Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Thursday, April 30, 2009

Senarai Ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri sesi 2008-2011

Berikut adalah senarai Ketua Pemuda Umno Negeri-negeri:

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis

Mohsin Mohd Yusoff

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar


Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah

Badrol Hisham Hashim

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap


Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Norman Zahalan

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru


Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak

Maslin Sham Razman

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar


Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor

Suhaimi Mohd Ghazali

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang


Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan

Rizalman Dato’ Mokhtar

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak


Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan

Mohd Helmy Din

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah


Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka

Karim Yaacob

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil


Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor

Mohd Fadil Muskon

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam


Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang

Abu Jimi Samat

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis


Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu

Saiful Bahri Baharuddin

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang


Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan

Anuar Safian

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian


Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah

Azman Hj Ruslan

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau

RENUNGAN : Kelebihan Surah Al-Kausar

KEBAIKAN SURAH


Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan, antaranya ialah:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita .

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu dan wajar dikongsi bersama-sama teman dan sahabat juga kenalan agar ia akan memberi makna mendalam kepada kita semua.

Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.


Sumber diedit daripada : http://fitrahalam08.via.my & http://sarfa.blogspot.com

Wednesday, April 29, 2009

Sayang seorang anak kepada ibunya


KOTA TINGGI: Hanya kasih sayang sejati mampu memberi kekuatan kepada seorang remaja Pakistan berusia 14 tahun untuk berenang selama 12 jam, termasuk enam jam menarik jasad ibunya, selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini, semalam.

Walaupun menyedari ibunya, Zainab Oirkeel, sudah tidak bernafas lagi, Muhammad Aqeel Qirkeel Hussin, 14, menggunakan kain Pashminanya untuk mengikat jasad pada rantai leher yang berlambangkan Yasin.

Dia menggunakan seluruh kudrat menarik mayat ibunya daratan dengan berpandukan titik cahaya dalam kegelapan malam.

Sumber : Harian Metro



KOMEN :

1. Inilah yang dikatakan sebagai anak mithali yang sanggup melakukan apa jua demi ibunya yang tersayang. Alangkah indahnya jika ibunya masih hidup dan mengetahui bahawa anaknya sanggup melakukan apa jua demi beliau.

2. Jika beginilah hati dan perasaan anak-anak di luar sekarang, saya rasa alangkah indahnya dunia ini dan alangkah harmoninya sebuah keluarga itu.

3. Tahniahlah kepada allahyarhamah ibu tersebut kerana dapat mendidik anaknya sehingga ke peringkat ini.

4. Bukan senang untuk kita melihat anak sanggup melakukan apa sahaja demi ibunya, walaupun hakikatnya ibu adalah seorang yang tua dan kadang-kadang selalu sangat melarang anak-anak untuk memenuhi kemahuan mereka.

5. Anak-anak yang ada pada zaman sekarang kebanyakkannya amat kurang ajar dengan ibu bapa mereka, ada yang menengking, ada yang memburukkan ibu bapa, malah ada juga yang malu untuk mengaku orang tua itu sebagai ibu bapanya.

6. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, rakan-rakan dan semua yang bergelar anak-anak, sayangilah ibu dan bapa sementara mereka masih ada ataupun setelah mereka telah tiada. Tanpa ibu dan bapa tiadalah istilah anak!


Ikhlas,


SARFAMS BLOG
Bangi, Selangor

Mahasiswakini > Langkah-langkah kepada bekas mahasiswa untuk menuju dunia keusahawanan






Langkah-langkah kepada bekas mahasiswa untuk menuju dunia keusahawanan

Oleh : Sarfarizmal Md Saad

Apabila memberi istilah ‘bekas mahasiswa’ iaitu suatu istilah baru bagi saya, umum harus memahami bahawa ia membawa makna seseorang yang telah bergraduasi atau lepasan ijazah. Dalam zaman kini, riuh diperkatakan tentang masalah pengangguran dalam kalangan lepasan ijazah atau bekas mahasiswa ini tanpa mengira universiti dan bidang. Satu bidang yang ramai mengesyorkan ia ialah bidang keusahawanan.

Usahawan sebenarnya adalah seseorang yang memiliki sifat kreatif dan inovatif yang akan membawa kepada penciptaan barangan baru dalam dunia pasaran. Oleh itu, sebelum sesuatu barangan baru itu diperkenalkan ke dalam pasaran, maka suatu proses keperluan mengeluarkan barangan tersebut akan berlaku. Hal ini akan membuka kepada pekerjaan baru dalam pasaran.

Ramai mengakui bahawa, para bekas mahasiswa seharusnya menceburi bidang usahawan ini dengan lebih agresif dan berdaya saing. Oleh itu, persoalan yang timbul ialah apakah langkah-langkah yang harus dimiliki untuk bergelar usahawan muda?

Bagi saya, persoalan ini amat mudah dijawab. Antara langkah seorang lepasan ijazah yang berhajat menceburi bidang keusahawanan ialah beliau haruslah memiliki matlamat yang jelas. Bak kata pepatah, kunci kejayaan diri seseorang adalah wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Oleh itu, bagi seseorang yang mengimpikan sesuatu kejayaan, yang paling penting bagi saya ialah matlmat hidupnya yang tepat dan jelas. Sebagai seorang usahawan, seseorang itu memerlukan matlamatnya sendiri agar setiap gerak kerja dan kehidupannya memiliki hala tuju yang jelas dan teratur.

Langkah kedua yang harus ada pada diri seseorang lepasan ijazah untuk menjadi usahawan berjaya ialah mempunyai perancangan yang baik. Tidak kira perancangan jangka pendek atau jangka panjang, yang penting di sini ialah keperluan untuk merancang demi bidang keusahawanan dan kehidupan diri sendiri. Seperti yang ramai sedia maklum, kita adalah perancang dan penentu hidup kita, maka melalui konsep tersebut telah membuktikan bahawa peripentingnya perancangan yang tersusun rapi itu kepada seseorang yang bergelar usahawan muda.

Langkah ketiga yang harus diambilkira ialah memiliki imej kendiri yang baik atau positif. Imej kendiri yang positif seperti yakin, berani, jujur dan bijak merupakan suatu momentum pertama sebelum menggerakkan sesuatu tindakan yang mampu membawa perubahan dalam kehidpuan. Jika seseorang usahawan memiliki perasaan takut, malu, bosan dan benci, maka penonjolan imej tersebut melalui tindak tanduk juga akan berbeza dan menjadi lemah sehingga mempengaruhi bukan sahaja bidang keusahawanan yang diceburi, malah mampu mempengaruhi orang disekeliling untuk turut berasa lemah.

Langkah keempat ialah keyakinan diri atau kesungguhan untuk bergelar usahawan. Maznah Hamid seorang pakar motivasi dan usahawan berjaya pernah mengungkapkan bahawa bidang keusahawanan ini seperti medan peperangan yang memerlukan persediaan yang rapi untuk menggapai kemenangan. Sebagai seorang pejuang di medan perang, haruslah memiliki strategi, senjata yang cukup dan baik, mengetahui selok belok medan peperangan, mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan, dan juga yakin untuk memulakan serangan terhadap musuh.

Langkah kelima yang perlu ada untuk bergelar usahawan ialah cabar potensi diri dan sikap diri. Untuk memperoleh kejayaan dalam bidang usahawan, sikap negatif tidak perlu ada dalam diri. Oleh itu, ia harus dibuang jauh-jauh dan cara pemikiran juga harus ditukar. Apabila cara pemikiran kita berubah, maka ia akan memberi kesan kepada tindakan kita yang turut akan mengalami perubahan yang akhirnya memberi kesan optimum terhadap bidang keusahawanan tersebut.

Langkah terakhir yang saya ingin kongsi ialah berkenaan bakat seseorang usahawan. Seperti yang pernah diperkatakan oleh Bob Hope bahawa bakat merupakan nombor 10 dalam senarai yang mesti ada bagi seseorang untuk berjaya. Bakat adalah bukan sejak azali, ia boleh dibentuk, dididik melalui aktiviti, latihan dan sebagainya.

Bidang keusahawanan sememangnya memiliki peluang yang agak cerah jika ia benar-benar diamati dan diambil serius terutama lepasan ijazah. Seharusnya, mentaliti kerja yang sesuai untuk lepasan ijazah ini ialah pegawai haruslah dikikis demi survival kualiti dan imej lepasan ijazah dimata masyarakat umum. Mana-mana manusia atau pekerja tidak mampu menjadi kaya jika bekerja sebagai makan gaji, namun manusia dapat menjadi bos dan kaya sekiranya mengamalkan bidang keusahawanan secara serius dan istiqomah.


Sumber : Mahasiswakini

Tuesday, April 28, 2009

5 Wah Untuk Shafie Apdal UMNO Kedah...

YB Datuk Seri Mohd Shafie Bin Haji Mohd Apdal
Naib Presiden UMNO, merangkap
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Darul Aman



Wah, pertamanya saya nak cakap TAHNIAH kepada UMNO Bahagian Langkawi sebab telah ambik inisiatif buat majlis makan malam bersama boss UMNO Kedah yang baru, sapa lagi kalau bukan Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO. TAHNIAH kepada ketua UMNO bahagian sapa lagi kalau bukan YB Datuk IR Haji Nawawi Haji Ahmad kerana menjadi bahagian pertama yang buat majlis itu.


Wah, keduanya saya nak ucap TAHNIAH kepada YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana ikhlas untuk membantu UMNO Kedah dan BN Kedah. Apa kata dia...?

" Perlantikan saya tidak mendapat bantahan mana-mana pihak di Kedah. Malah saya tiada agenda untuk bertanding atau berhasrat menjadi Menteri Besar Kedah, cuma satu sahaja iaitu mengembalikan kuasa pemerintahan kepada BN. " - Shafie Apdal di Langkawi


Wah, ketiganya saya nak ucap TAHNIAH kepada YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana telah kenal pasti dan gariskan 2 faktor penting katanya untuk BN ambik balik negeri Kedah nie. Apa dia 2 faktor tu...?

1. Ahli UMNO perlu bersatu mengukuhkan perpaduan.
2. Pemimpin hendaklah bekerja kuat untuk berkhidmat pada masyarakat dan mengutamakan rakyat.



Wah, keempatnya saya nak ucap TAHNIAH kepada YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana yakin pada diri sendiri tu untuk ambik balik Kedah dari PAS hijau putih nie. Apa kata dia...?

" Kedah memiliki asas yang cukup kuat dan tiada masalah besar mengukuhkan semula kedudukannya agar mendapat tempat di hati rakyat. " - Shafie Apdal di Langkawi



Wah, kelimanya saya nak tunggu nie bila nak sampai 'GELOMBANG BIRU JELAPANG PADI' yang Shafie Apdal nak buat tak lama lagi. Harapan menggunung nie... hehehe... Apa ulas dia...?

" Shafie berkata, tidak mustahil Kedah akan dapat dirampas kembali seperti yang dilakukan gerakan 'gelombang biru' yang menumbangkan kerajaan Pas Terengganu pada pilihanraya umum 2004. " - Ulasan Bernama



Sekian, harap maaf atas kekerasan, syabas atas pembacaan, terima kasih atas komen dan kritikan.



Ikhlas,

SARFAMS BLOG
http://sarfarizmalsaad.blogspot.com

Sunday, April 26, 2009

TAHNIAH Negeri Khalid Ibrahim Anda Juara!!!


TAHNIAH KEPADA NEGERI ANGKAT SAYA IAITU SELANGOR DARUL EHSAN KERANA BERJAYA MEMBAWA PULANG PIALA FA 2009.

SEMOGA MUTU BOLA SEPAK NEGARA KIAN BERUBAH DARI SEMASA KE SEMASA SELEPAS INI.


Ikhlas,


SARFAMS BLOG
Bangi, Selangor

Saturday, April 25, 2009

Siapakah Anwar Ibrahim Siri 2 ?

video

Ulas Tentang Pemimpin UMNO baru

Semalam, Presiden UMNO Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan senarai pengerusi badan perhubungan UMNO negeri-negeri.

Saya agak terperanjat dengan senarai baru ini yang dilihat agak drastik dengan motto ingin merampas kembali negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat sekarang.

Presiden UMNO sendiri telah mengambil negeri Selangor, Timbalan Presiden UMNO mengetuai Wilayah Persekutuan dan 3 Naib Presiden lain masing-masing diletakkan di 3 negeri berasingan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengetuai Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pulau Pinang dan Datuk Seri Shafie Apdal menjadi pemimpin UMNO Negeri Kedah.

Apa yang menarik minat saya ialah tentang Datuk Seri Shafie Apdal yang terbang jauh dari Sabah ke Kedah. Suatu perkembangan politik yang dilihat menarik untuk dianalisis.

Terbukti, Najib Razak ingin sangat melihat Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor kembali berpihak kepada BN. Malah, Najib Razak juga ingin melihat suasana politik Terengganu kembali rancak dan sihat.

Dikesempatan yang ada, saya sempat menanyakan respon daripada YB Tuan Mohd Rawi Haji Abdul Hamid (Bekas Ketua Pemuda UMNO Kedah) atas perlantikan Shafie Apdal sebagai Pengerusi Perhubungan Kedah ini. Beliau memberi respon yang positif dan ingin memberi sedikit ruang kepada Shafie untuk mengubah suasana politik Kedah terutama UMNO Kedah. Beliau juga berkata bahawa banyak perkara yang perlu diberi penekanan oleh Shafie di Kedah jika BN ingin menguasai kembali Negeri Jelapang Padi itu.

Saya juga sempat dihubungi oleh Tuan Nor Saidi Nanyan iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Langkawi dan memberi respon tentang perlantikan Datuk Seri Shafie Apdal ini. Apa yang beliau katakan ialah sesiapapun yang mengetuai UMNO Kedah adalah tidak penting, yang penting bagi beliau ialah setiap pemimpin UMNO itu sedar dan buat kerja yang diamanahkan rakyat. Beliau tak nak lagi UMNO ini menjadi seperti dahulu dan ingin perubahan dalam UMNO itu berlaku dalam masa terdekat.

Beliau berkata bahawa beliau yakin Kedah akan kembali dikuasai BN jika setiap pemimpin dan jenteranya buat kerja bersama-sama.

Harapan saya ialah agar pemimpin kepada rakyat ini benar-benar membela nasib rakyat. Jangan jadikan kepentingan diri sebagai maharaja diri, jadikan nasib dan masalah rakyat itu sebagai mahkota diri seperti slogan Kabinet 1 Malaysia Najib Razak iaitu 'Rakyat Didahulukan'.



Ikhlas,

SARFAMS BLOG

Friday, April 24, 2009

UMNO Baru Dari Najib Razak

UMNO PASCA MAC 2009


Setiausaha agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bendahari agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ketua penerangan: Ahmad Maslan


Pengerusi perhubungan Umno negeri :

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK:
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan:
Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan:
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Dr. Awang Adek Hussin

SABAH:
Datuk Seri Musa Haji Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Najib turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Brid. Gen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Wednesday, April 22, 2009

Nantikan Kemunculan Pendedahan SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM?

Anwar Bin Ibrahim

Nantikan pendedahan melalui video tentang SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM sebenarnya...?

Beberapa siri video bakal disiarkan melalui blog ini untuk tatapan dan analisis anda bersama berkenaan SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM...

Jangan lupa nantikan kemunculannya tidak lama lagi.



Ikhlas,


SARFAMS BLOG

Tuesday, April 21, 2009

M Star Online - AF budaya Eropah dan Amerika, bukan dari kita





Isnin April 20, 2009
AF budaya Eropah dan Amerika, bukan dari kita

TAHUN ini rasa saya genaplah tujuh tahun sebuah rancangan reality TV yang paling popular dan paling berpengaruh berada dalam dunia hiburan tanah air. Rancangan realiti TV yang saya maksudkan tersebut ialah Akademi Fantasia atau lebih mesra dengan gelaran AF.

Sejak 7 tahun lalu, saya hanya tertarik dan menonton rancangan ini ketika musim ke-3 iaitu ketika Mawi memenangi AF.

Ini kerana, saya tertarik dengan penampilan dan imej Mawi yang seakan-akan ‘Islamik’ yang pada ketika itu belum pernah ada artis yang berani mempromosikan diri mereka dengan pendekatan atau imej ‘Islamik’.

Terbukti, penampilan dan imej ‘Islamik’ Mawi tersebut telah membawa rahmat dan berkat kepada beliau dan ramai lagi yang lain.

Lihatlah, Mawi sehingga kini masih dikenali dan masih berbisa walaupun telah hampir 4 tahun berada dalam dunia seni tanah air.

Namun, saya secara peribadinya kurang bersetuju dengan rancangan realiti TV AF ini kerana saya dapati terlalu banyak unsur negatif berbanding positif.

Malah, secara terang-terangan umum mengetahui bahawa AF merupakan salah satu budaya yang berasal daripada Eropah atau benua Amerika yang telah berjaya di bawa masuk ke Negara Islam Malaysia ini.

Lihatlah dari segi pemakaian para pesertanya yang bukan sahaja menjolok mata, malah boleh membuatkan orang buta mata dengan ‘keseksian’ pemakainya. Itu belum lagi saya ulas berkaitan pilihan lagu, lirik lagu dan rentaknya.

Lihatlah juga kehidupan dan suasana persekitaran para peserta yang hidup dalam sebuah rumah secara beramai-ramai sebenarnya telah menyerupai budaya hidup masyarakat Amerika.

Saya mula sedar baru-baru ini, kenapa tidak ada pejuang-pejuang agama membantah atau cuba membangkang persoalan ini? Yang saya lihat, bangkangan dan bantahan lebih tertumpu kepada senario politik Malaysia.

Ramai pak-pak lebai, ustaz-ustaz yang berceramah politik bukan berceramah tentang masalah sosial.

Ramai yang mengaku dia alim dan pandai agama menentang kerajaan namun membiarkan budaya Amerika seperti AF rancak berdansa di pentas dan kaca TV.

Sebenarnya, jika anda benar-benar memperjuangkan Islam, tidak perlu anda 100% melihat politik sebagai landasan perjuangan anda. Ramai dan banyak lagi landasan dan kesalahan di sisi agama yang senantiasa dilakukan setiap saat oleh umat Islam di seluruh pelusuk muka bumi Malaysia ini, namun apa yang anda nampak ialah tindakan aktivis politik.

Harapan saya ialah, AF diberhentikan dan cukuplah AF ke-7 ini sebagai tahun terakhirnya. Cukuplah dengan bintang-bintang kelahiran AF yang bagi saya telah ramai di muka bumi Malaysia ini.

Saya juga ingin menyatakan kepada Pengetua AF 7 iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina bahawa beliau sebenarnya harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap AF 7.

Saya ingin menempelak beliau apabila beliau mengulas bahawa beliau tidak bertanggungjawab terhadap pemakaian dan pilihan lagu oleh pelajar AF sepanjang AF berlangsung.

Bagi saya, beliau sebagai Pengetua AF sebenarnya berkuasa penuh dan mengetuai sepenuhnya AF tersebut. Maka, secara teorinya beliaulah juga yang sebenarnya bertanggungjawab penuh terhadap semua yang berkaitan AF tidak kira baik, buruk, maju, mundur atau sebagainya. Ikhlas, SARFARIZMAL M.SAAD Timbalan Presiden MPP UKM


Sumber : MStar.com

Sejarah PAS

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)


Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.

1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Saturday, April 18, 2009

Laporan dedah kelemahan MB T'ganu - Malaysiakini


Muda Mohd Noor | Apr 17, 09 4:26pm
kemaskini 7.17pm

Lebih sepuluh ADUN Barisan Nasional menerima laporan gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu - didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan - yang menjadi asas kemarahan mereka.

Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul mesej SMS ugutan bunuh - dipercayai berkaitan ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap menteri besar itu.

Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya.

Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.

Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.

"Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri," laporan itu dipetik.

Laporan itu mendakwa, pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.

Laporan tanpa tarikh itu - yang diperolehi Malaysiakini hari ini - juga mendakwa Ahmad melantik mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.

Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."

Menteri besar juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008."

"Ada di kalangan mereka yang diturunkan (pangkat) jawatan. Tindakan tersebut telah menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap YAB menteri besar," laporan itu dipetik.

Seorang pegawai Ahmad, ketika diminta penjelasan, enggan mengulas tuduhan-tuduhan ini.

Dihubungi hari ini, setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah berkata, laporan itu diberikan kepada 12 atau 13 wakil rakyat BN negeri itu di Kuala Lumpur semalam.

"Kami pergi ke Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk memberi penjelasan kepada (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak dan (timbalannya) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mengapa mereka tidak hadir sidang DUN," katanya.

Idris, yang terlibat dalam kumpulan 10 ADUN tersebut, hadir memberikan penjelasan kepada Najib. Ahmad juga dipanggil memberikan taklimat berhubung krisis di negeri itu.

Bagaimanapun, kata ADUN Alor Limbat itu, rombongan ADUN itu tidak dipanggil memberi penjelasan.

Laporan tersebut tidak disediakan oleh kelab penyokong BN negeri tetapi dipercayai daripada kajian orang-orang Idris, jelas Alias lagi.

Manakala pengerusi kelab itu Datuk Rosol Wahid berkata, laporan itu dibuat untuk membolehkan ADUN mengetahui kelemahan menteri besar.

"Kelemahan ini yang menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri menjadi huru-hara dan Umno tidak bersatu," katanya kepada Malaysiakini.

Difahamkan Najib dan Muhyiddin menerima laporan insiden pemulauan DUN selepas mesej ugutan melalui SMS yang diterima menjelang tengah malam Isnin lalu.

Pergeseran antara menteri besar dengan 10 ADUN ini dijangka akan selesai dalam tempoh sebulan lagi.


Sumber : Malaysia Kini

Jom Ke FaceBook Saya


JOM, kunjungi Facebook saya mulai sekarang.

Kita boleh bertukar-tukar pendapat, rakan, idea, info bersama-sama di sana.

Gunakan kesempatan dan kemudahan dengan terbaik.


Ikhlas,

SARFAMS BLOG

Friday, April 17, 2009

Syarahan Naib Canselor UKM 2009:





Membina Momentum Menatar Keunggulan - Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Syarahan Naib Canselor 2009 sebagai meneruskan tradisi menyampaikan mandat kepemimpinan Universiti kepada warganya. Majlis syarahan ini akan diadakan pada hari 17 April 2009 jam 9.00 pagi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi.

Syarahan yang bertajuk Membina Momentum Menatar Keunggulan - Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana akan disampaikan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Syarahan Naib Canselor 2009, seperti Syarahan-syarahan Naib Canselor yang sebelumnya, diadakan dengan tujuan:

i.
Meneruskan tradisi kepemimpinan UKM menyampaikan mandat kepada warga UKM;
ii.
Memapar perkembangan baru yang memberi pengaruh kepada kelangsungan Universiti, serta

cabaran terhadap perkembangan dalam organisasi dan persoalan masyarakat semasa;
iii.
Menghebahkan tujahan hala tuju Universiti dalam tempoh 10 tahun akan datang bersama universiti

terkehadapan dunia serta melakar tindakan dalam menghadapi cabaran masa depan;
iv.
Mengajak warga UKM berkongsi wawasan dan misi Universiti.

Antara tetamu jemputan yang turut diundang ke Majlis Syarahan Naib Canselor UKM 2009 termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, rakan-rakan Universiti dari beberapa universiti, Kementerian dan NGO.

Seluruh warga UKM turut dijemput hadir.

Thursday, April 16, 2009

DUN Penanti Sedang Menanti Kekalahan BN Atau PR???


YB Mohammad Fairuz Khairuddin letak jawatan ker???

Ishh... Ishh... Kenapa orang Guan Eng letak jawatan???

Dah puas bolot harta benda dunia ker???

Atau dah tak tahan dengan tekanan rakyat???

Macam mana nie... Dah semakin kurang laa pemimpin muda di Malaysia...

Takkan nak bagi semua warga tua jadi pemimpin di negeri dan negara???

PKR dah mula retak ker di Penang???

Oklah... ada pilihanraya kecil lah pulak...

Tapi ingat, kalau BN kalah juga dalam PRK kali nie, maka sudah terang dan sah laa rakyat dah tak nak BN lagi...

Makna kata, PRU 13 nanti kita bakal dapat kerajaan baru laa...

PRK di Penanti nie sebenarnya sedang menanti kejayaan BN atau PR...

Atau sedang menanti kekalahan BN atau PR...

Sama-sama kita tengok, hidu, rasa, sentuh dan cakap yer...

Poster Kabinet 1 Malaysia Oleh Najib Razak


KABINET 1 MALAYSIA OLEH YAB DATUK SRI HAJI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK ( PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 )

Monday, April 13, 2009

Utusan - Henti kelirukan Satu Malaysia


KUALA LUMPUR 12 April - Usaha pihak tertentu termasuk pembangkang menyamakan konsep Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia mesti segera dihentikan bagi mengelak timbulnya kekeliruan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin UMNO menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep tersebut tidak mengetepikan hak bumiputera dan Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, bumiputera dan Melayu yang mewakili 60 peratus komposisi penduduk di negara ini sedia berdepan mana-mana pihak demi mempertahankan konsep Satu Malaysia yang menjaga kehormatan Perlembagaan itu.

"Ini bukan Singapura. Ini Malaysia yang mana rakyatnya berjanji setia kepada raja dan negara. Kita mempunyai kedaulatan undang-undang, jadi jangan derhaka.

"Jika ada sesiapa yang cuba samakan Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia, Perkasa dan kaum bumiputera akan bangkit menentang mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi melahirkan kerisauan masyarakat bumiputera tentang cubaan sesetengah parti politik, media dan blog yang cuba memanipulasi maksud Satu Malaysia yang dibawa Najib.

Menurut Ibrahim, gerakan halus itu mahu memecahbelahkan masyarakat dan dikhuatiri cubaan menidakkan kuasa raja-raja Melayu serta kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjelaskan, konsep Satu Malaysia adalah komitmen Najib dan kerajaan dalam memelihara keharmonian kaum berpaksikan kesejahteraan serta pertumbuhan ekonomi.

"Dalam konsep ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) langsung tidak mengetepikan hak rakyat Malaysia yang berbilang kaum malah selari dengan Perlembagaan.

"Konsep 'Malaysian Malaysia' pula mementingkan sama rata dan sama rasa tetapi cenderung menafikan peruntukan Perlembagaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihak pembangkang tidak harus membangkitkan isu kesamarataan yang sebenarnya bukan menjadi keutamaan dalam konsep Satu Malaysia.

Beliau kesal dengan sikap pembangkang memanipulasi konsep tersebut semata-mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kerajaan mengetepikan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Kata Rosnah, agenda jahat itu ternyata akan memberi kesan kepada perpaduan serta hubungan kaum di negara ini sekali gus merosakkan konsep yang matlamatnya ialah supaya rakyat Malaysia bersatu, berpadu dan bersama-sama membangunkan negara.

''Kita tidak mahu konsep itu dicanang oleh pembangkang menyamai Malaysian Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang berbeza,'' katanya.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, pihak terbabit terutama para penulis blog seperti tidak mengakui usaha kerajaan selama ini yang mengambil kira kepentingan semua kaum.

"Satu Malaysia adalah pendekatan Datuk Seri Najib untuk meneruskan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti mengutamakan kedudukan agama Islam untuk orang Melayu serta menjaga kepentingan Cina dan India dalam menghormati kewujudan sekolah vernakular.

"Malaysian Malaysia pula berbahaya bagi kelangsungan orang Melayu dan pribumi yang mana kedudukan raja-raja Melayu dicabar, kedaulatan Islam diperkotak-katikkan manakala kedudukan bahasa Melayu disamaratakan," jelasnya.

Sementara itu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) juga menyeru rakyat Malaysia terutama bumiputera terus mempertahankan kedudukan agama Islam dan kehormatan raja-raja serta bahasa Melayu demi mengekalkan keharmonian negara.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar mengingatkan, konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Najib masih menghormati dan mengiktiraf kepentingan semua pihak dengan mendahulukan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi ikatan kesejahteraan kaum selama ini.

"Jadi, jika ia disamakan dengan Malaysian Malaysia, ia salah dan berbahaya. Jangan terkeliru dengan dakyah DAP dan penulis blog yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Justeru, beliau meminta kerajaan memantau gerakan halus ini sama ada menerusi media perdana mahu pun blog serta mengambil tindakan bagi menghentikan penyebaran sentimen yang mampu menggugat keharmonian kaum itu.


Sumber : Utusan Malaysia Online



NOTA :


- Baguslah kalau ada yang berani memberi respon akan hal ini. Mungkin diaorang baca blog saya kut, sebab tu respon macam tu... hehehe...

- Apapun, hak Melayu mesti diutamakan oleh semua pihak kerana itu telah termaktub. Jangan pula dengan konsep 1 Malaysia ini, hak Melayu turut disatukan dengan hak-hak kaum lain...

- Apa yang penting ialah penerangan yang jelas berkenaan konsep ini secara terperinci kepada rakyat jelata agar kesalahfahaman tidak timbul lagi.

- Namun, saya masih berfahaman bahawa konsep 1 Malaysia ini sudah menghampiri konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan DAP dan dipersetujui Anwar Ibrahim.

- Saya tidak mahu berselindung disebalik tirai hipokrit, apa yang saya berpendapat itulah yang saya katakan. Nah, walau ramai yang mungkin tak bersetuju dengan saya, namun saya tetap bertegas bahawa 1 Malaysia sudah menghampiri Malaysian Malaysia.


Wassalam



Keputusan ABPBH 2008

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008



Bintang Paling Popular - Nabil

Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

Penyanyi Lelaki Popular - Mawi

Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Popular - Dynas

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain

Artis Nasyid Popular - Rabbani

Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular - Nabil

Artis Baru Wanita Popular - Stacy

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah


Sumber : Berita Harian Online


Sunday, April 12, 2009

1 MALAYSIA MENGHAMIRI MALAYSIAN MALAYSIA


TAHNIAH Dato Najib yang membawa sedikit perubahan dalam permulaan kabinet kerajaan baru-baru ini. Sesungguhnya, saya mengistilahkan keputusan dan kabinet Dato Najib ini sebagai suatu yang berani dan tegas oleh beliau.

Mau tidaknya, bagaimana tegas dan beraninya apabila tidak memasukkan YB KJ sebagai menteri atau timbalan menteri walaupun YB KJ adalah ketua pemuda UMNO Malaysia yang juga orang paling kanan dalam parti kerajaan.

Keberanian dan ketegasan Dato Najib dibuktikan lagi dengan pelantikan YB Datuk Mukhriz anak Tun Mahathir sebagai timbalan menteri. Umum sedia maklum, Datuk Mukhriz telah kalah teruk ketika perhimpunan agung UMNO lalu. Walaupun kalah, beliau tetap di bawa masuk ke dalam kerajaan yang meninggalkan pencabar dan penyandang kerusi ketua pemuda UMNO iaitu YB KJ.

Namun, bagi saya ini adalah keputusan yang adil bagi semua. Semasa kekalahan Datuk Mukhriz di perhimpunan agung UMNO lalu, beratus ribu penyokongnya amat sakit hati dan kecewa dengan kekalahan tersebut. Semasa itu, rakan dan para penyokong YB KJ amat gembira dan bersorak keriangan.

Dengan pengambilan Datuk Mukhriz sebagai timbalan menteri dan tidak mengambil YB KJ ke dalam kerajaan, maka ini sedikit sebanyak telah berlaku adil kepada kedua-dua penyokong dan memberi win-win situasi terhadap kedua belah pihak. Cuma, kem YB KJ harus menghormati akan keputusan Dato Najib ini. Jangan bersifat tamak dan nak bolot semua jawatan.

Keberanian ketiga yang dilihat melalui kabinet Dato Najib ialah konsep 1 Malaysia yang diperkenalkannya. Satu konsep yang menarik dan merupakan suatu strategi untuk mengembalikan sokongan orang bukan melayu terhadap kerajaan.

Konsep ini sebenarnya bagi saya dicipta selepas idea Anwar Ibrahim iaitu ketuanan rakyat atau Malaysian Malaysia. Konsep yang dibawa oleh Anwar Ibrahim terbukti telah menyebabkan ramai penyokong BN berpaling tadah dan kesannya BN kalah teruk pada PRU lalu.

Dato Najib ingin meniru sedikit sebanyak konsep ini dengan harapan sokongan kepada BN kambali pulih dan BN akan menang besar pada PRU akan datang.

Baru-baru ini, saya telah berborak dengan Datuk Ruhanie Ahmad iaitu penulis blog KUDA KEPANG, beliau juga turut bersetuju bahawa konsep yang dicipta Dato Najib ini adalah suatu cara mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan walaupun ia tidak nampak secara jelas.

Namun, apa yang ditakuti oleh saya dan Datuk Ruhanie ialah 1 Malaysia ini semakin hampir dengan konsep Anwar Ibrahim iaitu Malaysian Malaysia. Ditakuti daripada 1 Malaysia sekarang, tiba-tiba suatu masa nanti terus bertukar secara perlahan-lahan ke Malaysian Malaysia. Semasa itu sudah tentu Anwar Ibrahim gembira dan mungkin juga beliau akan menjadi somebody dalam kerajaan. Tiada mustahil dalam dunia politik.


Ikhlas,


SARFAMS. BLOGSPOT
http://sarfarizmalsaad.blogspot.com


Anwar 2 Wajah

video

Thursday, April 9, 2009

KABINET NAJIB TUN RAZAK

Senarai lengkap kabinet 2009


Berikut senarai lengkap barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak yang diumumkan selepas jam 3 petang di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)


Azilah & Sirul Terima Balasan

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri.

Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.

Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Okt 2008, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


INFO : M Star.com

Wednesday, April 8, 2009

Ramalan Saya Tepat!!! 1 BN 2 PR




NAH!!! dah disajikan kepada kita keputusan pilihanraya kecil bagi 3 kawasan berbeza. Ternyata ramalan saya agak tepat, cuma ramalan dari segi majoriti sahaja yang kurang tepat. Namun, inilah keputusan yang harus diterima semua.


BUKIT SELAMBAU

RAMALAN SAYA : Menjangkakan calon PAKATAN RAKYAT menang dengan majoriti 100-300 undi.

KEPUTUSAN : Calon PAKATAN RAKYAT menang dengan majoriti 2,403 undi.




BUKIT GANTANG

RAMALAN SAYA : Menjangkakan calon PAKATAN RAKYAT menang dengan majoriti 500 undi.

KEPUTUSAN : Calon PAKATAN RAKYAT menang dengan majoriti 2,789 undi.



BATANG AI

RAMALAN SAYA : Menjangkakan calon BARISAN NASIONAL menang dengan majoriti 1500 undi.

KEPUTUSAN : Calon BARISAN NASIONAL menang dengan majoriti 1,854 undi.




Ikhlas,


SARFAMS BLOG
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)