Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Tuesday, August 31, 2010

Kerajaan tak pernah tutup bincang isu siswa berpolitik - KHALED NORDIN

Justify Fullwww.bharian.com.my


PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah menutup ruang perbincangan berhubung cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik, sebaliknya menggalakkan diskusi secara ilmiah bagi mendapatkan pelbagai maklum balas mengenainya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah membuat keputusan bahawa berdasarkan kajian mendalam membabitkan semua pihak, cadangan itu belum boleh dipersetujui.

Beliau berkata, banyak isu lain yang lebih penting dan perlu diberi perhatian seperti kebolehpasaran graduan, kerjasama akademia dan industri, kerjasama universiti dan komuniti, pembangunan keusahawanan mahasiswa serta penerapan ilmu, nilai dan kemahiran mahasiswa.
“Kementerian sentiasa terbuka dalam isu itu, namun ia perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk mahasiswa sendiri,” katanya selepas melancarkan Program Semarak Kemerdekaan Ke-53 peringkat KPT, di sini semalam.

Sebelum ini, Kabinet memutuskan tidak membenarkan mahasiswa terbabit dalam politik kepartian kerana berpendapat Seksyen 15, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) yang dipinda baru-baru ini sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata KPT sedang mempertingkatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai hub inovasi rantau ini, sejajar pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) yang memberi tumpuan dalam bidang inovasi kerana sektor pengajian tinggi penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti yang mampu memenuhi aspirasi kerajaan khususnya dalam bidang inovasi.

“Sudah tiba masanya, kita memulakan pelan untuk menjadikan negara sebagai hub inovasi serantau, antaranya dengan menambah jumlah pelajar yang mengikuti pengajian pada peringkat lepasan ijazah, selain meningkatkan program penyelidikan serta pembangunan antara institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara,” katanya.


“Secara tidak langsung, usaha ini mampu menyumbang kepada usaha kerajaan menjana transformasi negara yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, kementerian memberi peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) kepada IPT yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan kerana tumpuan kini bukan lagi dalam bentuk fizikal.

Beliau berkata, tiada IPT baru akan dibuka dalam masa terdekat, kerana kerajaan mahu memberi lebih tumpuan kepada usaha meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan (R&D).


SUMBER : BERITA HARIAN 31 OGOS 2010

Monday, August 30, 2010

Memastikan kemerdekaan mapan untuk negara Oleh Khaled Nordin

www.khalednordin.com



IPT bukan saja tempat pengisian ilmu, tetapi juga membina tamadun, peradaban bangsa

SETIAP tahun kita didatangi Ogos iaitu bulan kemerdekaan. Lazimnya, apabila menjelang bulan keramat ini, pelbagai acara dan program disusun bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara, termasuk mengibarkan Jalur Gemilang.
Kedatangan bulan kemerdekaan bukan menjadi alasan untuk kita merayakannya tanpa sebab dan matlamat, sebaliknya ia mesti menjadi satu pegangan dan peringatan betapa pentingnya nikmat dan anugerah kemerdekaan serta kewajipan kita untuk mengekalkannya.
Kita memerlukan kemerdekaan bukan untuk tempoh tertentu saja, sebaliknya biarlah kemerdekaan itu kekal abadi selagi ada bulan dan matahari.

Selepas 53 tahun merdeka, kita akui pelbagai pencapaian negara diperoleh. Misalnya baru-baru ini, Malaysia menduduki tempat ke-37 dalam senarai negara terbaik dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa, sejahtera dan maju. Perkembangan ini membuktikan Malaysia berupaya memberikan persekitaran dan kehidupan selamat kepada rakyatnya hasil kemerdekaan yang diperoleh sejak 1957 lagi.

Bagaimanapun, pencapaian yang diperoleh itu tidak akan kekal lama sekiranya kita terus lena dan alpa. Kita perlu terus bekerja keras bagi memastikan kemerdekaan berkekalan. Konsep kemerdekaan mapan cukup penting kerana hanya kemerdekaan jangka panjang akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan.

Kemerdekaan mapan bukan saja boleh memenuhi keperluan semasa negara bahkan juga boleh menjamin kemajuan serta kesejahteraan negara dan rakyat pada masa depan. Dalam hal ini, kita percaya salah satu cara menjamin kemerdekaan lestari dan mapan ialah melalui pendidikan.
Dalam konteks sektor pengajian tinggi, kita sudah membina institusi pengajian tinggi (IPT) yang tujuan utamanya mengangkat pengetahuan masyarakat dan membina tamadun juga peradaban masyarakat dan bangsa.

Sebagai bangsa merdeka dan tidak terkongkong oleh kuasa penjajahan, penubuhan IPT amat signifikan terutama apabila kita mengaitkannya dengan proses perkembangan dan kemajuan ilmu yang mahu dipupuk mengikut acuan dan kehendak kita sendiri.

Peranan pengajian tinggi khususnya IPT dalam mengisi kemerdekaan cukup besar. Mereka bukan sekadar menjadi pusat perkembangan dan kemajuan ilmu untuk rakyat semata-mata, malah turut berfungsi sebagai alat berkesan dalam pembangunan negara khususnya memperkukuhkan jaringan sosio-ekonomi dan sosio-politik masyarakat, khususnya pada awal kemerdekaan.

Hal ini penting kerana seperti yang kita maklum, tahap perpaduan kaum masih belum kukuh pada era awal kemerdekaan terutama wujudnya ketidakseimbangan antara kaum khususnya dalam soal kedudukan ekonomi. Kewujudan universiti awam membuka akses besar kepada masyarakat, khususnya Bumiputera dan ini sekali gus merapatkan jurang perpaduan nasional apabila kedudukan mereka dapat dipertingkat melalui pendidikan.

Memperkasa identiti nasional

Kita percaya tumpuan universiti tidak seharusnya terbatas kepada perkara seperti pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), pencapaian kebolehpasaran graduan dan kedudukan dalam ranking semata-mata.

Sebaliknya, mereka perlu mengangkat martabat dan kedudukan sebagai institusi keilmuan yang turut menyumbang kepada pembinaan bangsa. Hal ini boleh dicapai antaranya melalui komitmen IPT dalam memperkukuh dan membudayakan nilai moral dan etika supaya akhirnya mereka mampu melahirkan generasi yang mempunyai akal budi tinggi dan nilai kemanusiaan sejati.

Perlu diingat, tanpa nilai moral dan etika, kita tidak mampu melahirkan warga negara hebat kerana apalah maknanya jika berjaya menggapai kemajuan tetapi pada masa yang sama, jiwa masyarakat kosong malah bejat dari segi perilaku dan akhlak.

Pada masa yang sama, IPT juga mesti memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara yang luhur melalui pembinaan identiti nasional. Sehubungan itu, sudah tiba masanya IPT khususnya sektor swasta melihat dan menilai semula kandungan kursus ditawarkan supaya tidak meminggirkan elemen dan perspektif tempatan.

Pendekatan kajian kes misalnya yang kini menjadi tumpuan dalam pembelajaran di IPT mesti mengambil kira kandungan dan contoh tempatan supaya pelajar mendapat gambaran mengenai realiti dan kedudukan negaranya. Hal ini penting kerana melalui pendekatan ini, kita mampu menjana penge tahuan dan kefahaman jelas di kalangan pelajar terhadap negaranya, sekali gus menimbulkan semangat kecintaan dan kekitaan yang tinggi. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Pendek kata, kemerdekaan amat bergantung kepada sejauh mana rakyat mengenali dan memahami negara mereka sendiri. Kefahaman terhadap sejarah dan kedudukan negara akan menjadikan mereka warga negara rasional dan adil dalam setiap tindakan.

Ini cukup penting jika kita kaitkan Malaysia sebagai negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian. Sikap tolak ansur dan menghormati sensitiviti kaum misalnya akan memperkukuhkan lagi tahap perpaduan di negara ini.

Kesimpulannya, peranan universiti dalam menerajui pembangunan bangsa seterusnya mengekalkan kemerdekaan sememangnya penting dan tidak boleh dinafikan. Jika universiti berada pada landasan betul serta memainkan peranan seperti yang dibincangkan, maka harapan menentukan kemerdekaan mapan akan dapat direalisasikan.

Penulis ialah Menteri Pengajian Tinggi


SUMBER : www.khalednordin.com

Thursday, August 26, 2010

Menteri Agama Bakal MB Kedah???

Sedang ghairah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah ke hulu ke hilir seluruh pelosok negeri Kedah kononnya untuk memulihkan Umno di negeri ini, tiba-tiba 11 ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar meletakkan jawatan.


‘Pukulan’ kepada Ahmad Bashah ialah kerana Alor Setar adalah bahagian yang dipimpinnya. Bagaimana dia nak menyatukan Umno Kedah yang sedang berpecah-belah, kalau bahagian yang dipimpinnya sendiri bercelaru.



Dalam catatan politik tanahair hampir tidak pernah berlaku perletakan jawatan yang begitu ramai dalam sebuah parti yang besar seperti Umno. Ia sangat mengejutkan.


Setelah usaha memujuk mereka kembali kepada jawatan dilakukan dengan serius hanya tiga orang sahaja yang bersedia kembali. Itupun dikatakan berlaku selepas mereka dihulurkan sumbangan duit raya dengan jumlah yang ramai orang akan ketawa mendengarnya.


Perletakan jawatan beramai-ramai ini berlaku selepas beratus ahli Umno dari kawasan DUN Bakar Bata dan Alor Mengkudu (dalam Parlimen Alor Setar) keluar parti untuk menyertai PAS beramai-ramai.


Sama ada cerita perletakan jawatan beramai-ramai ini berlaku dengan percaturan pihak lain atau ‘keikhlasan’ mereka sendiri maka yang pasti imej Dato’ Bashah sebagai calon Menteri Besar Kedah jatuh menjunam. Spekulasi bahawa dia akan diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan berakhir di situ sahaja.


Menurut sumber dalaman Umno, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom akan dilantik dalam masa terdekat sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah menggantikan Dato’ Shafie Afdhal yang sudah hilang keyakinan terhadap masa depan Umno negeri ini.


Serentak itu juga Jamil Khir adalah calon Menteri Besar bayangan BN. Sejak mendapat ‘arahan’ pihak atasan itu, anak aktivis PAS Jerai itu begitu kerap turun kawasan dengan memberi tumpuan kepada DUN Guar Chempedak.


Kawasan DUN Sungai Limau yang diwakili Dato’ Seri Ustaz Azizan tentulah bukan kerusi pilihan bagi Jamil Khir kerana di waktu PAS Kedah paling lemah pun, kerusi tersebut tidak pernah dirampas oleh BN.

Khabarnya banyak habuan duniawi telah dihampurkan beliau kepada penduduk di situ dengan menggunakan kedudukannya sebagai menteri.


Sekarang Jamil Khir adalah ketua Penerangan Umno Kedah. Dia dianggap tokoh paling layak memimpin Umno negeri ini. Soalnya dalam Umno ia tidak semudah itu. Tan Sri Sanusi Junid yang tinggi profailnya dalam Umno Pusat pun, jadi ‘orang asing’ bila balik memimpin Umno Kedah.


Bukan setakat di peringkat negeri, di peringkat DUN Guar Chempedak pun usaha menyekat Jamil Khir sudah berlaku.


Calon lain untuk jawatan Menteri Besar Kedah BN dalam bayangan ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Sebab itulah namanya turut tersenarai sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil Kota Siputeh. Dia dianggap bisa selagi Tun Dr. Mahathir masih bernafas.


Seorang lagi calon yang dijangka tidak akan mengalah ialah Ketua Pembangkang DUN yang juga bekas Menteri Besar. Buat masa ini dia masih mempunyai rangkaian di Kedah namun kian lemah.


Biasalah, budaya Umno mereka tidak akan bersandar kepada pemimpin yang tiada kuasa. Dato’ Seri Mahdzir Khalid menjadi sasaran belasahan blog-blog Umno Kedah atas pelbagai isu.


Senario politik semasa di Kedah makin menjarakkan mereka dengan persada kuasa. Rata-rata veteran Umno yang ditemui di negeri ini tidak yakin bahawa Umno akan kembali berkuasa. Bukan kerana parti itu tidak besar tetapi perpecahan dalaman mereka sudah berada di tahap kronik.


Agak menarik jika dalam keadaan nazak begitu pun, jawatan Menteri Besar sudah jadi perhitungan.

Setiap isu yang berlaku dalam negeri tidak lagi menjadi talian hayat mereka. Sebaliknya semua isu yang mereka cuba manipulasikan kembali menikam diri sendiri.


Terbaru ialah isu banjir lumpur di Sik yang kononnya diakibatkan oleh aktiviti pembalakan yang berlaku di situ. Sedang ghairah mereka menuding jari menyalahkan kerajaan negeri, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan bahawa lesen pembalakan di kawasan itu diluluskan di zaman BN.

Kompartment 73 Hutan Simpan Rimba Teloi telah diluluskan untuk pembalakan pada 25 Ogos dan 9 November 2005, dan ia dibahagikan kepada tujuh blok.


Tiga blok telah dikeluarkan lesen menebang, 4 blok lagi belum diberi lesen menebang kerana belum sempurna prosedur yang perlu laksanakan.


Khabarnya, salah satu blok yang belum dapat lesen menebang itu dianugerahkan kepada ADUN yang beriya-iya menjuarai isu banjir lumpur tersebut. Kini dia pula yang diselaputi lumpur apabila orang kampung semua dah tahu.

Memang menjadi amalan sejak berzaman, ahli politik tidak akan menggunakan nama sendiri dalam perebutan balak. Di atas kertas hanya nama proksi yang digunakan sebagai pemilik lesen tapi pihak yang terbabit tahu, ini kawasan si anu si anu.


Setiausaha Politik Menteri Besar dalam blognya mendedahkan, biasanya apabila surat tawaran kelulusan balak dikeluarkan, pemilik sebenar ataupun ‘politikus balak’ akan menerima bayaran untuk bahagiannya, dan dia tak akan muncul lagi dalam apa-apa urusan di kawasan itu. Pemilik atau penama lesen akan dapat bayaran duit lesen RM50 ribu (biasanya) untuk satu kawasan.


Pengusaha itu patut mendapat apa yang diusahakan, dan pemilik lesen pun patut dapat habuan dia kerana dia membayar duit lesen setiap tahun di samping cukai syarikat. Yang untung ialah 'pemilik sebenar' yang bersembunyi di sebalik lesen dan pengusaha tersebut.


Di zaman balak dianugerahkan secara besar-besaran dengan hanya premium RM1000 bagi hutan dara dan RM500 bagi hutan sudah kerja (KSK), para ‘politikus balak’ ini mengaut keuntungan berjuta ringgit. Duit ini akan diguna untuk mendapat tempat dan membina pengaruh untuk memanjat hierarki dalam parti politik.


Apabila tiba-tiba, datangnya banjir lumpur yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan; maka pemimpin-pemimpin Umno berlumba-lumba nak jadi juara rakyat, ia mengingatkan kita kepada pepatah Melayu ‘kokok berderai-derai tapi badan penuh najis.’



SUMBER : DETIK DAILY




KOMEN :


1. Wow... Dah ada 4 nama untuk jawatan MB Kedah UMNO...


2. DATUK MUKHRIZ TUN MAHATHIR dibawa naungan dan bayangan Tun M...


3. DATUK AHMAD BASHAH MD HANIPAH sambil kununnya buat kerja, dok sedang usha2 juga kerusi empuk tu...


4. DATUK SERI MAHDZIR KHALID bekas MB pun masih nak cuba masuk balik ke dalam Pejabat MB...


5. Dan sekarang DATUK SERI HJ JAMIL KHIR HJ BAHAROM yang dulu pendakwah bebas berkaliber pula dinamakan untuk mengisi Pejabat MB...

PEMBANGKANG, RAMAI ORANG YANG RAGU!!!

Pakatan Pembangkang Diragui Ramai -Kajian Blog

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Jika para pemimpin pembangkang sering menyalahkan media arus perdana yang didakwa berat sebelah, mereka mungkin perlu kembali mencermin diri kerana sebuah kajian di internet dilihat turut mempersoalkan kredibiliti pakatan yang menerajui lima negeri itu.

Buktinya, kajian oleh laman blog ‘Bicara Nobisha’ mendapati sebanyak 48.1 peratus responden Melayu berasakan pakatan pembangkang masih gagal memenuhi harapan pengundi; 27.9 peratus lagi tidak pasti dengan prestasi mereka dan hanya 24 peratus yang mengakui pakatan itu berjaya memenuhi kehendak rakyat.

Laman itu juga mendedahkan, sebanyak 66.8 peratus responden berasakan Barisan Nasional (BN) akan kekal mentadbir Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti sementara 33.2 peratus responden pula berpendapat tanggungjawab itu bakal diambil-alih pakatan pembangkang.

Selain itu, kajian tersebut juga mendapati sumber rujukan berita kurang mempengaruhi pendapat mengenai penguasaan parti-parti politik tempatan apabila pengikut media arus perdana mahupun alternatif menjangkakan BN akan kekal menerajui negara pada masa hadapan.

“Sebanyak 51.7 peratus responden yang menggunakan Internet sebagai sumber rujukan berita berpendapat BN akan terus menerajui kerajaan selepas PRU-13 sementara 48.3 peratus pula menjangkakan pakatan pembangkang akan menang dalam PRU-13.

“Sebahagian besar responden (daripada 86 peratus) yang mengatakan sumber utama mereka mendapatkan berita nasional ialah dari akhbar , radio dan televisyen berpendapat BN akan membentuk kerajaan persekutuan dalam PRU-13,” katanya melalui http://www.nobisha.com.

Kajian ‘Bicara Nobisha’ melalui http://malaysia2010.questionpro.com itu dilakukan bagi meninjau pendapat masyarakat Melayu mengenai suasana politik negara menjelang PRU-13.

Ia dilakukan secara atas talian bermula pada 8 sehingga 20 ogos lalu membabitkan 1,483 responden, dengan 1,383 ataupun 93.8 peratus daripadanya merupakan responden Melayu.

‘Bicara Nobisha’ menjelaskan, pandangan rakyat berbangsa Melayu adalah penting untuk diambil-kira kini kerana kaum itu secara politiknya telah berpecah kepada tiga kumpulan mengikut parti UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Dengan undi Cina yang dikatakan semakin berpihak kepada pembangkang, undi Melayu akan mencaturkan keputusan PRU-13,” jelas laman blog itu.

Mengenai pandangan rakyat terhadap kepimpinan negara pula, kajian itu mendapati sebanyak 56.5 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara sejak 16 bulan lalu.

Bagaimanapun, sebanyak 45.2 peratus reponden tidak berpuas hati dengan prestasi menteri-menteri kabinet; 28 peratus berpuas hati dan selebihnya tidak pasti dengan kredibiliti mereka.


SUMBER : UMNO Online

Wednesday, August 25, 2010

Isu khutbah: Tidak mustahil Islam bukan lagi agama rasmi Malaysia - Dr Mahathir

From AIDC




Tun Dr Mahathir Mohamad yang merujuk pada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat mengingatkan walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa,"katanya.

Serentak dengan itu bekas Perdana Menteri itu menegaskan nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini.

Berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di Kuala Lumpur Selasa Dr Mahathir berkata, umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya.

Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan.

Katanya, walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.

"Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis.

Justeru katanya, kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.

"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentang persaudaraan ini," katanya.

SUMBER : agendadaily & AIDC

Tuesday, August 24, 2010

PAS Perlis, Langkawi tetap mahu jambatan RM130b

PAS Perlis dan Langkawi hari ini menongkah arus dengan penduduk pulau tersebut apabila tetap mahukan sebuah jambatan dibina menghubungkan antara kedua-dua kawasan tersebut.

Malah mereka juga menolak pandangan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir yang tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan RM130 bilion itu atas alasan "menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu".

"Kalau pembinaan jambatan sahaja, ia tidak menjejaskan (kecantikan) pulau itu. Kita jangan jadikan Langkawi sebagai pusat perindustrian.

"Kekalkan sebagai pusat pelancongan. Kekalkan alam semula jadi flora dan fauna," kata Ketua Penerangan PAS Perlis Rus'sele Eizan.

Rus'sele mengulas cadangan pembinaan jambatan tersebut yang mendapat bangkangan daripada Dr Mahathir - penggerak utama kemajuan Langkawi.

Dilaporkan cadangan pembinaan jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis merupakan antara projek yang ingin dibangunkan oleh Juruelit Sdn Bhd dan Kalammas Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin dilapor berkata pihaknya mempunyai kemampuan dana untuk melaksanakan projek itu, yang akan dilaksanakan sekali dengan pembinaan jambatan monorel.

Tolak kemajuan

Jika menjadi menjadi kenyataan, jambatan itu dipercayai bakal mencatat rekod antara jambatan terpanjang di dunia.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Rus'sele yang juga ADUN Simpang Empat berkata, pembinaan jambatan itu sekali gus mampu meningkatkan ekonomi rakyat dan menarik banyak pelaburan ke Perlis.

"(Jambatan itu) dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut. Mereka akan datang ke Perlis, sebagai pusat transit (ke Langkawi). Ia dapat meningkatkan ekonomi dan pendapat rakyat," katanya.

Menurutnya, jambatan tersebut, jika menjadi kenyataan akan memudahkan penduduk di kedua-dua tempat berhubung antara satu dengan yang lain.

Sementara itu, timbalan yang dipertua PAS Langkawi Mazlan Ahmad pula berkata, pembinaan jambatan itu tidak akan menjejaskan alam sekitar dan kecantikan Langkawi sekiranya terdapat kajian mendalam berhubung perkara tersebut dibuat.

"Apa kena mengena pembinaan jambatan dengan kecantikan pulau. Saya rasa (ia) tidak merosak kecantikan (pulau).

"Kalau begitu (tolak jambatan), (maknanya) kita menolak kemajuan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


KOMEN :

1. Lebih baik gunakan RM130b itu untuk jaga kebajikan rakyat di Langkawi khususnya dan Kedah amnya.

2. Memang ada kena mengena antara membina jambatan tersebut dengan kecantikan pulau peranginan itu.

3. Tak sedarkah, jika sebuah jambatan panjang bernilai RM130b dari Kuala Perlis ke Langkawi dibina, maka berapa banyak kemusnahan kehidupan alam sekitar di lautan akan terancam atau tercemar?

4. Tak sedarkah, jika jambatan yang panjang itu wujud akhirnya akan memberi peluang beribu-ribu kenderaan masuk keluar ke Langkawi?

5. Pencemaran alam sekitar sudah pasti akan terjadi di Langkawi!! Karbon dioksida, Karbon Monoksida dan lain-lain sudah tentu akan bertambah dan tambah...

6. Walaupun sekarang kenderaan di Langkawi sudah beribu-ribu, namun penambahan kenderaan luar melalui jambatan itu akan lebih mengancam Langkawi...!!

Friday, August 20, 2010

Pakatan Rakyat kerjanya berjanji....

Pakatan Pembangkang Tidak Berpakat

5 hari lepas Lim Guan Eng janji lain, Guan Eng tidak kelihatan dalam gambar pun. Mungkin tempelak Zaid Ibrahim dan Saifuddin Nasuiton telah menyebabkan Guan Eng menghilang (baca sini). Bagaimana hendak jadi kerajaan, semasa pakatan pun tidak berpakat dengan baik.


Kalau orang lain, mereka cakap rasis dan perlu kena tindakan keras. Guan Eng ini seorang Ketua Menteri tetapi mengapa berkelakuan seperti itu?. Sama seperti bapanya, bukan lagi cakap tetapi dengan sengajanya memijak gambar orang Melayu. Kedua-dua tidak kena tindakan keras dan tidak pernah minta maaf pun. Esok lusa, kalau mereka menang entah gambar siapa lagi yang mereka akan pijak nanti.

13 Ogos 2010, Lim Guan Eng cakap kalau dapat Putrajaya janji RM1,000 pada warga emas, yang baru diberi di Pulau Pinang baru RM100 setahun. 25 Februari 2008, DAP janji RM6,000 setiap isi rumah, sudah menang hampir 30 bulan, janji itu hanya tinggal janji di Pulau Pinang. Hari ini (19 Ogos), Anwar pula berjanji pendapatan setiap isi rumah RM4,000 sebulan jika menang dalam pilihan raya. Nampaknya janji pembangkang tidak pernah konsisten. Orang yang berlainan, janjinya berlainan. Ini bukan berpakat namanya. Ini mahu berebut kuasa namanya.

Berapa peratus daripada janji ini sudah dilaksana? Bukan membantu rakyat Selangor untuk mendapat rumah, malah ekuiti pembelian rumah untuk orang Melayu diminta dihapuskan di Selangor. Lihat pada janji yang berbunyi "Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri". Apa sudah jadi pada janji ini? Pasir terus dicuri dan dikorek. Mengapa Ronnie Liu tidak disiasat kerana salah guna kuasa Exco?

Sebelum menang cakap lain, sudah menang jadi lain. Pembangkang sewajibnya melaksanakan dulu apa yang telah dijanji pada 2008 kepada pengundi di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Laksana dulu di tempat yang sudah dimenangi. Usah berbohong kepada rakyat. Semua janji ini sekadar dicipta untuk alih perhatian rakyat terhadap isu utama terhadap Anwar Ibrahim iaitu liwat. Berjanji memang senang, sudah menang cakap putar belit malah berbohong lagi.


SUMBER : ANGIN PERUBAHAN



KOMEN :

1. Ustaz di sekolah dulu cakap antara ciri-ciri orang munafik adalah berjanji tapi tak tepati...

2. Betul kata ANGIN PERUBAHAN, jika benar-benar nak membantu rakyat, laksanakan segala janji di 5 negeri yang masih di kuasai oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu...

3. Tapi dalam masa sama, BN juga harus mengotakan segala janji-janji pilihanrayanya di negeri-negeri yang mereka menangi...

4. Zaman sekarang, bukanlah zaman dimana orang atas boleh menyuap dan memperbodohkan orang bawahan atau rakyat marhaen lagi...

5. Zaman sekarang adalah zaman dimana rakyat sudah mula buka mata dan mengetahui benar dan salah...

6. Bak kata YAB Perdana Menteri, zaman dimana kerajaan tahu segala-galanya sudah tamat, dan sekarang adalah zaman dimana kerajaan perlu membuktikan dan meyakinkan kepada rakyat tentang segala janji...

7. Wahai parti-parti politik..... Jangan seronok berjanji siang malam tapi habuk pun tiada...


SARFAMS
Putrajaya

Thursday, August 19, 2010

Please... Bersatulah UMNO-PAS...


Ini adalah gambar kandid yang dirakam di Masjid As Salam Taman Medan semasa YAB Datuk Sri Najib Tun Razak melakukan 'walkabout' ke masjid tersebut. Tertera di dalam gambar, Datuk Sri Najib sedang mendengar tazkirah selepas Solat Maghrib daripada imam masjid tersebut bersama-sama jemaah lain. Beliau kemudiannya menunaikan fardhu Isyak dan solat tarawikh bersama kariah setempat.



Kesudian DS Najib untuk 'walkabout' di masjid ini dan berjamaah bersama rakyat jelata adalah perkara menarik untuk diperhatikan.

Lebih menarik apabila tazkirah di sampaikan oleh imam masjid As Salam. Umum tahu Pas kuasai masjid di Selangor sekarang.

Sebenarnya DS Najib sedia bertemu dengan sesiapa saja walau dimana sahaja. Bertemu di masjid dan dihidangkan dengan tazkirah orang Pas seperti yang berlaku malam tadi adalah keterbukaan PM.

Indahnya jika Umno + Pas boleh bersatu demi kepentingan umat Islam. Buangkan lah ego wahai semua pimpinan Islam dinegara ini. Berbincang lah untuk matlamat politik yang tuntas.


SUMBER : http://warisan2057.blogspot.com/2010/08/indahnya-islam.html



KOMEN :


1. YAB PM seorang yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan senang didampingi oleh sesiapa sahaja.

2. Beliau sudah sedar bahawa zaman dimana 'kerajaan tahu segala-galanya' sudah berakhir.

3. Saya yakin bahawa, YAB PM sanggup melepaskan beberapa hak beliau demi perpaduan Agama Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia ini sekiranya PAS dan UMNO sanggup bergabung dan bersatu-padu.

4. Sifat rendah diri dan menghormati orang lain yang ada pada YAB PM ini bukanlah sekadar lakonan semata-mata. Malah kesediaan beliau untuk bergabung dan berpadu dengan PAS-UMNO juga bukanlah suatu kepura-puraan.

5. Demi Agama, Bangsa dan Negara... Ayuhlah para pemimpin Islam di Malaysia duduk bersama-sama dan bersatu padulah di bawah satu perjuangan dan nakhoda... SARFAMS

Tuesday, August 17, 2010

Betulkah Kerajaan Negeri Kedah Bagi 'Bencana' Kepada Rakyat?


Ustaz.... Apa dah jadi dengan negeri kita nie....?




Undi rakyat bagi kepada PAS, ini Kerajaan Negeri beri kepada rakyat.....

Bukan nak menuduh secara membabi buta, tetapi kenapakah ini boleh terjadi di Kedah.....?


Kasihan negeri Tun Mahathir dah jadi macam nie.. Kedah Sejahtera dah berubah jadi Kedah Bencana kah....?

Ikuti pendedahan daripada KEDAH TIMES dalam isu balak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ini....



Negeri Kedah Darul Aman Negeri Jelapang Padi Malaysia...



KEDAH TIMES

Inilah juga hasil dari pembalakan yang mendatangkan pendapatan yang lumayan dan meningkat seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri.

Memang ianya ditender tapi pernahkah mereka membuat pemeriksaan bagaimana balak-balak ditebang? Dari pokok sebesar tangki air sehinggalah kepada sebesar tiang rumah ditebang. Sebab itulah pendapatan negeri hasil tebangan balak bertambah.

Jika kita lepak seharian di Kg Dato Syed Ahmad, Pendang, kita akan dapat melihat lori balak berselisih dari Sik menuju ke Padang Terap atau Kuala Nerang dan juga boleh melihat lori balak dari kawasan Padang Terap atau Pendang menuju ke Sg Petani atau Bukit Selambau. Begitulah hebatnya penebangan balak oleh kerajaan negeri.

Dan inilah hasil sampingan yang diperolehi. Di Teloi, Sik, banjir mengejut telah berlaku dan banyak penduduk yang mngalami tempias hasil tebangan balak.

Ini adalah hasil dari tiada tampanan oleh pokok-pokok besar kerana sudah habis ditebang. Maka air dengan laju dan mengejut meredah apa saja yang menghalangnya.

Kerajaan boleh berbangga dengan penambahan hasil dari open tender balak, tetapi bagaimana puna dengan hasil dar gambar-gambar ini?



Sejahtera Kerajaan, Bencana untuk Rakyat.

Monday, August 16, 2010

TIMBALAN MENTERI SALAH LAKU SEKS & DADAH???

KUALA LUMPUR: Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.
Click Here

“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantar seorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuran berkenaan.

Bagaimanapun semua perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh menyebabkan pihak polis menyerahkan kes terbabit kepada polis Perak untuk menyiasat kes berkenaan.

Polis turut mengambil keterangan dari ahli politik yang membuat laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Setakat ini kes terbabit akan diserahkan kepada pihak polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk disiasat berikutan kes dilaporkan di negeri itu.


SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Timbalanmenteribakaldisiasat/Article (HARIAN METRO)



KOMEN :


1. Jom kita lihat sapa yang kenaaaaa.......

2. Jom kita search timb. menteri yang manaaa.....

3. Pakat2 kita suluh sapa yang panas punggunggg......

4. Pakat2 kita tengok sapa yang nak kena kurunggg......

5. Kita usha timb. menteri mana tu yang gentlemannnnn....

6. Kita usha timb. menteri tu dari mana satu kementeriannn....

7. Ayoyo.... Karewaleeee....

8. Lepas nie tinggal togee..... (^_^)

Sunday, August 15, 2010

Kongres Cina Nak Bumiputera 'mati' dalam sektor ekonomikah?

Kogres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan

Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


SUMBER : MALAYSIAKINI




KOMEN :

1. Wah... Kongress Cina Malaysia, dah macam2 yg depa minta utk kepentingan depa sendiri...

2. Lepas satu, satu depa cuba nak 'menyenangkan' hidup depa d Malaysia nie... Dah la ekonomi depa yang jadi 'raja', nie nak minta lagi... Takut ka bumiputera jadi orang no.1 kaya di Malaysia???

3. Habis ekuiti dan hak-hak orang Melayu/bumiputera di bumi Melayu nie dah diserahkan kpd rakan2 bangsa lain di Malaysia nie...

4. Bermula drpd Jus Soli sampailah ke beberapa hak orang Melayu/Islam dah habis diberi satu demi satu kpd bangsa lain...

5. Orang Melayu yg berpegang kpd prinsip 'bertolak ansur' nie macam tak sedar yg sebenarnya mereka dah kehilangan hak2 istimewa mereka sendiri secara sikit2...

6. Takda sapa nak rasist, tapi hak tetap hak! Orang Cina, India dan lain2 juga ada hak depa sendiri... Tapi, janganlah ambik hak orang lain..! Janganlah diberi betis nak paha..!

7. Kalau masing2 sentiasa ingat akan sejarah penubuhan negara nie, dah tentu perkara2 macam nie tak berlaku...

8. Tengoklah nanti, kalau DAP menguasai Malaysia nie macam mana mereka perintah negara kita...

9. Lim Guan Eng dah umumkan beberapa 'hadiah' pilihanraya kalau DAP berjaya menjadi Kerajaan Pusat...

10. Cita2 Guan Eng ialah dia nak duduk di Perdana Putra, Putrajaya tu... Silap hari bulan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun takda peluang duduk di Putrajaya kalau Guan Eng berkuasa...

11. Sebab tu kita harapkan sangat parti politik UMNO dan PAS bergabung demi ISLAM dan MELAYU...!

12. Tapi masih ada pemimpin Islam Melayu nie yang tak mau bergabung sebab dendam lama masih berdarah... Yang jadi mangsa dan akibatnya ialah anak cucu kita akan datang...

13. Fikir2 kan dan selamat berfikir... :)

Thursday, August 12, 2010

Birthday DS Anwar Ibrahim Dapat Bunga Ungu Dan Kiss... Muuaahhh...


Fuhhh... Muuaahhh...

Nah gambar di atas di rakam oleh seorang yang berada di perkarangan Mahkamah pada hari Isnin yang lalu. gambar yang kita dapat saksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang Mencium pipi lelaki tersebut. Siapa lelaki tersebut?


Purple Flowers

Oooo ini lah lelakinya, lain macam bagi bunga pada Anwar Ibrahim. Bunga Ros Purple pulak tu.




SUMBER : www.papagomo.com




KOMEN :

1. Walla hu alam..

2. Moga Allah melindungi kita daripada fitnah dan bala bencana..

3. Berdoalah agar diri kita dijauhi daripada para pemimpin yang dilaknat Allah...

4. Perlu diingat bahawa setiap manusia ada baik dan buruknya, jadi tak mustahil ini terjadi...

5. Yang baik datangnya dari Allah, yang tidak baik datangnya dari kita umatNya...

Sunday, August 8, 2010

Politik Dah Masuk Kampus Masa Konvo...???


Pada 7 Ogos 2010, saya dimaklumkan bahawa kumpulan haram Pro Mahasiswa Universiti Malaya (proM UM) telah mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Dalam gambar di atas kelihatan, Ridzuan Othman (Pengerusi Bantah AUKU) yang masih berjubah selepas majlis konvokesyen melaungkan bantahan penghapusan AUKU secara terbuka di DTC.


Mereka tidak segan silu untuk membuat kecaman demikian di hadapan ibu bapa yang lain. Tentu ibu bapa pelajar yang lain akan menyangka AUKU itu adalah "benda" yang amat zalim hinggakan pelajar yang baru bergraduasi membantahnya selepas majlis konvokesyen universiti. Kalau bukan kerana AUKU, sudah tentu naib canselor, dekan, pensyarah dan pelajar di Universiti Malaya adalah daripada kalangan bukan Melayu. Disebabkan adanya AUKU nasib orang Melayu banyak terbela. Nampaknya AUKU perlu dibaca sampai habis dulu sebelum bertindak melulu yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Mungkin ada pihak lain yang menghasut dan memberi inspirasi kepada mereka untuk bertindak sedemikian.


Rupanya kehadiran YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar (Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai) telah memberi peransang kepada kumpulan Pro Mahasiswa untuk mengadakan demonstrasi tersebut. Kelihatan di gambar atas, Nurul Izzah sedang bergambar dengan pelajar-pelajar yang baru bergraduasi. Sejurus selepas sesi bergambar tersebut, demo membantah dan menghapus AUKU terus diadakan. Berdemo untuk bantah AUKU atau berdemo untuk tunjuk pada Nurul Izzah?


Mahasiswa memang sudah berpolitik dalam kampus. Tidak kira waktu pilihan raya kampus atau tidak, semasa majlis konvokesyen pun mereka berdemo. Kalau dibenarkan secara sah, sudah tentu mereka akan berdemo dalam dewan konvokesyen pula nanti. Kerja wakil rakyat pembangkang memang mudah, mengajak pelajar berdemo juga sebahagian daripada tugas tersebut. Kampus sudah menjadi medan ahli parlimen pembangkang turun berkhidmat sekarang ini. AUKU dijadikan alasan dalam kampus, ISA dijadikan alasan di luar kampus. Kedua-duanya dikecam kononnya mengokong mahasiswa dan rakyat. Kongkong apa lagi, mereka sudah diberikan kebebasan. Kalau universiti ambil tindakan, universiti pula akan dimarahi kerana dikatakan zalim. Oleh itu, peraturan itu akan menjadi seolah hidup segan mati tidak mahu. Majoriti pelajar lain perlu membuat sesuatu agar suara minoriti ini tidak menggangu gugat kebebasan yang dinikmati oleh majoriti.


Sumber : www.anginperubahan.blogspot.com


KOMEN :

1. Saya berpendapat, jika AUKU tiada atau dimansuhkan, mereka-mereka yang sedang pakai jubah konvo tu tidak akan merasa untuk memakainya dan tak merasa untuk masuk ke istiadat konvokesyen di U tersebut...

2. Bukankah dengan adanya AUKU ini maka wujudnya sebuah universiti, adanya seorang NC, wujudnya seorang pensyarah yang sah dan paling penting adanya pelajar yang dilindungi...?

3. Kalau tak bersetuju dengan hanya 1 perkara, so kita ubah itu saja lah...

4. Buat apa hanya kerana pintu tandas yang rosak tetapi habis satu bangunan dirobohkan...?

5. Berpolitik setiap masa, itulah cara mereka dalam kumpulan mahasiswa nie...

6. YB Izzah Anwar pula masuk ke dalam kampus dengan slumber pa pa ja...

7. Itu dalam masa mahasiswa tak dibenar sertai politik luar lagi tu, cuba bayangkan kalau politik luar 'dihalalkan' untuk semua mahasiswa...?

8. Saya rasa, bukan saja dalam majlis-majlis rasmi saja parti-parti politik akan masuk kampus, tapi sampai di tengah malam pun boleh YB mana-mana parti masuk ke bilik-bilik kolej mahasiswa...

9. Lepas tu, kita akan nampak akan wujud 'Bilik Gerakan BN Kolej Pendeta Za'aba UM', 'Markas PAS Kolej Rahim Kajai UKM' dan mungkin 'Pejabat DAP UPM'...

10. Gambar-gambar YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Datuk Seri Hj Hadi Awang akan digantung di setiap sudut kampus sampailah ke surau, bilik pensyarah dan tandas... Tak termasuk lagi tu gambar YAB Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO...

11. Lu pikir lah sendiri....................................................!!!

Tuesday, August 3, 2010

Autonomi Di Penang! & YAB Guan Eng Sokong 1Malaysia kah?



WOW...! Penang nak minta autonomi khas untuk 1 negeri Penang...

WOW...! Cadangan yang bagus tu kalau ditanya bangsa ... (Ini negeri kita yang punya)

WOW...! Cadangan yang bernas tu kalau ditanya bangsa ... (Ini macam kita ada can laa)

WOW...! Cadangan yang baik tu kalau ditanya bangsa ... (Ini suatu usaha penambahbaikan)


Ha ha ha...


Autonomi maksudnya nanti Kerajaan Pusat tak boleh nak campur tangan lah dalam apa-apa urusan di Penang... Wah, bagus-bagus.. he he he...

Adakah ini agenda tersembunyi Parti DAP (adik kepada PAP di Singapura) untuk melahirkan 1 lagi Singapura Cawangan...? he he he...

Jika sudah diautonomikan pula, macam mana nasib si bangsa Melayu si tuan tanah dan yang lebih penting keagungan AGAMA ISLAM...? adakah sanggup DAP nak bagi kuasa dan harta di Penang kepada Melayu dan meletakkan AGAMA ISLAM di tempat tertinggi...? he he he...

Sedangkan beberapa hari baru bergelar YB MP di sebuah kawasan pun dah mula nak tukar tulisan jawi dan suruh azan di setiap masjid dan surau di slow kan, inikan pula dapat autonomi di 1 negeri kaya... Buatlah autonomi tu di Penang, silap-silap 13 Mei akan berlaku pulak di sana... he he he...

Apa muslihat dan helah DAP di Penang...? Negeri-negeri lain tak mau ka cadangkan autonomi juga di negeri masing-masing...? he he he...



YAB Tuan KM Sokong 1Malaysia?



Ini semua kerja YAB Tuan Ketua Menteri Penang ka...? he he he... Depa kata YAB Tuan KM tu suka bermuka-muka dan suka belakon wayang opera...? he he he...

Setiausaha Agung DAP memakai pin 1Malaysia di blazzer nya... Ada orang kata itu bermuka-muka dan berlakon wayang.. Ada orang kata itu sebab nak bodek dan nak minta sesuatu.. Ada orang kata itu sebagai tanda menyokong gagasan kerajaan.. Ada orang kata itu sebab orang dah bagi kat dia suruh pakai... Apapun saya tak mau kata apa-apa.. he he he...

Baguslah kalau Setiausaha Agung DAP pun dah mula berminat dengan gagasan 1Malaysia.. he he he...




Sumber gambar : HOUSE PK

Monday, August 2, 2010

Benarkan mahasiswa berpolitik : "Jangan berkokok di luar"

He.. he.. he..



Cadangan mahasiswa berpolitik tidak wajar - Khaled

JOHOR BAHRU 31 Julai - Cadangan Pemuda UMNO supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa aktif berpolitik adalah langkah yang kurang wajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun saranan itu bersyarat iaitu pensyarah perlu menumpukan kepada pengajaran manakala pelajar memberi perhatian terhadap pelajaran namun pelbagai masalah akan timbul.

Katanya, jika warga universiti dibenarkan berpolitik, proses mempengaruhi akan berlaku termasuk pensyarah berjawatan politik berusaha agar pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong oleh semua pihak.

Beliau mempersoalkan apakah akan terjadi kepada universiti yang merupakan institusi tamadun sesebuah negara apabila warganya lebih sibuk kepada soal politik.

"Kalau kita hendak benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga.

"Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang UMNO dan pensyarahnya daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Golf Amal Mayang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled menyarankan Pemuda UMNO supaya mengemukakan cadangan yang sama kepada Majlis Tertinggi (MT).

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli UMNO akan patuh tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia 01 Ogos 2010



KOMEN :


1. TAHNIAH YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) kerana memberi cadangan yang bernas dan bersifat popular tersebut. Ini tandanya Pemuda UMNO berani?


2. Taknak kaji dan fikir masak-masak ka sebelum nak membenarkan golongan pensyarah dan mahasiswa berpolitik di luar kampus?


3. Dah kaji dan fikir sedalamnya akan kebaikan dan kelemahan yang akan muncul jika pensyarah dan mahasiswa bebas untuk terlibat politik luar?


4. Mungkin kata-kata YBM Pengajian Tinggi itu ada benarnya khusus kepada YB KJ.


5. Harap YB KJ kemukakan cadangan nie ke dalam mesyuarat MT UMNO dan BN lah...




* Mungkin kucar kacir jika yang 'dalam' boleh terlibat secara langsung ke 'luar' dan yang 'luar' akan sudah tentu menggunakan yang 'dalam' untuk kepentingan masing-masing...


Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)