Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Tuesday, March 30, 2010

Pengetahuan agama atasi buang bayi - BERITA HARIAN 30 Mac 2010


30/03/2010 , muka surat 28


SETIAP anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya bertanggungjawab mencorakkannya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Demikian hadis Rasulullah SAW yang jelas menerangkan kepada kita setiap bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai sebarang dosa atau pahala.

Namun, kes membuang bayi dan penderitaan kanak-kanak ini bukan suatu kes terpencil yang boleh dipandang sebelah mata oleh mana-mana pihak. Kesannya terhadap kehidupan amat besar dan berpanjangan. Bayi yang dibuang dan mampu diselamatkan mempunyai kehidupan masa depan yang tidak terjamin kerana ketiadaan institusi kekeluargaan. Mereka ini mungkin mampu membesar dengan sihat dan baik, namun tidak bermakna jika mereka tidak mampu mengenal siapa sebenarnya ibu bapa mereka. Kesan seterusnya ialah kurangnya kasih sayang dan didikan sempurna daripada insan bergelar ibu bapa.

Justeru, mari sama-sama kembali kepada konsep dan fungsi asal institusi kekeluargaan serta memahami konsep anugerah anak kepada ibu bapa. Dalam ruang lingkup kekeluargaan, ibu bapa harus berani dan berterusan mendidik ilmu agama dan seks berlandaskan agama kepada anak sejak dari kecil.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus sentiasa membantu masyarakat membentuk komuniti keluarga besar. Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pula menerapkan beberapa sukatan pengajaran dan pembelajaran mengenai kekeluargaan serta keagamaan sepanjang pengajian.

Semoga rakyat Malaysia pada 2020 menjadi masyarakat penyayang dan harmonis. Renungkan hadis Rasulullah ini: “Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu.”

SARFARIZMAL MD SAAD,
UKM, Bangi.

Thursday, March 18, 2010

Membudayakan 'walkabout' & Antarabangsakan Bahasa Melayu - Berita Harian 18 Mac 2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MembudayakanlawatanVIPtanpaprotokol/Article





http://www.bharian.com.my/ (Sisipan VARSITI setiap Khamis)

Tuesday, March 9, 2010

Utusan Malaysia : Bahasa Melayu bertaraf dunia - Sarfa

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm




FORUM

Bahasa Melayu bertaraf dunia

TERTERA dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Jelas, bahasa Melayu adalah bahasa utama dan teragung dalam konteks negara Malaysia dari dahulu sehingga sekarang.

Hujah ini sebenarnya sudah boleh menyangkal beberapa pendapat dan kekeliruan mengenai penggunaan istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Dalam isu ini, saya lebih tertarik untuk mengguna pakai istilah bahasa Melayu yang menggambarkan kehormatan saya terhadap Perlembagaan Malaysia dan pengamalan saya dalam berbahasa.

Bagaimanapun, isu yang ingin saya utarakan di sini ialah perihal penggunaan bahasa Melayu dalam memartabatkannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada 5 Mac 2010 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya. Ia telah mengumpulkan 56 peserta dari 51 buah negara seluruh dunia.

Apa yang harus dibanggakan di sini ialah bukan penganjurannya tetapi penyertaan dan kepetahan para peserta dalam menyusun ayat dan irama dalam berbahasa Melayu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau juga menyatakan telah menggesa seluruh institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) melalui Jabatan Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan pelbagai kemudahan, peluang, ruang dan sokongan yang mantap dari pelbagai sudut, saya berpendapat IPTA/IPTS mampu menjadikan hasrat kerajaan Malaysia, dan mungkin hasrat seluruh rakyat Malaysia, menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan kepakaran dan kelengkapan bahan yang sedia ada dalam setiap Jabatan Bahasa Melayu di IPTA/IPTS, pemerkasaan bahasa Melayu sehingga melonjak ke peringkat antarabangsa mampu membawa bahasa ini setaraf dengan bahasa utama dunia.

Penulis yakin dan percaya, dengan adanya iltizam iaitu keterlibatan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya sektor awam dan swasta menerusi aktiviti formal, mampu meningkatkan kecintaan dalam penggunaan bahasa Melayu. Dengan semangat iltizam yang kuat daripada penutur natif, terutamanya di Malaysia bersama-sama sokongan kerajaan dan kepakaran IPTA/IPTS, bahasa Melayu akan mampu dilonjakkan sebagai bahasa terulung di persada antarabangsa.

Skop kedua ialah sikap istiqamah atau berterusan dalam menggunakan bahasa Melayu tidak kira dalam apa jua konteks perhubungan dan jalur masa, menjadikan bahasa Melayu itu sebagai alat perhubungan yang penting pada masa kini. Perkara ini akhirnya menjadikan bahasa Melayu terkenal di seluruh masyarakat dunia, terutama dalam perhubungan antara negara.

Realitinya, bahasa Melayu kini bukanlah sekadar bahasa picisan yang tiada nilai ekonominya. Hal ini kerana telah terbukti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya universiti yang memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan pernah diiktiraf sebagai universiti pertama terbaik Malaysia serta universiti ke-51 terbaik Asia.

Menerusi penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri ini, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bersungguh-sungguh dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu warisan zaman ke peringkat global.

Namun, mampukah bahasa Melayu kekal sebagai warisan zaman dan adakah masyarakat dunia rentas sempadan menerima bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka?

SARFARIZMAL MD. SAAD

UKM, Bangi

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Tertera dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Hal ini jelas dan terang lagi bersuluh kepada kita selaku rakyat Malaysia bahawa Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang utama dan teragung dalam konteks Negara Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Hujah ini sebenarnya sudah boleh menyangkal beberapa pendapat dan kekeliruan akan penggunaan istilah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Dalam isu ini, penulis lebih tertarik untuk menggunapakai istilah Bahasa Melayu yang menggambarkan kehormatan penulis terhadap Perlembagaan Malaysia dan pengamalan penulis dalam berbahasa.


Walau bagaimanapun, isu yang cuba penulis utarakan di sini ialah perihal kepenggunaan Bahasa Melayu dalam memartabatkannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada 05 Mac 2010 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala YAB Perdana Menteri di Putrajaya yang telah mengumpulkan seramai 56 peserta daripada 51 buah negara seluruh dunia. Apa yang harus dibanggakan di sini ialah bukan penganjurannya tetapi penyertaan dan kepetahan para peserta dalam menyusun ayat dan irama dalam berbahasa Melayu seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.


Mengulas kenyataan Datuk Seri Khaled Nordin, beliau telah menggesa seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta melalui Jabatan Bahasa Melayu untuk memartabatkan Bahasa Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa. Dengan pelbagai kemudahan, peluang, ruang dan sokongan yang mantap dari pelbagai sudut, penulis berpendapat IPTA/IPTS mampu untuk menjadikan hasrat Kerajaan Malaysia dan mungkin hasrat seluruh rakyat Malaysia ini direalisasikan. Di tambah pula dengan kepakaran dan kelengkapan bahan yang sedia ada dalam setiap Jabatan Bahasa Melayu di IPTA/IPTS, pemerkasaan Bahasa Melayu sehingga melonjak ke peringkat antarabangsa mampu membawa bahasa ini setaraf dengan bahasa-bahasa utama dunia.


Penulis yakin dan percaya, dengan adanya sikap iltizam iaitu keterlibatan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya di sektor-sektor awam dan swasta menerusi aktiviti formal mampu meningkatkan kecintaan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Dengan semangat iltizam yang kuat dari penutur natif terutamanya di Malaysia bersama-sama sokongan kerajaan dan kepakaran dari IPTA/IPTS, Bahasa Melayu akan mampu dilonjakkan sebagai bahasa terulung di persada antarabangsa. Skop kedua ialah sikap istiqomah atau berterusan dalam menggunakan Bahasa Melayu tidak kira dalam apa jua konteks perhubungan dan jalur masa, menjadikan Bahasa Melayu itu sebagai alat perhubungan yang penting pada masa kini. Perkara ini akhirnya menjadikan Bahasa Melayu terkenal di seluruh masyarakat dunia terutama dalam perhubungan antara negara.


Realitinya, Bahasa Melayu kini bukanlah sekadar bahasa picisan yang tiada nilai ekonominya. Hal ini kerana telah terbukti Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu-satunya universiti yang memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dan pernah diiktiraf sebagai universiti pertama terbaik Malaysia serta universiti ke 51 terbaik Asia. Menerusi penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala YAB Perdana Menteri ini, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bersungguh-sungguh dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu warisan zaman ke peringkat global. Namun, mampukah Bahasa Melayu kekal sebagai warisan zaman dan adakah masyarakat dunia rentas sempadan menerima Bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka?



Sumber : Nota Sarfa Blogspot

Wednesday, March 3, 2010

Sorang Lagi Keluar PKR!!

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.

Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.

Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.

DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin (kiri, berketayap) berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin (kiri) pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

Monday, March 1, 2010

FB jadi ruangan terbaik

Salam 1Malaysia,


1. Sepatutnya semua barisan pemimpin negara harus menggunakan ruang dan peluang seperti ini untuk terus mendekati rakyat jelata.

2. Jika seluruh pemimpin negara dari barisan YB Menteri dan Timbalan Menteri, saya rasa rakyat akan memberi sokongan yang lebih kepada para pemimpin negara dengan secara suka rela tanpa diberi wang permata atau manis gula.

3. Niat ikhlas dalam bermesra dan mendekati para rakyat maheran itu akhirnya akan diterjemahkan melalui pangkah rakyat semasa hari pengundian nanti.

4. Tahniah dan syabas kepada beberapa pemimpin tertinggi Malaysia seperti Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Razali Ibrahim dan ramai lagi yang sentiasa bersama rakyat di ruangan Facebook.

5. Tahniah dan syabas juga kepada YAB Perdana Menteri kerana mengambil pendekatan ini untuk terus 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Harap betul-betul melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan bukan hanya retorik politik semata-mata.


Wassalam

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)