Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Friday, May 29, 2009

SIRI KHAS : Doa ibu bapa mustajab tangani remaja bermasalah

Oleh Hasliza Hassan

Amalan sesuai sepanjang zaman ketika didik, bimbing anak agar jalani hidup sejahtera

NAMPAKNYA ibu bapa perlu bertanya kepada diri adakah mereka sudah mendoakan kesejahteraan untuk anak kerana kajian menunjukkan tidak sampai 10 peratus ibu bapa mendoakan anak mereka setiap hari.

Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.

Saranan berdoa sebagai usaha mendidik serta membimbing anak terutama yang bermasalah dibangkitkan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah di TV9 pada malam Khamis lalu.

Program membincangkan tajuk 'Keluar Rumah' itu mengupas kes remaja yang suka lari dari rumah dengan menyingkap faktor penyebab serta langkah yang boleh diambil bagi menanganinya secara berkesan.

Badlishah berkata, ibu bapa tidak wajar beranggapan doa tidak relevan membantu menyelesaikan isu anak bermasalah kerana Nabi Muhammad SAW juga meminta orang lain untuk mendoakan Baginda.

Justeru katanya, kehebatan doa perlu diperakui dan amalan itu menjadi kegemaran orang salih serta alim, begitu juga masyarakat Melayu yang sering mengingatkan orang lain untuk dikenang dalam doa mereka.

"Memang kita perlu berdoa tetapi kita juga perlu minta kenang daku dalam doamu kerana ia berkesan. Oleh itu, tidak wajar jika ada beranggapan doa tidak relevan dan anak yang bermasalah akan baik sendiri apabila mereka dewasa," katanya.

Beliau berkata, kepentingan serta kehebatan doa dirakamkan hadis diriwayatkan at-Tirmizi, apabila Saidina Umar meminta kebenaran Nabi Muhammad SAW untuk menunaikan umrah dan Baginda berpesan supaya Saidina Umar tidak lupa menyebut nama Baginda dan sahabat dalam doa beliau.

Hadis itu mendapat penilaian tinggi ulama antaranya Sheikh al-Mubarakfuri yang mengatakan ia bukti kehebatan berdoa kerana Nabi SAW pun meminta orang lain mendoakan Baginda. Sebab itu juga amalan doa sangat digemari orang salih dan alim.

Fakta mencatatkan sejak 2003 hingga sekarang, 16,020 remaja bawah umur 17 tahun lari dari rumah dan daripada jumlah itu, 9,415 berjaya ditemui sementara selebihnya tidak diketahui ke mana perginya. Daripada pecahan itu pula, 10,489 kes membabitkan remaja Muslim.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2,540 kes remaja keluar rumah kerana mengikut teman lelaki, 1,857 lari kerana terpengaruh rakan, 1,592 kerana masalah serta konflik dalam keluarga dan 1,371 kerana ingin kebebasan.

Badli Shah berkata, kesimpulan mudah boleh dibuat berdasarkan statistik dan faktor kenapa remaja suka lari dari rumah ialah usia antara 12 hingga 21 waktu kritikal dan mereka tidak boleh dibiarkan begitu saja.

"Mengikut ilmu psikologi, pada umur kritikal ini remaja tidak suka mendengar kata, menganggap segala tindakan mereka betul, kurang mendengar nasihat, suka mencuba perkara baru, tidak boleh ditegur dan paling bahaya rasa semua tindakan betul.

"Oleh itu, mereka memerlukan didikan dan bimbingan dari awal kerana kita pasti tidak mahu budaya nasi lemak buah bidara atau budaya tanam pinang rapat-rapat terus mempengaruhi remaja kita," katanya.

Beliau berkata, isu remaja keluar rumah bukan gejala kecil kerana mereka aset negara yang bakal mewarisi kepemimpinan akan datang.

Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Perlis, Hashim Othman al-Hafiz, berkata ibu bapa tidak wajar membiarkan remaja keluar tanpa tujuan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika dibiarkan tanpa pengawasan.

Katanya, lebih baik ibu bapa memberi perhatian terhadap kegiatan anak bukan saja sebagai langkah kawalan, tetapi juga untuk menjaga keselamatan mereka kerana pelbagai perkara boleh berlaku.

"Sebaiknya remaja yang ingin keluar rumah ditemani ibu bapa kerana ada kes remaja hilang. Lagipun, ahli keluarga dapat memastikan remaja menjaga tatasusila apabila berada dalam masyarakat.

"Fenomena keluar rumah tanpa ditemani keluarga mengakibatkan gejala negatif seperti khalwat, berzina kerana remaja bebas. Ibu bapa perlu melatih serta membimbing anak kerana jika tidak dilatih, ibu bapa akan letih," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan amalan berdoa sebagai usaha ibu bapa meminta bantuan Allah untuk menangani anak yang bermasalah kerana Nabi SAW mengatakan tidak tertolak qada dan qadar Allah melainkan dengan doa.

Info
Doa untuk anak


  • Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

  • Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

  • Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

  • Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

  • Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

  • Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

  • Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).

  • Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
  • Wednesday, May 27, 2009

    SIRI KHAS : Kaya anugerah alam

    Oleh Siti Nur Almizan Aripin
    snur@bharian.com.my




    Keindahan Jeju buatkan pengunjung berasakan berada di kepulauan Hawaii

    PULAU berbatu, Jeju terkenal di kalangan warga Korea dan Jepun, malah dianggap sebagai 'Pulau Tuhan' kerana dipenuhi ukiran batuan gunung berapi beragam bentuk.

    Semuanya tercetus hasil kreativiti penduduk Jeju yang ingin membina budaya dan warisan tersendiri, lain daripada tanah besar Korea Selatan. Atifak sejarah paling terkenal adalah ‘ubiquitous harubang’ atau 'grandfather stone' yang diukir di atas blok batu lahar gunung berapi.

    Pulau yang bertulang belakang banjaran gunung berapi Halla-san itu juga mempunyai keunikan tersendiri sehingga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Korea Selatan.

    Di Pulau Jeju, cuaca sentiasa panas lembap dengan iklim sederhana membuatkan berada di sana seperti berada di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat. Mungkin faktor itu menyebabkan Pulau Jeju menjadi pilihan di kalangan pengantin baru yang ingin menikmati detik indah berbulan madu.

    Pulau Jeju turut dipanggil Jeju-do. Di dalam bahasa Korea ‘do’ bermaksud pulau dan daerah bertepatan dengan lokasi Jeju itu sebagai daerah di sebuah pulau yang besar.



    Menurut sejarah, Pulau Jeju terletak di Selat Korea di daerah Jeollanam-do sebelum berpisah menjadi daerah lain pada 1946. Ia pernah juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya Doi, Dongyeongju, Juho, Tammora, Takra, Tamra.

    Bagaimanapun, sebelum berlaku peralihan kuasa pada 2006, Jeju mula digelar Cheju. Malah, sebutan betul Jeju adalah ‘che-ju’ tapi warga Korea mendapati ramai pelancong asing senang menyebut Jeju sebagai ‘je-ju’.

    Jika anda ingin ke Pulau Jeju, usah risau dengan masalah bahasa kerana kebanyakan pemandu teksinya mahir berbahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin. Bagaimanapun, tidak salah jika anda tahu beberapa patah perkataan Korea bagi mengelakkan diri daripada ditipu.

    Adat melancong ke tempat orang, sudah tentu anda mahu merancang perjalanan aktiviti. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak seperti mendaki gunung, inilah antara lokasi yang patut dikunjungi.

    Panorama indah ciptaan Tuhan.

    Selain menikmati keindahan pemandangan yang menakjubkan di Taman Negara Halla-san, pengunjung boleh mendaki Halla-san, puncak gunung berapi setinggi 1,950 meter yang menjadi gunung tertinggi di Korea Selatan.

    Tempoh beristirahat juga boleh diisi sama ada dengan berbaring di tepian pantai sambil menikmati sang matahari terbit atau terbenam atau mungkin anda akan mempunyai hobi baru ketika berada di sana, iaitu merakam gambar.

    Bagaimanapun, jika keindahan suasana tidak mampu memberikan kegirangan di hati, apa kata jika anda berkunjung ke Pulau Jeju ketika berlangsungnya Festival Api Jeongwol Daeboreum.

    Festival itu diadakan setiap tahun ketika kedatangan musim sejuk yang mana pembakaran jerami secara tradisi dibuat bertujuan untuk memusnahkan serangga perosak. Kebanyakan mereka menganggap api yang marak menjulang umpama muntahan lahar dari Halla-san.

    Selain tarikan pelancongan, Pulau Jeju juga terkenal sebagai lokasi untuk kaki pancing. Jika berkesempatan mengunjungi pasar basah di sana, anda boleh membeli pelbagai spesies ikan segar, sotong, gamat dan bermacam jenis hidupan laut yang jarang ditemui.

    Beriklim tropika menjadikan tanah di Pulau Jeju sebagai kawasan subur dengan hasil pertanian. Nanas dan limau tangerin serta madu yang diperoleh daripada bunga-bungaan tempatan memberikan suasana yang begitu berbeza. Pulau ini juga terkenal dengan cendawan Shitake dan pokok kaktusnya.

    INFO: Jeju

  • Selain menyaksikan Festival Api Jeju, pelancong boleh mendaki gunung, menunggang kuda dan berendam di air terjun atau melihat batuan purba pelbagai bentuk.

  • Di Taman Hallim boleh meneroka gua bawah tanah dan melihat Taman Bonsai yang berusia lebih 150 tahun.

  • Gua Manjanggul sepanjang 1 kilometer dan setinggi 23 meter terbentuk daripada aliran lahar gunung berapi.

  • Gua Manjanggul terlalu sejuk dan air gua sentiasa menitik dari siling gua.

  • Makanan di Jeju agak masin kerana suhunya yang agak panas. Di Jeju juga jarang disediakan Kimchi ketika musim sejuk kerana cuaca musim sejuk tidak terlalu sejuk.
  • Sunday, May 24, 2009

    Anwar Meliwat Lagi...

    PENGAKUAN BERSUMPAH ......saya diliwat - Mior Abd Razak bin Yahya

    Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks di luar tabii atau homoseksual. Antara saksi utama yang memberi keterangan dalam kes ini adalah dua personaliti sepermainan beliau.

    Di kalangan kita hari ini masih menyangsikan dan mempertikaikan keterangan dan pengakuan saksi-saksi yang diketengahkan. Sebaliknya ramai suara-suara yang menuntut keadilan dan ketelusan badan kehakiman negara dalam pengendalian kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selanjutnya menuduh adanya konspirasi menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

    Pengakuan Mior Abdul Razak bin Yahya ini bukannya satu rekaan. Ianya satu pengakuan yang dibuat sendiri secara sukarela dan sedar tanpa paksaan di hadapan Majistret Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 23 September 1998 dan diakui kebenarannya.

    Marilah kita sama-sama fikirkan dan renungkan kebenarannya dan selanjutnya menilai sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai untuk memimpin generasi akan datang, bangsa, negara dan agama menuju ke alaf baru.



    Pengakuan Mior Abdul Razak bin Yahya

    Pada jam 4.23 petang, satu ASP Maszely bin Minhad (G 9179) dari D4 Bukit Aman, membawa seorang tahanan bernama Mior Abdul Razak bin Yahya (IC 670826-08-5497) untuk membuat pengakuan di hadapan saya. Bersamanya ialah detective Lans Kpl R/F 101568 Md. Yusof bin Daud.

    Saya mempersilakan Mior duduk di hadapan saya di kamar Majistret 10C, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Encik Mior masuk ke dalam kamar saya tanpa bergari. Saya kemudian mengarahkan kedua-dua pegawai polis tadi keluar dari kamar saya. Mereka pun berbuat demikian. Pintu kamar saya ditutup. Sekarang tinggal saya dan En. Mior sahaja, di dalam kamar saya.

    Encik Mior memakai baju T warna biru-putih, seluar biru dan selipar. Saya kemudian mengarahkan Process Server mahkamah 10C, masuk. Encik Dollah bin Yussof IC 530809-10-6247 pun masuk ke dalam kamar saya untuk berada bersama-sama saya semasa Encik Mior buka baju. Saya kemudian meminta Encik Mior buka baju T, seluar dan juga seluar dalam untuk memastikan beliau tidak ada apa-apa kecederaan di badan akibat dipukul. Saya didapati tiada apa-apa kesan kecerderaan di badan En. Mior. Tiada lebam, atau apa-apa pun. En Dollah telah menyaksi semua ini. Saya kemudian mengarah En. Dollah keluar daripada kamar saya. Sekarang saya bersama En. Mior sahaja dalam kamar 10C.

    Saya kemudian mengemukakan beberapa soalan seperti berikut kepada En. Mior.

    Q : Bolehkah saudara beri nama dan butir-butir mengenai saudara?
    A : Nama saya Mior Abdul Razak bin Yahya, berumur 31 tahun. No I/C yang
    Lama A 0929761. Yang I/C No. baru saya tak ingat. Pekerjaan saya ialah
    tukang jahit dan pereka fashion.

    Q : Bilakah awak ditangkap?
    A : Saya ditangkap pada hari Sabtu, 19.9.98 pukul 4.30 petang.

    Q : Di manakah awak ditangkap?
    A : Saya ditangkap di rumah No. 61, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka,
    Ampang, Selangor.

    Q : Awak ditangkap oleh siapa?
    A : Saya ditangkap oleh empat pegawai polis yang berpakaian biasa. Nama
    mereka saya tak tahu.

    Q : Selepas ditangkap ke mana awak pergi?
    A : Saya dibawa ke Bukit Aman.

    Q : Di dalam perjalanan ada apa-apa yang berlaku?
    A : Tiada apa-apa berlaku.

    Q : Berapa lama awak ditahan di Bukit Aman?
    A : Saya ditahan di Bukit Aman sehingga hari ini, 23/9/98. Saya ditahan 5
    hari termasuk hari Sabtu.

    Q : Awak tahu siapa saya?
    A : Majistret, saya tahu.

    Q : Kepada siapa awak mula-mula mengatakan niat awak hendak membuat
    pengakuan ini?
    A : Kepada pegawai polis yang membawa saya tadi, ASP Maszely.

    Q : Bila awak mula-mula hendak membuat pengakuan?
    A : Pada hari Sabtu. Selepas ditangkap iaitu pada 19/9/98. Tetapi sebelum
    ditangkap saya ada niat untuk membuat pengakuan.

    Q : Adakah sesiapa yang mengugut atau memukul atau berjanji apa-apa
    menyuruh atau memberi dorongan kepada kamu untuk membuat
    pengakuan ini?
    A : Tidak. Saya membuat pengakuan ini secara sukarela. Tanpa apa-apa
    paksaan atau dorongan.

    Q : Fikir betul-betul?
    A : Masih sanggup beri pengakuan.

    Q : Sekarang masih ada masa, jika awak ingin bertukar fikiran untuk
    membuat pengakuan ini?
    A : Saya masih dengan sukarela hendak membuat pengakuan ini.

    Q : Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi amaran kepada
    kamu, bahawa apa-apa percakapan atau pengakuan yang awak berikan
    kepada saya boleh digunakan terhadap awak dalam perbicaraan awak
    kelak?
    A : Saya faham betul. Saya masih hendak membuat pengakuan secara
    sukarela.

    Q : Adakah awak pasti?
    A : Saya pasti.

    En. Mior Abdul Razak bin Yahya Di hadapan saya

    t.t t.t
    I/C No. 670826-08-5497 ANANTH NAMASIVAYAM
    Majistret, KL (23/9/98)
    Daripada jawapan-jawapan yang telah diberi kepada saya oleh En. Mior ke atas soalan-soalan saya, dan dari perhatian saya dari segi sifat, wajah muka dan keberkerjasama En. Mior, saya berpuas hati beliau membuat pengakuannya dengan sukarela tanpa dipaksa, diugut, dipujuk ataupun dijanjikan apa-apa untuk membuat pengakuan ini.

    t.t
    MIOR ABDUL RAZAK BIN YAHYA Di hadapan saya
    t.t
    ANANTH N.V
    Majistret, KL (23/9/98)



    Kenyataan pengakuan dibuat oleh En. Mior di hadapan saya.

    Q : Sekarang awak sedia untuk memberitahu saya mengenai apa-apa yang
    hendak awak katakan?
    A : Saya sedia. Saya membuatnya secara sukarela. Saya membuat
    Pengakuan seperti berikut :

    Saya berasal daripada Kampung Aji Bota Kiri, Perak. Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Kelulusan saya setakat SPM, Pangkat 2. Saya datang ke KL untuk tujuan belajar pada 1989, penghujung. Saya tak ingat bulan.

    Saya tinggal bersama abang saya di alamat Blok C-2, Ampang Hilir, Selangor. Oleh kerana masalah kewangan saya bekerja di Kampung Pandan sebagai pencuci rambut di saloon, selama 3 bulan. Selepas itu, saya bekerja di Plaza Damansara sebagai Pembantu Pereka Fashion dengan gaji $280 sebulan. Syarikat Raztins Butik.
    Di sini saya mula berkenalan dengan En. Sukma Darmawan yang kebetulan mempunyai kedai di kawasan yang sama. Setelah beberapa lama, saya menjadi kawan baik kepada En. Sukma, saya diperkenalkan dengan Dr. Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim, untuk tujuan tempahan baju. Di. Wan bersetuju menempah baju dengan saya. Setelah beberapa bulan saya berhenti kerja dan ingin membuka kedai jahit sendiri. Saya diperkenalkan oleh Dr. Wan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai designer untuk baju Dr. Wan Azizah. Oleh kerana saya berhasrat untuk membuka perniagaan saya sendiri, saya berhasrat untuk mendapat pinjaman wang daripada Dr. Wan Azizah. Dr. Wan bersetuju, tapi beliau perlu berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini semua berlaku pada awal tahun 1992. 3 hari selepas ini, saya mendapat pinjaman RM 5,000/- tunai daripada Dr. Wan Azizah.

    Pada bulan April 1992 saya seperti biasa menghantar baju Dr. Wan yang telah siap ke rumahnya di Damansara. Selepas saya menyerahkan baju kepada Dr. Wan, saya dipelawa oleh En. Sukma, yang juga berada di rumah tersebut untuk lepak dibiliknya sambil menonton T.V. Saya pun bersetuju. Ini berlaku pukul 7 -7.30 pm. Semasa kami sedang menonton filem lucah. Sambil kami berdua menonton tiba-tiba pintu bilik diketuk. En Sukma membuka pintu bilik dan saya tengok Datuk Seri Anwar masuk. Saya merasa terkejut dan malu dan suruh En. Sukma tutup T.V. Tapi Datuk Seri bercakap tak apa, ini perkara biasalah.

    Kemudian Datuk Seri duduk atas katil dan mempelawa saya duduk di sebelahnya. Pada masa itu, En. Sukma pergi tandas. Saya pun duduk di katil, di sebelah kiri Datuk Seri. Tiba-tiba dia menarik tangan saya dan meletakkannya di atas kemaluannya. Saya merasa terkejut dan menarik tangan saya balik. Kemudian dia tarik tangan saya dan memaksa saya pegang kemaluannya. Sambil itu, dia bertanya kemaluannya besar atau kecil? Saya berasa malu dan berdiam sahaja.

    Selepas itu Datuk Seri membaringkan saya di atas katil dan terus memeluk saya. Saya rasa terkejut dan tak tahu nak buat apa. Kemudian Datuk Seri Anwar mencium saya di bibir. Sambil mencium saya dia membuka seluar saya. Datuk Seri buka sarongnya dan bajunya dan menarik kepala saya ke kemaluannya. Saya cuba melawan tapi Datuk Seri terus memaksa saya untuk menghisap kemaluannya.

    Saya pun hisap kemaluannya. Saya buat oral sex dengannya. Ini berlaku selama 1 minit. Selepas itu Datuk Seri bangun dan memaksa saya meniarap di atas katil. Kemudian dia ambil lotion dan dia sapu di bahagian dubur saya dan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur saya. Selepas 5 -6 minit dia melepaskan air mani dalam dubur saya. Saya tak keluar air mani. Datuk Seri ambil tisu dan mengelap dubur saya. Dia pakai pakaiannya dan duduk atas katil. Saya pun pakai pakaian saya. Dan En. Sukma pun keluar daripada masuk ke dalam bilik dan berkata biasalah tu. Saya kemudian balik dan rasa bersalah, berdosa terutama sekali dengan isterinya Dr. Wan. Saya balik dengan teksi. Selepas itu, Datuk Seri sering kali menalipon saya di rumah tetapi saya tidak melayannya.

    Pada bulan Jun 1992 saya ingin jumpa dengan Datuk Seri untuk dapat surat sokongan untuk membuat pasport saya. Saya ingin ke Brunei secepat mungkin. Saya talipon Datuk Seri Anwar. Datuk Seri kata En. Sukma akan menguruskan perjumpaan saya dengan beliau. Dua hari kemudian En. Sukma menalipon saya dan menyuruh saya ke Hotel PJ Hilton dalam pukul 7.00 pm. Saya pergi ke hotel. Di lobby hotel saya ada jumpa dengan seorang Pakistan. Saya terus ke bilik di hotel. Saya dapati Sukma di dalam bilik hotel seorang. Dalam beberapa minit kemudian Datuk Seri masuk dengan lelaki Pakistan ke dalam bilik hotel. Kemudian lelaki Pakistan pun keluar daripada bilik, tinggal saya, En. Sukma dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiba-tiba Datuk Seri terus memeluk saya di hadapan En. Sukma. Saya rasa terkejut macam diperangkap untuk kali kedua. Datuk Seri kemudian mencium saya. Saya mengelak dan dia terus membaringkan saya sambil menanggalkan baju dan seluar saya. Dia pun buka baju dan seluar saya. Dia pun buka baju dan seluarnya En. Sukma masuk bilik air.

    Selepas itu Datuk Seri paksa saya hisap kemaluannya. Saya pun hisap. Datuk Seri kemudian meniarapkan saya dan bubuh lotion di dubur saya dan memasukkan kemaluannya di dubur saya. Kemudian dia menukar position saya mengangkang kaki saya dan memasukkan kemaluannya ke dubur saya. Saya tutup muka saya dengan bantal. Air mani Datuk Seri keluar dalam dubur saya. Tetapi saya tidak keluar air mani. Kemudian dia pakai baju. Saya pun pakai baju dan balik.

    Sebelum itu saya tanya tentang surat sokongan dan Datuk Seri suruh saya ke pejabatnya dan jumpa secretarynya. Selepas itu kejadian yang ketiga di PJ Hilton bulan Oktober 1992. Datuk Seri Anwar liwat saya dan buat oral sex dengan saya dan membayar saya RM250/-. Selepas itu saya tidak menghubunginya lagi sehingga 1997. Saya ingin mendapat surat sokongan untuk membuat perniagaan jual kereta Proton. Saya pergi ke rumah Datuk Seri untuk berbincang dengan Dr Wan, bulan May 1997 tentang cadangan saya. Dr. Wan memanggil Datuk Seri untuk berbincang. Kemudian Datuk Seri suruh saya bincang di office di dalam rumahnya di kediaman rasmi DPM.

    Sesampai saya di office di rumahnya, Datuk Seri Anwar terus kunci pintu. Saya rasa memang akan terjadi sesuatu. Kemudian Datuk Seri paksa saya buat oral sex dengannya sambil beliau berdiri. Dalam 5 minit, dia coming. Kemudian Datuk Seri kata dia akan hantar borang dan secretarynya akan hubungi saya. Sampai hari ini saya tak dapat jawapan apa-apa.

    Saya tidak menghubungi Datuk Seri lagi kerana takut berlaku lagi sehingga hari ini. Inilah kejadian terakhir dengan Datuk Seri. Saya tidak dapat melupakan kejadian ini kerana Datuk Seri menggunakan saya untuk sex sahaja. Itu sahaja yang hendak saya cakap. Tiada apa-apa lagi. Di baca balik kepada En. Mior oleh saya.

    Q : Ada apa-apa lagi kamu hendak tambah dari pengakuan kamu?
    A : Saya dapat surat daripada JPM mengatakan permohonan saya telah
    dihantar iaitu perniagaan kereta saya. Saya tidak ada apa-apa lagi nak
    tambah atau diubah. Saya tidak ada apa-apa pindaan itu sahaja.


    Memorandum

    Saya percaya yang akuan salah ini dibuat dengan sukarela. Ini diambil di hadapan saya dan pada pendengaran saya sendiri dan setelah dibacakan balik kepada En. Mior dan dia mengaku betul serta mengandungi isi-isi yang penuh dan benar mengenai apa-apa yang disebutnya.


    t.t
    MIOR ABDUL RAZAK BIN YAHYA
    IC 670826-08-5497

    t.t
    ANANTH NAMASIVAYAM
    Majistret KL
    23.9.98


    Sumber : AnwarDotCom

    Saturday, May 23, 2009

    SIRI KHAS : Koleksi kejam

    Oleh Nurul Adlina Kamaludin
    adlina@bharian.com.my


    GAMBAR (kiri) Alat diletakkan dalam mulut mangsa bagi menyukarkan percakapan. (kanan) Salah satu daripada 252 alatan seksaan yang akan dilelong.

    Besi pengunci lidah, kerusi paku jadi bukti azab seksaan lampau

    BAYANGKAN keadaan ini - lidah 'dikunci', kulit tubuh disiat dan ditarik, manakala tangan melecur ditekap sarung tangan besi panas yang diletakkan di atas bara api.

    Ngeri bukan? Jika kita yang mendengarnya boleh memberi reaksi sedemikian, bayangkan penderitaan serta trauma mangsanya yang melalui proses kejam diseksa atas alasan hukuman serta bagi mendapatkan maklumat yang amat diperlukan.

    Inilah azab dialami kalangan suspek dan penjenayah pada abad ke-16 hingga ke-19 yang diseksa menggunakan pelbagai peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi, demi memaksa mereka memberi kerjasama.

    Kini, penderitaan mereka itu bakal diselami menerusi lelongan peralatan antik itu oleh sebuah syarikat juru lelong Amerika Syarikat, Guernsey’s Auction.

    Bukan satu atau dua, malah sejumlah 252 artifak alat seksaan, buku dan dokumen mengenainya yang berusia ratusan tahun itu dan bernilai sekurang-kurangnya RM10.5 juta, dapat dilihat menerusi acara lelongan koleksi yang belum ditetapkan tarikhnya. Apa yang menarik, bahan artifak itu disifatkan sebagai koleksi peralatan seksaan terbanyak di dunia, setakat ini.

    Presiden Guernsey's Auction, Arlan Ettinger bersama koleksi alatan seksaan berusia ratusan tahun yang bakal dilelong.

    Antara peralatan yang sebahagian besarnya diperbuat daripada besi padu dan masih kukuh sehingga ke hari ini ialah alat pengunci lidah, rantai lengan ditusuk besi tajam, kerusi paku, pedang pancung, sarung tangan besi yang digunakan bagi membakar tangan serta topeng besi berat yang menyukarkan mangsa mengangkat kepala.

    Peralatan yang dibuat bertujuan menyebabkan kesakitan bukan sementara, sebaliknya kekal. Kesakitannya pula boleh dirasai hampir ke seluruh badan serta anggota penting - dari kepala, mulut, tangan, kaki dan tubuh.

    Koleksi itu sebelum ini dikatakan hilang pada awal abad ke-19. Ia kemudian ditemui selepas Perang Dunia Kedua apabila seorang lelaki Norway yang dihukum tentera Jerman, memperoleh koleksi berkenaan dan membawanya ke Amerika.

    Lelaki yang identitinya dirahsiakan pihak Guernsey mati pada 1970-an dan koleksi itu terus diwarisi anggota keluarganya selama beberapa generasi.


    Apa yang menarik, biarpun tarikh lelongan masih belum diputuskan, berita mengenai acara itu mendapat perhatian ramai selepas publisiti meluas mengenainya dilaporkan media antarabangsa, baru-baru ini.

    Malah, acara itu mendapat perhatian kerana muncul di tengah-tengah kesedaran ramai berhubung taktik seksaan kejam yang mencabuli hak asasi manusia, khususnya kontroversi taktik digunakan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), seperti kaedah melemaskan suspek atau ‘waterboarding’.

    Acara lelongan itu juga hanya mengetengahkan hakikat yang sudah pun diketahui ramai - penggunaan taktik kejam, perit dan menyeksakan itu yang sudah wujud sejak sekian lamanya.

    Pameran koleksi alat seksaan itu pula bukan kali pertama diadakan kerana pernah mendapat perhatian ramai menerusi pameran bergerak di sekitar Eropah selain dipamerkan di New York pada 1893.

    Selaras peredaran masa serta nilai sejarah dan ciri kejamnya menyebabkan ia dengan mudah bernilai jutaan ringgit. Malah, keunikan koleksi itu turut diakui Presiden Guernsey Auction, Arlan Ettinger yang dipetik sebagai berkata:

    “Peralatan ini sememangnya dihasilkan untuk mendatangkan kesakitan. Ia memang kejam. Kita mungkin tertarik dengan fungsinya, tetapi bayangkan trauma serta kesakitan dialami mangsa. Ringkasnya, ia menarik, tetapi kejam.”

    Malah siapa sangka, imej peralatan besi yang kelihatan sudah berkarat itu pernah merakam jeritan dan kesakitan mangsa yang biarpun meronta, tetapi tetap diseksa.

    Kesannya pula bukan sedikit tetapi ciri-ciri pada alatan besi itu menunjukkan matlamat utamanya ialah mencetuskan kesakitan yang amat sangat pada hampir ke seluruh badan dan anggota penting - dari kepala, mulut, tangan serta kaki.

    Selain peralatan besi itu, sebagai bukti sejarah peranannya sebagai alat seksaan lampau, koleksi itu turut didatangkan dengan buku yang merakam senario penyeksaan dilakukan.

    Tidak ketinggalan, maklumat pendaftaran pengunjung pada pameran sama di England dan Jerman yang diadakan pada abad ke-18.

    Keunikan lain koleksi itu ialah tujuan acara lelongan itu bukannya bagi meraih keuntungan semata-mata, tetapi lebih penting menyemarak dan meningkatkan kesedaran mengenai kesan dan kesengsaraan hasil penggunaan taktik dan peralatan kejam sedemikian.

    Pada masa sama, ia juga bertujuan mengutip sumbangan dengan sebahagian hasil lelongan itu didermakan kepada pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International serta badan bukan kerajaan yang menentang kekejaman taktik ganas sedemikian.

    Mungkin pelik bagaimana peralatan yang bukan setakat menyeksa, malah turut meragut nyawa mangsa dipancung, boleh menyumbang kepada soal kesedaran mengenai taktik kejam ini.

    Tetapi inilah bukti selagi ada usaha, sudah pasti nilai murni kemanusiaan sejagat dapat diterapkan biarpun menerusi acara lelongan yang menyelami kekejaman lampau.

    'Pengintip, pengkhianat dan pencuri paling banyak dihukum'

    TAKRIFAN seksaan ini merujuk kepada kesakitan fizikal atau mental yang dilakukan ke atas individu bagi tujuan menghukum atau mendapatkan maklumat. Selain dimaki hamun, pelbagai peralatan turut dicipta bagi memberikan kesakitan melampau ke atas individu berkenaan.

    Pada Zaman Pertengahan yang diketahui sebagai era tidak bertamadun, kaedah seksaan paling kerap dilakukan ke atas mereka yang didakwa sebagai pengintip, pengkhianat serta pencuri.

    Dokumen sejarah menyatakan, jika kesalahannya serius, mereka boleh dihukum bunuh dan hukuman seperti gantung, lazimnya dibuat di kawasan terbuka bagi menjadi peringatan kepada penduduk.

    Antara kaedah popular bagi memaksa mangsa mendedahkan maklumat ialah menggunakan kerusi khas yang ditusuk dengan senjata tajam serta roda gergasi bagi menggantung mangsa.

    Beberapa kaedah yang digunakan bagi melakukan seksaan ke atas mangsa pada Zaman Pertengahan ini. Ia termasuk:

    • Mencabut gigi/kuku
    • Memukul/belasah
    • Membutakan mata
    • Merendam kaki atau tangan dalam air panas
    • Mencekik
    • Mencacatkan badan
    • Melemaskan tahanan atau mangsa
    • Disebat/dirotan
    • Mengerat alat sulit
    • Membiarkan tahanan kelaparan
    Antara lokasi seksaan, selain kawasan terbuka atau tempat tumpuan awam ialah di bahagian bangunan yang lebih tersembunyi. Ini seperti di bahagian bawah tanah istana atau bangunan penjara.


    Sumber : Berita Harian

    Thursday, May 21, 2009

    TAHNIAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



    UKM tersenarai 100 universiti terbaik Asia

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai universiti tempatan kedua terbaik selepas Universiti Malaya apabila disenarai pada tangga ke-51 oleh Times Higher Education (THE). Penarafan universiti serantau yang julung kalinya dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd iaitu penyusun THE-QS World University Rankings dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti. Menurut Nunzio Quacquarelli, Pengarah urusan QS,Universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti tetapi juga produktiviti yang tinggi dalam penyelidikan. Keputusan ini memberi impak kepada UKM kerana semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar antarabangsa untuk menjadikan universiti ini sebagai universiti pilihan. QS adalah pakar maklumat terkemuka dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara.




    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai
    universiti tempatan kedua terbaik selepas Universiti Malaya
    apabila disenarai pada tangga ke-51 oleh
    Times Higher Education (THE).
    Penarafan universiti serantau yang julung kalinya dikeluarkan
    oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd iaitu penyusun
    THE-QS World University Rankings dibuat berdasarkan
    ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
    Menurut Nunzio Quacquarelli, Pengarah urusan QS,
    Universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi
    kualiti tetapi juga produktiviti yang tinggi dalam penyelidikan.
    Keputusan ini memberi impak kepada UKM kerana semakin
    mendapat tempat dalam kalangan pelajar antarabangsa untuk
    menjadikan universiti ini sebagai universiti pilihan.
    QS adalah pakar maklumat terkemuka dalam bidang
    pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara.


    Sumber : www.ukm.my

    Wednesday, May 20, 2009

    Lama Tak Update...

    Salam Blogger,

    Saya memohon kemaafan kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang melayari dan membaca blog SARFAMS ini kerana telah lama tidak menghidangkan kepada anda post atau artikel baru.

    Masalahnya ialah kerana saya mempunyai kengkangan masa yang agak terhad sehingga tidak sempat untuk menjenggah walau seketika ke blog hitam ini.

    Namun, saya akan berusaha untuk memberi anda kepuasan dengan menghidangkan kepada anda artikel-artikel baru dalam masa terdekat ini.

    Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi melakukan kunjungan ke SARFAMS ini. Semoga hubungan kita akan sentiasa berkekalan hendaknya.


    Ikhlas,

    Editor SARFAMS
    Bangi, Selangor

    Monday, May 11, 2009

    Kilang Al-Quran Visi 2












    Inilah gambar-gambar kesinambungan daripada tayangan di blog ini berkenaan Kilang Al-Quran yang wujud di muka bumi ini.

    Apa yang penting bagi umat Islam ialah bersama-sama berusaha menjaga kesucian, keagungan, keharmonian dan keilmuan Al-Quran tersebut sebagai tanda kita kepada Yang Maha Pencipta.

    Jadikanlah Al-Quran sebagai rakan taulan dan kenalan kita dari mula kita dilahirkan sehingga kita mengadap Yang Maha Berkuasa nanti.

    Anda boleh memberi sebarang komen atau pendapat mengenai hal ini dalam ruangan yang telah saya beri sebebas-bebasnya kepada semua untuk menyatakan komen mahupun pendapat anda...

    Terima kasih atas sokongan dan perhatian selama ini...


    Ikhlas,


    SARFAMS BLOG TEAM
    http://sarfarizmalsaad.blogspot.com
    Bangi, Selangor Darul Ehsan,
    Langkawi, Kedah Darul Aman.

    Thursday, May 7, 2009

    Gambar-gambar di Sidang DUN Perak 07Mei09
















    Inilah saya hidangkan kepada semua gambar-gambar sekitar senario semasa Persidangan DUN Perak sebentar tadi. Kecoh... Memang kecoh...

    Ini akan menjadi sejarah dalam politik Malaysia sehingga beribu-ribu tahun nanti... Hayatilah dan analisislah mengikut keintelektualan anda...


    Sumber Gambar : Berita Harian, Utusan Malaysia, M Star Online & gerakan-anti-pkr.com

    Ini macam pun ada ka di Perak...???

    'Sidang' dalam sidang, Siva 'disingkir' Raja Nazrin menanti di Kamar Diraja

    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersemuka dengan ADUN Pakatan Rakyat sebelum sidang Dewan bermula pagi tadi --foto THE STAR oleh Saiful Bahri.

    IPOH: Krisis politik Perak yang bermula Februari lalu melalui bab baru hari ini apabila Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak pukul 10 pagi tadi masih belum disempurnakan dengan anggota Dewan bertikam lidah sehingga mencetuskan kekecohan.

    Sehingga pukul 12 tengah hari Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja di tingkat dua bangunan SUK sementara menunggu 'lampu hijau' untuk berangkat ke Dewan.

    Perkembangan hari ini menyaksikan dua Speaker berada dalam Dewan.

    Spekaer V. Sivakumar yang memasuki DUN pukul 10 pagi mengumumkan bahawa beliau ada beberapa ketetapan mesyuarat yang perlu dimaklumkan sebelum sidang dirasmikan.

    Antara ketetapan itu ialah memecat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang telah digantug dari memasuki DUN masing-masing selama 18 dan 12 bulan.

    Turut digantung ialah tiga ADUN Bebas yang telah keluar parti masingI-masing dan dikatakan telah meletakkan jawatan.

    Katanya ia selaras dengan ketetapan sidang bawah pokok 3 Mac lalu.

    Sivakumar berkata, beliau tidak akan meneruskan sidang selagi kesemua 10 wakil rakyat berkenaan tidak keluar.

    Malah beliau turut mengarahkan bentara DUN supaya membawa mereka keluar.

    Arahan itu tidak dapat dilaksanakan.

    Kemudian kira-kira pukul 10.30 pagi, Zambry membentangkan usul agar Sivakumar dipecat.

    Ia disokong sebulat suara dengan mengangkat tangan oleh wakil BN.

    Usul itu telah dikemukakan oleh BN dua minggu lalu.

    Hari ini Sivakumar mengumumkan bahawa usul itu telah ditolak oleh beliau.

    Ketika berulang kali menekankan bahawa beliau tidak akan membolehkan sidang diadakan selagi kesemua 10 ADUN berkenaan keluar.

    Sivakumar berkata, beliau tetap dengan keputusannya yang dibuat di bawah Perkara 43 Perinta Tetap Dewan.

    Di sebalik kekecohan itu anggota BN pula mengadakan sidang mereka sendiri dengan meluluskan usul memecat Sivakumar dan digantikan dengan wakil BN.

    Sidang itu dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Hee Yit Foong, ADUN Bebas selepas keluar dari DAP.

    Wakil BN itu, Datuk Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengenakan jubah Speaker dan mengangkat sumpah.

    Beberapa minit kemudian, beliau 'mempengerusikan' sidang DUN dengan meluluskan usul membatalkan ketetapan sidang 3 Mac.

    Selepas kecoh lebih hampir 70 minit suasana Dewan tenang mulai 11.16 pagi.

    Bagaimanapun SIvakumar berkata, beliau tidak akan membenarkan sidang diteruskan selagi 10 anggota terbabit keluar Dewan.

    Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

    Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong.

    Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.

    Setakat 11.50 pagi, sementara Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja suasana DUN masih kelihatan tenang.


    Hahaha... mana boleh dalam 1 dewan ada 2 sidang... Ini keja politik gila... Tak pernah di buat orang macam tu... hahaha.... Perak... Perak...

    Hahaha... Yang si Sivakumar tu apa pasal pulak nak duduk atas kerusi speaker lama-lama...??? Dia tak perasan ker yang dia dah kena duduk di bawah dah...??? Dia nie sah gila talak speaker... Tolong masukkan dia kemana-mana hospital dulu la... kesian... kesian...

    Hahaha... Ada 2 speaker dalam 1 dewan pulak... Macam-macam la kaedah... hahaha... Kalau macam tu lantik setiap parti politik ada 1 speaker DUN masing-masing... speaker... speaker...

    Hahaha... Kasihan kat DYAM Tunku Muda Perak... Rasanya dah 4-5 botol air dah baginda telan, tapi tak dapat-dapat rasmi sidang lagi... Agaknya Baginda pun dah naik boring dah dok menunggu di bilik menunggu tu... Hormatlah Baginda sikit... Kasihan baginda nunggu lama tu... baginda... baginda...

    Wednesday, May 6, 2009

    Kilang Al-Quran Visi 1













    Jom berehat kejap dalam kancah politik Malaysia...

    Kita pakat-pakat tengok dan ambil pedoman sendiri melalui gambar-gambar ini...

    Inilah gambar kilang Al-Quran yang begitu bersih dan suci...

    Hebatnya Islam itu boleh kita lihat melalui kilang Al-Quran ini bersama-sama...

    Betapa mulianya senaskah Al-Quran itu di muka bumi ini memang tiada tandingannya...

    Marilah wahai umat Islam menjaga risalah Al-Quran ini agar ia tak dicemarkan...

    Ayuh, jangan biarkan Al-Quran ini dijadikan sebagai komek atau buku latihan sekolah rendah...

    Letaklah Al-Quran di tempat asalnya iaitu di tempat yang tinggi di sisi Islam...

    Semua perkara di dunia ini boleh diubah kecuali setinta Al-Quran sahaja yang tak boleh diubah...


    Salam Islam...


    Ikhlas,


    SARFAMS BLOG
    http://sarfarizmalsaad.blogspot.com

    Bangi, Selangor Darul Ehsan.


    Tuesday, May 5, 2009

    Bukti-bukti Islam dihina bro...






    Salam bro...

    Agama Islam semakin hari semakin dihina bro... Tapi banyak umat Islam tak sedar malah ada yang tak tahu bro... Tak bilang lagi yang buat-buat tak tahu bro...


    Salam bro...

    Kalau umat bukan Islam, dia tengok gambar-gambar nie tentu dia senyum atau gelak sebab Islam yang dulunya kuat sekarang boleh diperkotakkatikkan bro... Yang bakar Al-Quran? Pijak Al-Quran? Kencing dalam masjid? dah banyak la bro...


    Salam bro...

    Kadang-kadang, yang buat semua nie orang Islam jugak bro... Apa punya bodoh la manusia nie kan bro... Tak malu ker bro... Umat Islam sendiri yang hancurkan Islam bro...


    Salam bro...

    Yang tukar agama dah banyak sangat bro... Yang dok menahan dan bagi kemaluan kat orang pun banyak bro... Yang merompak, menyamun, merogol, memfitnah, membohong tu lumrah kehidupan dah bro... Mana dia hilangnya nilai Islam bro...


    Salam bro...

    Eden bukan baik sangat bro... Tapi eden ada gak rasa sayang sangat kat Islam bro... Eden tak peduli apa orang cakap, asalkan agama eden tetap eden bela bro...


    Salam bro...

    Jom la sama-sama kita jaga bro... Kalau boleh anjur kempen jom masuk PAS, pasai apa tak boleh buat kempen jom peluk Islam bro... Kalau boleh buat Perkampungan Hadhari, kenapa tak boleh buat perkampungan Islam yang gah bro...


    Fikir-fikir dan renung-renunglah bro dan bri...


    Ikhlas,


    EDITOR SARFAMS BLOG
    http://sarfarizmalsaad.blogspot.com

    * Kalau bro untuk lelaki, bri untuk pompuan lah :-)

    Nurul Syuhada Majalah 3 ke nie...???


    Hai semua org kampung... Tengok betol2 gambar nie... macam kenal pun ada kan...???

    Hai semua org kampung... Bukankah nie gambar Nurul Syuhada penyampai Majalah 3, TV3 tu...???

    Hai semua org kampung... Kalau betol, macam mana ekk gambar dia boleh terlepas kesini...???

    Hai semua org kampung... Walaupun bukan macam gambar Elizebeth Wong, atau Zakiah Anas, tapi boleh tahan gak gambar nie kan...???

    Hai semua org kampung... Janganlah buat macam nie ekk... Walaupun nak tangkap gambar, simpan la rapi2, simpan la elok2, simpan la kemas2...

    Hai semua org kampung... Jangan bagi tau kat org bandar pulak... Nanti susah hidup... hahaha...




    Sumber Gambar : http://buaya-merah.blogspot.com

    Sunday, May 3, 2009

    MAJLIS PERASMIAN AKADEMI MENARA GADING KOHORT 5 2009
    OLEH YANG BERHORMAT DATO' HAJI SAIFUDDIN HAJI ABDULLAH
    ( TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA )

    DIHARAPKAN AGAR AKADEMI INI AKAN MEMBERI KEJAYAAN KEPADA PARA PELAJAR DAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

    Saturday, May 2, 2009

    RENUNGAN : SEJARAH AYAT KURSI

    Food for thought



    Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
    telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
    kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
    perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
    memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

    Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
    selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
    masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
    dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
    memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
    akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

    Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
    setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
    dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
    orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
    Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
    ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
    akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
    s. a.. w. bersabda bermaksud:

    "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
    hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

    Sabda baginda lagi;

    "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
    kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
    daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

    Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
    Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
    dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
    Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
    dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
    Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
    rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
    ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
    Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
    berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
    eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
    sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
    membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
    mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.


    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
    Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
    lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
    menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
    membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
    rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
    membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
    menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
    benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
    membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
    70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
    Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
    pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
    Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
    pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

    " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


    Sumber : This Is How I See My World

    Label SARFAMS...>

    1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)