MAHASISWA DIHARAP MAJUKAN MASYARAKAT
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, begitulah bait-bait ayat yang acapkali kita dengar, baca dan lihat disekeliling kita dalam akhir-akhir Bulan Ramadan ini. Ungkapan tersebut seolah-olah sudah menjadi asam garam dan suatu kewajipan kepada mana-mana premis, organisasi mahupun individu untuk diungkapkan sebagai satu cara untuk menyambut dan memeriahkan suasana hari kemenangan umat Islam dalam Bulan Ramadan. Namun, sejauh manakah setiap ungkapan itu diberi secara ikhlas oleh pemberi ucapan dan sejauh manakah pula ungkapan itu diterima dan dihayati secara mendalam oleh penerimanya?
Tibanya 1 Syawal setiap tahun, masyarakat Malaysia berbilang bangsa terutama bangsa Melayu akan berpusu-pusu pulang ke kampong halaman di pelbagai ceruk dalam Negara Malaysia ini. Ini suatu suasana yang seringkali boleh dilihat di Malaysia khususnya dan mungkin tidak terdapat di Negara- Negara lain di dunia ini.
Golongan mahasiswa adalah antara kumpulan masyarakat di Malaysia yang turut terlibat secara langsung dalam suasana riuk pikuk balik kampung ini. Kebanyakan mahasiswa yang lazimnya berhijrah ke negeri orang untuk menuntut ilmu tidak sanggup berhari raya tanpa sanak saudara keluarga tercinta disisi kerana bagi mereka berhari raya tanpa keluarga atau di tempat orang merupakan suatu pengalaman pahit yang harus dielakkan. Mahasiswa juga kebanyakannya ingin pulang ke kampong adalah semata-mata untuk berehat dan melepaskan rindu dengan keluarga semata-mata.
Hal ini sebenarnya harus dipositifkan oleh para mahasiswa sekalian. Golongan kelas pertama dalam masyarakat di Malaysia ini sepatutnya membuang mentaliti sedemikian kerana itu bukan alasan atau tujuan standard bagi seorang yang memiliki kelas pertama. Sesungguhnya, mahasiswa harus berfikir bahawa kepulangan mereka kembali ke kampong halaman adalah untuk mencurahkan idea dan keringat anak muda yang lahir dalam badan mereka walaupun cuti hari raya tersebut tidaklah begitu panjang.
Rakan-rakan mahasiswa harus pulang ke kampong dengan penuh persediaan dari segi idea untuk menaikkan lagi tahap ekonomi kampong, kestabilan politik masyarakat kampong dan melahirkan budaya sosiologi kampong yang sihat. Walaupun tanggungjawab ini tiada dalam silibus subjek atau peperiksaan, namun ia sebenarnya tanggungjawab sosial mahasiswa yang harus diberi kepada masyarakat.
Oleh itu, saya mengajak sahabat dan rakan-rakan mahasiswa agar pulang ke kampong pada cuti hari raya ini dengan pelbagai idea yang terbaik, bernas dan dengan kudrat empat kerat seorang belia yang bertenaga untuk membantu membangunkan masyarakat di kampong halaman agar Wawasan 2020 yang ingin dituju oleh Malaysia akan dapat dicapai dengan lebih mudah dan lebih cepat.
Melalui konsep dan semangat 1Malaysia juga, saya ingin mengajak sahabat dan rakan-rakan mahasiswa agar meraikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama kawan-kawan kita berbangsa India, Cina dan lain-lain. Hari Raya Aidilfitri hanya ada satu di dunia, maka sambutlah ia dengan satu bangsa, satu semangat dan satu keluarga. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat 1Malaysia dengan ucapan MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Sarfarizmal Md Saad,
Timbalan Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
Sumber : BERITA HARIAN