Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Thursday, February 25, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL




Salam Smart,


Salam Maulidur Rasul kepada seluruh ummah yang berada di Malaysia ini dengan semangat kecintaan kita kepada Baginda Tercinta Rasulullah SAW.

Dalam keadaan hati yang sebak, saya memohon kepada ALLAH agar kerinduan saya kepada Rasulullah SAW berkekalan sehingga akhir hayat saya.

Dalam keadaan hati yang mengharap, saya memohon kepada ALLAH agar mempermudahkan saya untuk mampu menjenguk Rasulullah SAW di makam Baginda suatu hari nanti walaupun sekali seumur hidup ini.

Dalam keadaan hati yang membuak, saya ingin mengajak seluruh para ummah untuk mula bersatu hati berganding bahu menguatkan saff demi Baginda Tercinta Rasulullah SAW.

Dalam keadaan hati yang gembira, saya menyeru kepada seluruh para ummah agar bersama-sama menjadikan Baginda Tercinta Rasulullah SAW sebagai idola kita sepanjang masa.

Dalam keadaan hati yang ikhlas, saya ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL.



MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH

1MALAYSIA, 1UMMAH


Ikhlas,

SARFAMS

Sunday, February 21, 2010

'4M' oleh UMNO



Penerangan UMNO Terap Konsep '4M' Dalam SPSB

PETALING JAYA: Biro Penerangan Umno akan menggunakan kaedah "4M' iaitu Media Bersemuka, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Maya dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelbagai projek pembangunan yang dijalankan di setiap daerah menerusi program Satu Penerangan Satu Bahagian (SPSB).

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata penggunaan 4M itu dilihat lebih berkesan bagi menghebahkan pelbagai maklumat mengenai projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

"Program yang kita mulakan sejak Oktober tahun lalu itu bertujuan untuk memperkasakan jentera penerangan parti di 20,000 cawangan dengan menggunakan kaedah seminar dan wacana minda bagi menerangkan mengenai peranan kerajaan pusat dalam membangunkan setiap kawasan.

"Justeru, kita juga menggesa agar kesemua jentera parti untuk turut sama dalam perjuangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penerangan Umno bahagian Subang, di sini hari ini.

Beliau menggesa setiap bahagian Umno mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dianjurkan bersama dengan program Juara Rakyat.

"Kalau boleh setiap bulan satu aktiviti kerana ini akan menggerakkan Umno dari peringkat akar umbi dan program mesti berterusan supaya pemimpin sentiasa merakyatkan diri mereka," katanya.

Ahmad berkata laporan mengenai SPSB akan dimajukan kepada Majlis Tertinggi Umno sebagai KPI Biro Penerangan.

SPSB dilancarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu sebagai usaha transformasi Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional. - BERNAMA



Komen :


1. 4M = Media Bersemuka, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Maya...

2. SPSB = Satu Penerangan Satu Bahagian...

3. Harap semua YB aplikasikan 4M yang dikatakan oleh YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan tu..

4. Harap juga kesemua pelusuk bahagian, cawangan, kampung dan cerok rantau akan terima satu suara penerangan yang jelas dan bukan menipu rakyat..

5. Kalau boleh semua YB jangan istilahkan 4M tu kepada Melakonkan watak mesra, Mewahnya harta benda, Majlis yang besar-besar saja, Mencari yang masyuuuukk Ringgit Malaysia...

6. Kalau boleh SPSB bukanlah diistilahkan sebagai Selalu Penipu Suka Berpura...

7. Apapun saya yakin dan percaya bahawa YB Datuk Hj Ahmad Hj Maslan memang mampu melakukannya atas dasar siapa beliau yang saya kenal...

8. Semua YB terutama UMNO/BN, jika ingin menjadi JUARA RAKYAT, ayuh betul betul laksanakan apa itu 4M dan SPSB...

9. Insyaallah jika benar dan jujur, anda adalah JUARA DISISI RAKYAT...

10. Semoga berjaya membela rakyat dan bukan hanya berpolitik...


Salam Ikhlas SARFAMS :-)

Tuesday, February 16, 2010

Fan Sahabat 1Malaysia at Facebook!

SAHABAT 1MALAYSIA



http://www.facebook.com/search/?q=sahabat&init=quick#!/pages/Bangi-Selangor/SAHABAT-1MALAYSIA/313680327664?ref=mf



Jom kita sertai fan Sahabat 1Malaysia di laman Facebook anda sekarang.

Sahabat 1Malaysia adalah sebuah kumpulan yang diasaskan untuk menjadi kumpulan sokongan kepada konsep 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dari kalangan mahasiswa/i.

Kumpulan ini juga menjadi think tank kepada gagasan ini dari ruang lingkup dan kaca mata seorang mahasiswa/i.

Ia juga akan cuba menjadi kumpulan yang akan memberi penerangan atau mengadaptasikan konsep 1Malaysia dalam kampus.

Namun, kumpulan ini bukanlah bertindak semata-mata atau sebulat-bulat mendokong segala idea atau gerakan 1Malaysia, mungkin ada idea atau gerakan 1Malaysia yang memerlukan kritikan atau ketidaksetujuan yang berbeza dengan semangat dan keinginan anak muda seperti mahasiswa/i.

Sebagai permulaan, Sahabat 1Malaysia telah ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia oleh YBhg. Datuk Nasir Safar (Pegawai Penerangan Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia) pada 18 Oktober 2009 lalu.

Semoga suatu percambahan idea dan maklumat akan kita kongsi bersama melalui fan Sahabat 1Malaysia ini.

Salam 1Malaysia


Fan Sahabat 1Malaysia Facebook

Friday, February 12, 2010

UKM 'ambil berat' Langkawi




Timbalan Agong lancar buku Geoforest Parks


BANGI: Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini berkenan melancarkan buku Geoforest Parks: Hanging Gardens Of Langkawi terbitan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Turut berangkat hadir pada majlis itu permaisuri baginda, Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun.

Buku yang menghimpunkan repositori sejarah, lagenda, ilmu dan aspirasi alam semula jadi Pulau Langkawi itu dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik UKM yang diketuai Felo Utama Datuk Shaharuddin Mohd Ismail dan Professor Datuk Ibrahim Komoo.


Dijual pada harga RM100 sebuah dan ia hanya boleh didapati di Lestari UKM.

Pada majlis sama Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut melancarkan Malaysia Knowledge Tour (MyKTours) iaitu satu aplikasi yang mentransformasikan pengetahuan daripada buku kepada satu format yang mudah dicapai dan dimuat turun.

Hadir sama pada majlis itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - Bernama


Friday, February 5, 2010

"1Malaysia 1Ummah"

Konsep Wasatiyah penjana 1Malaysia 1Ummah: PM


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini berkata umat Islam perlu menghayati dan mengamalkan konsep Wasatiyah yang akan melahirkan 1 ummah yang progresif.

Katanya, Wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan seimbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Najib berkata, dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia yang lebih memfokus hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan Agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku.


Konsep Wasatiyah atau kesederhanaan ini adalah baik dan sangat digalakkan oleh Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian.

"Maka umat Islam tidak boleh jumud dan ekstrim begitu juga tidak boleh terlalu bebas lepas tanpa sempadan," katanya ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan bersama Ulama dan Umara dan pelancaran Gagasan 1 Malaysia dan Logo 1Ummah peringkat agensi-agensi agama seluruh Malaysia. - Bernama

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)