Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Tuesday, March 31, 2009

Rehat Sebentar Dengan Lawak

video

M Star Online - Pendapat & Analisis Untuk Tun Dr. Mahathir


Pendapat dan analisis untuk Tun Dr. Mahathir

KEJUTAN yang dilakukan oleh Bekas Presiden UMNO Malaysia paling lama berkuasa iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini sebenarnya bukan suatu perkara yang dirancang oleh sesiapa kecuali beliau sendiri.

Difahamkan, Tun Dr. Mahathir sepatutnya perlu menghadiri majlis menyukur rambut cucunya suatu tempat di ibu negara, namun ketika beliau masuk ke dalam keretanya, beliau secara spontan mengarahkan pemandunya untuk ke PWTC.

Walaupun dalam keadaan kurang jelas akan niat sebenar Tun, pemandunya akur dan terus memandu menuju PWTC yang pada ketika itu sedang rancak dengan ucapan Timbalan Presiden parti iaitu YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau tiba di PWTC dengan penuh kejutan dan menyebabkan seluruh PWTC dan seluruh masyarakat yang melihat siaran langsung di TV tercenggang dan terkejut seketika. Begitulah seorang negarawan yang betul-betul berniat ikhlas dan setia akan partinya.

Beliau keluar UMNO dahulu bukan bermakna beliau benci atau tidak sayangkan perjuangan UMNO, tetapi tindakan beliau keluar UMNO adalah semata-mata beliau sayangkan UMNO itu. Tun tidak mahu melihat UMNO dirosakkan oleh pemimpin yang tidak tahu memajukan parti.

Tun tidak mahu lagi beliau dicop sebagai salah seorang ahli UMNO yang tidak mampu berbuat apa-apa semasa kejatuhan UMNO. Oleh sebab itulah, Tun Dr. Mahathir bertekad mengajak isterinya YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohd Ali untuk keluar daripada UMNO.

Setelah beliau tidak lagi bergelar ahli UMNO, maka Tun berfungsi sebagai pengkritik tegar UMNO demi survival UMNO itu sendiri.

Tun Dr. Mahathir tidak mengira siapa pemimpin atau pemacu parti ketika itu, kerana bagi Tun yang penting adalah UMNO itu sendiri.

Sebab itulah Tun sanggup dan berani mengkritik keras kepimpinan UMNO walaupun secara realitinya pemimpin UMNO yang beliau kutuk dan kritik itu adalah sahabat dan 'orang beliau' suatu ketika dahulu.

Namun, Tun Dr. Mahathir tidak menghiraukan siapa latar belakang pemimpin UMNO tetapi beliau menghiraukan bagaimana pemimpin UMNO memacu dan memajukan UMNO.

Jika orang atau pemimpin biasa-biasa sudah tentu tidak sanggup untuk mengkritik keras rakannya yang lebih-lebih lagi merupakan bekas timbalannya sendiri. Namun, Tun Dr. Mahathir tidak memiliki persepsi sebegitu dalam dirinya. Yang penting bagi Tun ialah parti dan bukan orang dalam parti itu.

Oleh itu, saya sebagai pemimpin pelajar bermula umur 9 tahun lagi sehingga sekarang, merasakan bahawa negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad ini seharusnya dijadikan idola atau tempat rujukan para pemimpin negara, pemimpin masyarakat, pemimpin agama, pemimpin organisasi, pemimpin pelajar dan pemimpin-pemimpin kecil yang lain.

Dengan itulah juga, saya secara peribadinya tidak berasa salah apabila dari dahulu sehingga kini memilih insan bernama Dr. Mahathir Mohamad ini sebagai pemimpin pilihan utama saya. Malah, sebagai pemimpin pelajar, saya turut mempraktikkan ajaran dan skill Tun Dr. mahathir kepada organisasi saya dari dahulu sehingga sekarang.

Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohd Ali akan terus sihat dan hebat dalam terus memberikan pelbagai buah fikiran demi Malaysia dan rakyat jelatanya.

Salam Kepimpinan,

Sarfarizmal Md Saad Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday, March 29, 2009

Analisis Gambar Tun Dr. Mahathir & Pak Lah





Lihat dan analisislah sendiri gambar-gambar di atas. Terima kasih.




Ikhlas,


SARFAMS.BLOGSPOT

Suatu Pendapat Untuk 3 Pilihanraya Kecil

bukit gantang by election nomination day 290309 01Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang

calon BN : Ismail Safian
calon PAS : Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
calon bebas : Kamarul Ramizu Idris



Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai

calon BN : Malcolm Mussen Lamoh
calon PKR : Jawah Gerang
calon bebas : Johnny Chuat



Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau

calon BN : Datuk S Ganesan
calon PKR : S Manikumar
Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang




Pemerhatian Saya :

1. Dalam senario dan kancah politik UMNO minggu ini, ramai dari kalangan para pemimpinnya masih dalam keadaan seronok, hiba, sedih, marah, kecewa, suka dan kecil hati. Ini gara-gara Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja melabuhkan tirainya kelmarin yang menyaksikan ramai yang berharap untuk mendapatkan jawatan tetapi kecundang dan rebah tersungkur penuh kerugian.

2. Oleh itu, jentera BN sebenarnya masih belum bersedia 100% untuk menempuh cabaran di 3 PRK di atas. Jentera BN hanya mengharapkan semata-mata kepada parti-parti komponen yang lain tanpa 'abang' parti atau parti induk iaitu UMNO masih belum 'buat kerja' dalam ingin memenangi PRK tersebut. Persoalannya ialah, adakah mampu parti-parti komponen tersebut dapat bergerak mencatur strategi terbaik dalam mengaut 3 kemenangan di 3 PRK tersebut? Jawapan saya sudah tentu tidak.

3. Secara pandangan kasarnya, jentera BN untuk 3 PRK tersebut baru mendapat campurtangan dan sentuhan daripada UMNO secara serius dan 100% bermula semalam atau hari ini iaitu selepas Perhimpunan Agung UMNO selesai kesemuanya. Oleh itu, adakah suasana genting seperti ini mampu memberi kemenangan kepada BN? Jawapan saya sudah tentu tidak.

4. Oleh itu, saya menjangkakan PRK DUN Bukit Gantang akan dimenangi oleh calon popular politik Malaysia kini iaitu Bekas MB Perak, YB Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin atas beberapa keadaan dan faktor di Bukit Gantang dan Perak kini. Manakala PRK DUN Batang Ai pula saya jangkakan akan menjadi milik Malcolm Mussen Lamoh dari BN atas faktor rekod BN di kawasan dan negeri tersebut. Akhir sekali, bagi PRK DUN Bukit Selambau pula yang mencipta sejarah politik Malaysia sebagai PRK paling ramai calonnya dijangka akan memihak kepada S Manikumar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, persaigan beliau yang paling penting dan sengit ialah calon BN iaitu Datuk S Ganesan yang saya rasa akan mampu memenangi PRK ini sekiranya jentera BN menggandakan gerakannya.

5. BN dan Pakatan Rakyat seharusnya memandang serius akan calon-calon bebas yang hadir dalam 3 PRK tersebut kerana kehadiran mereka itu sebenarnya akan membuatkan peratus undian terhadap 2 parti besar ini akan hilang teruk. Saya juga merasakan bahawa tidak akan ada seorang calon bebas akan menang dalam 3 PRK ini disebabkan tren masyarakat Malaysia kini masih berkiblatkan kepartian dan lambang sesuatu yang mampu memberi penyatuan ideologi kepada masyarakat.



Ikhlas,


SARFAMS.BLOGSPOT.COM
Bangi, Selangor




Friday, March 27, 2009

' UNDILAH UNTUK DUNIA '



UKM, Bangi menyahut seruan global dengan menyertai kempen 60 EARTH HOUR : VOTE FOR EARTH 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) dengan kerjasama Pusat Perkembangan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saya selaku ex-officio program tersebut menyeru kepada seluruh masyarakat luar kampus dan masyarakat kampus terutamanya untuk bersama-sama kita bergelap dalam masa 1 jam sahaja pada 28.Mac.2009 ini tepat jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

InsyaAllah, di peringkat UKM Bangi, saya dan jentera penggerak kempen ini akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan kampus UKM Bangi berada dalam kegelapan selama 1 jam pada hari tersebut.

Semoga bumi pinjaman oleh Allah ini akan sentiasa berada dalam keharmonian dan selamat sentiasa.


' UNDILAH UNTUK DUNIA '



Ikhlas,


SARFARIZMAL MD SAAD
Timbalan Presiden,
Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia

merangkap
Ex-Officio Program 60 Earth Hour 2009 Peringkat UKM

TAHNIAH SEBAGAI TMBALAN PRESIDEN UMNO BARU : 38 TAHUN MENUNGGU


Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Haji Muhyiddin Haji Muhammad Yassin

PSM., PNBS., SPMP., SPMJ., SMJ., BSI., PIS

( Ahli Parlimen Pagoh, Johor )


KEPIMPINAN
Tan Sri Datuk Seri Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin bukan suatu nama yang asing dalam politik dan pentadbiran negara. Beliau telah melalui pelbagai era kepimpinan sejak zaman Tun Hussien Onn. Beliau juga telah menempuh gelora politik yang melanda namun tabah dan cekal menggapai gelombang demi perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin matang pada usia muda. Ketika rakan sebaya masih berusaha membina kehidupan, beliau telah mengetuai sebuah kerajaan. Beliau mampu mengemudi bahtera UMNO dan kerajaan negeri mengharungi taufan dan badai hingga disegani kawan dan juga lawan. Sentuhannya di peringkat pusat sentiasa menyemarakkan suasana.



PROFIL TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN YASSIN

Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, naib presiden UMNO dan calon Timbalan Presiden yang telah menang jawatan tersebut. Muhyiddin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Hajah Norainee binti Abdul Rahman dan dikurniakan 4 cahayamata. Bapanya Allahyarham Muhammad Yassin adalah seorang ulama terkenal dan pengasas beberapa sekolah agama di muar. Bapa Muhyiddin pernah ditawarkan jawatan mufti negeri oleh Sultan Johor, tetapi allahyarham menolak dengan berhemah kerana mahu memberi tumpuan kepada aktiviti berdakwah. Muhyiddin mendapat pendidikan awal di Muar sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya hingga mendapat ijazah sarjana muda kepujian dalam Ekonomi dan Pengajian Melayu pada 1970. Selepas tamat pengajian, Muhyiddin menyertai perkhidmatan awam negeri Johor sebagai Penolong Setiausaha (Bahagian Latihan dan Biasiswa). Pada tahun 1974, beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar, tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menceburi sektor korporat sebelum bertugas dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Antara tugasnya ialah mengurus anak syarikat perbadanan iaitu Sergam Berhad.

Penglibatan Muhyiddin dalam UMNO bermula sebagai ahli biasa di Bahagian Pagoh pada tahun 1971. Ketokohan beliau terus meningkat apabila terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan seterusnya Setiausaha Pemuda UMNO Negeri pada tahun 1976. Bintang Muhyiddin kian menyerlah apabila terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor sehingga 1987. Selain itu Muhyiddin turut menduduki kerusi Exco Pemuda UMNO Malaysia. Pada tahun 1984, Muhyiddin dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh menggantikan Tan Sri Osman Saat.


Muhyiddin terpilih sebagai wakil rakyat bagi Parlimen Pagoh pada pilihanraya umum 1978 dan mengekalkannya pada pilihanraya umum 1982. Terdahulu, Muhyiddin dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar, seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perdagangan dan Industri. Pada pilihanraya umum 1986, Muhyiddin kembali ke Johor untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang. Kemenangan di Bukit Serampang memberi laluan beliau ke saujana sebagai Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986.

Perjalanan politik Muhyiddin pada awal 1980an dilihat seiring dengan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka memasuki Parlimen hampir pada waktu yang sama sebelum ditempatkan ke politik negeri. Muhyiddin berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor selama hampir 10 tahun sebelum kembali semula ke Parlimen pada tahun 1995 dan dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sehingga 1999.

Pada tahun 1984, Muhyiddin bertanding kerusi Majlis Tertinggi UMNO tetapi tewas. Muhyiddin, kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor seterusnya dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Berbekalkan pengalaman yang ada, pada November 1990 beliau menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, tetapi tewas. Muhyiddin tidak putus asa dan mencuba lagi pada pemilihan UMNO November 1993. Kali ini berjaya. Namun pada pemilihan 1996 beliau tewas ketika mempertahankan jawatan Naib Presiden. Kekalahan itu tidak melemahkan semangat Muhyiddin. Berbekalkan iltizam dan tekad yang tinggi, akhirnya dalam pemilihan tahun 2000 beliau kembali menduduki kerusi Naib Presiden UMNO dan kekal hingga ke hari ini.

Pada Oktober 2008, Muhyiddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah penyandangnya Dato’ Seri Mohd Najib mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden. Pengalaman Muhyiddin hampir 40 tahun dalam politik dan 20 tahun dalam kerajaan, menjadikan Muhyiddin seorang yang cukup matang dan penuh tertib ketika menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden.

Kenyataan Muhyiddin yang tidak mahu melangkaui ketua terbukti apabila beliau mengumum menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden hanya setelah Najib mengesahkan untuk mengosongkan jawatan tersebut. Matlamatnya hanya untuk membantu Presiden memperkasakan UMNO dan meraih semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.



MENGURUS DAN MENANGANI KRISIS
Muhyiddin adalah seorang yang berpengalaman luas dalam politik dan kerajaan. Beliau telah melalui pelbagai era penuh krisis meliputi krisis politik, ekonomi, sosial mahupun perlembagaan. Dengan pengalaman dan kebijaksanaan yang dimiliki, Muhyiddin berjaya mengurus semua krisis itu dengan cemerlang.



JOHOR MAJU

Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi dan kerajaan negeri mengalami defisit yang kritikal. Namun dengan perancangan yang teratur dan pelaksanaan yang berkesan, Muhyiddin berjaya memacu Johor keluar dari kemelut ekonomi. Di tangan beliau, pertumbuhan ekonomi Johor melebihi sembilan peratus sembilan tahun berturut-turut. Bagi Muhyiddin, Johor bukan bersaing dengan negeri lain di Malaysia, tetapi saingan Johor ialah Singapura.



PERHIMPUNAN MELAYU JOHOR
Pemilihan UMNO 1987 telah menyebabkan perpecahan di kalangan ahli parti, hingga UMNO akhirnya diharamkan. Perpecahan yang berlaku sangat menggusarkan hati Muhyiddin. Lebih-lebih lagi apabila perpecahan itu berlaku di Johor yang dianggap kubu kuat UMNO. Kerana cintakan bangsa dan mahu perpaduan bangsa melalui wadah UMNO diperkuatkan, Muhyiddin mengambil insiatif mengadakan Perhimpunan Melayu Johor pada 18 Disember 1988. Natijah daripada perhimpunan ini,


Muhyiddin bukan saja berjaya menyatukan
orang Melayu, malah telah berjaya
mengembalikan sokongan mereka
kepada UMNO. Muhyiddin bukan saja
berjaya menyelamatkan UMNO malah
telah memperkukuhkan lagi kedudukan
Dr Mahathir sebagai presiden parti. Itulah
kesetiaan Muhyiddin kepada UMNO dan
pucuk pimpinan parti.



PILIHANRAYA DUN PARIT RAJA

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Parit Raja Batu Pahat pada 20 Oktober 1988 sekali lagi menguji kewibawaan dan kepimpinan Muhyiddin. Ini satu ujian paling getir kerana calon yang menentang UMNO adalah orang UMNO sendiri yang menjadi proksi kepada parti Semangat 46. Pilihan raya ini dianggap sebagai ‘turnning point’ kepada UMNO. Jika kalah, UMNO berdepan dengan masalah masa depan yang tidak pasti. Alhamdulillah BN menang. Dalam krisis politik itu Muhyiddin berjaya menarik orang Melayu menyokong semula UMNO.


KRISIS PERLEMBAGAAN
Muhyiddin terus diuji bagaikan ‘diluah mati emak, ditelan mati bapak’. Peristiwa yang membabitkan seorang jurulatih hoki di Istana Bukit Seren Johor Bahru pada 30 November 1982 menimbulkan krisis baru kepada krisis perlembagaan yang sedia wujud. Bagaikan menarik rambut di dalam tepung Muhyiddin menangani krisis ini secara berhemah. Di pihak kerajaan, Muhyiddin patuh arahan Perdana Menteri namun pada masa yang sama, beliau menjunjung tinggi kesetiaannya kepada Baginda Sultan.



PILIHANRAYA KE-12
Pilihanraya ke 12 yang lalu meninggalkan kesan dan keinsafan mendalam di hati Muhyiddin. Beliau sedih dan bimbang apabila ramai orang melayu tidak lagi berpihak kepada BN dan UMNO. Untuk merungkai masalah ini, Muhyiddin bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan UMNO, menjelajah ke seluruh Negara
untuk mendapatkan maklum balas di peringkat akar umbi. Hasilnya orang melayu di sana mahukan perubahan.

Berpandukan maklum balas yang diterima dan keinsafan yang tinggi, Muhyiddin menyuarakan kebimbangannya jika perubahan dalam UMNO tidak dilakukan segera. Muhyiddin lantas menyarankan agar perubahan bermula di peringkat tinggi. Bukan niat Muhyiddin untuk menyanggah kepimpinan presiden, tetapi beliau terpanggil untuk menyuarakan kebimbangannya kerana kecintaan dan kesetiaannya kepada Parti dan orang melayu mengatasi segalanya. Ia juga demi
untuk memastikan survival UMNO dan BN berterusan. Kebimbangan Muhyiddin adalah berasas. Perubahan perlu dilakukan segera untuk memberi ruang kepada pengganti presiden memulihkan keyakinan ahli UMNO dan rakyat, terutama untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13 nanti.



KRISIS SOSIAL
Isu belia merupakan isu nasional dan salah satu faktor terpenting dalampembangunan modal insan. Ketika menjawat Menteri Belia dan Sukan, Muhyiddin melihat masalah belia dalam konteks yang lebih luas. Perhatian khusus beliau kepada generasi muda adalah di atas kesedaran bahawa beliau merupakan pemimpin masa depan Negara.
Ini telah mendorong beliau menggubal Dasar Belia Negara bagi menjadikan para belia lebih terarah sebagai aset penting dalam pembangunan negara. Program Rakan Muda yang berjaya menarik lebih 500,000 penyertaan belia, telah menjadi sebahagian daripada ‘blue print’ Wawasan 2020.



Pengalaman hampir 40 tahun di dalam politik dan 23 tahun mentadbir lapan kementerian, bukan saja telah mengangkat Muhyiddin sebagai pemimpin yang sangat berpengalaman tetapi juga berwibawa dan berketerampilan untuk memperkasakan UMNO dan memajukan negara. Beliau adalah pemimpin yang telah teruji atau ‘tested leader’ dan kepimpinannya terbukti.



ANTARA JASA DAN PENCAPAIAN
MENTERI BESAR JOHOR
Johor mengalami anjakan paradigma ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar dari 1986 - 1995. Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor dengan pertumbuhan melebihi 9 peratus limatahun berturut-turut. Di bawah petadbiran Muhyiddin, negeri Johor mengalami guna Tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan Johor di bawah pimpinan Muhyiddin mencemaskan Lee Kuan Yew sehingga memaksa dirinya memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana jika tidak, Johor akan menandingi Singapura.

Di bawah Muhyiddin juga, Perbadanan Johor menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara. Dasar penswastaan negeri Johor memberi faedah kepada semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di seluruh Johor dan mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.

Syiar Islam turut cemerlang di bawah Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baru dibina. Tenaga pengajar sekolahsekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor. Ketika pentadbiran Muhyiddin, Shahadah Maahad Johor mendapat kembali pengiktirafan daripada Universiti Al Azhar dan Universiti Madinah.


MENTERI BELIA DAN SUKAN
Muhyiddin menggubal Dasar Belia Negara ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang telah mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan. Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blue print pembangunan Wawasan 2020. Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Ketegasan Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.


Sentuhan Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI

DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdaganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDN & HEP, Muhyiddin telah MEWUJUDKAN lebih banyak perniagaan baru sehingga peningkatannya melebihi 36%. Beliau juga memperkenalkan SKIM PENETAPAN HARGA BARANG yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu Berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mecukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Muhyiddin juga merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada pengguna. Di bawah akta ini wujud TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna.


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’. Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.

Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baru sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan informasi informasiterkini.

Muhyiddin turut bertanggung jawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Selepas pilihanraya umum 2008, Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sebaik saja memasuki pejabat di MITI, Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan “Think Business” sebagai teras Kementerian. Tujuannya supaya para pegawai di MITI memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Muhyiddin, MITI telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.


BIODATA
Lahir pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor. Berumahtangga dengan Hajah Noorainee Abdul Rahman pada 22 Ogos 1972. Mereka diikurniakan empat cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin, dan empat cucu.



PENDIDIKAN:
Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani Muar dan Ismail School Muar.

Sekolah Tinggi Muar.

Universiti Malaya (Ekonomi & Pengajian Melayu 1968-1970).



JAWATAN DALAM KERAJAAN DAN SWASTA:
1970-1974 - Penolong Setiausaha (Latihan dan Biasiswa) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
1974 - Penolong Pegawai Daerah Muar, Johor.
1974 - Pengurus Perjawatan SGS Ates Sdn Bhd.
1974-1978 - Pengarah Urusan Sri Saujana Bhd.
1974-1978 - Pengarah Syarikat Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.
1975-1977 - Pengarah Urusan Sergam Bhd.



AHLI DEWAN RAKYAT/AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI:
1978-1982 - Ahli Parlimen Pagoh.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pagoh.
1986-1995 - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang.

1995 - Ahli Parlimen Pagoh hingga sekarang



ANGGOTA PENTADIRAN KERAJAAN/

JOHOR DAN PERSEKUTUAN:
1. Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (Mulai Julai 1981).

2. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (Mulai Mei 1982).
3. Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Mulai Jun 1983).
4. Menteri Besar Johor (Mulai 13 Ogos 1986 hingga 6 Mei 1995).
5. Menteri Belia dan Sukan (Mulai 7 Mei 1995 hingga 13 Disember 1999).
6. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
(Mulai 14 Disember 1999 hingga 12 Januari 2004).
7. Menteri Pertanian (Mulai 13 Januari 2004 hingga 21 Mac 2004).
8. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (22 Mac 2004 hingga 2008).
9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(Mulai 19 Mac 2008 hingga sekarang).



JAWATAN POLITIK:
1971 - Ahli UMNO Bahagian Pagoh Muar Johor.
1974-1976 - Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.
1976 - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh.
1976-1982 - Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.
1982-1986 - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.
1982-1986 - Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
1985 hingga sekarang - Ketua Bahagian UMNO Pagoh.
1986-1995 - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
1987 - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.
1993 - Naib Presiden UMNO Malaysia.
2000 - Naib Presiden UMNO Malaysia.
2004 - Naib Presiden UMNO Malaysia.

2009 – Timbalan Presiden UMNO Malaysia.




JAWATAN DALAM PERTUBUHAN SOSIAL/SUKARELA:
1. Yang Dipertua Royal Johor Country Club (1986-1995).
2. Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Johor (1986-1995).
3. Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor (1986-1995).




PINGAT KEBESARAN;
1974 - Pingat Ibrahim Sultan (PIS).
1979 - Bintang Sultan Ismail (BSI).
1980 - Setia Mahkota Johor (SMJ)
1988 - Panglima Setia Makhota (PSM) membawa gelaran Tan Sri.
1991 - Setia Paduka Mahkota Johor (SPMJ) membawa gelaran Dato’.
2007 - Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) membawa gelaran Dato’ Seri.
2009 - Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (PNBS) membawa
gelaran Datuk Seri.




“Jika mahu bertanding, sudah tentu saya akan bertanding
jawatan Timbalan Presiden! Tapi Tan Sri Muhyiddin Yassin
jauh lebih berpengalaman dan lebih senior berbanding saya.
Saya baru 10 tahun berada dalam kabinet sedangkan Tan Sri
Muhyiddin sudah 23 tahun di sana! Saya telah lihat biodata dan
pencapaian Tan Sri Muhyiddin, dan saya dapati beliau jauh lebih

layak berbanding saya…jadi mengapa perlu saya bertanding
jawatan itu? Tan Sri Muhyiddin terbukti berkemampuan. Jika
saya bertanding jawatan itu juga, sedangkan Tan Sri Muhyiddin
jauh lebih layak, itu menunjukkan saya ini hanya mementingkan
diri sendiri. Tetapi saya lebih mengutamakan parti! Saya mahu
parti menjadi kuat. Dato’ Seri Mohd Najib bakal menjadi Presiden
dan Perdana Menteri dan saya mahu Timbalannya ialah seorang
yang berpengalaman yang dapat membantu dan menyokong
Najib untuk memperkukuhkan parti, seterusnya memberi
keyakinan kepada rakyat. Gandingan Najib-Muhyiddin akan
memberi keyakinan kepada rakyat.”
- Dato’ Seri Nazri Aziz – The Star 8 Mac 2009.

Thursday, March 26, 2009

Mukhriz akur keputusan Pemuda Umno







KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Mahathir yang kecundang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno hari ini berkata, beliau menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka.

"Dalam mana-mana pertandingan sudah tentu ada yang kalah terutama sekali bila pertandingan tiga penjuru, dua tetap akan kalah.

"Pada hari ini saya seorang daripada yang kalah. Ini bukan kali pertama saya kalah... di Kubang Pasu (Kedah) pada 2004 saya pernah kalah dalam pertandingan (ketua Pemuda bahagian)," katanya kepada pemberita sejurus selepas keputusan pemilihan Pemuda Umno diumumkan di sini, malam ini.

Khairy Jamaluddin memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan meraih 304 undi mengalahkan Mukhriz yang memperolehi 232 undi, dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang memperolehi 254 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Khairy, Mukhriz berkata beliau mengambil iktibar daripada pengalaman bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

"Saya harap pergerakan (Pemuda Umno) akan kukuh memperjuangkan institusi Umno dan tidak lari dari landasan utama menegakkan syiar Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan memajukan negara," katanya.

Mukhriz berkata, beliau akan meneruskan perjuangannya dalam parti kerana beliau "masih anggota yang setia kepada parti".

"Saya masih merasakan yang saya mungkin ada beberapa sumbangan kecil untuk parti dan saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya. - Bernama


Barisan Pemuda Umno

Pengerusi Tetap: Datuk Abdul Fattah Abdullah 460 undi

Timbalan Pengerusi Tetap: Muhammad Yadzan Mohammad 202 undi

Ketua: Khairy Jamaluddin Abu Bakar 304 undi

Naib Ketua: Datuk Razali Ibrahim 417 undi

Exco Pemuda Umno:

1. Mohamed Suffian Awang 653 undi

2. Shafiqurrahman Shamsuddin 569 undi

3. Sohaimi Shahadan 541 undi

4. Mohamad Nazim A Samad 534 undi

5. Mohd Afandi Yusoff 503 undi

6. Jamawi Jaafar 471 undi

7. Wan Amizan Wan Abdul Razak 471 undi

8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin 455 undi

9. Ahmad Darus 446 undi

10. Ahmad Zaki Zahid 446 undi

11. Ali Mazat Salleh 437 undi

12. Megat Zulkarnain 436 undi

13. Zubir Zabidi 419 undi

14. Nazir Hussin Akhtar Hussin 419 undi

15. Lokman Noor Adam 406 undi

16. Syahrin Md Jamaluddin 404 undi

17. Tun Faisal Ismail Aziz 402 undi

18. Muhammad Khairun Aseh 389 undi

19. Mohd Hisamudin Yahaya 388 undi

20. Mohamad Iruan Zulkefli 387 undi

Najib PM keenam, Abdullah nyatakan sokongan padu

PERDANA MENTERI KEENAM...Datuk Seri Najib Tun Razak diisytihar sebagai Presiden Umno yang baru pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Foto THE STAR Oleh KAMARUL ARIFFIN.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak diisytiharkan sebagai Presiden Umno yang baru pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Ia diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail.

Najib, 55, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden akan mengambil alih jawatan nombor satu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2004.

Abdullah,69 dalam ucapan Dasar Presiden terakhirnya hari ini menegaskan, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri keenam.

"Saya percaya, saya menyerahkan tanggungjawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara.

"Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang," kata beliau dalam ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2008 pagi ini.

Najib, Timbalan Perdana Menteri, telah memenangi jawatan Presiden tanpa dicabar selepas Abdullah memutuskan untuk tidak bertanding.

Abdullah turut menjelaskan sebab beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya kali ini.


UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

Perdana Menteri berkata, beliau memutuskan untuk tidak bertanding demi memperkukuhkan parti selepas keputusan dalam pilihan raya umum tahun lalu.

"Jika kita terus bertanding begitu hebat, bermati-matian untuk merebut jawatan, tetapi apakah ertinya jawatan tersebut kepada Umno yang telah tinggal rangka yang terbujur di kuburan.

"Barang dijatuhkan Allah dari Umno menimpa nasib hiba yang sedemikian.

"Atas kesedaran tersebut, atas rasa cinta kepada Umno, atas rasa tanggungjawab terhadap Umno dan bangsa Melayu, saya memilih untuk menunjukkan teladan, dengan tidak mempertahankan jawatan Presiden parti, bertujuan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda walaupun masih terdapat ramai daripada ahli-ahli parti dan rakan-rakan baik di dalam ataupun di luar kerajaan meminta saya untuk terus mempertahankan jawatan," katanya.

Abdullah menambah, beliau menghargai keputusan rakan-rakan yang turut memilih langkah yang sama - di semua peringkat.

"Bahawa jawatan dan kedudukan bukannya milik peribadi sedangkan harta milik peribadi juga tidak akan dapat dibawa sampai ke mati," katanya lagi.

Tahniah Khairy Jamaluddin


TAHNIAH KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG BARU

Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar
(Ahli Parlimen Kawasan Rembau, Negeri Sembilan)

Wednesday, March 25, 2009

Malaysiakini - Anwar sasaran tempelak Pemuda


ARTIKEL SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009


Mar 25, 09 9:33am

kemaskini 11.55pm Persidangan tiga sayap utama Umno bermula dengan penuh debaran hari ini apabila proses pengundian yang berlangsung akan membuka percaturan baru kem-kem parti itu.

Majlis perasmian pergerakan-pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dimulakan jam 8.30 pagi diikuti pengundian untuk memilih ketua masing-masing selepas 11 pagi tadi.

Perhimpunan agung Wanita yang menyaksikan persaingan antara penyandang Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya Datuk Seri Shahrizat Jalil diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, bangunan PWTC.

umno agm 250309 hishammuddin wield keris 02Pemuda yang bersidang di Dewan Tun Hussein Onn menyaksikan pertarungan tiga penjuru merebut jawatan teratas - naib ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, exconya Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Sementara persidangan Puteri yang melibatkan perebutan enam penjuru diadakan di Dewan Merdeka, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Umno.

Sewaktu majlis perasmian Pemuda, ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih meneruskan tradisi baru tetapi kontroversinya yang mengarak dan mencium keris (foto fail).

Dalam ucapannya tadi, beliau menempelak projek peralihan kerajaan persekutuan "16 September" yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya "petualang yang cuba mengajar anak ketam berjalan betul".

"Ada petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia.

"Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran ketentuan Ilahi menidakkan dakwaan orang yang bersifat takabbur, bersifat riak, bersifat sombong.

"Demikian bidalan Melayu kepada ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul," katanya.

Tambahnya, "petualang" tersebut seorang yang "gilakan kuasa, sanggup bersekongkol dengan musuh, menghina tanah air sendiri di serata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang."

"Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri," katanya.

"Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh si petualang ini."

Rafidah, sewaktu berucap merasmikan perhimpunan Wanita, berkata sejak persaingan sengit pada 1987, gejala politik wang dan politik berpuak-puak menular dalam parti itu.

"Nafsu gelojoh mengejar jawatan dan merebut kuasa telah membiakkan budaya baru - iaitu budaya politik upahan dan imbuhan. Sokongan diberi bukan kepada mereka yang berkemampuan untuk berusaha dan bekerja, tetapi kepada sesiapa yang boleh menawarkan sesuatu," katanya.

"Jawatan dalam Umno sudah mula menjadi seolah-olah tawaran tender, dengan membuat tawaran tertinggi diberi pertimbangan - bahkan lebih tepat kalau dikatakan sudah muncul pendekatan 'lelong jawatan'.

"Bagaimanapun masih ramai ahli-ahli Umno dan mereka yang diamanahkan untuk memilih pemimpin sebagai perwakilan di peringkat masing-masing yang berpegang kepada integriti dan amanah.

"Tetapi berapa lamakah mereka akan dapat bertahan jika sentiasa diasak dan diasyikkan dengan persoalan seperti 'apa boleh dapat' dan 'apa dia boleh beri?' "

Sementara ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad pula menyeru Umno agar kembali kepada masyarakat dan prihatin dengan kehidupan rakyat.

"Kita harus belajar daripada kesilapan lalu, dalam senario politik semasa, kita kena akur bukan mudah untuk memenangi hati dan undi rakyat," katanya, merujuk persaingan yang bakal dihadapi parti itu pada tiga pilihanraya kecil, 7 April depan.

Tambahnya, Umno harus menyusun strategi kempen yang lebih efektif "kalau kita tidak mahu menerima tamparan berterusan dari pada pihak pembangkang".

"Fahamilah kehendak rakyat supaya mereka tahu ke mana mereka akan tuju untuk bergantung hidup," katanya.

Monday, March 23, 2009

Analisis Saya Disiarkan Dalam M-Star Online : Analisis Untuk UMNO - KEMASKINI

edisi terdahulu

analisis saya

ARTIKEL SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


Isnin Mac 23, 2009
Umno pasca Mac 2009 perlu berwajah baru

UMNO sebuah parti keramat bangsa Melayu dan Malaysia mula bersidang buat sekian kalinya bermula 24.Mac.2009.

Saya telah menemui ramai penyokong dan pemimpin UMNO dari bulan Januari sehinggalah ke saat ini dan sering mengajukan persoalan tentang perhimpunan yang bakal mencatat sejarah UMNO dan politik tanah air ini. Saya boleh menyimpulkan bahawa penyokong dan para pemimpin UMNO kini sudah bersemangat dan bersedia untuk memasuki PWTC untuk bersidang dan mendengar amanat terakhir YAB Datuk Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO ke-6.

Ramai akar umbi terutama masyarakat muda dan intelektual berbicara tentang kerapuhan dan keretakan UMNO sekarang. Ramai juga yang mengatakan bahawa YAB Dato' Sri Najib Razak bakal meremajakan kembali UMNO bermula April 2009 ini. Namun, saya merasakan bahawa perkara ini tidak akan berlaku secara drastik dalam kepimpinan UMNO itu kerana kepimpinan UMNO ini masih ditapuk yang lama.

Kepimpinan UMNO sebenarnya memerlukan energy baru, board baru, idea baru dan wajah baru. Bukan lagi bergantung harap dengan pemimpinnya yang masih memimpin UMNO walaupun dia telah memimpin parti itu semenjak 20-30 tahun dahulu. Secara realitinya, para pemuda sekarang sebenarnya inginkan seorang timbalan presiden, naib presiden dan ahli-ahli MT yang berkelulusan tinggi, cerdik, baik akhlak yang berumur 30-40 tahun.

Namun, ini tidak akan sesekali terjadi terhadap kepimpinan UMNO itu sendiri kerana para pemimpin sekarang masih belum puas dan jemu untuk mengaut segala 'harta' pemberian UMNO itu sendiri.

Ramai yang bertanya, kenapakah anak-anak muda sekarang cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat?

Jawapan saya ialah pertamanya golongan muda ini ingin juga melihat pemimpin tertinggi parti dari kalangan rakan-rakan mereka atau sekumpulan umur dengan mereka. Namun, yang ada sekarang ialah hanyalah para pemimpin yang sama umur atau sekumpulan dengan ibu bapa meraka sahaja dari dahulu hingga sekarang.

UMNO seolah-olah takut untuk memberi kuasa kepada anak-anak muda untuk memimpin parti itu.

Maka, sebab itulah parti itu kini sebenarnya merupakan parti tua daripada usianya sendiri dan sebab itulah juga parti itu kurang menarik minat masyarakat muda kerana mereka melabelkan atau membayangkan parti UMNO sebagai parti untuk orang tua sahaja.

Keduanya saya boleh katakan bahawa golongan anak muda ini sebenarnya ingin mempunyai idol atau model dalam kepimpinan partinya.

Kenapakah ramai anak muda amat berminat dengan PKR? Ini kerana ada seorang idola didalamnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang petah berbicara, berpidato, berdebat dan mahir mengambil hati masyarakat di Malaysia. Oleh itu, anak-anak muda ini akan rasa tertarik kepada beliau dan akan menjadikan beliau sebagai idola hidup.

Oleh sebab itulah walau kotor kata Anwar Ibrahim namun dibaikkan oleh anak-anak muda ini... Walau jahat kata Anwar Ibrahim namun baik kata anak-anak muda ini.

Dalam UMNO siapakah yang layak dijadikan idola? mungkin dulu Dr.Mahathir Mohamad boleh dijadikan idola kerana pemikiran beliau dan sebab itulah ketika itu ramai yang menyokong UMNO. Namun, sekarang apakah yang terjadi? Bolehkah Najib Razak menjadi idola? Bolehkah Muhyiddin Yasin dijadikan role model anak-anak muda?

UMNO harus memancing hati dan perasaan anak-anak muda bukan memancing pemikiran dan luaran anak-anak muda semata-mata.

Ramai juga anak-anak muda yang memihak kepada PAS... Kenapa jadi begitu? Ini kerana dengan imej Islam yang ditunjukkan oleh pemimpin dan parti itu sendiri yang telah menjerat hati dan perasaan anak-anak muda yang mementingkan Islam atau agama. Oleh itu, saya mencadangkan kepada UMNO agar back to basic UMNO itu sendiri. UMNO harus menumpukan juga kepada keagamaan. Kuatkan pegangan agama dalam UMNO dan kuatkan juga pegangan bangsanya.

Jika dua perkara ini dikaji dan dikuatkan dalam UMNO, maka saya yakin ramai anak muda akan menyertai dan menyokong UMNO.

Tambahan pula jika UMNO berusaha melahirkan idolanya tersendiri, maka saya percaya bahawa parti Anwar Ibrahim itu akan mengikut jejak Parti Semangat 46 (S46) dahulu. Namun, ego, sombong dan 'kekebalan' pemimpin atasan UMNO harus dirobohkan dan suatu gelombang baru harus diserapkan dalam UMNO itu.

Semoga UMNO pasca Mac 2009 ini akan berwajah baru dan menjadi semakin remaja. Jika ia masih ditakuk lama, saya percaya bahawa UMNO akan menjadi parti pembangkang di negara ini suatu masa nanti.

"Hanya orang yang cekal dan tabah sahaja yang mampu merubah nasib bangsanya di masa hadapan dan dapat membina mercu tanda bangsa yang berjaya.

"Bukankah bangsaku dulu pernah menjadi wira serantau yang tidak pernah kenal erti takut dan pengecut... Namun, dimana silapnya sekarang? "

"Masa depan belum tentu menjanjikan syurga kepada kita dan bangsa kita." Wallahu'alam... Ikhlas,

SARFARIZMAL MD SAAD



SUMBER : http://mstar.com.my/

UMNO : Najib Nak Ubah Perlembagaan UMNO

Peruntukan Perlembagaan Umno Mungkin Dikaji


ARTIKEL SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO


KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa peruntukan perlembagaan parti mungkin dipinda sebagai antara strategi penting bagi proses pembaharuan dan pemulihan Umno.

Beliau berkata perubahan mesti berlaku dalam Umno supaya persepsi negatif rakyat dapat dikikis. "Sebab itu cara pemilihan pemimpin Umno mesti dikaji semula. Kita harus lakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh, dan berani buat perubahan.

Saya yakin sekiranya kita berani buat perubahan, sokongan kepada Umno dan BN akan kembali dan kita boleh pulih semula kedudukan kita seperti sediakala.


"Jadi soal dalaman Umno ini kita perlu lakukan perubahan dan selepas itu dasar-dasar kerajaan serta pendekataan kita dalam hala tuju terhadap penekanan yang kita berikan. Apakah yang diutamakan oleh rakyat sebenarnya. Ini (jawapan) yang mesti kita cari," katanya pada program wawancara Dialog@1 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Ahad malam.

Beliau menjangkakan pindaan perlembagaan parti tersebut dapat dilaksanakan sebelum pemilihan Umno pada tahun-tahun akan datang. Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata struktur organisasi dan dasar Umno juga perlu dirombak bagi memposisikan hala tuju parti dengan keperluan rakyat negara.

Mengenai Perhimpuann Agung Umno selama lima hari bermula Selasa ini, katanya beliau mahu para perwakilan ke pemilihan parti minggu depan supaya hanya memilih pemimpin yang berwibawa dan berkhidmat kepada rakyat berdasarkan prinsip integriti, kredibiliti dan loyalti.

"Saya harap mereka akan memilih perwakilan berdasarkan apa yang baik dan penting untuk parti, bukannya kepentingan diri. "Kalau kita pilih ciri-ciri tersebut, saya pasti itulah titik permulaan proses pembaharuan untuk Umno," katanya.

Dalam pada Umno memperbaharui dirinya, beliau berkata Umno yang juga 'lynchpin' kepada Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk memberi ruang kepada komponen parti BN yang lain untuk mengetengahkan pandangan dan keperluan mereka atas dasar konsep perkongsian kuasa. "Dalam proses pemulihan, Umno mesti beri ruang kepada rakan Umno yang lain untuk berfikir apa yang terbaik untuk kumpulan dan kaum mereka.

Umno juga perlu bersedia untuk memberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang mereka rasakan penting untuk pembelaan masyarakat ini.
"Kalau mereka tak dapat deliver, jikalau mereka tidak dapat membuat sesuatu, mereka akan hilang kredibiliti di kalangan kumpulan etnik yang mereka wakili," katanya.

Najib yang dijangka mengambil alih pucuk kepimpinan negara dalam suasana politik negara dan kesan ekonomi global yang tidak memuaskan tidak lama lagi, juga melihat dirinya tidak ada masa untuk tempoh "berbulan madu".
Katanya beliau sedar kepimpinannya akan diperhati dan diuji khususnya pada hari-hari awal pentadbirannya.

"Saya percaya rakyat akan beri peluang kepada saya untuk tunjukkan apa yang boleh saya lakukan," katanya.

Beliau turut menggariskan dua perkara yang akan menjadi ujian rakyat kepadanya iaitu, keputusan sususan jemaah menteri yang dipilihnya serta ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri.
-- BERNAMA




KOMEN :

1. Suatu hasrat yang baik dan berani untuk melihat UMNO berubah yang ditunjukkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak. Namun, perlaksanaannya masih belum jelas dan nampak kerana seperti kata beliau, rakyat seharusnya memberi sedikit masa untuk beliau melakukan perubahan.


2. Mampukah Najib Razak melaksanakan agenda-agenda yang diungkapkan ini dalam suasana politik masa kini yang agak retak dan keadaan pemimpin UMNO yang lebih banyak memikirkan diri sendiri dan kaum keluarga berbanding nasib parti tertua orang Melayu ini?


3. Jangan terlalu selesa dengan jawatan Presiden UMNO yang bakal diperoleh oleh Najib Razak itu kerana jawatan tersebut tidak memastikan beliau dapat memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Kemungkinan dalam suasana ekonomi tidak stabil dan senario politik tidak menentu ini, Abdullah Ahmad Badawi akan terus memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia untuk beberapa tempoh yang sesuai sebelum beliau menyerahkan jawatan tersebut secara tiba-tiba dan mengejut kepada orang pilihannya. Walaupun secara zahir dilihat kini Najib Razak adalah pilihan utama Abdullah Ahmad Badawi, namun dalam beberapa minggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO, Abdullah Ahmad Badawi dilihat seolah-olah mula berubah angin dan mempunyai calon lain untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

UMNO : Kepercayaan Kepada Muhyiddin Yassin

TAN SRI HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia


“Jika mahu bertanding, sudah tentu saya akan bertanding
jawatan Timbalan Presiden! Tapi Tan Sri Muhyiddin Yassin
jauh lebih berpengalaman dan lebih senior berbanding saya.
Saya baru 10 tahun berada dalam kabinet sedangkan Tan Sri
Muhyiddin sudah 23 tahun di sana! Saya telah lihat biodata dan
pencapaian Tan Sri Muhyiddin, dan saya dapati beliau jauh lebih

layak berbanding saya…jadi mengapa perlu saya bertanding
jawatan itu? Tan Sri Muhyiddin terbukti berkemampuan. Jika
saya bertanding jawatan itu juga, sedangkan Tan Sri Muhyiddin
jauh lebih layak, itu menunjukkan saya ini hanya mementingkan
diri sendiri. Tetapi saya lebih mengutamakan parti! Saya mahu
parti menjadi kuat. Dato’ Seri Mohd Najib bakal menjadi Presiden
dan Perdana Menteri dan saya mahu Timbalannya ialah seorang
yang berpengalaman yang dapat membantu dan menyokong
Najib untuk memperkukuhkan parti, seterusnya memberi
keyakinan kepada rakyat. Gandingan Najib-Muhyiddin akan
memberi keyakinan kepada rakyat.”
- Dato’ Seri Nazri Aziz – The Star 8 Mac 2009.





"... ketika ini, UMNO memerlukan calon
yang terbaik untuk memperkasakan parti.
Mereka kata susah nak jumpa Muhyiddin,
dia tidak tahu senyum dan tidak bergaul,
tetapi Tan Sri Muhyiddin adalah orangnya
untuk pikul tugas dan tanggungjawab
Timbalan Presiden"

Datuk Ishak Ismail
Ketua UMNO Bahagian Seremban
The Star
11 Januari 2009




Bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, sebanyak 52 peratus daripada 1,031 responden menyokong Muhyiddin, manakala 11 peratus lagi memilih Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sementara Tan Sri Muhammad Muhd. Taib memperoleh sokongan tujuh peratus. Daripada responden berbangsa Melayu seramai 592 orang, 61 peratus memilih Muhyiddin manakala Mohd. Ali (14 peratus) dan Muhammad (lapan peratus).

Blog Azli Shukri






Mukhriz Ketua Pemuda UMNO Malaysia Selepas Ini

ARTIKEL SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

Salam Blogger,

Setelah selama lebih 4 bulan atau lebih 120 hari undian ini dibuka kepada khalayak umum di Blog SARFAMS ini, maka keputusannya telah mula nampak dengan terang dan jelas.

Seramai 138 pengundi telah mengundi, dan nama Mukhriz Mahathir telah dipilih secara majoriti sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas ini yang sekali gus menjadikan anak kepada Bekas Presiden UMNO ini sebagai pilihan utama para pengunjung blog SARFAMS ini.

Dua nama lain yang bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah Khairy Jamaluddin dan Mohd Khir Toyo. Mereka masing-masing ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia terkini yang juga Anak Menantu Perdana Menteri Malaysia dan Bekas Menteri Besar Selangor yang juga Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia.

Mukhriz mendapat 101 undian dengan majoriti sebanyak 73% daripada 138 undian. Khairy Jamaluddin atau KJ berada ditempat kedua pengundian terbanyak dengan 22 undian dan mencatat jumlah peratusan sebanyak 15%. Manakala Mohd Khir Toyo pula berada di tangga ketiga pilihan utama pembaca blog dengan 15 undian dan mencatat sebanyak 10% sahaja.

Walaupun undian ini agak kecil dan boleh diragui kesahihan dan ketelusannya, namun ia sebenarnya telah memberi imej dan suara sebenar rakyat akar umbi terutama golongan belia tentang siapa ketua yang mereka inginkan sekarang dalam UMNO.

Diharapkan agar pemilihan kecil yang ditunjukkan ini akan memberi imej atau gambaran sebenar ketika Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009 nanti.


Selamat Bersidang dan selamat beranalisis



Ikhlas,


Editor SARFAMS.BLOGSPOT

Sunday, March 22, 2009

Mahathir: 4 peluang akhir selamatkan Umno - MStar


Ahad Mac 22, 2009
Mahathir: 4 peluang akhir selamatkan Umno

KUALA LUMPUR: Umno perlu menyerahkan kepada perwakilandalam perhimpunan agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.

"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.

Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr. Mahathir berkata, peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil.

"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.

Dipetik Bernama, jelas beliau, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.

"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.

Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepasucaptamanya pada Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.

"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza.

"Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah... jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara ini.



KOMEN :


1. Inilah yang saya dan ramai lagi para pengkritik UMNO ingin sampaikan kepada semua kepimpinan UMNO sedia ada sekarang. Jika mereka masih dalam khayalan dan masih memikirkan perut mereka dan keluarga mereka semata-mata, maka tidak akan kemana perjuangan UMNO itu. Mereka inilah sebenarnya duri dalam daging UMNO itu sendiri.

2. Politik wang sebenarnya adalah barah UMNO yang seharusnya disedari dari awal lagi jika parti ingin berubah. Namun dalam UMNO, saya melihat krisis politik wang ini hanya digebang-gebang dan diperbesarkan sahaja tanpa ada usaha dalam jiwa setiap pemimpinnya untuk membenci politik wang. Mereka sebenarnya gilakan kuasa yang dihidangkan oleh UMNO yang begitu mewah dan mereka terikut-ikut dengan situasi "tak bagi kalah, kalau bagi susah".

3. Lembaga Disiplin UMNO tidak begitu serius dalam melaksanakan tugas sehariannya. Saya tidak menolak sekiranya ada andaian yang mengatakan bahawa keputusan menidakkan Mohd Ali Rustam untuk bertanding mempunyai unsur-unsur politik dalaman parti. Mungkin Lembaga Disiplin sendiri 'didisiplinkan' oleh tangan-tangan tertentu yang mencorakkan kepimpinan UMNO masa depan.

4. Dan, peluang dan ruang terakhir untuk UMNO diremajakan ialah pada pemilihan ini. Seharusnya UMNO membuka seluas-luasnya kebebasan kepada perwakilan untuk memilih sendiri sejujur-jujurnya keputusan dan pilihan perwakilan dengan tanpa ada campurtangan pihak kedua atau ketiga dan tanpa campuran politik wang. Namun, apa yang saya jangkakan ialah perkara ini tidak akan terjadi kepada semua calon yang bertanding. Maka, kesannya selepas mac 2009 ini ialah UMNO akan tetap seperti biasa, malah akan semakin teruk jika ia dibiarkan begitu sahaja.


Selamat Bersidang dan selamat beranalisis


Ikhlas,

SARFAMS

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)