Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Wednesday, June 17, 2009

Ada pemimpin PAS musuh dalam selimut Bangsa Melayu

YB Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar dan menentang golongan dalam PAS yang ingin menubuhkan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Malah, Tuan Guru agung PAS itu menyifatkan golongan PAS yang menyokong dan menerima idea itu sebagai "BONEKA UMNO".

Ini satu perkara yang agak teruk sedang melanda masyarakat Melayu di Malaysia pada zaman sekarang. Sebenarnya, bangsa Melayu telah lemah dan telah berada dalam keretakan dalamannya yang amat serius. Buktinya ialah sahabat-sahabat sebangsanya sendiri tidak mahu bersama-sama atas nama satu bangsa hanya kerana berbeza sedikit fahaman atau ideologi politik masing-masing.

Ini boleh digambarkan seperti dua tuan rumah yang berada dalam satu taman perumahan yang mempunyai minat terhadap warna yang berbeza. Si A meminati warna merah, dan Si B meminati warna hijau. Mereka pun mengecat rumah, pagar dan kenderaan masing-masing dengan warna kegemaran sendiri. Namun, perbalahan terjadi apabila masing-masing mempertahankan kelebihan dan kecantikan warna masing-masing sehinggakan mereka bermusuh antara satu sama lain walaupun mereka sebenarnya masih berada dalam taman perumahan yang sama.

Bekas Ketua Hakim Negara yang juga Sultan Negeri Perak baru-baru ini telah menyatakan tentang kepentingan hak orang Melayu di Malaysia ini. Baginda sekali dengar dalam titahnya sebenarnya mungkin kecewa dengan sebahagian penyokong PAS yang tidak mahu bersama-sama UMNO bergabung atas nama bangsa Melayu.

Golongan PAS yang tidak mahu wujud kerajaan perpaduan ini sebenarnya adalah golongan yang membunuh bangsa Melayu di Malaysia. Walaupun golongan ini tidak secara terang, namun sebenarnya mereka ini adalah puak yang ingin melihat Melayu hilang di Malaysia atau sekurang-kurangnya menjadi bangsa ketiga dalam bumi Malaysia ini.

Ini mungkin berlaku kerana para pemimpin atau mereka sendiri ini sebenarnya bukan Melayu tulen. Mungkin mereka ini berasal daripada keturunan lain yang berkahwin dengan Melayu atau sebagainya. Golongan ini juga mungkin telah dihasut atau mungkin juga telah dijanjikan dengan apa-apa kelebihan dan hadiah daripada bangsa lain yang bercita-cita untuk memerintah Malaysia. Puak-puak inilah musuh dalam selimut Melayu kita di Malaysia ini yang harus kita perhati dan berhati-hati.

Cuma, para pemimpin dan penyokong dalam UMNO juga seharusnya turut melepaskan ego dan bersifat berlapang dada dalam mewujudkan kerajaan perpaduan ini. UMNO seharusnya tidak perlu risau kerana landasan dan jalan yang dilalui UMNO kini adalah benar dan betul berbanding jalan-jalan yang dilalui oleh parti-parti politik yang lain. Cuma, nasihat untuk UMNO ialah jengguk sedikit akan agama yang sudah tersedia disisi Melayu itu. Yang perlu dikuatkan oleh UMNO ialah agamanya dan bukan lagi politiknya.


Oleh :

SARFARIZMALSAAD
http://sarfarizmalsaad.blogspot.com

Monday, June 15, 2009

Perbincangan kerajaan perpaduan tidak harus dikhuatiri - Mukhriz

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata rakyat dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau mengenai perbincangan kerajaan perpaduan dengan Parti PAS kerana ia mampu menstabilkan negara.

Beliau yang berucap dalam ceramah semasa program Mesra Bersama Rakyat di sini berkata tanpa perpaduan, keadaan politik dan ekonomi tidak akan stabil.

"Apabila kita bersengketa, keadaan kacau-bilau, macam mana kita boleh mencapai kestabilan? Dahulu Malaysia pernah dikenali sebagai Harimau Asia dan pelabur-pelabur asing berlumba-lumba datang untuk melabur.

"Tetapi, sekarang, apabila pembangkang asyik membangkitkan isu-isu yang remeh-temeh, membuat kacau-bilau, tunjuk perasaan, ekonomi kita juga akan terjejas.

"Pembangkang menyatakan bahawa pelabur tidak mahu ke mari kerana polisi kerajaan, tetapi ini tidak benar," katanya.

Beliau berkata pelabur berasa sangsi terhadap Malaysia kerana mempunyai persepsi ketidakstabilan politik.

"Dahulu, apabila terdapat tunjuk perasaan di negara jiran, kita geleng kepala mempersoalkan bagaimana mereka boleh mentadbir negara. Malangnya sekarang kita juga alami keadaan yang sama," katanya. BERNAMA


Sumber : BERNAMA

Sunday, June 14, 2009

TAHNIAH YB MD RAWI (ADUN KAWASAN AYER HANGAT)

Perbezaan pendapat usah jejas keharmonian

Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my


MUHYIDDIN menerima surat permohonan untuk membina masjid baru daripada Imam Masjid Riyadzussolihin, Padang Lalang, Sulaiman Mad Arshad pada majlis mesra bersama rakyat di pekarangan masjid itu, semalam.

Muhyiddin mahu rakyat hayati perpaduan untuk kekal keamanan

LANGKAWI: Jangan biarkan perbezaan pendapat, terutama dalam politik menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga menggesa seluruh rakyat tidak terlalu taksub dengan emosi, sebaliknya menghayati perpaduan ummah sebagai perkara pokok untuk mengelak keamanan dan keharmonian dikecapi selama ini terjejas.

Katanya, semua pihak mempunyai pandangan masing-masing mengenai perpaduan yang mungkin berbeza daripada pendapat beliau dan Barisan Nasional (BN).

Apa pun, bagi beliau sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, perkara sedemikian memang berlaku kerana mustahil 27 juta rakyat mempunyai pandangan sama.

"Walaupun berbeza dalam politik, ini tidak menjadi sebab untuk kita berbalah atau berpecah-belah, kerana Islam sendiri menuntut kita untuk sentiasa bersatu.

"Berbeza pandangan itu tidak apa, tetapi jangan sampai berpecah-belah. Jika dibiarkan tidak mustahil ia mampu mengorbankan segala yang kita capai selama ini, sehingga menyebabkan politik negara tidak stabil dan orang takut untuk masuk ke sini," katanya berucap sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Lalang dekat Ayer Hangat di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyertai lebih 500 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Riyadus Solihin, sebelum beramah mesra dengan penduduk setempat. Hadir sama, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sementara itu, Muhyiddin berkata rakyat perlu mengambil iktibar insiden berlaku di beberapa negara Islam seperti Palestin, Afghanistan, Asia Barat dan Afrika akibat perpecahan dan tiada perpaduan.

"Negara terbabit berdepan pelbagai masalah setiap hari seperti pergaduhan, pertumpahan darah, peperangan, serta krisis yang berlarutan sehingga menyebabkan umat Islam di negara terbabit sentiasa menderita," katanya.

Sementara itu, penantian lebih 12 tahun penduduk Kampung Padang Lalang untuk mendapatkan sebuah masjid baru berakhir apabila Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM1.5 juta, tambahan kepada peruntukan terdahulu RM500,000 yang diluluskan kerajaan.


Sumber : Berita Harian 13 Jun 2009

Saturday, June 13, 2009

JOM SOKONG KONSEP 1MALAYSIA

1Malaysia tetap bertunjangkan Perlembagaan

PUTRAJAYA: Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetap bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa konsep itu yang memberi penekanan terhadap mengutamakan kehendak rakyat akan terus memperkasa setiap perkara tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan.

Katanya, jaminan itu diberikan sewaktu beliau dan 20 anggota Perkasa melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di sini, semalam.

"Jadi nampaknya Alhamdulillah keadaan makin jelas, sedikit sebanyak kekeliruan yang ditokok tambah dalam macam-macam polemik, hari ini seperkara kita senang hati dengan penegasan semula Perdana Menteri mengenai konsep 1Malaysia bahawa tetap bertunjang kepada asas Perlembagaan Persekutuan dan ia bukan konsep Malaysian Malaysia," katanya pada sidang media selepas kunjungan hormat itu.

Ibrahim berkata, Perdana Menteri turut menjelaskan dasar liberalisasi dalam ekonomi dan memberitahu kepentingan Malaysia bersaing dalam mengejar kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) kerana ia semakin menguncup kepada 60 peratus dengan keadaan ekonomi sekarang serta mengingatkan sekiranya tidak bersaing secara sihat, negara ini akan ketinggalan.

"Dalam aspek liberalisasi ini, memang ada yang tidak diceburi kaum Bumiputera. Oleh itu timbul banyak kekeliruan berhubung persepsi ketika membuat kenyataan secara umum di mana bila sebut liberalisasi, habislah Bumiputera, sebut 1Malaysia habislah kepentingan Melayu.

"Tidak begitu sebenarnya tapi aspek tertentu seperti kaum Bumiputera diberi perhatian, malah saya cukup teruja bila Perdana Menteri bercakap mengenai Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sekarang ini sebuah institusi melatih orang Melayu, bukan saja mensasarkan 100,000 pelajar tapi mahukan 200,000 pelajar bagi menambah golongan profesional Bumiputera," katanya sambil memuji langkah kerajaan menyuntik dana sebanyak RM550 juta untuk Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Mengenai sama ada beliau sudah membuat pendirian untuk mewakili mana-mana parti politik, Ibrahim berkata, beliau belum membuat sebarang pendirian walaupun mendapat mandat daripada penyokongnya untuk menentukan hala tujunya dalam politik.

Friday, June 12, 2009

Si PAKATAN RAKYAT akan jadi si PAKATAN REBAH...

Pakatan Rakyat 'retak nanti belah'

Oleh Anwar Hussin dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

Krisis keyakinan parti berlainan agenda tenat

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menganggap krisis keyakinan dalam Pakatan Rakyat seperti didedahkan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, menunjukkan pakatan itu 'retak menunggu belah'.

Penganalisis dan pemimpin politik menyatakan gabungan yang diasaskan melalui 'perkahwinan tergesa-gesa' pada pilihan raya umum lalu boleh 'bercerai' bila-bila masa, sebaik ahli pakatan pembangkang itu bosan dengan kerenah pemimpin mereka.............

sumber : Berita Harian


KOMEN SIKIT...

Hahaha...

Rakyat yang matang sebenarnya tak perlu dan tak boleh nak mengharapkan dengan 'si pakatan rakyat' nie...

Kenapa pulak tak boleh nak harap?

Yelah, satunya si pakatan rakyat nie bukannya suatu parti politik sebenarnya... Tak ada pun dalam mana-mana pendaftaran dalam negara ini ada nama parti politik PAKATAN RAKYAT... Bukan kata parti politik saja, malah nak cari nama kedai dobi nama PAKATAN RAKYAT pun tak ada, makna kata tak pernah nama PAKATAN RAKYAT nie di daftarkan...

Jadi, buat apa nak kelopoq gie sokong si pakatan rakyat nie...???

Keduanya, kalau ia dah tak di daftarkan, makna kata mestilah ia nie HARAM... Pertubuhan HARAM lah si PAKATAN RAKYAT nie... Sama lah ia dengan si HINDRAF dan AL MAUNAH... Entah-entah, si PAKATAN RAKYAT nie geng-geng ajaran sesat tak??? Mana kita tau semua tu...

Jadi, sapa yang sokong si PAKATAN RAKYAT nie kira penyokong gerakan haramlah yer...

Sekarang kita tengok, depa dalam si PAKATAN RAKYAT dah mula retak menunggu belah dah... Biasalah tu, ia tubuh dulu pun semata-mata nak undi rakyat, nak kepercayaan rakyat, nak kasihan rakyat dan nak tunjuk hebat depan rakyat ja... Bukan betul-betul niat nak bela nasib rakyat pun...

Tengok sekarang, dah mula nak retak dah... Padahal baru sangat tubuh si PAKATAN RAKYAT nie... Lepas nie tukarlah ke si PAKATAN REBAH... Tak kemana lah idea si Anwar Ibrahim nie... Dulu ada BARISAN ALTERNATIF, tapi habis pilihanraya, habislah barisan tu... Tukar pulak ke si PAKATAN RAKYAT... Tak konsisten betul la puak-puak nie...

Jadi, apa lagi rakyat Malaysia... Buat apa hampa tunggu nak duduk lama-lama dalam si PAKATAN RAKYAT tu??? Hampa percayalah cakap aku nie, si PAKATAN RAKYAT tu akan jadi PAKATAN REBAH tak lama lagi... akan hancur juga dalam masa terdekat nie... Anwar Ibrahim dah tak boleh nak buat apa-apa dah... Sekarang Najib Razak dan Muhyiddin Yassin dah semakin kuat dan selalu seiringan... Jadi, si PAKATAN RAKYAT nie dah mula retak dah...

Aku nak cakap salam perpecahan kepada si PAKATAN RAKYAT lah...

Tuesday, June 9, 2009

Makna Bulan Kelahiran Anda


JANUARI


bercita-cita tinggi dan orangnya serius.suka mendidik dan dididik .
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik .
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan .
suka smart, kemas dan teratur .
bersifat sensitif , berfikiran mendalam .pandai mengambil hati org lain .
pendiam kecuali telah dirangsang .
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi .mudah mendisiplinkan diri sendiri .
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema .bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya cukup sayang pd kanak-kanak suka duduk rumah .
setia pada segala-galanya .perlu belajar kemahiran sosial .cukup cemburu yg sangat tinggi .

.
FEBRUARI


berfikiran abstrak .
sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius .
berpesonality yg mudah berubah .mudah menawan org lain.
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri .jujur dan setia pd segalanya .
keras hati untuk mencapai matlamat .tidak suka dikongkong .
mudah memberontak apabila dikongkong .suka kegiatan yg lasak .
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif mudah mempamirkan marahnya .
tidak suka benda yg remeh-temeh .
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya .sangat berani dan suka memberontak .
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya .
pemerhatian yg tajam .suka hiburan dan sukan .suka benda yg bersifat seni .
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran .
berkecenderungan pd benda yg tahyul .amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros .
belajar untuk mempamirkan emosi .

MAC


berpesonaliti yg menarik dan menawan .
mudah didampingi .sgt pemalu dan pemendam rasa .
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati .
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran .suka pada kedamaian .
sgt peka kepada orang lain .sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain .
tidak cepat marah dan sangat amanah .tahu balas budi dan tahu kenang budi .
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam .kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal.
suka berangan-angan .suka melancong .
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi .kelam kabut dalam memilih pasangan .
suka dgn hiasan rumahtangga .punya bakat seni dalalm bidang muzik .
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.

APRIL


sgt aktif dan dinamik .
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal ..sgt menarik dan pandai manjakan diri .
punya daya mental yg sangat kuat .suka diberi perhatian .
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai .menyelesaikan salah org.
sgt berani dan tiada perasaan takut .
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah .
emosi cepat terusik .try control the emotion .kecenderungan bersifat dendam .
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan .kuat daya ingatan .
gerak hati yg sangat kuat .pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain .
berpenyakit disekitar kepala dan dada ..sgt cemburu dan terlalu cemburu .

MEI


kekerasan hati & degil .kuat semangat & bermotivasi tinggi .pemikiran yg tajam .
mudah marah apabila tidak dikawal pandai menarik hati org lain & menarik perhatian .
perasaan yg amat mendalam .cantik dr segi mental & fizikal .tidak perlu dimotivasikan .
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain.
mudah dipujuk .bersikap sistematik (otak kiri) .suka berangan ..
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu .
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit .
daya khayalan yg tinggi .permikiran yg tajam .pandai berdebat .
fizikal yg baik .kelemahan sistem pernafasan .suka sastera,seni & muzik serta melancong .
tidak berapa suka duduk dirumah .tidak boleh duduk diam .
tidak punya ramai anak .rajin dan bersemangat tinggi agak boros .

JUN


berfikiran jauh & berwawasan .mudah ditawan krn sikap baik .berperangai yg lemah lembut .
mudah berubah sikap, perangai idea @mood .idea yg terlalu banyak dikepala .bersikap sensitif .
otaknya aktif (sentiasa berfikir) .sukar melakukan sesuatu dgn segera .
bersikap suka menangguh-nangguh .bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik .
cepat marah &cepat sejuk .suka bercakap & berdebat .suka buat lawak & bergurau .
otaknya cerdas berangan-angan. mudah berkawan & pandai berkawan .org yg sangat tertib .
pandai mempamerkan sikap.mudah kecil hati .
mudah kena selsema .suka berkemas .cepat rasa bosan .sikap terlalu memilih & cerewet .kurang mempamerkan perasaan .lambat nak sembuh apabila terluka hati .
suka kepada barang yang berjenama .mudah menjadi eksekutif .kedegilan yg tidak terkawal .sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI


Sangat seronok didamping ..
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang.
Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudahdipujuk dan bercakap lurus .Sangat menjaga hati orang lain .Sangat peramah .
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental .
jarang berdendam. mudah memaafkan tapi sukar melupakan .
tidak suka benda remeh-temeh. membimbing cara fizikal dan mental .
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang .layanan yg serupa dgn semua orang .
tinggi daya simpati .pemerhatian yg tajam .suka menilai org lain dgn pemerhatian .mudah dan rajin belajar ..suka muhasabah diri .
suka megenangkan peristiwa atau kawan lama .suka mendiamkan diri .
suka duduk dirumah .suka tunggu kawan tapi tak cari kawan .
tak agresif kecuali terpaksa .lemah dari segi kesihatan perut .
mudah gemuk kawal tak kawal diet .minta disayangi .
mudah terluka hati tapi lambat pulih .terlalu mengambil berat .rajin dalam membuat kerja .

OGOS


suka berlawak .mudah tertawan kepadanya ..
sopan santun dan caring terhadap org lain.. berani dan tidak tahu takut .orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan .pandai pujuk org lain .terlalu pemurah & bersikap ego .
nilai harga diri yg sangat tinggi .dahagakan pujian .
semangat juang yg luar biasa .
cepat marah & mudah mengamuk mudah marah apabila cakapnya dilawan …
sangat cemburu .daya pemerhatian yg tajam & teliti .
cepat berfikir .fikiran yg berdikari .suka memimpin & dipimpin .sifat suka berangan .
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat .sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk .
cepat apabila ditimpa penyakit .belajar utk relax .sikap kelam kabut .
romantik ,pengasih,penyayang .suka mencari kawan .

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur .sangat cermat, teliti & teratur .
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik ..pendiam tapi pandai bercakap .
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati .sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur .
kerja yg dilakukan sangat sempurna .sangat sensitif yg tidak diketahui .
org yg banyak berfikir .daya pentaakulan yg baik .otak bijak & mudah belajar .
suka mencari maklumat .kawal diri dari terlalu mengkritik .
pandai mendorong diri sendiri .
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia .
suka sukan, hiburan & melancong .kurang menunjukan perasaannya .
terluka hatinya sangat lama disimpan .terlalu memilih pasangan .
sukakan benda yg luas bersistematik .

OKTOBER

suka sembang .suka org yg sayang padanya .suka ambil jln tengah .
sangat menawan & sopan santun .kecantikan luar & dalam .
tidak pandai berbohong & berpura-pura .mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan .
sentiasa berkawan .hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama .
cepat marah .macam pentingkan diri sendiri tidak menolong org kecuali diminta .suka melihat dari perspektifnya sendiri .tidak suka terima pandangan org lain .
emosi yg mudah terusik .suka berangan & pandai bercakap .
emosi yg kelam kabut .daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) .
suka melancong, bidang sastera & seni .pengasih, penyayang & lemah lembut .romantik dlm percintaan .mudah terusik hati & cemburu .ambil berat tentang org lain .suka kegiatan luar .
org yg adil .boros & mudah dipengaruhi persekitaran .
mudah patah semangat .

NOVEMBER


banyak idea dalam perkara .
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya berfikiran kehadapan .berfikiran unik dan bijak .
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa .pemikiran yg tajam .
daya firasat yg sgt halus dan tinggi .bagus utk jadi doktor .
cermat dan teliti .personality dinamik .
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia .banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra .
berani, pemurah setia dan byk kesabaran .terlalu degil dan keras hati .
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya .taksuka marah kecuali digugat .
mudah ambil berat terhadap orang lain .pandai muhasabah diri .
cara berfikir lain dari org lain .otak yg sangat tajam .pandai mendorong diri sendiri .tidak hargai pujian .
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan .apabila hendak sesuatu .
cuba sampai berjaya .badan yg tough .
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam .romantik .tidak pasti dgn hubungan kasih sayang .
suka duduk dirumah .sangat rajin dan berkemampuan tinggi .
amanah, jujur setia dan pandai berahsia .tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi .
bercita-cita tinggi .perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah ..

DISEMBER


Sangat setia dan pemurah .Bersifat patriotik .
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan .Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa .
Bercita-cita tinggi .Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi .Seronok didampingi .Suka bercampur dgn org .Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur .Tidak pandai berpura-pura .Cepat marah .
Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.
Benci pada kongkongan. Suka berlawak .Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logic.

Saturday, June 6, 2009

Sajak Mat Sabu Pasai I.S.A.



I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!v Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!


(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16Mei 2009

* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).


Sumber : KedahLanie..!!

Tuesday, June 2, 2009

SIRI KHAS : Amalan bersedekah lebih afdal utamakan keluarga

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Wajib penuhi keperluan mereka di bawah tanggungan sebelum menolong orang lain

TANGAN di atas lebih baik daripada tangan yang menerima ialah galakan supaya kita menjadi orang suka memberi, bukan yang meminta kerana kedudukan bersedekah lebih baik terutama jika mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Amalan sedekah yang dianjurkan Islam bertujuan melengkapkan kitaran hidup antara yang kaya dengan miskin kerana sebagai pihak mempunyai kelebihan, mereka bertanggungjawab membantu saudara yang memerlukan.

Mereka yang gemar bersedekah dijanjikan Allah ganjaran pahala yang besar. Firman-Nya yang bermaksud: "Siapakah yang mahu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipatgandakan (balasannya) dan untuknya pahala yang mulia." (Surah al-Haddid, ayat 11)

Saranan supaya dimulakan sedekah kepada mereka yang menjadi tanggunganmu menjelaskan keutamaan bersedekah iaitu dengan mendahulukan keluarga di bawah tanggungan yang memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Dinar (wang) yang engkau infakkan (belanjakan) di jalan Allah, dinar yang engkau infakkan untuk membebaskan hamba abdi, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, pahala yang paling besar adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." (Hadis riwayat Muslim)

Niat bersedekah juga perlu melihat kepada pihak yang ingin diberi sumbangan kerana ada sesetengah pihak bersedekah kepada orang lain, tetapi ahli keluarga tidak diberi perhatian sedangkan mereka juga mengharapkan sumbangan.

Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang ingin dibantu. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim." (Hadis riwayat Ahmad)

Jika seseorang bersedekah sedang dia tidak memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya, maka dia dianggap berdosa kerana mengutamakan amalan sunat bersedekah berbanding amalan diwajibkan baginya iaitu memenuhi segala keperluan keluarganya.

Sabda Nabi SAW: "Cukup seseorang dinilai berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya." (Hadis riwayat Muslim)

Jangan pula kerana terlalu ghairah untuk bersedekah, konon ingin mendapat keredaan serta ganjaran pahala, kita lupa tanggungjawab menyelesaikan urusan termasuk melunaskan hutang.

Menjelaskan permintaan hamba kepada Allah supaya dicukupkan keperluan dan dijauhkan daripada amalan meminta-minta, supaya umat Islam menjaga kehormatan diri serta berusaha mencari rezeki dengan kudrat yang ada.

Sebaiknya, orang miskin tidak menampakkan kekurangan dalam hidupnya dan sentiasa bersabar serta reda dengan ketentuan Ilahi. Perbanyakkan doa kepada Allah supaya terpelihara diri dan keluarganya daripada sikap suka meminta. Menerusi sikap sedemikian, Allah akan memberinya kelapangan dalam hidup (meskipun tidak mewah) dan menetapkan sifat qana'ah (cukup) dalam jiwanya. Sebaliknya bagi mereka yang tidak memohon kepada Allah, tidak akan mendapat pertolongan-Nya.

Jika seseorang jauh daripada pertolongan serta perlindungan Allah, jiwanya lebih cenderung untuk melakukan perkara diharamkan.

Selagi seseorang itu mampu untuk bekerja dia perlu berusaha bersungguh-sungguh memenuhi keperluan hidup bagi diri dan keluarga daripada hasil titik peluhnya dan jangan mengambil jalan mudah dengan menjadi peminta sedekah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini ialah dalil diharamkan seseorang itu menjadi peminta sedekah selagi dia masih mampu bekerja. Mereka yang suka meminta sedangkan mampu bekerja tetapi malas ialah golongan yang dicela.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Seseorang lelaki yang sentiasa meminta daripada orang lain, pada hari kiamat yang akan datang, pada wajahnya tidak ada sedikit daging pun." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Justeru, berusaha untuk mengelakkan diri daripada sikap suka meminta, apatah lagi bagi mereka yang sudah dicukupkan Allah rezeki, tetapi masih suka mendapat barangan yang diberi orang lain semata-mata untuk menambah apa yang ia ada.

Lebih baik pihak yang dikurniakan Allah rezeki, bersedekah kepada mereka yang memerlukan terutama barangan yang ia sayang, tetapi barang itu mendatangkan manfaat lebih kepada orang lain.

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)