Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Monday, August 31, 2009

Utusan - Terima kasih atuk dan nenekku : Sarfa

Keratan UTUSAN MALAYSIA keluaran 31 Ogos 2009



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm


Terima kasih atuk dan nenekku

31 Ogos 1957, suatu tarikh di mana menitisnya air mata, terungkapnya senyum kepuasan dan melahirkan rasa kepuasan kepada para penduduk Malaya ketika itu. Setelah sekian lama dijajah, tarikh inilah Malaya dibebaskan dari segalanya. Setelah sekian lama bermandi darah, tarikh inilah menyucikan mereka daripada warna merah darah. Setelah sekian lama penuh hiba dan takut, tarikh inilah memberi kepuasan kegembiraan kepada mereka semua.

Tarikh kemerdekaan Malaya merupakan suatu tarikh wajib yang harus diingati oleh setiap yang bergelar warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Tarikh ini merupakan suatu tarikh nostalgia dan kenangan sepanjang zaman yang seharusnya warganegara perlu sentiasa tidak alpa dan sentiasa menghayati setiap perjuangan yang telah dibuat oleh perjuang-perjuang negara untuk memastikan pada tarikh 31 Ogos 1957 itu, laungan MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! berkumandang di ruang maya Malaya ketika itu.

Bapa Kemerdekaan negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, seorang kaum kerabat Kesultanan Negeri Kedah telah dengan lantang dan bersemangat melaungkan kalimah MERDEKA di Stadium Merdeka pada tarikh tersebut. Ini secara tidak langsung telah memperlihatkan bahawa kemerdekaan negara kita penuh dengan kedaulatan dan kemuliaan, ditambah dengan jasa dan pengorbanan para perjuang kemerdekaan yang mengorbankan apa sahaja demi untuk memerdekakan negara.

Negara Malaysia kian hari kian bertambah maju dan berjaya. Setelah Almarhum Tunku tidak lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku telah tidak teragak-agak untuk memberi jawatan tersebut kepada Tun Abdul Razak Hussein bagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Kedua. Tun Razak telah menerima jawatan berat itu dengan penuh semangat kebangsaan kerana beliau tahu bukan mudah untuk negara ini mencapai 31 Ogos 1957 tersebut. Tun Razak telah memacu negara dengan menekankan atau mengutamakan rakyat jelata agar kemerdekaan negara akan terus terbela.

Setelah kematian mengejut Tun Razak di luar negara, kemerdekaan negara telah dibela dan dipelihara oleh Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia Ketiga. Tun Hussein tahu bahawa hanya dengan perpaduan rakyatlah kemerdekaan sesebuah negara itu akan dapat kukuh dan terpelihara sampai bila-bila. Oleh yang demikian, Tun Hussein telah memacu Malaysia dengan menekankan konsep perpaduan antara kaum di Malaysia agar kemerdekaan negara yang dicapai dengan penuh kemegahan pada 31 Ogos 1957 tidak akan diperbodohkan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat menggantikan Tun Hussein. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan Malaysia yang cukup dikagumi kawan dan lawan dari dalam dan luar negara kerana pemikiran dan strategi beliau dalam memacu negara tercinta. Tun Dr. Mahathir sedar bahawa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bukan suatu perkara yang mudah untuk dikecapi, oleh itu Tun Dr. Mahathir telah menggagaskan Wawasan 2020 sebagai hala tuju Malaysia demi memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara. Selama 23 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah 'membina' Malaysia mengikut acuan sendiri dan telah 'membina' benteng-benteng kemerdekaan negara dari diceroboh oleh bangsa asing yang sudah semestinya kurang senang dengan kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia sehingga kini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang banyak menumpukan kepada keterbukaan dan integriti di Malaysia. Tun Abdullah sedar bahawa dengan adanya keterbukaan yang baik di negara ini, sesebuah kemerdekaan negara itu boleh dikuatkan melalui rakyatnya yang diberi beberapa 'kuasa' dalam sistem demokrasi dan keterbukaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia Keenam yang mula mengambil tampuk pemerintahan negara pada April 2009 lalu. Datuk Seri Najib merupakan seorang yang genius dan berpandangan jauh. Beliau mengakui bahawa kemerdekaan negara suatu yang mudah untuk dikecapi tetapi amat sukar untuk dikekalkan. Oleh itu, Datuk Seri Najib telah menggagaskan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai suatu konsep negara ke arah memelihara kemerdekaan negara melalui tiga petunjuk utama iaitu perpaduan rakyat, kepentingan kepada rakyat dan kualiti kerja yang cemerlang.

Datuk Seri Najib berani membuat transformasi kepada barisan kepimpinan negara dengan 'merakyatkan Yang Berhormat' atau memastikan setiap wakil rakyat atau menteri tidak lagi dilayan atau dilihat sebagai 'Raja Rakyat' tetapi perlu dilihat sebagai 'Rakan Rakyat' melalui pendekatan konsep 1Malaysia ini.

Diharapkan Malaysia tercinta ini akan terus terpelihara kemerdekaannya sehingga bila-bila kerana setiap daripada rakyat Malaysia ini tidak mahu lagi dijajah buat kali kedua. Apa yang rakyat mahukan ialah gerakan untuk mengekalkan kemerdekaan negara yang telah 52 tahun kita sama-sama mengecapinya kini. Dengan berkat Ramadan Al-Mubarak ini juga, rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama seharusnya bersama-sama berdoa kepada Tuhan untuk memelihara kemerdekaan negara kita dan bersama-sama bersatu hati, bersama sejiwa sebangsa untuk mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia bagi 52 tahun akan datang iaitu ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-104 suatu ketika nanti disambut dengan penuh keseronokan, kesyukuran dan ungkapan TERIMA KASIH ATUK DAN NENEKKU yang memelihara kemerdekaan Malaysia ini. Berilah hadiah kemerdekaan negara kita kepada cucu-cicit kita dengan selesa dan warna warni.

'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

sarfarizmal md saad

Universiti Kebangsaan Malaysia


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA 31 Ogos 2009

Sunday, August 30, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA KE-52 : SARFA

31 Ogos 1957, suatu tarikh dimana menitisnya air mata, terungkapnya senyum kepuasan dan melahirkan rasa kepuasan kepada para penduduk Malaya ketika itu. Setelah sekian lama dijajah, tarikh inilah melepaskan Malaya dari segalanya. Setelah sekian lama bermandi darah, tarikh inilah menyucikan mereka dari warna merah darah. Setelah sekian lama penuh hiba dan takut, tarikh inilah memberi kepuasan kegembiraan kepada mereka semua.

Tarikh kemerdekaan Malaya merupakan suatu tarikh wajib yang harus diingati oleh setiap yang bergelar warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Tarikh ini merupakan suatu tarikh nostalgia dan kenangan sepanjang zaman yang seharusnya warganegara perlu sentiasa tidak alpa dan sentiasa menghayati setiap perjuangan yang telah dibuat oleh perjuang-perjuang negara untuk memastikan pada tarikh 31 Ogos 1957 itu, laungan MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! berkumandang di ruang maya Malaya ketika itu.

Bapa Kemerdekaan negara, YTM Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, seorang kaum kerabat Kesultanan Negeri Kedah telah dengan lantang dan bersemangatnya melaungkan kalimah MERDEKA di Stadium Merdeka, KL pada tarikh tersebut. Ini secara tidak langsung telah memperlihatkan bahawa kemerdekaan negara kita penuh dengan kedaulatan dan kemuliaan, ditambah dengan jasa dan pengorbanan para perjuang kemerdekaan yang mengorbankan apa sahaja demi untuk memerdekakan negara.

Negara Malaysia kian hari kian bertambah maju dan berjaya. Setelah YTM Almarhum Tuanku tidak lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tuanku telah tidak teragak-agak untuk memberi jawatan tersebut kepada YAB Dato' Abdul Razak Hussein bagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Kedua. Dato' Razak (Tun) telah menerima jawatan berat itu dengan penuh semangat kebangsaan kerana beliau tahu bukan mudah untuk negara ini mencapai 31 Ogos 1957 tersebut. Tun Razak telah memacu negara dengan menekankan atau mengutamakan rakyat jelata agar kemerdekaan negara akan terus terbela.

Setelah kematian mengejut Tun Abdul Razak di luar negara, kemerdekaan negara telah dibela dan diperlihara oleh YAB Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia Ketiga. Tun Hussein tahu bahawa hanya dengan perpaduan rakyatlah kemerdekaan sesebuah negara itu akan dapat kukuh dan terpelihara sampai bila-bila. Oleh yang demikian, Tun Hussein telah memacu Malaysia dengan menekankan konsep perpaduan antara kaum di Malaysia agar kemerdekaan negara yang dicapai dengan penuh kemegahan pada 31 Ogos 1957 tidak akan diperbodohkan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab. Tun Hussein telah menaikkan semangat penghayatan kemerdekaan agar Malaysia negara merdeka dengan penuh kedaulatan ini tidak akan dimusnahkan atau dipermainkan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat menggantikan Tun Hussein yang tidak mampu lagi bergelar pemimpin negara ketika itu. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan Malaysia yang cukup dikagumi kawan dan lawan dari dalam dan luar negara kerana pemikiran dan strategi beliau dalam memacu negara tercinta. Tun Dr. Mahathir sedar bahawa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bukan suatu perkara yang mudah untuk dikecapi, oleh itu Tun Dr. Mahathir telah mengagaskan Wawasan 2020 sebagai hala tuju Malaysia demi memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara. Selama 23 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah 'membina' Malaysia mengikut acuan sendiri dan telah 'membina' benteng-benteng kemerdekaan negara dari diceroboh oleh bangsa asing yang sudah semestinya kurang senang dengan kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia sehingga kini. Tun Dr. Mahathir telah berundur dari bergelar Perdana Menteri Malaysia demi meneruskan kesinambungan kemerdekaan negara terpelihara.

Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang banyak menumpukan kepada keterbukaan dan integriti di Malaysia. Tun Haji Abdullah sedar bahawa dengan adanya keterbukaan dan keintegritian yang baik di negara ini, sesebuah kemerdekaan negara itu akan boleh dikuatkan melalui para rakyatnya yang diberi beberapa 'kuasa' dalam sistem demokrasi dan keterbukaan. Tun Haji Abdullah ingin melihat bahawa setiap rakyat Malaysia ini dihargai, pendapat mereka didengari, hak mereka dijagai dan kedudukan mereka diiktiraf oleh negara barulah kemerdekaan sesebuah negara itu akan utuh melalui rakyatnya yang memiliki 'kuasa' terhadap negaranya sendiri. Tun Haji Abdullah melihat kemerdekaan negara ini adalah sesuatu yang wajib diperlihara oleh setiap daripada rakyat jelata.

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia Keenam yang mula mengambil tampuk pemerintahan negara pada April 2009 lalu. Dato' Najib merupakan seorang yang genius dan berpandangan jauh. Beliau mengakui bahawa kemerdekaan negara suatu yang mudah untuk dikecapi tetapi amat sukar untuk dikekalkan. Oleh itu, Dato' Najib telah menggagaskan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebagai suatu konsep negara kearah memelihara kemerdekaan negara melalui 3 indikator utama iaitu perpaduan rakyat, kepentingan kepada rakyat dan kualiti kerja yang cemerlang. Dato' Najib melihat bahawa 3 indikator ini mampu untuk memelihara kemerdekaan negara ini dari diperdajalkan oleh pihak-pihak asing yang tidak bertanggungjawab. Dato' Najib berani dalam membuat transformasi kepada barisan kepimpinan negara dengan 'merakyatkan Yang Berhormat' atau memastikan setiap wakil rakyat atau menteri tidak lagi dilayan atau dilihat sebagai 'Raja Rakyat' tetapi perlu dilihat sebagai 'Rakan Rakyat' melalui pendekatan konsep 1Malaysia ini.

Diharapkan Malaysia tercinta ini akan terus terpelihara kemerdekaannya sehingga bila-bila kerana setiap daripada rakyat Malaysia ini tidak mahu lagi dijajah buat kali kedua, dan tidak mahu lagi ada gerakan untuk mencari kemerdekaan negara buat kali kedua. Apa yang rakyat mahukan ialah gerakan untuk mengekalkan kemerdekaan negara yang telah 52 tahun kita sama-sama mengecapinya kini. Dengan berkat Ramadan Al-Mubarak ini juga, rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama seharusnya bersama-sama berdoa kepada Tuhan untuk memelihara kemerdekaan negara kita dan bersama-sama bersatu hati, bersama sejiwa sebangsa untuk mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia bagi 52 tahun akan datang iaitu ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-104 suatu ketika nanti disambut dengan penuh keseronokan, kesyukuran dan ungkapan TERIMA KASIH ATUK DAN NENEKKU yang memelihara kemerdekaan Malaysia ini. Berilah hadiah kemerdekaan negara kita kepada cucu cicit kita dengan selesa dan warna warni.


'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'


Ikhlas,


Sarfarizmal Md Saad
Universiti Kebangsaan Malaysia

Saturday, August 29, 2009

Sediakan sanitizer, penutup mulut dan hidung kepada penumpang: Liow

KUALA LUMPUR: Menjelang perayaan Aidilfitri bulan depan, Kementerian Kesihatan meminta pengusaha pengangkutan awam termasuk bas ekspres supaya menyediakan ‘sanitizer’ pada kenderaan masing-masing selain mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada penumpang sebagai langkah mencegah penularan wabak Influenza A (H1N1).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata setiap kali menjelangnya musim perayaan, kawasan perhentian bas dan kereta api menjadi tumpuan mereka yang hendak pulang ke kampung halaman masing-masing menggunakan pengangkutan awam.

Oleh itu, langkah menyediakan sanitizer dan penutup hidung dan mulut dapat meyakinkan pengguna mengenai langkah berjaga-jaga yang diambil pengusaha pengangkutan awam berkenaan.


"Kita minta mereka (pengusaha) menyediakan sanitizer dan langkah ini menunjukkan kepada penumpang mereka bahawa mereka (pengusaha) mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai pencegahan penyakit ini," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran kempen Bersama Hentikan H1N1 anjuran MCA di sini, hari ini.

Mengulas kebimbangan orang ramai mengenai “gelombang kedua” penularan wabak Influenza A (H1N1) akhir tahun ini yang dikatakan akan meragut lebih banyak nyawa, Liow memberi jaminan bekalan ubat antiviral untuk rawatan penyakit itu adalah mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di semua hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta.

"Kita sudah adakan perbincangan dengan pengeluar ubat antiviral dan kita pastikan bekalan ubat itu mencukupi," katanya.

Terdapat tiga syarikat yang membekalkan antiviral Tamilflu bagi menampung keperluan pasaran tempatan iaitu Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), Royce Pharma Manufacturing Sdn Bhd dan Ranbaxy (M) Sdn Bhd. - Bernama

Friday, August 28, 2009

Acara sambutan cuma 40 minit - Dr. Rais Mohd Yatim


KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang akan diadakan di Dataran Parlimen Isnin ini dijangka berlangsung selama 40 minit dengan jumlah pesertanya terhad kepada kira-kira 8,600 orang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sambutan sederhana tahun ini mengambil kira keadaan wabak influenza A (H1N1) dan bagi menghormati bulan Ramadan.

"Walaupun sambutannya sederhana tapi impaknya tidak kurang," katanya dalam satu sidang media khas mengenai sambutan itu di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini semalam.

Beliau berkata, kira-kira 1,600 orang termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, anggota jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ketua pembangkang dan anggota Parlimen serta duta dan perwakilan asing akan berada di pekarangan Parlimen.

Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen.


SUMBER : KOSMO

Sunday, August 23, 2009

Jom seluruh Kedah keluar dari PKR...

Permatang Pasir: 200 Ahli PKR Dan Exco Pelancongan Kedah Keluar Dari PKR

ADUN Lunas, Mohd Radhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya." Malaysiakini.

Sudah terbukti Pakatan Rakyat Khususnya Parti Keadilan Rakyat bukan memperjuangkan kehendak rakyat sebaliknya kehendak pemimpin yang mereka agung
-agungkan, Anwar Ibrahim yang selama ini melaung-laungkan keadilan buat rakyat tetapi yang sebenarnya tindak beliau bermotifkan membalas dendam.

Parti Keadilan Rakyat tidak bertindak dan berfungsi mempertahankan hak rakyat Malaysia khususnya Melayu tetapi hanya mempergunakan rakyat sebagai alat untuk melaksanakan demonstrasi dan reformasi yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Di sini kita boleh menilai Parti Keadilan Rakyat sebenarnya untuk apa, wujudnya Parti Keadilan Rakyat untuk apa? Balas dendam?

Penyokong PKR sedarlah bahawa pemimpin anda hanya mempergunakan anda untuk kepentingan beliau sendiri. Apabila melayu dicaci maki oleh DAP, ada PKR nak bersuara menentang DAP? PKR diam seribu bahasa, kononnya nak jaga hati DAP. Apabila sesebuah parti islam iaitu PAS ingin melaksanakan hudud, DAP sudah bagi amaran langkah mayat mereka dulu kalau ingin laksanakan hudud. PKR ada bertindak? Tiada langsung, PKR juga tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud.

Jadi, di mana fungsinya PKR ini dalam agenda ingin membantu rakyat mencapai keadilan? Saya tidak nampak apa-apa sumbangan PKR kepada rakyat pun? Apakah hanya saya seorang saja yang tidak nampak atau kalian juga tidak nampak? Checklist:

1. Air Percuma Di Selangor - Sama je rating dengan negeri lain. Janji Khalid tidak kesampaian.

2. Pas ditindas di Selangor, Ronnie dah jadi mufti, katanya orang islam boleh minum arak. Khalid tak perihatin dengan sensitiviti orang Islam.

3. Gambar bogel Elizabeth Wong dijaja sana sini tidak pula di ambil tindakan tegas. Maknanya Pakatan Rakyat Selangor bebas menjalankan aktiviti maksiat secara terbuka kerana selepas ini tidak perlu risau akan kehilangan jawatan dalam negeri.

ADUN Lunas dan 200 ex ahli PKR, adalah tindakan yang betul memilih untuk keluar dari Parti Kelentong Rakyat. Tahniah! Rakyat Permatang Pasir! Undilah Calon Barisan Nasional bagi membela nasib rakyat Permatang Pasir! Sudah terbukti Pakatan Rakyat bukan kerajaan yang Bersepakat Membawa Berkat tetapi Bersepakat Untuk Menyekat hak rakyat! Pakatan Rakyat hanyalah perosak tidak ubah seperti serangga perosak yang harus kita semburkan dengan racun perosak! Shieldtox ada, Fumakilla ada... cari kat kedai yeeeerrrr!.... Selamat berjuang!

Sumber : unitmediasiber.blogspot.com

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN

Bissmillah hirrahmanirrahim...

"Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu."

22 Ogos 2009 merupakan antara tarikh yang terpenting bagi ummah Islam pada tahun ini kerana bermulanya sekali lagi kemunculan penghulu segala bulan dalam Islam iaitu Bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa bagi ummah Islam kerana pada bulan inilah, seluruh ummah Islam diwajibkan berpuasa disiang hari selama sebulan.


"Apabila engkau melihat hilsal (Awal bulan Ramadhan), maka hendaklah engkau mulai berpuasa. Apabila engkau mulai melihat hilal (Awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti berpuasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan meningkatkan amalan kebaikan kita bersama-sama bermula di Bulan Ramadhan ini. Renungkanlah bahawa mungkin Ramadhan kali ini adalah yang kali terakhir buat kita selama kita berada di bumi ini. Mungkin selepas ini, kita tidak akan berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang dijanjikan Allah SWT dengan pelbagai keberkatan dan kemuliaan dari awal hingga akhir bulan.

Marilah kita bersama-sama menggunakan madrasah Ramadhan ini untuk mencorak kembali jati diri dan sikap kita sebagai seorang hamba Allah SWT kearah yang lebih baik dan diredhoi. Sudah tiba masanya untuk kita membuang dan menghilangkan apa jua sikap dan amalan kita yang tidak baik dan bertentangan dengan Islam bermula di bulan ini. Malah, marilah kita cuba amal dan pupuk semangat keIslaman dalam diri setiap ummahnya.

Dalam masa sama, janganlah kita alpa dan meminggirkan rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan dan yang berada dalam kesusahan hidup. Bantulah mereka yang memerlukan selagi diri kita ini mampu untuk memberi bantuan seadanya. Lipatgandakanlah amalan kita seperti solat sunat, sedekah, memberi makan dan sebagainya agar diri kita ini akan sentiasa disayangi oleh Allah dan para malaikatnya.



"Makan sahurlah kalian kerana pada makan sahur itu terdapat keberkatan." Hadis riwayat Anas r.a.


Janganlah melepaskan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini begitu sahaja kecuali mengisinya dengan kesibukan membuat amalan kebaikan dan berusaha meningalkan setiap amalan keburukan. InsyaAllah, jika sebulan kita mengamalkannya maka saya percaya bahawa kita mampu dididik oleh Madrasah Ramadhan ini untuk menjadi insan yang terbaik disisi Allah SWT kelak. Namun, dalam apa jua amalan dan pekerjaan yang dilakukan haruslah mempunyai keikhlasan yang menebal dan bukan hanya memikirkan kepopularitian atau kepentingan kendiri semata-mata.

sekian.


"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"



Ikhlas,


SARFAMS BLOGGERS
Bangi, Selangor Darul Ehsan

sarfa_pmukm@yahoo.com

Thursday, August 20, 2009

SANTAI : Dialog dari Marikh

Ajaran Angkasawan & Pemahaman Makhluk Asing

Ini kisah angkasawan yang sedang dalam misinya ke planet Marikh (Mars).
Setelah mendarat dia bertemu dengan wanita Mars yang cantik jelita sedang mengacau periuk.

Angkasawan : "Kamu sedang buat apa?"

Wanita Mars : "Membuat bayi"

Angkasawan : "Oh kalau di bumi cara membuat bayi bukan begitu"

Wanita Mars : "Lalu, caranya bagaimana?"

Angkasawan : "Susah menjelaskannya, tapi sangat mudah mempraktikkannya"

Wanita Mars itu setuju mempraktikkannya.

Setelah si angkasawan selesai melakukannya, wanita Mars itu bertanya,

Wanita Mars : "Aik, mana bayinya?"

Angkasawan : "Bayi itu akan jadi 9 bulan lagi"

Wanita : "Lalu kenapa kamu berhenti mengacau?"

Monday, August 17, 2009

CALON PERMATANG PASIR... DUA-DUA BOLEH MENANG, TAPI...


PILIHANRAYA KECIL DUN N.11 PERMATANG PASIR, PERMATANG PAUH PULAU PINANG


Calon manakan akan menjadi pilihan majoriti penduduk Permatang Pasir ini dalam PRK N.11?

Saya beranggapan bahawa calon PAS, Saudara Salleh Man akan berjaya memenangi PRK kali ini memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan kubu kuat PAS dan masih mempunyai sengatan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Namun, apa yang saya ingin pesankan kepada PAS ialah, bukan mudah untuk menjadikan Salleh Man sebagai YB disana kerana BN melalui calonnya iaitu Rohaizat Othman sudah tentu akan memberi saingan yang cukup sengit.

Rekod BN dalam beberapa bulan ini yang dilihat cemerlang dan sedang melonjak naik antara penyebab utama calon BN tersebut akan memberi semaksimum saingat terhadap Salleh Man.

PAS mampu menang jika mereka melakukan gerak kerja yang sebaik mungkin, tetapi BN juga mampu menang jika gerak kerja dan strategi dilipatgandakan antara Pemuda, Wanita, Puteri, Komponen, Pusat, Negeri dan Bahagian BN itu sendiri.

Oleh itu, PAS jangan terlalu berasa selesa untuk menang, dan BN jangan terlalu 'over' untuk mencari kemenangan di Permatang Pasir.

Semoga berjaya semua!!!

Monday, August 10, 2009

Syiar Islam

Al-Quran terjemahan Inggeris oleh bekas mufti

TEMA warna kulit luar al-Quran Terjemahan Bahasa Inggeris ini begitu melambangkan kelembutan dan kesederhanaan. Ini kerana pemilihan warna merah samar atau merah jambu yang begitu mendominasikan corak atau hiasan illuminasinya.

Namun keunikan dan keindahan 'ukiran' bunga-bungaan dan kaligrafi khat yang menjadi motif iluminasi atau zukhruf kulit luarnya itu, jelas sukar untuk diungkap melalui kata-kata kecuali begitu artistik dan 'mewah indah'.

Pun begitu, di sebalik tema warna kulit itu, kitab ini sebenarnya mempunyai daya tarikan yang sangat kuat dan ia bakal membuang satu pandangan yang mengatakan naskhah ini hanyalah satu terjemahan yang biasa sahaja. Sedangkan jika anda tahu, betapa ia mempunyai makna yang sangat besar kerana ia satu lambang kejayaan negara!

Sebuah lagi sumbangan besar Yayasan Restu apabila mereka berjaya membina al-Quran terjemahan ini bermula pada tahun 2001 dan apabila siap tahun lalu, ia merupakan al-Quran Terjemahan Bahasa Inggeris yang terbaik pernah ditemui.

Dari serata dunia sebelum ini, kita mungkin telah sering menemui pelbagai al-Quran terjemahan sebegini, malah yang popular termasuklah yang diterjemahkan oleh Abdullah Yusuf Ali.

Namun, yang diusahakan secara gigih oleh Yayasan Restu ini adalah yang pertama, hasil terjemahan daripada kalangan anak tempatan Malaysia. Walaupun pertama di peringkat tempatan namun ia bersifat yang sangat merentasi semua sempadan geografi dunia.

Tokoh yang cukup berjasa besar menterjemahkan al-Quran ke bahasa Inggeris ini ialah bekas Mufti Pulau Pinang, Ghulam Sarwar al-hafiz (1873-1954). Individu yang lahirnya daripada lipatan sejarah lama namun 'kembali' untuk menaburkan jasa!

Ringkas mengenai beliau, Ghulam Sarwar adalah tokoh Islam yang terbilang. Beliau bukan sahaja pernah bertugas sebagai Mufti Pulau Pinang malah pernah bertugas sebagai Hakim Mahkamah di Singapura dari tahun 1923 sehingga 1928.

Sebelum itu, pada tahun 1897 beliau adalah lulusan Cambridge, England dan pernah merupakan Imperial di Institute Modern Languages Scholar (Arabic) dari tahun 1896 sehingga 1900.

Seorang yang sangat prolifik dalam menghasilkan buku-buku dan terjemahan-terjemahan dalam bahasa Inggeris, Parsi dan Urdu dalam pelbagai topik terutama mengenai Islam.

Manuskrip terjemahan al-Quran oleh mufti ini kemudiannya ditemui oleh Yayasan Restu dan ini memberikan ilham agar terjemahan itu dapat dibukukan. Namun oleh kerana manuskrip itu tidak bersama dengan teks-teks al-Quran itu sendiri, Yayasan Restu kemudiannya mendapat bantuan suntingan daripada pakar bahasa Arab dan bahasa Inggeris, iaitu Duraid G. Fathouhi.

Fathouni ialah rakyat Iraq yang dahulunya penganut Kristian Katholik tetapi kemudiannya memeluk Islam.

Seorang lagi nama besar khususnya dalam dunia Melayu Islam, Dr. Uthman El Muhammady telah menyunting semula keseluruhan naskhah ini bagi melayakkan ia diterbitkan.

Melalui naskhah ini kita sebenarnya dapat mengenali bekas Mufti Pulau Pinang dengan lebih dekat. Ini apabila terdapat catatan allahyarham di dalamnya. Hayatilah kegetiran dan cabaran yang terpaksa beliau lalui bagi memastikan al-Quran itu dapat diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dengan kaedah penulisan lebih mudah (dengan mengelakkan penggunaan Inggeris Latino) dan penggunaan ayat-ayat yang lebih pendek umpama jalinan syair yang mengandungi ritma-ritmanya yang tersendiri.

"Yang penting yang terjemahan yang terhasil adalah lebih jelas, mudah dan tepat untuk dihayati oleh sesiapa sahaja," kata Ghulam.

Naskhah ini menjadi semakin 'mahal' apabila turut dimuatkan dua esei mengenai Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW . Ia adalah syarahan yang pernah disampaikan oleh mufti ini sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1924 dan 1925 di London dan Singapura.

Namun lebih istimewa, naskhah ini mendedahkan satu pengetahuan yang sangat unik, iaitu rahsia di sebalik motif-motif yang menjadi hiasan (zukhruf) yang digunakan khas bagi setiap 30 juzuk al-Quran di dalamnya.

Juzuk 1 bermula dengan motif Malaysia iaitu pemilihan Bunga Jasmin dan ukiran kayu, diikuti Juzuk 2 yang bersifat universal dengan mengambil motif Bunga Bawang Putih dan pandangan dari atas Baitul Maqdis, Juzuk 3 Bunga Clive dan imej Masjid Nameerah di Mekah.

Dengan lain perkataan, apa sahaja motif yang unik dan istimewa dari hampir seluruh dunia dijadikan hiasan atau iluminasi naskhah terjemahan ini. Ini termasuklah dari Mesir, Iran, Maghribi, Nigeria, Mali, Samarkand, Hong Kong, China, India (Taj Mahal), Singapura, Brunei, Indonesia, Washington, Kanada, New Mexico, Sepanyol dan diakhiri untuk Juzuk 30 motif Bunga Padi dari Malaysia.

Jadi, kini anda tahu mengapa naskhah ini mengambil masa selama hampir tujuh untuk disiapkan. Selain itu, ia turut melibatkan penyelidikan yang khusus dan yang paling mencabar tentunya teknik pewarnaan di samping salinan semula teks-teks al-Quran itu sendiri yang ditulis tangan!

Terlalu banyak untuk memperkatakan keistimewaan Naskhah ini sehinggalah anda mendapatkannya sendiri.

Jadi, apa ditunggu lagi, segera anda mesti mendapatkan naskhah al-Quran Terjemahan ini. Namun jangan sekadar hanya untuk menambahkan koleksi, tetapi naskhah ini perlu menjadi rakan kepada anda.

Naskhah ini mula dijual terutamanya di Yayasan Restu iaitu di Kompleks Taman Kesenian Islam, Shah Alam, di kedai-kedai buku terkenal terutamanya MPH Book Store dan kerjasama dengan Pos Malaysia, iaitu tempahan boleh dibuat melalui pos dengan kos kiriman yang sangat minimum iaitu RM5.

Wednesday, August 5, 2009

SANTAI : Dialog saban hari...

....sEnyUm skEt....

...SAMDOL...

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah.

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Tuesday, August 4, 2009

1Malaysia Pendapat Feriz Omar...

Rugi Melayu tolak perpaduan, 1Malaysia

KETIKA pertama kali Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan idea tentang aspirasi 1Malaysia, pelbagai pihak dilihat cuba memberikan takrifan dan andaian terbaik mereka mengenai istilah berkenaan.

Bermula dari bual bicara pemimpin negara, ahli politik, ahli akademik dan professional hinggalah ke cakap-cakap kedai kopi, segenap lapisan masyarakat bagai tercari-cari apakah intipati sebenarnya di sebalik konsep 1Malaysia.

Dalam begitu banyak teori yang dikemukakan, yang paling menyakitkan hati ialah andaian tidak bertanggungjawab beberapa pihak tertentu yang cuba menyamakan konsep 1Malaysia dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' dokongan DAP. Memang sah ia adalah suatu tuduhan yang berniat jahat bertujuan untuk mencalar imej kerajaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Melayu!

Sabtu lepas, setelah pelancaran logo dan lagu 1Malaysia, nampaknya masih ada sebilangan kecil masyarakat Melayu yang salah faham, ragu-ragu atau kabur dengan makna kepada saranan perpaduan melalui aspirasi tersebut.

Salah tanggap dan kekaburan sebegini banyak dipengaruhi oleh sikap orang Melayu sendiri. Antaranya, sikap yang berkecenderungan untuk memperoleh maklumat dari sumber yang tidak betul seperti laman-laman blog yang dikendali oleh bloggers yang buta hati dan jiwa yang murni.

Bukankah media-media perdana dan laman-laman web kerajaan sudah pun memberi informasi tentang hal ini dengan cukup terperinci.

Sudah sampai masanya, masyarakat Melayu merujuk kepada media-media perdana dan jika perlu, media alternatif yang menganjurkan kupasan pemikiran yang 'bebas', matang lagi mementingkan keharmonian rakyat dan bukannya melayan hujah-hujah beremosi.

1Malaysia hanyalah satu 'aspirasi' yang dicetuskan untuk mencari persamaan dan mengelakkan perbezaan di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah asas pembentukan senario kehidupan yang harmoni dan memupuk semangat erat seiring dengan kehendak prinsip Rukun Negara.

Terdapat lapan penerapan nilai murni di bawah 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Sewaktu pertama kali slogan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' dilaungkan, Perdana Menteri sengaja mahukan seluruh rakyat Malaysia terlibat sama dalam menterjemahkan aspirasi tersebut.

Kita akui bahawa Wawasan 2020 sudah pun menjadi wawasan jangka masa pendek kerana ia bakal menemui kita beberapa tahun lagi. Malaysia hari ini perlukan suatu wawasan, visi dan misi baru yang berterusan.

Di atas kesedaran ini juga, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sepatutnya mula menunjukkan gerakan-gerakan positif untuk bersatu padu dalam menentukan wawasan visi dan misi negara yang baru.

Nampaknya bagi bangsa Melayu, keutamaan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan bangsa dan agama sendiri bukan menjadi keutamaan. Sebaliknya, dalam isu Pas menolak usul perpaduan ummah UMNO-Pas yang kian memuncak, falsafah politik pula yang didahulukan sehingga meranapkan hak Melayu untuk menentukan hala tuju negara dalam menetapkan visi dan misi memajukan bangsa dan agama.

Begitu juga mengenai dakwaan yang mengatakan 1Malaysia bakal menindas nasib orang Melayu dan hak Bumiputera adalah tidak benar sama sekali.

Asas kepada dakwaan ini, konon-kononnya ialah tindakan kerajaan yang memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) sedangkan hal yang sebenar ialah fungsi MeCD sudah pun diserap sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan menambah kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Dasar afirmatif yang bersifat menolong kaum Bumiputera sebetulnya tidak pun disentuh, malah bakal dilaksanakan dengan lebih telus.

Konsep 1Malaysia yang 'sebenar' ternyata bertujuan baik demi keharmonian pelbagai ras dan keturunan di Malaysia. Melalui nilai murni 'Penerimaan', masyarakat Malaysia dituntut agar menerima perbezaan kaum dan agama.

Dalam hal ini, sudah tiba masanya perspektif perpaduan negara diubah berbanding sekadar bertoleransi sebelum ini. Sikap sebegini membuat kita maju setapak ke hadapan kepada rasa hormat dan saling menerima.

Justeru, 1Malaysia sepatutnya menjadi ruang di mana masyarakat Melayu melupakan agenda politik buat sementara dan berpadu demi menyokong agenda perpaduan nasional. Ambil iktibar daripada kaum Cina di Malaysia, yang mana sekalipun wujud beberapa entiti politik yang menjaga kepentingan orang Cina, badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Dong Zhong dan Shiu Qiu sentiasa menjadi tempat kaum Cina menyatakan kesatuan pendapat mereka.

Orang Melayu sajalah yang nampaknya begitu berpecah bagaikan tiada langsung titik temu hingga kini. Inilah punca kepada komentar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang begitu kecewa dengan kegagalan perpaduan Melayu Pas dan UMNO bersatu baru-baru ini.

Saya menyeru seluruh umat Melayu menyokong aspirasi 1Malaysia yang dibawa oleh Najib dan melupakan perbezaan yang ada buat seketika demi kepentingan negara. 1Malaysia hakikatnya adalah rangkuman kepada elemen fundamental yang cukup perlu bagi merealisasikan cita-cita Wawasan 2020.

Seperti golongan Yahudi yang menetapkan cita-cita 100 tahun untuk kembali dan menguasai Baitulmaqdis, hendaknya orang Islam di Malaysia juga tidak perlu ralat untuk bersatu hati, mengejar wawasan yang sudah sedia termaktub ini.

Ayuh, mari kita terjemahkan konsep perpaduan 1Malaysia dan tentukan misi dan visi negara!

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA (TERIMA KASIH)

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)