAK YATIM
8. ORANG YANG MERINGANKAN SOLAT
9. TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT
10.ORANG YANG BANYAK BERANGAN
Maka, mereka itulah sahabatku" -Kata Iblis Laknatullah.
Fikirkanlah dimanakah hendak kita letakkan diri kita ini. Yang pasti, untuk menjadi musuh Iblis kita ada 15 cara atau pilihan, manakala untuk menjadi teman Iblis kita hanya ada 10 cara atau pilihan. Maka disini teranglah kepada kita bahawa untuk menjadi musuh Laknatullah itu lebih banyak pilihannya berbanding menjadi teman sehidup sematinya.
SALAM ISLAM,
Sarfarizmal Bin Saad
Anak Murid Al-Sheikh Tuan Guru Haji Suffi Haji Said
| Reactions: |
Friday, October 24, 2008
NEO-KRONISME DALAM UMNO
Sarfarizmal Bin Saad
| Reactions: |
Wednesday, October 22, 2008
SEDANGKAN TUHAN TAHU AKU BUKAN BEGITU
Oleh : Sarfarizmal Bin Saad
Sememangnya, untuk menjadi orang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat memerlukan KETABAHAN, KEKUATAN DALAMAN, KEINTELEKTUALAN, KEMAAFAN, KEINSAFAN, KELUHURAN dan KEYAKINAN…
ORANG BODOH, akan menilai manusia itu dari pakaiannya…
ORANG BENGAP, akan menilai manusia itu dari rambutnya…
ORANG BENGGONG, akan menilai manusia itu dari mulut orang lain…
INGATLAH, orang yang suaranya merdu tidak semestinya boleh menjadi penyanyi.
KETAHUILAH, orang yang buta matanya tidak semestinya tidak kenal alam ini.
RENUNGLAH, orang yang berpengaruh tidak semestinya banyak sokongannya.
ORANG PANDAI, akan bergaul dengan manusia itu melalui budinya…
ORANG PINTAR, akan menilai manusia itu melalui hatinya…
ORANG TERPELAJAR, akan menilai manusia itu melalui amalannya…
CELAKALAH kepada orang yang menghasut para pengikutnya kearah kebencian,
CELAKALAH kepada orang yang mengumpul kekuatan untuk dendam kesumat,
CELAKALAH kepada orang yang berkawan dengan niat yang busuk dan jijik.
BODOH aku gelarkan kau jika kau lupa asal usulmu…
BAHALOL aku gelarkan kau jika kau berkawan dengan niat songsangmu…
BENGAP aku gelarkan kau jika kau memusuhi orang yang berjasa kepadamu…
TIDAK boleh kau berjaya jika hanya bercakap dengan megah dan bergaya.
TIDAK boleh kau menang jika membawa anak-anak udang di lautan antartika.
TIDAK boleh kau diatas jika dalam hatimu mencela orang ikhlas disisimu.
AKU BERSUMPAH, tidak akan membalas segala dendam kesumat,
AKU BERSUMPAH, akan terus senyum kepada orang yang membunuhku,
AKU BERSUMPAH, akan memberi permata kepada orang yang memakiku.
BIARLAH aku dilihat kotor dan jijik dari kacamata orang baru dalam arena,
Sedangkan Tuhan tahu aku bukan begitu…
BIARLAH aku tidak punya pengaruh berkoyan-koyan,
Kerana aku hanya yakin dengan keikhlasan dan ketentuan Tuhan…
BIARLAH aku terus keseorangan dalam perjuangan,
Kerana itulah yang terjadi kepada Rasulku…
Ingatlah, sedangkan Tuhan tahu aku bukan begitu…
*Ditujukan khas kepada Kelab PESEPSI, Universiti Kebangsaan Malaysia.
| Reactions: |
FORUM PERPADUAN 08 : Antara Warna Warni
Inilah barisan panelis forum. Dari kiri: Dr. Mohd Rizal Mohd Yaakop dari PPSPS, UKM (Pengerusi forum), Dr. Mahathir Mohamad (Mantan PM), Prof.Emeritus Khoo Kay Kim (Pensyarah UM) dan Dr. Shamsul Amri Baharudin (Pensyarah ATMA, UKM).
Suara dan pendapat Tun Dr. Mahathir masih lantang dan bernas dalam memperkatakan tentang perpaduan kaum.
Ratusan orang dan puluhan wartawan sentiasa menumpukan perhatian kepada para panel.
Bilik yang begitu eksklusif untuk seorang bekas negarawan, emeritus dan tokoh sosiologi negara. Ramai lagi mahasiswa yang terpaksa berkumpul di luar untuk melihat "forum eksklusif" ini.
Forum Perpaduan 08 ini telah sedikit sebanyak membuktikan bahawa mahasiswa/i UKM juga mampu menganjurkan program yang melibatkan tokoh-tokoh terulung negara kita.
Insyaallah, jika tiada apa-apa masalah, saya akan cuba menyambungkan tayangan gambar-gambar semasa program ini berlangsung...
- Sarfarizmal Bin Saad
| Reactions: |
Tuesday, October 21, 2008
Hanya sekadar picisan minda anak muda : POLITIK MALAYSIA
| Reactions: |
Monday, October 20, 2008
UMNO Bahagian Langkawi Dapat Ketua Baru Selepas 13 tahun
YB. DATUK PADUKA HAJI ABU BAKAR TAIB (dua dari kiri) bersalaman dengan YB. Dato' Haji Nawawi Ahmad yang diumumkan menang jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi, semalam (19 Oktober 2008).LANGKAWI: Umno Bahagian Langkawi antara yang menjadi perhatian menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Kuah yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian itu, Datuk Nawawi Ahmad menewaskan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib bagi jawatan ketua bahagian yang disandang beliau selama 13 tahun.
Sementara itu, Abu Bakar berkata, perbezaan ketika pemilihan bahagian perkara biasa dalam satu keluarga dan boleh diselesaikan melalui perbincangan.
"Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga kerana perbezaan pendapat yang berlaku perkara biasa dalam perebutan jawatan bagi sesebuah organisasi," katanya, semalam.
Nawawi berkata, kemenangan beliau menunjukkan ahli akar umbi mahukan perubahan kepemimpinan lebih lantang dan berani membela rakyat terutama pada era kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas.
Sementara itu, muka baru, Mansor Haji Bahari memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, beliau merupakan bekas Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian. Manakala Adun kawasan Ayer Hangat yang juga bekas Ketua Pemuda Umno negeri, YB. Md Rawi Haji Abdul Hamid menang Naib Ketua Bahagian.
Tahniah diucapkan kepada YB. Dato' Ir. Haji Nawawi Haji Ahmad (Adun Kawasan Kuah) kerana berjaya memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi. Juga diucapkan tahniah kepada YBhg. En. Mansor Haji Bahari kerana berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Umno Bahagian Langkawi dan juga kepada YB. Tuan Md Rawi Haji Abdul Hamid (Adun Kawasan Ayer Hangat) kerana memenangi jawatan Naib Ketua Bahagian, Umno Bahagian Langkawi.
Sebagai cucu kepada Tokoh Umno, saya akan cuba berada di belakang kalian dan memberi sokongan dalam menegakkan yang benar.
- Sarfarizmal Bin Saad
Langkawi Permata Kedah
| Reactions: |
GILA-GILA UMNO : Antara Tun M, Pak Lah, KJ, Haji Najib Razak....
Selain Pak Lah, kuncu-kuncunya seperti Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Utama Mohammad Haji Hassan dan pemimpin-pemimpin lain juga turut 'mengikut jejak' boss mereka dengan mengkritik dan membidas Tun M itu.Inilah kenyataan atau tindakan Pak Lah yang saya lihat sebagai tindakan yang terbaik dan bernas setakat ini yang dibuat oleh PM yang dikatakan suka tidur itu.
Malah, Khairy Jamaludin yang pada mula kemunculan beliau dalam pentas politik tanah air ini menyatakan keazaman beliau bahawa 10 tahun lagi (dari tarikh kenyataan beliau dibuat) beliau bercita-cita menjadi PM Malaysia dilihat sebagai antara orang paling tertekan dalam hal ini. Sudah lah beliau masih belum cukup kouta untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia (setakat artikel ini ditulis), malah ditambah lagi dengan kemunculan Tun M yang dilihat merestui dan selesa YAB Dato' Sri Haji Najib Razak menjadi PM Ke-6 dalam masa beberapa bulan saja lagi.
Beliau tahu sekiranya Haji Najib Razak menjadi PM, karea politiknya semakin malap dan cita-citanya untuk menjadi PM mungkin akan lupus dan terkubur. Beliau tidak akan 'semegah' sekarang lagi sekiranya Haji Najib Razak ini berkuasa. Maka, geng Pak Lah yang didokongi oleh KJ cuba untuk 'memburukkan' Haji Najib Razak supaya Haji Najib Razak tidak dapat bergelar PM seterusnya Pak Lah terus memakai title PM sehingga beberapa ketika. Itulah sebabnya Pak Lah menukar portfolio beliau dengan Haji Najib kerana ingin 'membongkar' segala salah laku Haji Najib Razak dalam Kementerian Pertahanan supaya beliau tidak diterima dalam politik lagi.
Strategi geng KJ itu agak tertekan apabila Tun M pula kacau daun dengan 'memegahkan' dan 'mengangkat' Haji Najib sebagai bakal Perdana Menteri keenam.


Sebagai seorang ahli parti, siapapun berhak memberi cadangan dan sepatutnya segala cadangan atau kritikan ahli parti didengar dan dipertimbangkan oleh kepimpinan parti. Cakap-cakap bukan ahli parti sebenarnya adalah 'tin kosong' yang hanya mencari publisiti dan kemaruk akan kuasa.

Inilah dunia politik UMNO masakini yang bersimpang siur dan penuh dengan tipu helah dan kacau bilau. Dalam keadaan KJ ingin terus melihat bapak mertuanya terus berkuasa dan dirinya terus dapat mengaut pangkat dan harta, kumpulan Haji Najib Razak pula ingin melihat anak sulung bekas PM ke-2 itu menjadi PM dalam masa terdekat, ditambah pula dengan pelbagai kritikan dan teguran Tun M terhadap kerajaan dan UMNO, juga tekanan daripada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin sangat membentuk kerajaan rekaannya, maka dalam situasi genting ini sudah tentu Pak Lah, KJ, Haji Najib dan Muhyiddin antara orang yang paling pening kepala. Dalam masa sama, Anwar Ibrahim terus mentertawakan UMNO yang pernah beliau sertai dulu.
| Reactions: |
Saturday, October 18, 2008

| Reactions: |


