Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Saturday, October 31, 2009

Hanya Sedikit Komen

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

1. Artikel berkaitan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat yang diwar-warkan ditulis oleh saya adalah tidak benar.

2. Penulis sebenar artikel tersebut adalah Panglima Perang Siber.

3. Saya mohon maaf sekiranya sahabat-sahabat tersalah faham akan hal ini. (sahabat kampus)

4. Sekiranya sahabat-sahabat ingin melihat dan membaca artikel tersebut sila ke blog Panglima Perang Siber, malah pelbagai artikel lain turut ada dalam blog tersebut.

5. Terima kasih atas kejian dan terima kasih juga atas pujian... :-)


BLOG PANGLIMA PERANG CYBER :

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/10/edisi-lengkap-15-dalil-nik-aziz-tidak.html


Kepada Allah SWT sahaja saya berserah dan hanya Allah SWT mengetahui perkara sebenar.. Bersaksikan 2 malaikatNya yang sentiasa disisi.. Ameen.. Wallau'alam..

Ikhlas,

Sarfams

Tuesday, October 27, 2009

PAS akan Umum Keluar P.R ??


SALAM,... :)



PAS harus segera duduk dan berbincang apakah solusi terbaik untuk PAS dalam menghadapi kemelut hala tuju parti mereka iaitu di antara bergerak dengan idea "Unity Government" atau bersama Pakatan Rakyat yang didominasi Anwar sebagai ketua pembangkang.

Persoalannya , apakah hala tuju dan matlamat PAS?....menegakkan negara Islam?, Menjatuhkan UMNO...? Jika negara Islamlah yang mahu ditegakkan maka "unity government"lah SOLUSINYA. Mengapa?Konsep penegakkan sebuah negara Islam bukanlah semudah meletakkannya sebagai matlamat perjuangan parti.

Walaupun PAS mungkin menganggap mereka telah cukup syarat, tetapi penolakan non-muslim atas terbentuknya negara Islam juga adalah suatu persyaratan yang perlu terpenuhi terlebih dahulu sesuai dengan konsep tiada paksaan di dalam Islam.UMNO dengan kuasa yang ada serta pengalaman yang luas memerintah sebuah negara adalah wadah yang amat sesuai bagi tujuan menerangkan matlamat perjuangan menegakkan negara Islam ini kepada non-muslim dan tentunya bukan perlaksanaan yang tanpa persetujuan non-muslim.

Maknanya, proses penerangan berkaitan negara Islam ini akan lebih efektif jika yang melaksanakannya adalah kerajaan yang memerintah dan proses ini akan berterusan sehinggalah mencapai suatu peringkat iaitu apakah negara Islam diterima rakyat atau tidak. Ini penting dan ini tidak keluar dari uslub dakwah Islamiyah serta lebih berhemah dan berhikmah dalam perlaksanaan Islam.Ini membuka suatu jalan untuk PAS memikirkan "Unity Government" sebagai alternatif bagi matlamat Islamnya itu.

Peluang bersama UMNO juga adalah peluang terbaik melakukan pendekatan politik yang menjurus ke arah penyatuan pemikiran demi masadepan Islam dan Melayu.Apakah ada yang lebih baik dari "Unity Government" UMNO-PAS ini?Namun demikian, jika matlamat PAS hanyalah untuk melihat UMNO dijatuhkan, maka jelaslah PAS bukan sebuah parti yang boleh diharapkan untuk menerajui perjuangan Islam.

Dalam keadaan sekarang ini pun PAS telah terikut agenda politik Anwar serta lari dari matlamat asalnya.Suara Anwar adalah suara dendam dan mahukan kuasa dengan apa carapun. Jatuhnya UMNO dan menjadi PM adalah penting bagi Anwar walaupun Islam dan Melayu hancur di tanahair sendiri.Bayangkan, habis seluruh negara porak peranda semenjak sedikit kuasa diperolehi dalam PRU12.

Dari mimpi 16 September, isu lompat parti, pilihanraya-pilihanraya kecil dan terkini pergolakan di dalam PAS, semuanya angkara politiknya Anwar.Maka PAS harus serius berfikir dan terus berfikir sebelum hancur dan hanyut dibawa arus Anwar.....arus Liberal tajaan Amerika !

>>>> BERHARAP BERITA KELUARNYA PAS DARI PAKATAN RAKYAT BENAR-BENAR AKAN TERLAKSANA!!! AMIN YA ALLAH.




SUMBER : http://sd-malaysia.blogspot.com/2009/10/pas-akan-umum-keluar-pr.html

Sunday, October 25, 2009

SUARA SISWA RTM1


SUARA SISWA RTM1


Salam Smart,

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah selamat menjadi panel kepada sebuah rancangan bual bicara khusus untuk mahasiswa/i di Malaysia iaitu SUARA SISWA yang disiarkan di RTM1 setiap minggu.

Saya telah dipanggil menjadi panel untuk membahas dan mengupas tajuk 'Kecelaruan Pemilikan Budaya' yang sedang hangat diperbincangkan kini antara Malaysia dan Indonesia.

Antara panelis gandingan saya dalam membincangkan hal tersebut ialah Saudara Mohd Najib (Naib Yang Di Pertua MPP USIM) dan Saudara Amiruddin (Presiden Kelab Debat UPM) yang dimoderatorkan oleh Dr. Fazley Yaakob.

Rancangan selama 1 jam itu telah menggamit kehangatan dengan ditambah lagi soalan-soalan daripada penonton dan rakan-rakan facebook. Rancangan tersebut telah diadakan di Dewan Banquet UPM turut dihadiri oleh kira-kira 15 pelajar UKM bersama-sama saya.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan mana-mana pihak dalam perkara ini.

Saturday, October 17, 2009

PELANCARAN LOGO URUSETIA ASPIRASI DAN PELANCARAN SAHABAT 1 MALAYSIA



Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera diucapkan. Urusetia ASPIRASI kini akan berwajah baru dengan pelancaran logo ASPIRASI yang baru dengan persetujuan sebulat suara dari semua kolej di UKM. ASPIRASI juga mendokong hasrat Perdana Menteri kita sekarang iaitu YAB Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan semangat 1 MALAYSIA iaitu menjadi SAHABAT 1 MALAYSIA yang akan dilancarkan bersama-sama logo ASPIRASI. Dengan ini saya selaku wakil ingin menjemput saudara/saudari dari pihak ASPIRASI untuk sama-sama hadir memeriahkan sempena pelancaran program ini.

TARIKH : 18 OCT 2009
TEMPAT : PANGGUNG SENI
MASA : 8.00 MALAM


TENTATIF PROGRAM

8.00 pm : Ketibaan Pelajar
8.15 pm : Ketibaan Pegawai UKM
8.20 pm : Ketibaan Pegawai Seranta
: Nyanyian Lagu Negaraku,Varsiti
: Bacaan Doa
8.40 pm : Ucapan Presiden Aspirasi
8.50 pm : Ucapan Wakil PMUKM
9.00 pm : Ucapan Perasmi
: Gimik Perasmian
9.30 pm : Tayangan Multimedia
9.35 pm : Penyerahan Tabung Kemanusiaan
9.50 pm : Penyerahan Buku 1 Malaysia
10.00pm : Jamuan
: Majlis Bersurai

Sumber : Blog Rasmi Urusetia Aspirasi UKM

Thursday, October 15, 2009

Ucapan dasar presiden, pindaan perlembagaan tumpuan perhimpunan Agung Umno

KUALA LUMPUR: Seramai 2,539 perwakilan Umno bersidang dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, dengan tumpuan utama kepada Ucapan Dasar Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perasmiannya.

Perkara kedua yang menjadi tumpuan ialah pindaan perlembagaan parti yang merupakan sebahagian daripada usaha "mentransformasikan" Umno oleh Najib.

Pindaan ini, yang akan dibuat pada perhimpunan agung khas selepas majlis perasmian perhimpunan agung itu, akan membabitkan tujuh usul pindaan kepada perlembagaan parti itu termasuk cadangan menambah bilangan perwakilan pada pemilihan pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian kepada 146,500 orang daripada 2,510 pada masa ini.


Sebelum merasmikan perhimpunan agung itu, Najib menghadiri majlis menaikkan bendera Umno dan memeriksa perbarisan oleh anggota sayap-sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Plaza Merdeka. - Bernama

Sunday, October 11, 2009

BN menang besar di Bagan Pinang

PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad, menang besar dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.


Keputusan rasmi diumumkan Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada jam 8 malam tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi apabila memperoleh 6,430 undi manakala calon Pas, Ramli Ismail, mendapat 4,097 undi.


Sumber : BERITA HARIAN

Sunday, October 4, 2009

SANTAI : Doktor & Pelawak = sembuhkan penyakit

'Doktor Lawak' Patch Adams percaya jenaka adalah terapi sembuh penyakit

DR Hunter Adams atau lebih dikenali sebagai 'Patch' Adams ialah doktor dan pelawak. -Foto AFP

DR Hunter Adams atau lebih dikenali sebagai 'Patch' Adams bukan doktor biasa yang pesakit temui. Dr Patch Adams ialah seorang pelawak. Kanak-kanak yang sakit tentu suka berjumpa dengan doktor lawak ini.

Adams percaya lawak jenaka, hilai ketawa dan kreativiti adalah sebahagian daripada proses penyembuhan pesakit.

Malah sepanjang 12 tahun dia berkhidmat di Institut Gesundheit - sebuah pusat perubatan di West Virginia, beliau dan rakan-rakan sekerjanya telah mempraktikkan perubatan "ala-lawak" ini.

Mereka mengamalkannya pada kira-kira 15,000 pesakit. Adams menghabiskan masa yang banyak mengkaji apa-apa yang membuat seseorang itu gembira.

Kata Adams: "Sebagai seorang doktor, saya percaya amat penting bagi seseorang individu itu gembira demi kesihatan. Ia mungkin merupakan faktor terpenting untuk menjamin kesihatan seseorang itu."

Adams hakikatnya adalah seorang aktivis sosial yang menghabiskan masa 30 tahun untuk membawa pembaharuan pada sistem penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat (AS).

'Doktor lawak' membawa kegembiraan kepada kanak-kanak yang sakit.

Beliau menyifatkan sistem penjagaan kesihatan AS sebagai sistem yang "mahal dan elitis." Beliau mempromosikan satu model penjagaan kesihatan yang tidak disokong oleh polisi insuran semata-mata.

Beliau yang dilahirkan pada 28 Mei 1945 di Washington telah mengasaskan Institut Gesundheit pada 1972. Setiap tahun, dia juga menganjurkan lawatan untuk para sukarelawan mengembara ke seluruh dunia.

Para sukarelawan tersebut berpakaian sebagai badut untuk menghiburkan anak-anak yatim, pesakit, mangsa-mangsa peperangan serta bencana alam.

Patch Adams berjenaka dengan seorang mangsa tsunami di Hikkaduwa, selatan Sri Lanka pada 22 Mac 2005. Adams dan kumpulan seramai 30 pengamal perubatan yang juga pelawak menghabiskan seminggu di situ untuk merawat sambil menghiburkan mangsa-mangsa bencana alam. -Foto REUTERS

Misalnya, pada tahun 1998, Adams melawat Bosnia, sebuah negara yang dilanda peperangan ketika itu untuk memberikan bantuan.

Kehidupan istimewa doktor lawak bergelar Patch Adams ini memberikan inspirasi kepada sutradara filem untuk menghasilkan filem 'Patch Adams' yang dibintangi aktres popular Robin Williams.

Filem tersebut mengisahkan perjalanan hidup sebenar Patch Adams dan hajatnya untuk mentransformasikan sistem penjagaan kesihatan di AS.

Sambutan orang ramai yang menggalakkan telah melonjakkan filem tersebut sehingga mencapai tangga pertama dalam carta filem box-office.

Robin Williams (kiri) berlakon sebagai Hunter Patch Adams dalam filem 'Patch Adams'.

Selain itu, Adams ialah pengarang buku "Gesundheit!" Dalam bahasa Jerman, "Gesundheit!" bermaksud kesihatan yang baik.

Adams mendekati isu personal, komuniti dan kesihatan global dengan "penuh bersemangat". Ini kerana doktor lawak ini percaya "tindakan paling revolusi yang boleh dibuat dalam dunia ini adalah menjadi gembira."

Adams kini menetap di Arlington, Virginia. Tetapi menerusi promosi gaya perubatan "ala-lawak" beliau, sentuhan Adams dirasai di merata-rata tempat di seluruh dunia.


Sumber : M Star.Com

Friday, October 2, 2009

Dah terang-terang tak ada langsung ciri kerasulan

"Rasul Melayu" minta pengikut bertaubat



Encik Abdul Kahar Bin Ahmad

"Rasul Melayu"


SHAH ALAM: Lelaki yang mendakwa rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad, yang didakwa dengan lima pertuduhan, meminta semua yang pernah terpedaya dengan perkara batil yang pernah dibangkitkannya untuk bertaubat dan melupakan secara mutlak.

Abdul Kahar, 59, membuat pengakuan itu secara bertulis, pada prosiding pagi tadi, dan dibacakan peguamnya, Zulkifli Che Yong. Pada 24 September lalu, Abdul Kahar yang berjaya ditahan bulan lalu selepas tiga tahun menghilangkan diri, membuat pengakuan salah terhadap kelima-lima pertuduhan.

Beliau dituduh menyebarkan doktrin palsu, mengaku diri seorang rasul, mempersendakan agama, menyebarkan pendapat bertentangan dengan fatwa dan mengingkari dan melanggar arahan mufti, empat tahun lalu.

Moga Allah menjauhkan diri kita daripada terjebak dan terpengaruh dengan unsur-unsur kelaknatan ini... Nauzubillah.. Ameen.


Ikhlas : SARFAMS


Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)