Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Thursday, October 28, 2010

Rakyat Galas Menggalas Pilihan SALAH @ TERBAIK

Kempen daripada Parti BARISAN NASIONAL



Kempen daripada parti PAS


WAHAI para pengundi di Galas, sedarlah bahawa anda sedang menggalas sebuah pilihan yang besar...

SEKIRANYA anda memangkah dan memilih yang SALAH, akhirnya kawasan anda akan menggalas masalah dan kekecewaan...

TETAPI sekiranya anda memangkah dan memilih yang TERBAIK, akhirnya kawasan anda akan menggalas kemewahan dan keharmonian...

JADI, sedarlah bahawa difikiran dan ditangan anda sekarang tergalas sebuah PILIHAN yang besar yang harus anda lakukan sehabis baik...

ORANG RAMAI yang memenuhi kawasan anda sekarang itu hanyalah bersifat sementara sahaja, akhirnya kawasan anda hanya akan tinggal anda, 'YB' baru anda dan Kerajaan YB baru anda sahaja nanti...

GALASLAH tanggungjawab ini dengan keluarlah mengundi CALON YANG TEPAT lagi HEBAT!


Wassalam...

Monday, October 25, 2010

Modal Calon BN takkan hanya "CELIK IT" ???

Baru sebentar Tadi Calon BN bagi Dun Galas saudara Aziz Yusof hadir melawat bilik Operasi UMB di mana markas kami dalam Media baru ini.


Dalam kesempatan ini Saudara Aziz Yusof sempat melayari akaun FB nya bagi mengemaskini laman FB nya.



Ternyata Walaupun pihak PAS memperlekehkan Calon BN ini yang hanya taraf SPM tetapi mereka silap kerana Calon BN bukan Buta IT seperti Calon PAS Dr Zul itu yang berkelayakkan Ijazah.



Harap kepada yang ingin menyuarakan sokongan kepada Calon BN sila ikuti Facebook Beliau dengan mencari nama FB AZIZ GALAS.



Saudara Aziz Yusof mengucapkan terima kasih kepada Para petugas UMB yang ada dan menyampaikan salam kepada semua pejuang pejuang Media Baru untuk terus berjuang dalam memastikan kemenangan BN di Dun Galas, Batu Sapi dan seterusnya PRU 13 nanti.



Psssttt... Tak sangka Calon BN celik IT! Mantap!!!!



KOMEN :


1. Syabas dan tahniah kepada Calon BN di PRK Galas kerana beliau mampu membuktikan bahawa beliau tidak buta IT...


2. Namun harus disedari oleh para Jentera BN, adakah para pengundi Galas akan terpesona dan tersentuh hati sekiranya BN hanya bermodalkan "calon BN tidak buta IT"???


3. Modal "tidak buta IT" itu sepatutnya tidak menjadi modal utama untuk memenangkan En Aziz Yusof...


4. Kadang2, orang kampung tak kisah pun YB mereka itu celik IT atau tidak... Bg mereka cukuplah YB mereka itu memiliki hubungan silaturrahim yang erat dgn mereka..


5. So, jangan terlalu berkepak dgn modal ini jika betul2 nak menang besar...


6. Jgn lupa kata YBM Ku Li bahawa beliau nak menang besar PRK kali ini.. Beliau nak parti beliau menang di Galas..


7. Semoga berjaya dan menang besar... Kalau tidak menang besar di Galas, disyorkan agar galas beg balik cepat2... :-)

Friday, October 15, 2010

Intipati Bajet 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Berikut petikan penting ucapannya:

  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Thursday, October 14, 2010

3 jejaka hensem....

Rashid...?




Rahimi Osman





Saiful Bukhari Azlan



Wahhhhh...... 3 jejaka nie mengaku bahawa depa pernah diliwat oleh Boss depa sendiri masing2 dalam situasi dan waktu yang berasingan...

Secara tak semena-mena depa 3 orang nie terus jadi popular mengalahkan pemenang Bintang Artis Popular Malaysia...

Eden tak tau nak cakap nie benar atau tidak... Tapi kalau dah siap angkat sumpah di dalam masjid rumah Allah dan junjung Al Quran Kalam Allah tu apa lagi yang kita nak nafikan...?

Kalau eden curi handfhone jiran bilik sebelah pun dan lepas tu disuruh junjung Al Quran beserta sumpah di masjid, komform eden gelabah dan pecah peluh...

Eden masih waras dan masih tau bahawa kuasa yang setinggi-tinggi kuasa yang takda tandingannya adalah kuasa Tuhan...

Dok mahu eden durhaka kepada Tuhan... huhuhu...

Ramai yang tanya eden, betulkah apa yang terjadi kepada depa 3 orang anak muda hensem nie?

Eden jawab, eden tak tau nak jawab BETUL atau TIDAK BETUL sebab eden takda di tempat kejadian.. hahahaha!

Tapi eden kata kat depa kalau dah sampai sanggup bersumpah dan junjung Al Quran tu apa lagi yang kita taknak pecaya? Kita nak pecaya kat Boss depa 3 orang nie ka atau kita nak pecaya kat Agama Junjungan kita...?

Eden hanya boleh kata 'hanya Tuhan yang mengetahui' pekara nie... Sebabnya manusia memang zahirnya nampak lawa, smart dan baik belaka...

Tapi dalam hati dan jiwanya kita tak tau dia macam mana.. Jangan kata yang dok pakai ketayap putih berserban tu semuanya akan masuk Syurga Allah, dan jangan pula kata yang dok pakai jeans koyak lepak dengan mat rempit malam2 nie takkan bau Syurga Allah...

Tak semua jahat tu terzahir di luar bodynya... Dan tak semua yang baik tu terpapar di luar tubuhnya...

Hehehehe...

Ehhh, sapadia Boss depa 3 orang nie ekk...?

Yang nie ka.....? ..................................>


Ai

Thursday, October 7, 2010

Mustaffa Kamil Ayub 'muka mulut' tentang Muhyiddin Yassin

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan “mengapi-apikan sentimen Melayu” disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.

Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 berkata – perkara itu juga disebakan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.

“Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara,” katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.

“Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara.”

Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini “berganjak” kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi “terancam”,

Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai “orang kanan Anwar”, antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.

Alat Dr Mahathir


“Sehingga dalam banyak keadaan (pada masa itu) beliau agak tersisih daripada arus perdana politik (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada masa itu.

“Tetapi kini beliau sudah dapat rasakan ada kekuatan yang tersendiri, oleh itu pendekatan dan imej yang beliau ketengahkan agak berbeza berbanding 10 tahun lalu,” kata aktivis belia dan NGO Islam itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur tengah hari semalam, Mustaffa tidak menolak kemungkinan timbalan perdana menteri “yang sukar senyum tetapi berhati baik” itu mungkin diperalatkan Dr Mahathir bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam konteks politik Umno, hal itu mungkin saja berlaku,” katanya sambil berkata perkara itu mungkin bertujuan mempertahankan legasi panjang pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.

Tanpa segan, Mustaffa - yang kini mengorak perjalanan politiknya sendiri melalui PKR dan mula menggapai kedudukannya yang sama dengan Muhyiddin dalam Umno sebagai timbalan – sanggup berdebat dengan mantan bosnya itu berhubung isu Melayu.

“Apa yang tidak betul, kita akan kritik, termasuk (isu) yang terbaru ini. Beliau yang kita faham berada di belakang PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) membawa sentimen Melayu... Dan saya sedia mencabar beliau (nyatakan) juga bagaimana bentuk Melayu yang kita ketengahkan?

Tiga persamaan dengan Muhyididin


“Apakah Melayu yang boleh mengizinkan rasuah boleh berleluasa? Ataukan pimpinan Melayu boleh membenarkan penyelengan wang rakyat terbiar begitu sahaja?” soal Mustaffa bertubi-tubi.

“Jika ingin beliau gunakan sebagai alat untuk memenuhi aspirasi serta serakah politik Umno, itu kita akan serang habis-habisan. Dan jika beliau ingin berdebat, kita juga sedia berdebat dengan beliau dalam hal itu.”

Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.

“Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standard (pilih kasih) dalam politik yang mereka lakukan,” kata Mustaffa.

Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.

Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi “dokongan baik” kepada Anwar.

Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.

SUMBER : MALAYSIAKINI



KOMEN :

1. Mustafa Kamil Ayub sudah mula bersuara melaga-lagakan bekas boss dia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin...

2. Adakah ini suatu strategi untuk melonjakkan nama dia dan menjadikan dia popular sehingga memberi kemenangan kepada dia dalam pemilihan PKR nanti?

3. Persoalannya, kenapa baru sekarang dia membuka mulut pasal perkara itu?

4. Seperti ada niat jahat tersembunyi akan tindakan yang dia lakukan ini...

5. Syabas Mustafa Kamil Ayub, syabas!

Wednesday, October 6, 2010

Kebanyakan pusat hiburan, hotel di Langkawi guna CD cetak rompak

LANGKAWI: Kebanyakan pusat hiburan dan restoran di Langkawi yang menawarkan perkhidmatan hiburan didapati menggunakan cakera padat (CD) cetak rompak.


Pengarah Operasi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Abdul Rahman
Ghazali berkata, pihaknya berharap pengusaha pusat hiburan dan restoran supaya
menggunakan CD yang tulen dan mendapat kebenaran daripada RIM untuk memainkan
lagu-lagu itu bagi mengelakkan didakwa.

"RIM akan terus mengadakan pemantauan di pulau peranginan ini...sebelum ini
telah diadakan di hotel-hotel," katanya kepada pemberita selepas operasi
membanteras CD cetak rompak oleh Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Daerah Langkawi, Azmi Dan berkata
operasi itu menyerbu sebuah pusat hiburan serta merampas 73 keping CD cetak
rompak serta peralatan yang digunakan, yang kesemuanya bernilai RM7,000.


Operasi bersama KPDNKK Langkawi, Alor Setar dan RIM itu disertai 30 anggota
penguat kuasa.

Azmi berkata, operasi buat pertama kali itu diadakan berikutan aduan pihak
RIM untuk membanteras kegiatan itu di Langkawi.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke
atas pusat-pusat hiburan dan restoran di Langkawi yang menawar perkhidmatan
hiburan bagi memastikan mereka tidak menggunakan CD cetak rompak.

"Pengusaha yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa di bawah Akta Hakcipta
1987," katanya. -Bernama

BERITA : HARIAN METRO

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)