Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Tuesday, February 10, 2009

Penghayatan Rukun Negara

Penghayatan Rukun Negara

Assalamualaikum.. salam sejahtera..


Sementara menunggu tarikh 11 februari 2009, dimana MPPUKM akan mengangkat sumpah selaku MPPUKM bagi sesi 2008/2009, marilah kita sedikit sebanyak mengkaji dan menilai kembali beberapa perkara yang diperuntukkan di dalam Negara kita. Apa yang ingin di perbincangkan pada kali ini adalah mengenai Rukun Negara.


Selaku warganegara, kita seharusnya tahu mengenai Rukun Negara kita. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan kita, tetapi kita mesti sedar yang Rukun Negara inilah yang akan membentuk nilai peribadi yang tinggi dalam warganegara Malaysia..


Rukun Negara


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Ikrar


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut


Prinsip Rukun Negara

 Kepercayaan kepada Tuhan

 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang-undang

 Kesopanan dan Kesusilaan


PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA:



Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.



Keluhuran Perlembagaan


Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak social rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.



Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.



Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



Oleh yang demikian, marilah kita bersama2 memeastikan Rukun Negara ini di ikuti agar kemakmuran yang di capai sekarang daapt kita kekalkan.. jgn kita hancurkan Negara kita hanya disebabkan oleh sebilangan kecil manusia yang berkepentingan..


Salam Perjuangan…



Sumber : http://aspirasi-ukm.blogspot.com

3 comments:

Sedingin Salju said...

Oh, terima kasih encik. Suatu artikal yang paling bermanafaat.

Anonymous said...

salam, anda nmpaknyer cm pjuang mlyu gk ek??sokg umno??apa ad pd mlyu?syurga ni org mlyu ke org islam y msuk ek??jgn duk cbuk la pjuang mlyu smpai agama islam d ktpikn...bgsa x mjmin hdup d akhirat 6ti, org tny islam jer la..moga2 saudara safar lbih peka akn hal ini

Anonymous said...

ko pehal???ulamak la....y ko duk sokong haprak 2 knpa?xthu hla tju la ko ni>>

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)