It's about time.. ( komen saya dibawah news ni)
Jumaat September 3, 2010
Kursus PTD Akan Dirombak – JPA
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata cadangan tersebut perlu dilakukan berikutan modul kursus yang sedia ada dilihat tidak begitu fokus.
Kata beliau pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk memperkenalkan program latihan Askar Wataniah kepada pelatih PTD.
"Modul kursus sedia ada itu bagus, tetapi untuk menjalani latihan membabitkan ketenteraan, bomba dan polis selama enam bulan, terlalu banyak.
"Tempoh kursus selama enam bulan tidak akan dirombak kerana kami menyifatkan ia mencukupi untuk membina jati diri pegawai PTD yang baru memasuki perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media, di sini, Khamis.
Pada Mei lalu, seorang pelatih PTD telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
Norhashimah Wahid, 31, sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.
Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan cadangan rombakan itu dibuat berikutan kejadian kes membabitkan pelatih tersebut.
Sebaliknya, katanya cadangan itu dibuat berikutan mahu kursus itu lebih fokus yang kini menerapkan modul kursus daripada pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti bomba, polis dan tentera.
Beliau berkata cadangan memperkenalkan program latihan Askar Wataniah itu juga akan dapat menambah bilangan anggotanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan unit tentera simpanan itu.
Abu Bakar berkata jika program latihan askar wataniah itu dilaksanakan, ia akan diperkenalkan pada kursus PTD pada tahun depan.
Katanya pada masa ini, terdapat kira-kira 8,000 pegawai PTD daripada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.
Sementara itu, Abu Bakar berkata susulan kes kematian pelatih PTD itu, empat pegawai penyelaras kursus tersebut telah dikenakan tindakan iaitu dipindahkan dan digantikan dengan pegawai baru. -BERNAMA
Hmm....Satu cadangan yang bernas daripada KPPA yang baru, mungkin beliau dah lama dah memerhati dan menilai PTD-PTD yang dilahirkan semasa kursus DPA ini dari kacamata beliau semasa di MINDEF dahulu. Bukan kerana saya dah lepas, tapi idea latihan Askar Wataniah itu merupakan idea yang tepat, terutamanya dalam situasi negara pada ketika ini.
To be fair, DPA sebelum ini pun bukanlah sesuatu yang teruk. Maksud saya dari segi modul lah, kerana jika ditanya kadet yang pergi DPA, apakah modul yang korang rasa paling baik sekali di DPA? Pastinya mereka akan menjawab, ' Semua Modul luar yang tak melibatkan INTAN'. Ok, point taken.
Satu peristiwa hitam terjadi baru-baru ini semasa latihan DPA apabila seorang kadet meninggal dunia. Nak salahkan sesiapa pun tak boleh. Benda dah nak jadi. Tapi saya dimaklumkan oleh beberapa pihak termasuk Kadet sendiri bahawa part minum 'air stokin' itu cuma rekaan. Cuma yang dikesali politician pembangkang seperti Azmin Ali yang menangguk di air keruh dengan memaksimumkan peluang untuk bantai INTAN, JPA dan Kerajaan sampai melarat ke YAB PM sendiri. Kalau dia berani, kenapa tak put the blame on DYMM SPB YDP Agong kerana afterall, Kerajaan ini adalah Kerajaan Baginda?
Dengar-dengar cerita, di kenduri arwah, begitu ramai ahli politik pembangkang datang menziarah. Alhamdulillah, menziarah jenazah sesuatu yang baik, tapi dah jadi trend pembangkang negara ini yang suka mempolitikkan mereka yang sudah meninggal demi kepentingan politik mereka sendiri. Sila rujuk kes Kugan, Teoh Beng Hock, Altantuya Shaaribu dan tidak ketinggalan kes yang tersebut di atas.
Master Yoda pernah berkata, 'A good trainer you'd be, Good training you must' :-) Jadi, untuk memastikan keberkesanan dan kemantapan UDPA sebagai sebuah unit khusus dalam melatih kadet PTD, PP dan PPK mestilah dikalangan mereka-mereka yang terbaik dan terlatih. Dan pengalaman saya melihat mereka-mereka yang 'over-performed' semasa DPA akan diserap sebagai PP sebaik sahaja tamat DPA masing-masing. Tahniah! Ok, selesai satu bab, then to be a good trainer, pesanan Master Yoda tadi perlulah diikuti. Status INTAN sebagai 'premier training Institution' perlu dijaga. Kita perlu elakkan daripada terjadi seperti peatah Inggeris "Those who can't do, they teach" . Ini adalah sesuatu yang essential kepada training DPA kerana kadet-kadet ini bukannya 'budak asrama sekolah menengah'.
Bukan apa, sesetengah mereka ini berumur lebih tua daripada PP dan PPK yang ada di UDPA. Ada yang berpengalaman di sektor swasta berpuluh tahun sebelum mengambil keputusan meninggalkan gaji tinggi di swasta untuk menjadi 'PTD gred 41'. Bila kadet-kadet ini dilayan seperti 'budak sekolah menengah' e.g kena lecture tengah-tengah malam di Dewan hanya kerana seorang kadet buat 'slack', tak boleh nak salahkan keluhan yang keluar daripada mulut mereka.
Then, matlamat kedua 'Apa jenis Civil Servant yang mereka akan jadi selepas habis DPA?' Adakah cukup sekadar mengalami pengalaman seminggu jadi Askar, bomba dan polis? Cukup ke lecture dan practical mengenai etiquette di KGPA?
Hmmm.. bagaimana dengan nilai-nilai seorang penjawat awam yang tidak sombong dan berbangga dengan pangkat mereka? Ego yang perlu mereka buang sekiranya menjawat jawatan yang tinggi, ego berada di Ministry / Department yang kononnya superior from others? Ok, that's out of the question. Maybe itu indoctrination on Ministry level. I guess!)
Bagaimana dengan semangat nasionalisme mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat? Adakah di UDPA pernah di ajar bahawa rakyat adalah boss kita yang paling utama? How to handle political masters dan surat sokongan tanpa mengabaikan G.O? Adakah kadet-kadet ini diajar hubungan Politik - Perkhidmatan awam. Bagi saya semua penjawat awam harus tahu politik itu apa. Mana punca kuasa sesebuah kementerian? Sebab apa sesebuah Kementerian itu dipanggil keMENTERIan? Well, banyak juga persoalan-persoalan penting disini yang patut diambil perhatian oleh UDPA. Maybe INTAN tak banyak deal dengan politican, jadi pengalaman disitu agak terbatas. Cuma bagi saya, ianya amat penting dalam kita memastikan fungsi sesebuah Kementerian berjalan lancar dan harmoni.
Akhirkata, Selamat Maju jaya kepada set baru pengurusan UDPA dan Selamat Maju Jaya kepada kadet-kadet baru yang akan jadi Askar Wataniah (saya dengar sekarang ni semua lantikan kontrak)...
P/s: Dengar sekarang ni OBS (Out Bound School) pun dah takde?
SUMBER DAN PANDANGAN OLEH : www.ptd-kokak.blogspot.com