TIANG AGAMA

VIP GUEST BOOK

SELAMAT DATANG KE SARFAMS

SELAMAT DATANG KE SARFAMS
"Saya memaafkan setiap daripada anda, maaf zahir batin"

Friday, July 17, 2009

Mahasiswa@Anak Muda Berdemo...

Malaysiakini.com

Beginilah kehidupan anak-anak muda sekarang. Jika dulu di kampung anak-anak muda suka melepak di tepi-tepi jalanraya sambil mengorat si anak dara dan nyanyi-nyanyi...

Zaman sudah semakin maju, selepas itu tiba pula zaman anak-anak muda nie suka dan tergila-gilakan pelbagai fesyen baju yang ada dalam pasaran. Yang paling hebat ialah meniru fesyen-fesyen gaya artis zaman ketika itulah...

Seterusnya ada pula anak-anak muda yang suka merempit. Tak suka duduk saja dan main-main bola. Lebih suka cabaran, masalah dan suka sangat tak nak dengar cakap orang...

Kalau anak-anak muda yang kurang berpelajaran, merempit adalah aktiviti utama mereka selain melepak... Namun, bagi anak-anak muda yang berpelajaran pula, berdemo di jalan-jalan raya adalah hobi utama mereka... tak kisah kalau kena tangkap atau kena sembur dengan gas pemedih mata, asalkan dapat menghilangkan tenaga, suara, duit dan masa di jalan raya...

Namun, anak-anak muda yang macam ini sebenarnya mempunyai semangat yang kental dan berani menyahut cabaran... Cuma perlu disalurkan ke landasan yang betul ditempat yang betul dalam masa yang betul...

SARFAMS

2 Comments:

Anonymous said...

jgn sok cool bleh tak...dorang buat sbb sian kan org Islam kat slatan Thai,ok gak dorang de buat apa2 dpd tak buat apa2 mcam......ko,rmai org Melayu Islam sedara mare kite kat sne

Anonymous said...

apakah anda tau tentang hak,keadilan dan pembelaan???Apakah anda tidak menyedari apa yang sedang berlaku di Selatan Thai khususnya negara jiran kita dan di tempat-tempat lain seperti China,Palestin.Iraq,Afghanistan dimana masyarakat Islam ditindas dengan dasyatnya dan dibunuh dengan kejam???
Seseorang yang pergi melakukan demonstrasi bukan kerana hobinya dan bukan juga kerana semata-mata hendak menghilangkan tenaga,suara,duit dan masa dijalanraya..akan tetapi mereka yang melakukan demonstrasi ini mempunyai satu niat n satu tujuan iaitu untuk menuntut keadilan, pembelaan dan hak asasi manusia khususnya apa yang sedang berlaku di Selatan Thai..Apa salah mereka sehinggakan mereka dibunuh dengan kejam sehinggakan tempat ibadat turut menjadi sasaran?? Dimana masyarakat dunia apabila rakyat Selatan Thai di tindas dan dibunuh?? Negara-negara jiran juga tidak berani bersuara terhadap isu ini kerana dikatakan akan menjejaskan hubungan dua hala antara negara..bodoh punye pemikiran..saudara seagama kita dibunuh dengan kejam mcm itu pun kita masih boleh berdiam diri??

Untuk pengetahuan saudara, menulislah sesuatu artikel itu berdasarkan nilai intelektual sbg seorang mahasiswa dan bukannya sebagai membuta tuli. Seseorang mahasiswa yang mempunyai nilai inteletual yang tinggi disamping keperibadian yang jelas akan menyuarakan sesuatu pendapat berasaskan idea yang bernas dengan dibantu rujukan-rujukan yang berauthoriti. Sy merasakan saudara mengalami krisis identiti kerana saudara keliru dlm diri saudara sendiri sama ada saudara seorang mahasiswa yang sepatutnya neutral dlm pelbagai aspek atau perlu menjadi penyokong tegar kepada sesuatu parti sehinggakan setiap apa yang pemimpin parti itu kata semuanya betul bagi saudara..Diharap saudara dapat fikir-fikirkanlah...Salam