Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Saturday, January 31, 2009

Samy Vellu Akan Umum Persaraan Pada Masa Sesuai


KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata beliau akan mengumumkan penyerahan jawatan Presiden parti pada masa yang sesuai kepada sesiapa yang dilantik sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti September ini.

"Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, misi saya sekarang ialah untuk mengukuhkan parti dan kemudian menyerahkannya kepada (mereka yang bakal dilantik sebagai) timbalan presiden," katanya ketika diminta mengulas laporan muka depan dalam akhbar harian Tamil hari ini bahawa beliau mungkin melepaskan jawatannya pada Ogos tahun ini. Laporan itu memetik Samy Vellu sebagai berkata bahawa beliau akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh suku ketiga tahun ini.

Beliau juga mengesahkan hari ini bahawa tidak terdapat sebarang jangka waktu yang ditetapkan bagi penyerahan itu. Samy Vellu berkata beliau akan berbincang dengan anggota parti terlebih dulu sebelum memutuskan tarikh berkenaan. MIC akan mengadakan pemilihan tiga tahun sekali bagi jawatan timbalan presiden, tiga naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) pada September tahun ini.

Timbalan Presiden MIC sekarang ialah Datuk G Palanivel. Adalah difahamkan persaingan sengit akan berlaku bagi jawatan nombor dua parti itu dengan bekas timbalan presiden parti Datuk S Subramaniam dijangka menyertai persaingan itu. Kemungkinan pesaing lain ialah naib presiden MIC Datuk S Sothinathan dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang sejak kebelakangan ini dilihat sebagai calon pilihan.

Pemilihan jawatan presiden itu akan diadakan berasingan dan mungkin diadakan pada Mei atau Jun tahun ini. Samy Vellu telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahan jawatan yang disandangnya sejak 1979. Samy Vellu berkata beliau telah mengadakan perjumpaan dengan anggota parti di seluruh negara bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung beberapa perkara berkaitan parti.

SUMBER- Bernama

Obama Dah Mula Buntu...


Obama, tentera buntu hal Iraq, Afghanistan


OBAMA bersama Naib Presiden Joe Biden (kiri) berbual dengan pegawai kanan tentera Amerika Syarikat, di Pentagon kelmarin.



Presiden baru AS tidak beri petunjuk pengunduran tentera

WASHINGTON: Presiden Barack Obama kelmarin berkata 'sukar untuk membuat keputusan' mengenai Iraq dan Afghanistan selepas menghadiri pertemuan pertamanya sebagai ketua angkatan tentera di Pentagon dengan pegawai atasan tentera.

Tiada keputusan dibuat pada sesi 90 minit itu dengan ketua tentera, kata pegawai, dan Obama tidak memberi sebarang petunjuk sama ada beliau berhasrat untuk meneruskan jadual pengunduran tentera Amerika dari Iraq dalam masa 16 bulan.

"Kami sukar membuat keputusan berkisar Iraq dan Afghanistan. Jelasnya, usaha untuk memburu pertubuhan ekstremis yang mengancam negara adalah paling utama," katanya.

Obama perlu menyeimbangkan risiko pengunduran segera di Iraq dengan permintaan komander supaya menambah 30,000 lagi anggota tentera di Afghanistan, yang hampir menggandakan kehadiran tentera Amerika di negara itu, sebagai reaksi kepada keadaan yang semakin buruk.

Obama muncul daripada pertemuan di bilik persidangan dikenali sebagai 'the Tank' dengan naib presidennya, Joe Biden. Mereka berjabat tangan dan berjenaka dengan pemimpin kanan serta pegawai yang berbaris untuk bertemu presiden baru itu.

Obama memberitahu wartawan beliau mengadakan perbincangan 'menyeronokkan' dengan pegawai tentera yang berlangsung lebih lama daripada sepatutnya, pada hari pertama di Pentagon sejak bergelar presiden.

"Kami berbincang mengenai Iraq, selain Afghanistan. Kami berbincang mengenai beberapa risiko global yang semakin meningkat, dan penyelarasan mungkin muncul antara tentera kita dan pasukan awam.

"Kami juga berbincang mengenai memastikan kesihatan anggota sentiasa dalam pengawasan," katanya. – AFP

Friday, January 30, 2009

Dewan Perwakilan AS Lulus Pelan Obama

Dewan Perwakilan AS lulus pelan Obama

WASHINGTON - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan pelan rangsangan ekonomi bernilai AS$819 bilion (RM3 trilion) yang dicadangkan oleh Presiden Barack Obama.

Seramai 244 ahli dewan mengundi untuk meluluskan pakej itu dan 188 lagi menentang cadangan tersebut.

Semua ahli perwakilan Republikan menentang pakej berkenaan kerana menyifatkan ia terlalu mahal untuk digerakkan.

Dewan Senat AS akan membincangkan rancangan itu minggu depan dan keadaan dijangka sukar kerana Demokrat mempunyai majoriti cukup tipis.

Selepas proses undian berlangsung, Obama menggesa semua ahli Kongres supaya jangan mengheret isu perbezaan parti dalam perkara yang dibincangkan.

Menurut Obama, pakej baru itu dijangka memberi rangsangan baik kepada seluruh perniagaan di AS.

Pakej rangsangan itu akan memotong cukai individu dan perniagaan sehingga AS$275 bilion (RM963 bilion) dan menyalurkan lebih daripada AS$540 bilion (RM2 trilion) untuk beberapa projek infrastruktur, meningkatkan faedah pengangguran dan menambah pelaburan dalam teknologi baru serta mengubah suai lebih 10,000 sekolah.

Thursday, January 29, 2009

Peluang UMNO/BN Dapatkan Kembali Sokongan


Salam Blogger,

Ketika saya membelek-belek ruangan Malaysiakini, saya tertarik dengan berita tentang lebih 10,000 penduduk Malaysia hilang pekerjaan dalam tahun ini.

Masalah ekonomi yang melanda dunia ini memang tidak mampu untuk kita nafikan mahupun benterasnya. Namun, saya rasa kita mampu untuk mencari jalan penyelesaian yang baik dan bijak dalam mengurangkan bebanan dan bahang masalah ekonomi tersebut.

http://malaysiakini.com/news/97213

Saya berpendapat bahawa, ini adalah suatu peluang yang terbaik untuk pihak kerajaan mahupun parti politik kerajaan (merujuk kepada UMNO/Barisan Nasional) untuk 'menggerakkan' idea-idea baru yang profesional dan berpengalaman dalam menyediakan suatu jaminan kepada anak-anak muda terutama lepasan diploma dan ijazah dalam dunia pekerjaan.

UMNO/Barisan Nasional harus merebut peluang ini untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan melalui Kerajaan agar golongan muda dan profesional ini akan menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi terhadap UMNO/Barisan Nasional mahupun kerajaan pusat.

UMNO/BN harus sedar bahawa sokongan kepada mereka daripada tenaga muda dan profesional kini sudah semakin mengecil dan menghampiri tahap merbahaya. BUKTINYA ialah keputusan Pilihan Raya Kampus yang telah memihak kepada kumpulan pro-Mahasiswa yang KEBANYAKKANNYA berkiblatkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat.

Oleh itu, suatu tarikan bagaikan magnet harus diusahakan oleh UMNO/BN jika parti tersebut ingin melihat golongan muda dan profesional terus menyokong UMNO/BN.

Setidaknya, jika UMNO/BN mengadakan suatu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur ini, maka sudah tentu mereka akan terhutang budi walaupun sedikit kepada usaha UMNO/BN ini yang dilihat ingin menolong para belia untuk bekerjaya.

Suatu mimpi yang ngeri bagi anak-anak muda terutama lepasan universiti yang tidak mendapat pekerjaan atau menganggur kerana seolah-olah merela hanya menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata belajar di universiti dan tidak mendapat sebarang pekerjaan setelah mereka bergraduasi. Oleh itu, suatu peluang keemasan bagi saya untuk UMNO/BN mengambil graduan-graduan ini dalam dunia pekerjaan.

Tidak mustahil bagi saya untuk dilakukan oleh UMNO/BN kerana parti tersebut kini masih mempunyai kuasa dan gunakanlah kuasa yang dimandatkan rakyat itu untuk menolong para graduan dalam dunia pekerjaan.

Saya yakin, sekiranya dalam 10,000 penganggur itu mendapat pekerjaan dan walaupun sebelum ini diandaikan mereka tidak menyokong UMNO/BN, maka selepas mereka ini diberi pekerjaan baru oleh pihak kerajaan, saya yakin setidaknya akan ada 5,000 penganggur tersebut akan mula menyokong dan memangkah UMNO/BN dalam PRU akan datang.

Suara anak muda. Terima kasih.


Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT

Tuesday, January 27, 2009

Mufti Baru Perlis Gantikan Dr. Asri

Dr Juanda Mufti Perlis baru

KANGAR: Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, 37, disahkan sebagai mufti Perlis baru, mengantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 38, yang tamat kontrak pada 30 November tahun lalu.

Pelantikan Dr Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak bagi mengisi jawatan Mufti Perlis yang kosong sejak dua bulan lalu itu disahkan sendiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

"Ya, Dr Juanda akan isi kekosongan jawatan Mufti Perlis dan pemilihan beliau juga sudah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

"Beliau dipinjamkan kerajaan Sarawak bagi tempoh dua tahun dan dijangka memulakan tugas sebagai Mufti Perlis awal Februari ini, iaitu selepas urusan pemindahannya selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya.


SUMBER : Berita Harian

Sunday, January 25, 2009

Ucapan Tahun Baru Cina


Salam Blogger,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan GONG XI FA CAI atau SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua rakan-rakan saya yang berbangsa Cina dan seluruh penduduk Malaysia yang menyambutnya.

Saya mendoakan agar tahun baru kali ini akan memberi pelbagai kebaikan dan kejayaan dalam diri setiap daripada kita. Semoga tahun LEMBU kali ini akan membuahkan semangat baru kepada kita semua dalam memupuk kekuatan perpaduan antara sesama kita rakyat Malaysia.

Ambillah yang jernih dan buangkanlah yang keruh jauh-jauh agar hubungan antara sesama kita akan terjalin dengan lebih berkat, kukuh dan bersatu. Janganlah kerana kita memiliki ideologi yang berbeza-beza menjadi alasan atau batu penghalang antara kita untuk duduk semeja dan minum secawan dalam usaha mengeratkan hubungan perpaduan antara kita.

Jadikan tahun baru ini sebagai permulaan kepada anjakan paradigma terhadap segala kelemahan diri sendiri. Bermula tahun baru ini, cubalah sedaya upaya untuk merubah segala keburukan diri semaksimum yang termampu agar diri kita dapat menjadi antara insan yang terbaik di muka bumi ini.

Segala kekotoran dan permusuhan sebelum ini haruslah ditinggalkan dan dilupakan kerana ia tidak akan membuahkan apa-apa manfaat kepada diri dan orang lain, malah akan menjadi barah dan penyakit pula untuk kita.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia tidak kira pangkat, darjat, keturunan mahupun agama untuk bersama-sama melakukan LONJATAN ANJAKAN PARADIGMA terhadap diri sendiri bermula Tahun Baru Cina ini sebagai suatu langkah kearah memperbaiki DIRI SENDIRI, MASYARAKAT dan NEGARA TERCINTA!



' GONG XI FA CAI '

" Selamat Tahun Baru Cina "


Ikhlas,


Sarfarizmal Bin Md Saad
Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Saturday, January 24, 2009

BN perlu perubahan drastik, kata Muhyiddin

24/01/2009 5:36pm

KUALA LUMPUR 24 Jan. — Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.

Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, walaupun BN merangkumi 13 parti komponen khususnya Umno cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan segera.

“Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita.

“Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah.

“Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa,” katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di MINES Golf and Beach Resort di sini. - Bernama



NOTA : Seharusnya para pemimpin UMNO harus sedar akan hal ini dari dahulu lagi. Saya menjangkakan tidak mustahil jika hal ini tidak diendahkan maka PRU ke-13 nanti kerajaan pusat akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan BN akan bergelar pembangkang dalam dunia politik Malaysia. Oleh itu, UMNO harus bangkit dari 'zon selesa' ini dan terus melakukan anjakan paradigma daripada sekarang.

Friday, January 23, 2009


Mengapa Saya Bertanding?
Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my


PILIHAN raya kampus (PRK) bagi memilih pucuk pimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009 di institut pengajian tinggi awam (IPTA) semakin panas dengan perang poster calon yang bertanding.

Pilihan raya kampus kini rancak berlangsung, tetapi apakah yang mendorong seseorang pelajar untuk berpolitik? Kuasa atau rasa tanggungjawab?Keanggotaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar harus dipastikan tidak berat sebelah bagi memastikan kelangsungan bersuara

PILIHAN raya kampus (PRK) bagi memilih pucuk pimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2008/2009 di institut pengajian tinggi awam (IPTA) semakin panas dengan perang poster calon yang bertanding.Berbanding tahun sebelumnya, PRK MPP kali ini tidak diadakan serentak bagi mengelak sebarang kontroversi.Sepanjang minggu lalu, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) sudah menjalankan tanggungjawab mereka bagi memilih barisan MPP yang baru.

Kebanyakan calon yang bertanding masih muda untuk terbabit dalam dunia politik walaupun hanya politik kampus.Kenapa mereka memilih untuk bertanding dan apakah sebenarnya yang diinginkan mereka kerana tanggungjawab yang dipikul selepas memenangi PRK adalah berat dan memerlukan pengorbanan besar?

Selain itu, mengapa perlu ada hala tuju yang berbeza dalam PRK sedangkan mereka menimba ilmu di tempat yang sama?Adakah mereka ini hanya ingin bertanding untuk mencari publisiti selain menjadikan jawatan itu untuk kepentingan peribadi? Di mana haluan mereka dalam politik kampus di usia muda ini?

Calon MPP untuk kawasan umum, Sarfarizmal Md Saad, 22, berkata menjadi pemimpin pelajar bukan satu beban walaupun tanggungjawab yang dipikul berat.

Katanya, sebagai seorang barisan MPP, ia boleh melatih seseorang mahasiswa itu menjadi pemimpin yang berkebolehan selain berjaya dalam pelajaran."Saya bertanding bukan kerana mencari publisiti, tetapi disebabkan meminati dunia politik.

"Politik adalah satu landasan yang boleh mengajar kita menjadi seorang pemimpin dan peka terhadap kebajikan pelajar," katanya.

Sarfarizmal berkata dalam manifestonya, selain mengutamakan kebajikan pelajar, dia juga berusaha memastikan keselamatan pelajar di kolej kediaman dan fakulti adalah terjamin.Menurutnya, satu jawatankuasa akan ditubuhkan di kolej dan fakulti untuk menjaga keselamatan pelajar.

"Keselamatan pelajar adalah satu tanggungjawab bersama. Jawatankuasa ini dapat memantau keselamatan setiap pelajar walaupun keadaan keselamatan di UKM ini adalah selamat. "Saya juga akan menubuhkan Sistem Penyampaian Aduan dan Maklumat (SPAM) bagi membolehkan pelajar membuat aduan, kritikan dan bantuan.

"Pelajar boleh menghubungi saya melalui e-mel atau panggilan telefon dan memudahkan kami menangani masalah berbangkit," katanya.

Seorang calon MPP, Murugadas Gunaseelan, 22, berkata minatnya menyelesaikan masalah mendorongnya untuk bertanding pada PRK sesi 2008/2009 ini.

Menurutnya, melalui MPP, dia dapat membantu kebajikan pelajar dan menimba ilmu dalam bidang politik."Sejak sekolah, saya memang minat dengan politik kerana ia mengajar kita untuk berfikir dengan lebih cepat.

"Saya juga ingin bersama-sama seluruh pelajar UKM ke arah pembangunan yang lebih baik selain memartabatkannya sebagai universiti terulung di dunia," katanya.

Sementara itu, jurucakap Gabungan Mahasiswa (GM) UKM, Mohd Farid Abdullah, 23, berkata walaupun matlamat Aspirasi dan GM adalah untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa, pendekatan mereka berbeza.

Menurutnya, sepanjang lima tahun MPP UKM di terajui Aspirasi, pihaknya mendapat banyak isu berkaitan kebajikan mahasiswa gagal diselesaikan."Tugas MPP adalah untuk membela kebajikan dan menjadi orang tengah kepada mahasiswa."Pelajar memilih seseorang itu kerana mereka yakin calon itu dapat mempertahankan hak serta kebajikan mereka," katanya.

Walaupun GM dilihat sebagai 'pembangkang', mereka bukan gabungan yang membangkang segala isu di luar bidang kuasa mereka.Menurut Mohd Farid, kewujudan GM dalam pilihan raya MPP UKM ini bukan untuk menentang, tetapi melahirkan senario politik pelajar yang seimbang dan harmoni.

"Ini adalah satu persaingan yang sihat dan bukan perbalahan. Kita sama-sama mahasiswa yang mencari ilmu di UKM, jadi tidak wajar ada perasaan benci-membenci."Melalui GM dan Aspirasi, politik MPP lebih seimbang kerana dalam setiap apa juga pertubuhan, perlu ada pro dan kontra untuk kepentingan mahasiswa," katanya.

Dia mengakui pihaknya bersedia menerima sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Yang Dipertua MPPUKM nanti.





SUMBER : HARIAN METRO

Wednesday, January 21, 2009

' BUAT KERJA '

Salam Blogger,

TAHNIAH kepada semua IPTA yang telah melaksanakan tanggungjawab untuk memilih Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi ini. Saya secara peribadi amat mengharapkan agar keputusan daripada mahasiswa/i ini adalah keputusan yang terbaik dan tidak terdorong dengan mana-mana kepentingan dalaman universiti mahupun luar kampus.

Saya juga menyeru agar setiap mahasiswa/i di seluruh IPTA agar memberi 100% sokongan kepada MPP anda dalam setiap gerak kerja mereka. Janganlah kerana berbeza fahaman, anda terus memulau atau bermusuhan dengan para pemimpin anda sendiri.

Semoga hubungan antara MPP dengan para mahasiswa/i akan terus erat dan kukuh dari masa ke masa. Saya juga berharap agar hubungan antara MPP-MPP antara IPT akan terus terjalin dengan baik demi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Oleh itu, dengan ini saya ingin menggunakan motto " BUAT KERJA " kepada diri saya sendiri dalam bergelar Ahli MPP.


' BUAT KERJA '


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad

Monday, January 19, 2009

TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA

Salam Blogger,

Alhamdulillah tepat jam 11.30 malam 15 Januari 2009 lalu keputusan PRK UKM telah diumumkan dan telah berpihak kepada pro-Aspirasi dengan memenangi 21 kerusi daripada 34 kerusi keseluruhan.

Pembentukan kabinet MPP UKM Sesi 2008/2009 akan bermula hujung minggu ini dengan dimulakan oleh perlantikan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat.

Pada PRK UKM lalu saya telah mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak lebih kurang 63% daripada pengundi yang turun mengundi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua pengundi kerana memberi undian dan kepercayaan kepada saya.

InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan segala manifesto yang telah saya utarakan sepanjang tempoh berkempen lalu.


' BUAT KERJA '


Ikhlas,


SARFARIZMAL BIN MD SAAD



* Lagi berita/laporan tentang saya di akhbar Harian Metro hari ini ( 19.Januari.2009 )

Wednesday, January 14, 2009

Sarfarizmal di Malaysiakini

Sarfarizmal di Malaysiakini

Punca pro-Aspirasi kalah 4 kerusi di UKM
Abdul Rahim Sabri Jan 12, 09 4:21pm

Masalah teknikal yang dihadapi oleh kumpulan pro-Aspirasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyebabkan mereka kehilangan dua kerusi di kubu kuatnya di Fakulti Kejuruteraan, menjelang pilihanraya kampus Khamis depan.

Masalah teknikal turut menghalang hasrat seorang calon mereka untuk bertanding merebut salah satu daripada dua kerusi yang dipertandingkan di Fakulti Pengajian Islam.

Selepas penamaan calon Khamis lalu, kumpulan pro-Mahasiswa menang tanpa bertanding di empat kerusi - tiga kerana tiada calon lawan, manakala satu lagi kertas calon pro-Aspirasi ditolak kerana atas sebab teknikal.

Ketika dihubungi Malaysiakini, calon Umum pro-Aspirasi, Sarfarizmal Md Saad menafikan bahawa pihaknya tidak mempunyai calon yang layak untuk mewakil kumpulan itu di fakulti tersebut.

Sebaliknya, Sarfarizmal mengakui "timbul masalah di saat-saat akhir" tetapi beliau enggan mengulas lanjut mengenai kegagalan pihaknya meletakkan calon di tiga daripada empat terbabit.

Bagaimanapun, katanya, kesilapan mengisi borang pencalonan di satu kerusi di Fakulti Pengajian Islam, menyebabkan ia ditolak.

Dua kerusi yang dimenangi kumpulan pro-Mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan itu, sebelum ini merupakan kubu kuat kumpulan pro-Aspirasi. Manakala dua lagi kerusi di Fakulti Pengajian Islam memang kerusi tradisi yang diwakili kumpulan pro-Mahasiwa sesi lalu.

Pilihanraya kampus di UKM Khamis depan akan mempertanding 23 kerusi fakulti dan 11 kerusi umum.Persaingan sengitKerusi umum diibaratkan sebagai kerusi Parlimen manakala kerusi fakulti diumpamakan sebagai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sarfarizmal, yang juga pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata, dalam sesi lalu, pro-Aspirasi memenangi kesemua 11 kerusi Umum yang dipertandingkan serta 19 daripada 23 kerusi fakulti.

Manakala, Pro-Mahasiswa memenangi empat kerusi fakulti - masing-masing dua kerusi di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan yang merupakan kubu kuat kumpulan tersebut.

Mengenai harapan pro-Aspirasi untuk merampas kerusi di Fakulti Pendidikan kali ini, beliau berkata: "Persaingannya sangat sengit. Insya-Allah kita boleh rampas sekiranya kita lipat gandakan usaha."

Sementara itu, calon-calon umum dan fakulti pro-Aspirasi ketika ini sedang giat berkempen dan mengedarkan masnifesto mereka ke seluruh fakulti di univerisiti tersebut.

Menurut Sarfarizmal, pro-Aspirasi yang membawa motto "Gempur Aspirasi" telah memulakan kempen di tiga fakulti di sebelah pagi tadi.

Fakulti-fakulti tersebut ialah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan serta Fakulti Sains dan Teknologi.

Sarfarizmal berkata, pihaknya menyelaraskan empat agenda utama dalam manisfesto untuk calon umum antaranya, mendesak pentadbiran mewujudkan infrastruktur kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan berusaha mendapatkan kadar yuran pengajian yang perpatutan.

Sedia manifestoManakala calon pro-Aspirasi yang bertanding kerusi fakulti menyediakan manifesto masing-masing kerana pertandingan adalah atas tiket individu.

Sarfarizmal berkata, kumpulan pro-Aspirasi bergerak secara berkumpulan seramai enam orang pada sebelah pagi tadi dan akan menyambung semula kempen mereka di tiga fakulti lagi - Pendidikan, Kejuruteraan dan Fakulti Undang-undang di sebelah petang.

Katanya, beliau juga turut memanggil calon-calon mereka yang bertanding di fakulti terbabit untuk bersama-sama berkempen.

Malam ini, kata Sarfarizmal, kesemua calon pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa, akan berkumpul dalam satu rapat umum di Kolej Kediaman Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Yaakob dan Ungku Omar untuk pengenalan calon.

Mengulas mengenai peluang mereka untuk memenangi pilihanraya kampus 15 Januari ini, beliau menjelaskan, berdasarkan maklum balas dari mahasiswa, pro-Aspirasi boleh mencapai kemenangan di kerusi-kerusi fakulti dan kerusi Umum yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, beliau meramalkan pro-Mahasiswa akan menambah bilangan kerusi mereka, berbanding empat kerusi tahun lalu.

Sarfarizmal turut mendakwa pihaknya menerima laporan berhubung isu-isu menakut-nakutkan pelajar tahun satu serta perbuatan memburuk calon pro-Aspirasi.

Beliau turut menafikan tuduhan kononnya calon pro-Aspirasi adalah ejen bahagian Hal Ehwal Pelajar dan menerima rasuah daripada pihak-pihak tertentu.

Sunday, January 11, 2009

MAKLUMAT TENTANG PRK UKM 2009!!!

SEBARANG INFO DAN MAKLUMAT TERKINI TENTANG GERAKAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UKM 2008/2009 AKAN SAYA SIARKAN DI LAMAN BERIKUT :


DIHARAPKAN ANDA SEMUA MELAWATINYA SETIAP MASA


SEKIAN, TERIMA KASIH.


Ikhlas,

( SARFARIZMAL BIN MD SAAD )
Calon U2.24 - Umum
No.10

Saturday, January 10, 2009

SAYA BERTANDING PEMILIHAN MPP UKM

U2.24 - UMUM NOMBOR 10


SAYA, SARFARIZMAL BIN MD SAAD AKAN BERTANDING DALAM PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2008/2009 BAGI KERUSI U2.24 - UMUM. TARIKH PEMBUANGAN UNDI ADALAH PADA 15.JANUARI.2009 INI DI KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN DALAM KAMPUS UKM.


OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AGAR MEMBERI SOKONGAN, DORONGAN DAN UNDIAN KEPADA SAYA AGAR PERJUANGAN KITA BERSAMA DAPAT SAYA REALISASIKAN DALAM KAMPUS.


SEMOGA SAYA MEMPEROLEH KEMENANGAN YANG BAIK DAN MENDAPAT SOKONGAN YANG PADU DARIPADA SEMUA!


Salam Perjuangan!!!
Berani Kepada Perubahan!!!


SARFARIZMAL BIN MD SAAD
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)