Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Wednesday, February 25, 2009

Senarai Nama Calon Pemilihan UMNO Berdasarkan Cabutan Nombor





Berikut ialah senarai nama-nama calon pada pemilihan Umno Mac ini bagi penggal 2008/2011.

JAWATAN: PENGERUSI TETAP

1.TAN SRI DATUK ONN ISMAIL (KAPAR)

2.DATUK PADUKA BADRUDDIN AMIRULDIN (JERAI)

JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1.DATUK MOHAMAD AZIZ (SRI GADING)

2.DATUK AHMAD BHARI ABD RAHMAN (SELAYANG)

JAWATAN: PRESIDEN

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK (CALON TUNGGAL) (PEKAN)

JAWATAN: TIMBALAN PRESIDEN

1.TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN (PAGOH)

2.DATUK SERI MOHD ALI MOHD RUSTAM (BUKIT KATIL)

3.SENATOR TAN SRI MUHAMMAD MUHD TAIB (KELANA JAYA)

JAWATAN: NAIB PRESIDEN

1.DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI (BAGAN DATOH)

2.DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL (SEMPORNA)

3.DATUK SERI UTAMA DR RAIS YATIM (JELEBU)

4.TAN SRI MOHD ISA ABDUL SAMAD (TELOK KEMANG)

5.DATUK SERI SYED HAMID SYED JAAFAR ALBAR (KOTA TINGGI)

6.DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN (PASIR GUDANG)

7.TAN SRI ABDUL RAHIM TAMBY CHIK (MASJID TANAH)

8.DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN (SEMBRONG)

JAWATAN: AHLI MAJLIS TERTINGGI

1.DATUK RAJA ROPIAAH RAJA ABDULLAH (PETALING JAYA UTARA)

2.DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH (TAMBUN)

3.DATUK DR ABD LATIFF AHMAD (MERSING)

4.DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN (BACHOK)

5.DATUK SERI IDRIS JUSOH (BESUT)

6.DATUK SAZMI MIAH (MACHANG)

7.DATUK SRI ADNAN YAAKOB (BENTONG)

8.DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM (BALING)

9.DATUK AZIMI DAIM (KULIM-BANDAR BAHARU)

10.DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (PASIR SALAK)

11.DATUK SP LAJIM UKIN (BEUFORT)

12.DATUK SERI DR MD ISA SABU (KANGAR)

13.DATUK IDRIS HARON (TANGGA BATU)

14.DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN (PADANG BESAR)

15.SENATOR DATUK WIRA SYED ALI ABBAS ALHABSHEE (CHERAS)

16.SENATOR TAN SRI MOHAMED JIN SAMSUDIN (BUKIT GANTANG)

17.SENATOR DATUK ABDUL RAHMAN BAKAR (MARANG)

18.DATUK ISHAK ISMAIL (SEREMBAN)

19.DATUK AZHAR IBRAHIM (KEPALA BATAS)

20.DR MOHD PUAD ZARKASHI (BATU PAHAT)

21.DATUK SRI AZALINA OTHMAN SAID (PENGERANG)

22.DATUK ZULHASNAN RAFIQUE (SETIAWANGSA)

23.DATUK DR ABDULLAH MD ZIN (BESUT)

24.DATUK SHAHRIR ABDUL SAMAD (JOHOR BHARU)

25.DATUK WIRA MOHD JOHARI BAHARUM (KUBANG PASU)

26.DATUK AHMAD SHABERY CHEEK (KEMAMAN)

27.DATUK SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN RAJA OMAR (LARUT)

28.DATUK NOH OMAR (TANJUNG KARANG)

29.DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE (TENGGARA)

30.DATUK MUSTAPA MOHAMED (JELI)

31.DATUK BUNG MOKHTAR RADIN (KINABATANGAN)

32.DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN (LIBARAN)

33.DATUK SERI UTAMA MOHAMAD HASAN (REMBAU)

34.DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH (TEMERLOH)

35.DATUK HAMZAH ZAINUDDIN (LARUT)

36.DATUK IR MOHD ZIN MOHAMED (SEPANG)

37.SENATOR DATUK AZIAN OSMAN (IPOH TIMUR)

38.DATUK MOHAMAD NORZA ZAKARIA (WANGSA MAJU)

39.DATUK ASTAMAN ABDUL AZIZ (WANGSA MAJU)

40.DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR (TAMPIN)

41.DATUK NORAINI AHMAD (PARIT SULONG)

42.DATUK SERI DR JAMALUDDIN JARJIS (ROMPIN)

43.DATUK SERI DR HILMI YAHYA (BALIK PULAU)

44.SENATOR DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD (BALIK PULAU)

45.DATUK HASAN MALEK (KUALA PILAH)

46.DATUK SERI SITI ZAHARAH SULAIMAN (PAYA BESAR)

47.DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN (NIBONG TEBAL)

48.DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB (BERA)

49.DATUK ABDUL GHANI OTHMAN (LEDANG)

50.DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM (ARAU)

51.DATUK SERI MAHDZIR KHALID (PADANG TERAP)

SENARAI NAMA-NAMA CALON EXCO PERGERAKAN WANITA

JAWATAN: PENGERUSI TETAP WANITA

1.TAN SRI NAPSIAH OMAR (CALON TUNGGAL) (KUALA PILAH)

JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP WANITA

1.ROSDIANAH MD NOR @ NUNONG (TAWAU)

2.ROHANI ABU HASSAN (TANAH MERAH)

3.DATUK SHARIFAH AMINAH SYED AHMAD (LEMBAH PANTAI)

4.SENATOR DATUK SARIPAH AMINAHBI SYED MOHD (JELUTONG)

JAWATAN: KETUA WANITA

1.TAN SRI RAFIDAH AZIZ (KUALA KANGSAR)

2.DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL (KEPONG)

JAWATAN: NAIB KETUA WANITA

1.DATUK KAMILIA IBRAHIM (CALON TUNGGAL) (KUALA KANGSAR)

JAWATAN: AHLI JAWATANKUASA WANITA

1.DATUK JAHARA HAMID (TASEK GELUGOR)

2.ROS SURYATI ALANG (BAYAN BARU)

3.DATUK DAYANG MAHANI TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAEE (SIPITANG)

4.PUAN SRI SA'ADAH ABD SAMAD (BANDAR TUN RAZAK)

5.MADIHAH AB AZIZ (KOTA BHARU)

6.SENATOR DATUK ARMANI MAHIRUDDIN (LIBARAN)

7.DR ROBIAH KOSAI (MUAR)

8.DATUK SITI JELIHA @ZALEHA HUSSIN (KUBANG KERIAN)

9.DATUK MAS NORMAH MAS JUNID (BUKIT BINTANG)

10.DATUK AINON KHARIYAH MOHD ABAS (PASIR SALAK)

11.DR ROZAIDAH TALIB (AMPANG)

12.SENATOR DATUK MAZNAH MAZLAN (ROMPIN)

13.ROSNI SOHAR (HULU SELANGOR)

14.SURAYA YAACOB (PENDANG)

15.DATUK MELATI ALI (PEKAN)

16.SENATOR DATIN PADUKA NORHAYATI ONN (KLANG)

17.DATUK AZIZAH MOHD DUN (BEUFORT)

18.DATUK NORHAYATI OMAR (KUALA PILAH)

19.CHE ARPAH ARIFFIN (PADANG TERAP)

20.NORLIZA ABDUL RAHIM (BUKIT GELUGOR)

21.NORLIZA AHMAD (KAPAR)

22.SENATOR WAN HAZANI WAN MOHD NOR (GUA MUSANG)

23.ZAINAB NASIR (TAMPIN)

24.DATUK MASTIKA JUNAIDAH HUSIN (ARAU)

25.DATUK JAMELAH A.BAKAR (BATU KAWAN)

26.HASNAH SALAM (ALOR GAJAH)

27.DATUK ROSNI ZAHARI (MARAN)

28.SENATOR SHARIFAH AZIZAH SYED ZAIN (KLUANG)

29.MARIANY MOHAMMAD YIT (BUKIT BINTANG)

30.HAMIDAH OSMAN (GOPENG)

31.MARLIA ABD LATIFF (PADANG SERAI)

32.SENATOR DATUK DR MASHITAH IBRAHIM (BALING)

33.DATUK KHAMSIYAH YEOP (LENGGONG)

34.HALIZA ABDULLAH (BATU PAHAT)

35.SALMAH PIN (BANDAR TUN RAZAK)

36.DATUK HALIMAH MOHAMED SADIQUE (TENGGARA)

37.DATIN DR NIK AZIZAH NIK YAHYA (KOTA BHARU)

38.NORA'SHEKIN YUSOF (BATU)

39.JUMABI MOHAMAD (BAGAN)

40.DATUK SITI SALMAH MAT JUSAK (PADANG RENGAS)

41.NORIAH MAHAT (PAGOH)

42.LATIPAH OMAR (MASJID TANAH)

43.DATUK RUSNAH KASSIM (TANJONG MALIM)

44.DATIN PADUKA MESRAH SELAMAT (KUALA SELANGOR)

45.DATUK MAZNAH ABD HAMID (JERLUN)

46.DATIN PADUKA SERIPAH NOLI SYED HUSSIN (KELANA JAYA)

47.AZIHANI ALI (KANGAR)

48.MUNALIZA HAMZAH (PETALING JAYA SELATAN)

49.DATUK AMISAH YASSIN (RANAU)

50.FATIMAH HAMAT (HULU TERENGGANU)

SENARAI NAMA-NAMA CALON EXCO PERGERAKAN PEMUDA

JAWATAN: PENGERUSI TETAP PEMUDA

1.RAMI SIMBOK (PUCHONG)

2.DATUK ABDUL FATTAH ABDULLAH (CAMERON HIGHLANDS)

JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP PEMUDA

1.MUHAMMAD YADZAN MOHAMMAD (TANJONG MALIM)

2.MOHAMAD RADHI ABDULLAH (KELANA JAYA)

3.SYED AZMI AHMAD SYED NAZIR AHMAD (TANJONG)

4.JAIGANI JAAFAR (SEMBRONG)

5.OSMAN AHMED (SIPITANG)

6.KAMARUDIN HASSAN (SEGAMBUT)

JAWATAN: KETUA PEMUDA

1.DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR (KUBANG PASU)

2.DATUK SERI DR MOHAMAD KHIR TOYO (SUNGAI BESAR)

3.KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR (REMBAU)

JAWATAN: NAIB KETUA PEMUDA

1.DATUK RAZALI IBRAHIM (MUAR)

2.DATUK REEZAL MERICAN NAINA MERICAN (KEPALA BATAS)

JAWATAN: AHLI JAWATANKUASA PEMUDA

1.AHMAD IZANY MOHD NOR (SEREMBAN)

2.ZUBIR ZABIDI (ALOR STAR)

3.MOHD JOHARI ABU BAKAR (HULU TERENGGANU)

4.NADZIRUDDIN MOHAMED BANDI (TELOK INTAN)

5.NORMAN ZAHALAN (BAYAN BARU)

6.TENGKU AZMAN TENGKU ZAINOL ABIDIN (BUKIT BINTANG)

7.DATUK SERI SHAMSUDIN MD SAAD (JERLUN)

8.DR NOVANDRI HASAN BASRI (BUKIT GELUGOR)

9.SHAFIQURRAHMAN SHAMSUDDIN (KUALA KEDAH)

10.ALI MAZAT SALLEH (KULAI)

11.MEGAT ZULKARNAIN DATUK OMARDIN (GOMBAK)

12.TUN FAISAL ISMAIL AZIZ (PUTRAJAYA)

13.ANUAR SAFIAN (KUBANG KERIAN)

14.MOHD ZAIDI ILAMDIN (KELANA JAYA)

15.LOB MAHADIR ABDUL SHUKUR (SHAH ALAM)

16.MOHD FAIZ MOHD RAIH (SETIAWANGSA)

17.DATUK AHMAD DARUS (KEPALA BATAS)

18.AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH SANUSI (LANGKAWI)

19.MOHD HUSAIMI HUSSIN (BESUT)

20.LOKMAN NOOR ADAM (SHAH ALAM)

21.DATUK MOHD AZMI HAMZAH (KOTA RAJA)

22.ZAMRI ZAINOL ABIDIN (POKOK SENA)

23.MOHD AMIN HAMIDON @ HAMPON (PENGERANG)

24.MOHD ZAMRI MOHD IDRUS (PASIR GUDANG)

25.MOHD GASING SALING (KALABAKAN)

26.AZIZUL NIZAM BIDIN (MERBOK)

27.MOHD AFANDI YUSOFF (RANTAU PANJANG)

28.JAWAWI JAAFAR (TENOM)

29.MOHD NAJIB MOHD ISA (TELOK KEMANG)

30.MOHAMED SUFFIAN AWANG (KUANTAN)

31.AZIAN ARIFFIN (BALIK PULAU)

32.SAIFUL ISMAIL SAAYA (KUALA KANGSAR)

33.JASNI SHAFIE (PADANG TERAP)

34.NORIZAN ALI (KEPONG)

35.NIXON ABDUL HABI (SEMPORNA)

36.MOHAMAD SAZALI KAMELAN (LEMBAH PANTAI)

37.ROSLI HASAN (BUKIT KATIL)

38.AHMAD ZAKI ZAHID (PUTRAJAYA)

39.ASRI ABDUL RAHMAN (SELAYANG)

40.DR MOHASDJONE @MOHD JOHARI MOHAMAD (BESUT)

41.NOR HAZAIMI HAMZAH (BUKIT BENDERA)

42.MOHD HISAMUDIN YAHAYA (PUTRAJAYA)

43.ZAINURI ZAINAL (KLANG)

44.KAMAROL SALLEH (POKOK SENA)

45.MOHD RAZLAN MUHAMMAD RAFII (SEPUTEH)

46.NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSIN (TITIWANGSA)

47.DATUK WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK (JERANTUT)

48.MOHD ANIS HISHAM ABD AZIZ (KUALA SELANGOR)

49.BAHRUL RAZHA CHUPRAT (KOTA KINABALU)

50.MUHAMMAD KHAIRUN ASEH (PUTRAJAYA)

51.MOHAMAD NAZIM A.SAMAD (KOTA MELAKA)

52.DR FAIZAL TAJUDDIN (PASIR SALAK)

53.DATUK MOHAMED HAZALI ABU HASSAN (KUALA SELANGOR)

54.KHALID MOHAMED (JOHOR BAHARU)

55.SOHAIMI SHAHADAN (SELAYANG)

56.ZAKARIA DULLAH (SIMPANG RENGGAM)

57.UNGKU MD SALLEH UNGKU ABD JAMAL (SERDANG)

58.MOHAMAD IRUAN ZULKEFLI (LENGGONG)

59.HAMUNIR HAMZAH (KANGAR)

60.FAKHRUL ZAFRAN ABANG KAMARUL ZAMAN (GELANG PATAH)

61.AHMAD SUHAIRI AHMAD HARIRI (SHAH ALAM)

62.MARZUKI YAHYA (BAGAN)

63.MOHD ANUAR MOHAMMAD NOR (MARANG)

64.SYAHRIN JAMALUDIN (TEBRAU)

65.MOHD FAIRUZ MOHD SAKIRIN (KLANG)

SENARAI NAMA-NAMA CALON EXCO PERGERAKAN PUTERI

JAWATAN: PENGERUSI TETAP PUTERI

1.ROSLINDA ABD RAHMAN (RASAH)

2.AZLIEZA AZIZAN (TANGGA BATU)

JAWATAN: TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI

1.HASPALELA MOHAMED HASSAN (KULAI)

2.ROSMARYNDA MOHAMAD RASIDI (BANDAR TUN RAZAK)

3.ZAKIAH KALIPUNYA (SEMPORNA)

JAWATAN: KETUA PUTERI

1.DATIN ISMALINA ISMAIL (WANGSA MAJU)

2.DATUK SHAHANIZA SHAMSUDDIN (MARAN)

3.IDA RAHAYU MD NOOR (PETALING JAYA UTARA)

4.DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SIRLIN (PAPAR)

5.SAARAH ALI BASHAH (SEPUTEH)

6 BIBI SHARLIZA MOHD KHALID (REMBAU)

JAWATAN: NAIB KETUA PUTERI

1.NOLEE ASHILIN MOHAMMED RADZI (LEMBAH PANTAI)

2.DR WAN NORASHIKIN WAN NOORDIN (PASIR SALAK)

3.NORDIANA SHAFIE (KUALA TERENGGANU)

4.HASLINDA MOHD ZERAIN (AMPANG)

5.SHAHANIM MOHAMAD YUSOFF (SUNGAI PETANI)

JAWATAN: AHLI JAWATANKUASA PUTERI

1.ROSELINDA ABD JAMIL (KLANG)

2.NORHASMIMI ABDUL GHANI (KUALA KRAU)

3.ZURINA ABDUL RAHMAN (HULU TERENGGANU)

4.SHAHANIM MOHAMAD YUSOFF (SUNGAI PETANI)

5.SITI FATIMAH AMIR (SETIAWANGSA)

6.JAMILAH HANIM OTHMAN (PETALING JAYA SELATAN)

7.HAMIZAH ABDOLLAH ZAWAWI (PUTRAJAYA)

8.FATIMAH @ NIK FATIMAH NIK SALLEH (TUMPAT)

9.AFIZAH ABDUL RAHMAN (POKOK SENA)

10.RITA SYARINDA MANAF NAJID (DUNGUN)

11.ROSMARYNDA MOHAMAD RASIDI (BANDAR TUN RAZAK)

12.AZANA RITA ABDUL AZIZ (TAMBUN)

13.ELLYANA MOHD MUSLIM TAN (PADANG BESAR)

14.ZAUYAH ZAINUDDIN (BANDAR TUN RAZAK)

15.ROHAIZA YANG YUSSUF (KUALA KANGSAR)

16.AZLINDA ALIS (KUBANG KERIAN)

17.WAN ZAWIYAH WAN HALIM (KUBANG PASU)

18.NORHAMIZAH MAT TAHIR (SELAYANG)

19.DAYANG MAIMUNAH SIDEK (SIPITANG)

20.AZLIZA AHMAD (SEPUTEH)

21.NORDIANA SHAFIE (KUALA TERENGGANU)

22.NOR MARRY ABDUL KARIM (JELEBU)

23.NASHUA FAUZUN (SEGAMBUT)

24.WAN NOOR DIZAMDILA WAN MUSTAPA (ARAU)

25.MASMIRA MOHD SALLEH (BUKIT BINTANG)

26.AZLINDA ZUBIR @ ZUBIN (BUKIT KATIL)

27.EM ROOSEHAZIRAM MOHD RAHIM (PENGKALAN CHEPA)

28.FAHARIYAH MD NORDIN (LEDANG)

29.JAMILAH AWANG (NIBONG TEBAL)

30.FARAHA ISMAIL (MERSING)

31.ZAHIDA ZARIK KHAN (PANDAN)

32.NORSABRINA MOHD NOOR (KULIM-BANDAR BAHARU)

33.NUR FAZLIM M.MOHAMED KUNJU (KEMAMAN)

34.MAS ERMIEYATI SAMSUDIN (MASJID TANAH)

35.IDAMOERNI ZAKARIA (BUKIT GELUGOR)

36.ISFARINA MOHD BALI (IPOH BARAT)

37.HASRUNIZAH HASSAN (PONTIAN)

38.RINA MOHD HARUN (SEPANG)

39.DR WAN NORASHIKIN WAN NOORDIN (PASIR SALAK)

40.HAMIDAH MOHD JAAFAR (PUTATAN)

41.ASMAIZA AHMAD (PADANG BESAR)

42.ANITA MURAD (TENGGARA)

43.JULIE SABRAN (BELURAN)

44.HARTINI ABDUL RAHMAN (JERANTUT)

45.HERNI AZURA GHAFAR (SUBANG)

46.SERIWANI SABTU (SETIAWANGSA)

47.NORASHIKIN ABDUL RAHMAN (RASAH)

48.HUZRY FIONNAWATTY HUSSEIN (SEGAMBUT)

49.INAHWYATI JAINI (TENOM)

50.NOOR HAYATI FITRAH SHAHRIL (BAYAN BARU)

51.WAN SALWATI ABDULLAH (SEREMBAN)

52.NIK NORA HIRYANI NIK MOHAMED YUSSOF (GUA MUSANG)

53.NOR AZITA ABDUL RAHMAN (PEKAN)





Sumber : BERNAMA





Nota : Kepada perwakilan semua, pilihlah pemimpin anda yang benar-benar layak untuk memimpin dan bukan benar-benar layak untuk memberi wang.

Anda sebagai perwakilan mempunyai bebanan dan tanggungjawab yang amat besar dan berat kerana setiap daripada pemilihan anda itu akan dapat menentukan hala tuju dan mutu UMNO akan datang.

Cukuplah dengan keretakan UMNO yang ada sekarang, berubahlah ke zaman kecemerlangannya kembali. Oleh itu, tanggungjawab ini adalah di tangan anda. PILIHLAH DENGAN BIJAK DAN IMAN.


Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT
Bangi, Selangor

Monday, February 23, 2009

IKLAN UNTUK ANDA


BERHENTILAH SEKARANG...

Ingatlah orang tersayang di sekeliling anda...

Merokok bukan sahaja merugikan, namun ia amat merbahayakan diri kita dan orang lain...

Jangan biarkan hidup anda diselubungi asap rokok...

Sunday, February 22, 2009

Boleh Jadikah PAS dan UMNO Bergabung Nie???



PAS BERGABUNG DENGAN UMNO...????


Inilah mungkin bendera rasmi jika PAS dan UMNO disatukan???

YA, SAYA SOKONG...

Apakah nama parti baru jika PAS dan UMNO digabungkan??? PASUMNO???

YA, SAYA SOKONG...

Siapa Presiden parti??? Najib Razak...??? Haji Hadi...??? Presiden 1 & 2???

YA, SAYA SOKONG...


TAPI... akan menjadi realiti kah semua ini???

Yang pasti, mungkin Anwar Ibrahim mampu tukar parti... Mungkin Ezam Mohd Noor mampu tukar parti...

TAPI, adakah mampu puak taksub PAS tukar parti atau terima penggabungan???

TAPI, adakah mampu geng UMNO bekerjasama dalam 1 bumbung dengan PAS???

SAYA YAKIN IA TIDAK MAMPU DILAKUKAN DALAM MASA SEKARANG...

Oleh itu, cadangan dan bisik-bisik yang mengatakan UMNO dan PAS harus bergabung hanyalah mainan politik masa sekarang...

Realitinya sekarang, UMNO dan PAS masih BELUM BERSEDIA untuk mengenepikan kepentingan masing-masing untuk bersatu atas nama MELAYU dan ISLAM...


Nukilan,

SARFAMS.BLOGSPOT

Friday, February 20, 2009

Haron Din Al-Hafiz Komen Keadaan Di Perak

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Feb 19, 09 | 12:08:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Image

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka. Image

"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Image

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks

Wednesday, February 18, 2009

Mufti Dimaki.... Melampau



Jangan jadikan maki memaki ini sebagai budaya hidup kita. Sebolehnya kita sebagai masyarakat Malaysia haruslah menanamkan kembali nilai-nilai ketimuran yang sekian lama terhidang kepada kita. Lebih-lebih lagi budaya memaki Mufti Negeri adalah suatu perkara yang amat tidak sihat dan keterlaluan. Bukan bermaksud Mufti tidak boleh ditegur tetapi perlu menggunakan landasan atau cara yang baik demi kepentingan semua terutama Agama Islam.

Bagi saya, memaki Mufti adalah suatu perkara yang biadap dan kurang sopan. Jika kita kurang senang dengan kenyataan yang dibuat, maka kita harus menggunakan saluran yang betul dan tepat untuk menegur beliau dan bukan dengan cara memakinya secara terbuka.


"Selagi pemerintah seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak menyuruh kita melakukan perbuatan maksiat, maka kita mesti taat. Jadi sesiapa yang ingkar, maka derhakalah orang itu"

"Perbuatan mencaci dan memaki itu adalah perbuatan syaitan. kalau mereka (penyokong pembangkang) hendak maki saya dan kata saya ini anjing terpulanglah kepada mereka" demikian kata Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Perak) dalam Utusan Malaysia, 17 Februari 2009 mengulas mengenai perbuatan caci maki yang dilakukan oleh penyokong pembangkang terhadapnya. Penyokong pembangkang tidak mahu dengar cakap mufti sebab mereka lebih selesa dengar cakap Mursyidul Am PAS yang sudah dianggap sebagai "mufti" oleh mereka. Sampai hari ini, sudah 11 hari Nizar menderhaka kepada Sultan dan masih belum lagi meminta maaf secara terbuka kepada Sultan. Sampai bila Nizar harus berdegil dan menderhaka kepada Sultan? Dengarlah nasihat mufti. - Sumber : Anginperubahan.Blogspot.com



Ikhlas,

Sarfarizmal Md Saad
Timbalan Presiden,
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)

E-mel : sarfa_pmukm@yahoo.com
: SarfaMS@yahoo.com

Monday, February 16, 2009

Gambar ADUN Wanita Bogel dilaporkan

Laporan polis foto bogel Adun wanita
Feb 16, 09 10:09am


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Wakil rakyat kerajaan Pakatan Rakyat di negeri - yang tidak dinamakan - membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Adun wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.


Sumber : Malaysiakini

Friday, February 13, 2009

Harian Metro : Ikrar MPP baru 12.Februari.2009

Ikrar MPP baru

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin harzrul@hmetro.com.my


"TAHNIAH...Dr Sharifah Hapsah (kiri) melihat watikah pelantikan diterima Nasir (dua dari kiri) sambil diperhatikan ahli MPP lain, semalam."



BANGI: Seramai 34 Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008-2009, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) melafazkan ikrar di hadapan Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin, semalam.


Upacara berkenaan diadakan sebagai tanda pembentukan barisan perwakilan PMUKM yang baru selepas memenangi pilihan raya kampus bulan lalu.


Mendukung tema ‘Aspirasi Sepakat Transformasi Gemilang’ PMUKM yang dibentuk sebulat suara memilih Mohamad Nasir Mohamed Nazri sebagai presiden baru.


Menurut Mohamad Nasir, seperti biasa PMUKM dibentuk tetap mendokong tiga dasar utama iaitu ilmu, amal dan bakti.

“Tiga dasar itu menjadikan kebajikan pelajar sebagai fokus utama termasuklah mengambil tahu segala hal mengenai keperluan pelajar di kolej kediaman, fakulti, kelab dan persatuan dan universiti sendiri.


“Selain itu, kami berusaha melonjakkan kebolehpasaran pelajar UKM serta menghargai jasa alumni (bekas pelajar) universiti.


“Namun usaha memperkasakan agenda integrasi kaum dan hubungan antarabangsa pelajar menjadi cabaran utama,” katanya selepas menyampaikan ucapan dasarnya sebagai Presiden PMUKM.


Beliau juga berharap perwakilan pelajar yang baru dibentuk ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pengurusan universiti dalam terus memperjuangkan kepentingan pelajar dan institusi pengajian sendiri.


“Saya berharap barisan kepemimpinan yang baru ini dapat melaksanakan amanah diberikan dengan penuh tanggungjawab, ikhlas serta adil,” katanya.


Watikah diserahkan sendiri oleh Dr Sharifah Hapsah sambil disaksikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Datuk Dr Mohamad Abdul Razak.


Wednesday, February 11, 2009

Perkembangan Yang Baik di UM

Siswa ketepi p'geseran demi canselor UM, Sultan Azlan
Abdul Rahim Sabri | Feb 10, 09 11:09am


kemaskini 7:06pm Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) Universiti Malaya, yang didominasi kumpulan pro-Mahasiswa, hari ini mengambil sikap sealiran dengan musuh tradisinya berhubung keputusan Sultan Perak dalam krisis politik di negeri tersebut.

Yang dipetua MPP Mohd Ridhuan Mohammad berkata tindakan Sultan Azlan Shah, yang juga canselor universiti itu, tidak wajar dipersalahkan.

"Seharusnya persepsi negatif terhadap baginda perlu di jelaskan dengan sebaiknya agar spekulasi ini tidak beterusan sehingga menimbulkan keadaan yang lebih buruk pada masa akan datang.

"Kedaulatan institusi beraja perlu dipertahankan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun tiada undangan rasmi, Mohd Ridhuan tetap bersama satu majlis menyatakan sokongan kepada Sultan Perak pada jam 6 petang ini anjuran Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali pro-Aspirasi), yang bersaing sengit dengan pro-Mahasiswa dalam pilihanraya kampus, bulan lepas.

Perhimpunan itu disertai 150 pelajar - turut dianjurkan Sekretariat Presiden Kolej (SPK) dan Persatuan Pelajar Tinggal Luar Kampus (Puspita) - berarak dari Kompleks Perdanasiswa ke Dewan Tunku Canselor sejauh lebih 100 meter.

Mereka melaungkan "Daulat Tuanku", menyanyikan lagu Negaraku dan membaca beramai-ramai Rukunegara yang dikepalai oleh Wan Hasif Wan Mohd Ali, seorang jurucakap SPK dan pro-Aspirasi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris turut hadir di majlis berkenaan yang berlangsung selama 45 minit, termasuk perarakan ringkas.

Mohd Ridhuan, calon kerusi umum pro-Mahasiswa, hadir ke perhimpunan di DTC sebagai tanda sokongan terhadap canselor walaupun tidak menyertai perarakan.

"Kami juga menyokong tindakan yang dilakukan oleh SPK kerana berusaha untuk mempertahankan maruah Sultan Perak," katanya.

"Kami akan bersama-sama dengan semua tindakan yang berusaha untuk menyatakan kebenaran lebih-lebih lagi demi menjaga kedaulatan sultan itu sendiri."

Beliau juga menggesa pergolakan yang berlaku antara Pakatan Rakyat dengan BN itu diselesaikan mengikut undang-undang yang sedia termaktub dalam perlembagaan negara.

Sultan Azlan dipertikaikan susulan keputusan baginda menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya melepaskan jawatan masing-masing minggu lepas.

Pembangkang mendakwa titah sedemikian tidak termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Perak.

umno youth demonstration against karpal singh 100209 08Baginda juga tidak memperkenan untuk membubarkan DUN Perak seperti permohonan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pagi tadi, lebih kurang 100 penunjuk perasaan (foto kanan) berkumpul di kaki Menara Maybank, dekat terminal bas Puduraya bagi membantah tindakan yang dianggap mencabar institusi Raja-raja Melayu.

Perhimpunan yang terdiri penyokong Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Selangor itu bermula kira-kira pukul 9.55 pagi.

Mereka melaungkan "Daulat Tuanku" sambil membawa kain-kain rentang antaranya menggesa agar kerakyatan pengerusi DAP dan juga peguam terkenal, Karpal Singh dilucutkan.

Mereka melilitkan kepala dengan kain kuning atau bersongkok dengan lilitan kain yang sama.

Mereka kemudian berarak ke pejabat peguam itu - terletak kurang 1km - untuk meninggalkan memorandum dan kemudian bersurai.

Tuesday, February 10, 2009

Penghayatan Rukun Negara

Penghayatan Rukun Negara

Assalamualaikum.. salam sejahtera..


Sementara menunggu tarikh 11 februari 2009, dimana MPPUKM akan mengangkat sumpah selaku MPPUKM bagi sesi 2008/2009, marilah kita sedikit sebanyak mengkaji dan menilai kembali beberapa perkara yang diperuntukkan di dalam Negara kita. Apa yang ingin di perbincangkan pada kali ini adalah mengenai Rukun Negara.


Selaku warganegara, kita seharusnya tahu mengenai Rukun Negara kita. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan kita, tetapi kita mesti sedar yang Rukun Negara inilah yang akan membentuk nilai peribadi yang tinggi dalam warganegara Malaysia..


Rukun Negara


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Ikrar


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut


Prinsip Rukun Negara

 Kepercayaan kepada Tuhan

 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

 Keluhuran Perlembagaan

 Kedaulatan Undang-undang

 Kesopanan dan Kesusilaan


PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA:



Kepercayaan kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.



Keluhuran Perlembagaan


Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak social rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.



Kedaulatan Undang-Undang


Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.



Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



Oleh yang demikian, marilah kita bersama2 memeastikan Rukun Negara ini di ikuti agar kemakmuran yang di capai sekarang daapt kita kekalkan.. jgn kita hancurkan Negara kita hanya disebabkan oleh sebilangan kecil manusia yang berkepentingan..


Salam Perjuangan…



Sumber : http://aspirasi-ukm.blogspot.com

Saturday, February 7, 2009

Pengajaran Untuk Anwar Ibrahim Kata Mahathir

Mahathir: Pengajaran untuk Anwar
Feb 6, 09 12:24pm


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sandiwara politik di Perak sekarang sebagai menggelikan hati. "Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang."Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. Tetapi menteri besar Pakatan (Rakyat) tidak hendak berhenti jadi MB.


"Pejabatnya sudah dikosongkan oleh polis. Apakah polis akan usung MB dan campak dia keluar? "Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya," tulis Dr Mahathir dalam blognya.


Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara tersebut kerana beliau yang beria-ia sangat untuk ada 'lompat katak yang terbesar' pada September 16. "Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (Adun Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.


"Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah...," katanya.Dr Mahathir berkata, Pakatan Rakyat Perak boleh bentuk kerajaan minoriti kerana demokrasi mengizinkannya."Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Peruntukan undang-undang"Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan," tulisnya.


"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?"Jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.


"Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? "Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu," katanya.


Dr Mahathir berkata, ada kemungkinan pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. "Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah kerajaan yang halal.


"Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan," katanya.
Sumber : Malaysiakini

Thursday, February 5, 2009

SAH DUN PERAK TIDAK DIBUBAR

Salam Blogger,

Semalam, saya telah menganalisis dan menjangkakan bahawa tidak akan ada pembubaran DUN di Negeri Perak oleh Sultan Perak.

Hari ini, telah terbukti bahawa DUN Negeri Perak TIDAK DIBUBARKAN atas perintah Sultan Perak sendiri.

Oleh itu, Sultan Azlan Shah telah MENITAHKAN MB Perak Datuk Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin untuk MELETAKKAN JAWATANNYA sebagai Menteri Besar Perak serta merta atau sekiranya beliau ENGGAN, MAKA JAWATAN ITU DIKIRA KOSONG.

Berita lanjut disini :


http://malaysiakini.com/news/97617




Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT.COM

Strategi BN untuk berkuasa di Perak... TAHNIAH


TAHNIAH diucapkan kepada Barisan Nasional Negeri Perak yang pandai mengatur strategi politik mereka dengan begitu teliti dan lancar.
Kehadiran YB Datuk Nasarudin (ADUN BOTA) ke dalam Pakatan Rakyat sebenarnya merupakan suatu magnet penarik dan vakum penyedut ahli-ahli YB PR untuk menyeberangi parti ke BN.

Strategi licik mainan BN ini seharusnya dipuji jika dianalisis melalui kaca mata politik kerana ia sememangnya telah BERJAYA MEMPERDAYA orang nombor 1 dalam PR iaitu YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Malah, semua dapat melihat bahawa YB Datuk Seri Anwar bersama-sama YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin begitu senang hati dan hidup selesa apabila YB Datuk Nasaruddin masuk PKR bulan lalu.

Tambahan pula bekas MB Perak, YB Dato Seri Tajul Rosli Mohd Ghazali mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai 'boss' BN Perak. Sesungguhnya, perjuang BN dalam situasi ini adalah Datuk Nasaruddin dan Dato Seri Tajul Rosli. Tahniah dan syabas.

Namun, BN tidak perlu terlalu leka dengan kejayaan ini. Mereka seharusnya menyambutnya dengan penuh kesederhanaan dan sentiasa perlu mengatur lebih strategi agar 2 lagi negeri yang dilihat goyah dalam kepimpinan PR tumbang jatuh ke bawah. 2 negeri yang saya maksudkan itu ialah Negeri Kedah dan Negeri Selangor.

Saya yakin, jika strategi semantap ini dilakukan di 2 negeri ini oleh BN, maka kerajaan sedia ada di 2 negeri ini bakal tumbang dan BN akan semakin perkasa. Cuma yang penting bagi BN ialah, kepimpinan di peringkat negerinya haruslah mantap dan berpandangan licik dalam soal strategi politik ini. Biarlah Najib Tun Razak tidak semurai Anwar Ibrahim, namun strateginya sehebat Dr. Mahathir Mohamad. Saya juga ingin mengetahui dimanakah Anwar Ibrahim sekarang??? Apakah komennya untuk hal ini???

Saya menjangkakan bahawa, tidak akan berlaku pilihanraya negeri Perak. Maka yang akan berlaku ialah peralihan kuasa antara PR kepada BN yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Sumber terdekat yang saya perlolehi ialah 3 nama yang ingin diketengahkan sebagai MB Perak yang baru iaitu YB Datuk Seri Haji Ahmad Zahid Haji Hamidi, YB Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan YB Kapt. (B) Datuk Haji Muhd Najmuddin Elias Al-Hafiz. Bagi saya, ketiga-tiga nama ini adalah PILIHAN SAYA. Maka, saya akan menyokong penuh kepada mana-mana 3 YB ini untuk digelar Menteri Besar Perak tidak lama lagi...



Selamat berjuang BN dan PR...


Ikhlas,

SARFAMS.BLOGSPOT.COM

Wednesday, February 4, 2009

Laman Blog Rasmi MPP UKM Bermula 01.Feb.09 Lalu

LAYARILAH BERSAMA BLOG RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DI LAMAN BLOG PMUKM :
SEMOGA PENDEKATAN BARU YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KEPIMPINAN TERTINGGI PMUKM SESI INI AKAN MEMBERI IMPAK YANG AMAT BESAR DAN BERMAKNA KEPADA SEMUA TERMASUKLAH MASYARAKAT DI LUAR KAMPUS.
SEGALA MAKLUMAT DAN BERITA YANG DIPAPARKAN BUKAN SAHAJA TERBATAS KEPADA MASYARAKAT MAHASISWA, NAMUN IA JUGA ADALAH UNTUK MASYARAKAT DI LUAR KAMPUS.
SELAMAT MELAYARI DUNIA MAYA BLOGGERS.
IKHLAS DARIPADA :
KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI,
PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PMUKM)
SESI 2008/2009

MALAYSIAKINI : Lantikan pemimpin kanan MPPUKM dipersoal - Sarfarizmal Md Saad










sumber : http://malaysiakini.com/news/97549



Tuesday, February 3, 2009

TERIMA KASIH... SAYA TIMBALAN PRESIDEN PMUKM


BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM...

Assalamualaikum dan salam perpaduan semua

TERIMA KASIH saya ucapkan kepada semua pengundi di UKM kerana turun mengundi pada 15.Januari.2009 lalu dan hasilnya telah diketahui semua.

Pada tanggal 02.Februari.2009 pada jam 8.00 malam tadi, suatu mesyuarat pertama MPP UKM telah berlangsung dengan penuh warna warni. Pelbagai perkara telah berlaku dalam mesyuarat yang memakan masa beberapa jam tersebut.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada majoriti MPP UKM yang telah memberi sepenuh kepercayaan dan menyokong saya sebagai TIMBALAN PRESIDEN PMUKM SESI 2008/2009 ini.

Walaupun jawatan ini adalah jawatan 'paling panas' dan amat 'sukar' untuk mendapatkannya, namun semangat rakan-rakan MPP saya tetap kuat dan sentiasa serius terhadap keputusan sokongan mereka kepada saya.

Sebenarnya, saya menerima jawatan ini dalam keadaan yang tidak tenang dan sukar untuk memperolehnya. Sebab itulah saya berasakan bahawa jawatan yang diterima saya ini suatu amanah besar dan tanggungjawab yang bukan saja dinilai di dunia ini malah akan dinilai dalam kehidupan selepas dunia.

Saya akan menjadikan jawatan ini sebagai jawatan semua mahasiswa/i dimana semua mahasiswa/i boleh memberi apa jua teguran, pendapat, kritikan atau permasalahan kepada saya secara terus. Oleh itu, saya akan melancarkan Sistem Penyampaian Aduan & Maklumat (SPAM) mulai esok, insyaAllah.


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN


' Mahasiswa Peneraju Aspirasi UKM '


" BUAT KERJA "



Sarfarizmal Bin Md Saad
Timbalan Presiden
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2008/2009

Monday, February 2, 2009

Kenapa Jadi Begini???

Bapa mungkin jadi wakil rakyat Bebas


IPOH: Anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi yang disebut-sebut akan meninggalkan Pakatan Rakyat Perak mendakwa bapanya mungkin menjadi wakil rakyat Bebas.

Ali, 25, mendakwa bapanya tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) seperti dilaporkan media hari ini dan semalam. Ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini, Ali juga mengesahkan keluarganya tidak dapat menghubungi Jamaluddin sejak Isnin lalu.

Namun, katanya seorang rakan bapanya menghubungi beliau semalam memaklumkan bapanya akan keluar PKR untuk menjadi Adun Bebas. "Saya tak percaya dia hilang...dia tahu jaga dirinya tetapi emak saya memang tertekan," katanya.

Pagi tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengesahkan dua Adun yang juga ahli Exco negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu, Jamaluddin dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) tidak dapat dihubungi sejak Isnin lalu.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah membabitkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.


SUMBER : BERITA HARIAN

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)