Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Monday, November 29, 2010

Sultan Selangor dukacita orang Melayu gadaikan perkataan Melayu!!!

Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan



SHAH ALAM: Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa dukacita dengan segelintir orang Melayu yang tidak memiliki rasa megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan Melayu itu sendiri untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia ini.


Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai 'Tanah Melayu' , 'Negeri Melayu Bersekutu' dan Raja Melayu sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

Sultan Selangor turut melahirkan rasa bangga dan sukacita dengan langkah kerajaan Malaysia yang akan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat wajib untuk dipelajari oleh rakyat di sekolah negara ini.

"Beta percaya dengan arahan ini ia akan membuka minda dan kefahaman dari pengetahuan berhubung peranan penting yang berlaku dalam sejarah tanah air untuk tidak timbulnya syak wasangka dan persoalan yang mencurigakan hingga timbul salah faham terhadap sesama rakyat di negara yang kita kasihi ini," titah Sultan Selangor pada Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Sunday, November 28, 2010

THE CURRENCY


By
Dr. Mahathir Mohamad
1. The Malaysian Ringgit has appreciated after control was removed. It is now stronger against the US Dollar by approximately 20 per cent.

2. What does this mean to the people? It should result in imports becoming cheaper if not by 20 per cent at least by some percentage below that.

3. But I don't think Malaysian imports paid for in US Dollars is noticeably cheaper in Ringgit. Why is this so?

4. When the currency appreciates through market forces, it is neither constant nor does it do so at specific rates. It may appreciate a little, then depreciates. Then it may appreciate again.

5. It takes a long time before the strengthening is substantial as to affect costs of imports or exports.

6. Under this circumstance the depreciation in price of imports cannot be monitored. Despite an appreciation of the Ringgit against the US Dollar by 20 per cent, there may not be any change in the price of imports in Ringgit. In some cases the price might increase.

7. It is only when Malaysians travel abroad that they may feel richer due to the appreciation of the Ringgit.

8. But if the rate of exchange is controlled, then it will be possible to monitor the prices of major imports and their retail prices. Sugar, flour, components for manufacturing industry, petroleum products and even manufactured goods should be cheaper in Malaysian Ringgit when it appreciates and dearer when it depreciates. If through control we strengthen the Ringgit by 20 per cent then we should be able to enjoy imports cheaper by about that percentage.

9. If the Ringgit is controlled, how should the Government determine the exchange rate of the Ringgit at a given time. In 1998 the Ringgit was fixed at RM3.80 to the US Dollar because that was roughly the rate of exchange of the currencies of our neighbours against the US Dollar. We did not want our Ringgit to be too strong compared to the currencies of our neighbours. We wanted to remain competitive.

10. An appreciation of 20 per cent to the 1998 exchange rate would be about equal that of the current appreciation of the Thai Baht.

11. When to fix the new rate is dependent on the behaviour of the currency of our competitors. We should avoid small increases or decreases but should wait until the gain or loss would be around 10 per cent. Prior to doing this we should monitor the prices of our imports and exports. When we announce the new rate we can determine the gain or loss by the importers, wholesalers and retailers. The prices can then be calculated and any gain passed on to the consumers.

12. That is the advantage of currency control over free float even when managed.

13. It is strange that at the time when many countries have decided on currency control Malaysia is thinking of freeing the Ringgit from any control.


SUMBER : BLOG CHE DET

Saturday, November 27, 2010

Berjayakah atau gagalkah DASC pimpin KBS???

YB Datuk Ahmad Shabery Cheek


Siapakah Dato' Ahmad Shabery Chik? Beliau ialah seorang lulusan Yayasan Anda. Sebuah institusi pendidikan untuk geng drop-outs mencuba kali kedua. Institusi ini dikatakan diasaskan oleh Anwar Ibrahim. Ketika itu agaknya dan pastilah Anwar dan Shabery punya hubungan yang intim. Seintim mana?

Kemudian Dato' Ahmad Shabery Chik dikatakan belajar ke Universiti Malaya. Dan menjadi Pemimpin Mahasiswa. Beliau pernah juga menjadi orang kuat Semangat 46 sebagai Ketua Pemuda.

Politik Shabery mula naik kembali di zaman Pak Lah. Beliau dilantik sebagai Menteri Penerangan selepas PRU12.

Apakah yang dibuat oleh Shabery semasa di Kementerian Penerangan? Ya, dia ajak mantan sifunya berdebat isu minyak! Shabery menang ker kalah? Kalau dikira berapa banyaknya keluar buih dari mulut dianggap kalah; maka Shabery telah tumpas terhenyak oleh mantan Sifunya.

Kini beliau pimpin Kementerian Belia dan Sukan. Berjayakah beliau pimpin Kementerian ini? Jadi kami mengajak anda sekalian memberikan komentar.... Berjayakah atau gagalkan Shabery pimpin KBS???


SUMBER : www.perakbangkit.blogspot




KOMEN :

1. Benarkah apa yang diperkatakan ini...?

2. Hanya Tuhan yang tahu...

3. Jika marhaen ada pandangan/komen pasal beliau, bolehlah kongsi bersama...

4. Kalau boleh yang membina dan memberi manfaat kepada semua...

5. Semoga Dato Sri Najib Tun Razak dapat petunjuk untuk membentuk kepimpinan negara yang benar ikhlas demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA...

Friday, November 26, 2010

Haji Jalal yang jalang....

Gambar hiasan...


Namaku Pak Haji Jalal...mengapa aku pecat Secretary ku yg seksi???


Minggu lalu, besday ku yang ke-40 tahun!
Aku turun sarapan dgn harapan isteriku ingat & mengucapkan dgn penuh mesra “Selamat HariJadi ya Suamiku Sayang".

Waktu berlalu, isteriku sama sekali tidak mengucapkan sesuatu! Ya, itulah isteriku!

Mungkin anak2ku ingat, Besday papanya.
Tp x seorang pun anak2 ku dtg ke meja utk sarapan, mrk pun x mengucap satu katapun kpd ku.

Akhirnya aku pegi kerja dgn rasa Sedih!

Aku msk ke bilik ku,
Secretary ku, Emy menyapaku
“Morning Boss , Selamat Harijadi“
Aku merasa sedikit terubat, sebab secretary ku mengingati harijadi ku.

Time lunch, Emy mengetuk pintu bilik ku “Apakah Boss x sedar bahawa sudah masuk waktu lunch, hari ini kan besday Boss, mari kita pergi lunch"

“Wow, itu Idea yg baik! Ok, mari kita pergi lunch“ jwb ku..

Kami pun pergi lunch berdua.

Setelah Lunch, Emy berkata “Hari ini indah kan Boss, kita tak payahla ke opis lg kan Boss?“ Kita pegi berseronok sajalaa..

Saya mengangguk!

Lalu Emy mengajak saya pegi ke apartment nya.

Setiba di apartment nya, dia berkata “Boss, maaf tunggu sekejap ya, saya mahu ke bilik tidur utk menukar pakaian, agak panas ari ni..“.

"Tentu saja" sahutku dgn gembira!!pikiranku negativvvvvve

Emy masuk kebilik tidurnya. Kira-kira 10 minit kemudian...

Emy keluar membawa KEK besday, diiringi Isteri n anak2ku serta bersama rakan kerjaku sambil menyanyi Happy Besday To U..

Aku duduk TERPAKU di atas sofa, dgn telanjang bulat tanpa sehelai benangpun...


from my BBM...

Wednesday, November 24, 2010

Bantuan banjir: Azizan berterima kasih kepada pusat

Ustaz Haji Azizan Bin Abdul Razak

ALOR SETAR 24 Nov. - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berterima kasih kepada kerajaan pusat dan agensi-agensinya kerana bantuan yang diberi ketika banjir teruk melanda negeri ini baru-baru ini dan juga bantuan pasca banjir.

Bagaimanapun beliau agak terkilan kerana bantuan itu tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri atau diselaraskan dengan usaha bantuan kerajaan negeri sehingga menyebabkan timbul dakwaan kerajaan negeri lepas tangan dan tidak menghulurkan bantuan.

Beliau berkata, di peringkat negeri, pengerusi jawatankuasa bencana adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan segala bentuk bantuan sepatutnya dimaklumkan bagi mengelak pertindihan bantuan.

"Walaupun pusat beri bantuan, saya tidak lepas tangan. Ramai tidak tahu bahawa kami juga menyalurkan bantuan sebanyak RM2 juta yang disalurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebuah agensi pusat,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan wang bagi digunakan jika banjir berlaku tetapi kerajaan negeri berhadapan dengan kekangan peralatan dan logistik dalam membantu mangsa banjir.


SUMBER- Bernama


KOMEN :


1. Sempoinya MB Kedah... wa caya sama lu la Ustaz.....

2. Agak-agak next election beliau masih mampu jadi MB Kedah lagi ke tak ekk...?

3. MB PAS yang menyokong 1Malaysiaaaaa....

Tuesday, November 23, 2010

PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota Kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.


SUMBER- BERNAMA

Tuesday, November 9, 2010

Mustaffa Kamil bila lagi nak undur diri?

Saudara Mustaffa Kamil Ayub
Calon Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR)



Naib Presiden PKR, Setiausaha Agong PKR, Ketua PKR Sarawak, Ketua PKR Perak,
AJK SEHARUM, AJK Biro Antarabangsa & AJK Biro Latihan



MUS WAJAR TARIK DIRI !! Manipulasi undi di Libaran dan Sandakan, gesa Sdr. Mustaffa tarik diri
( Abdul Aziz Anon )

Sebagai sahabat seperjuangan Sdr. Mustaffa Kamil Ayub yang mengenali beliau secara dekat ketika bersama dalam gerakan belia, saya menggesa Sdr. Mustaffa Kamil untuk menjaga integriti peribadi beliau dengan menarik diri dari proses pemilihan PKR yang nyatanya berat sebelah dan dipenuhi manipulasi oleh pihak lain yang bertanding.

Tindakan Dato’ Zaid Ibrahim yang menarik diri adalah sesuatu yang tidak mengejutkan berikutan rentetan dakwaan beliau bahawa terdapat manipulasi undi yang memenangkan YB Azmin Ali. Kelemahan dan permasalahan berbangkit tentang pengurusan pemilihan PKR oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Sekretariat Ibu Pejabat PKR adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pemilihan PKR sememangnya sungguh meragukan.

Apa yang berlaku di cabang Libaran dan Sandakan adalah bukti jelas proses pengundian yang tercemar di mana berlakunya manipulasi undi. Di cabang Libaran dengan seramai 1,501 ahli, sebanyak 898 ahli keluar mengundi dengan peratusan keluar mengundi 59.83%. Keputusannya, Azmin dapat 881 undi, Zaid 8 undi dan Sdr. Mus 6 undi. Sedangkan semasa pemilihan Jawatankuasa Cabang PKR Libaran hanya 99 ahli (6.60%) sahaja yang datang. Mana mungkin dalam tempoh kurang sebulan peningkatan keluar mengundi begitu mendadak.

Isu yang kedua, JPP hanya mencetak 50% kertas undi dari jumlah semua ahli dalam sesuatu cabang. Tetapi bagaimana pula di cabang Libaran, kertas undi dan jumlah yang keluar mengundi lebih besar dari jumlah kertas undi yang disediakan.

Perkara yang sama juga berlaku di cabang Sandakan dengan anggota parti seramai 1,047 orang. Sejumlah 456 orang keluar mengundi (43.55%), sedangkan pemilihan peringkat cabang yang sepatutnya lebih ramai dan lebih panas hanya 81 orang yang hadir. Mana mungkin peningkatan begitu mendadak dan menyaksikan Azmin mendapat 417 undi, Zaid 25 undi dan Sdr Mus 13 undi.

Dalam masa sama, 16 cabang di Sabah yang turut sama mengadakan pemilihan hanya mencatatkan peratusan keluar mengundi secara purata 8.09%. Hanya Libaran dan Sandakan yang begitu ketara perbezaannya.

Saya menggesa Sdr Mustaffa Kamil Ayub untuk turut menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden demi menjaga integriti peribadi beliau, serta untuk menghantar mesej yang jelas kepada JPP dan Sekretariat Ibu Pejabat. Kedua-dua badan tersebut mesti digantung dari menguruskan pemilihan ini, yang kini jelas diragui dan tidak telus. Puncuk pimpinan, khususnya Ketua Umum sewajarnya membuat tindakan bagi mengelak perpecahan yang lebih parah jika pemilihan PKR diteruskan.

Mesej Daripada : Abdul Aziz Anon



KOMEN :

1. Seperti yang seringkali di beritahu oleh rakan-rakan Bloggers lain, terutama Bloggers Pro UMNO, sistem pemilihan pemimpin dalam parti PKR ini adalah wayang semata-mata.

2. Hanya calon yang pro kepada DS Anwar Ibrahim sahaja yang bakal berjaya mendapat tempat sebagai pemenang kepada mana-mana kerusi yang dipertandingkan itu.

3. Tambahan pula, kerusi Timbalan Presiden PKR bukanlah sebuah kerusi yang calang-calang. Sesiapa yang bergelar Timbalan Presiden PKR selepas sesi pemilihan ini dibuat adalah 'waris' terdekat kepada 'tuan empunya PKR' iaitu DS Anwar Ibrahim.

4. Jadi, secara logiknya DS Anwar Ibrahim tidak akan senang-senang atau begitu mudah akan membiarkan mana-mana orang untuk bergelar Timbalan Presiden PKR. Hanya orang kepercayaan dan 'anak emas' DS Anwar Ibrahim saja yang mampu duduk di kerusi tersebut.

5. Oleh sebab itulah, rakan kepada Sdr. Mustaffa Kamil Ayub telah menyarankan beliau untuk mengikut jejak langkah Datuk Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

6. Mereka sedar bahawa tiada lagi harapan baru untuk Mustaffa Kamil bergelar Timbalan Presiden PKR selagi nama emas YB Azmin Ali masih ada dihati sanubari YB DS Anwar Ibrahim.

7. Sia-sia dan buang boreh saja kalau Sdr Mustaffa Kamil meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Jika beliau bertanding juga, sudah tentu masa depannya dalam PKR akan berubah dan menjadi anak buangan kepada pasangan ibu bapa tiri...


Selamat memilih calon-calon pro DS Anwar Ibrahim wahai ahli-ahli PKR...

Monday, November 1, 2010

GAMIS perlu galas risiko di Galas...

PANAS BERAPI! APA BENDA GAMIS BUAT KAT GALAS NI?



Wow, aku tak tahu pun yang pelajar U boleh berkempen kat sini ya? Boleh ke mereka ni berkempen kat Galas wahai Zulkifli Nordin? Kau bagi ke? Wah ingatkan kita masih ada akta AUKU..

Ada seorang hamba Allah telah menelefon nombor telefon yang tertera kat atas brochure tu semalam dan ianya telah dijawab oleh Brader Nazri, apabila orang ini bertanya kenapa anda sebagai pelajar 'get involved' dengan kempen di Galas!

Dengan angkuh sekali mamat tu jawab, itu hak saya sebagai rakyat Malaysia, apa salahnya saya berkempen? kata Nazri Harami yang tak sedar diri..

Baiklah, aku tak isah Nazri kalau kau nak berkempen, tetapi kau masih belajar dik, jangan rosakkan pemikiran kamu dengan BUDAYA KUNYIT ciptaan Anwar dan BUDAYA NICKY AJIS yang menyesatkan Islam!

Aku tak marah kat Gamis! AKu cuma sedih melihat korang dipergunakan macam kuda tunggangan oleh parti=parti pembangkang yang tak bertanggungjawab ni, aku sayang semua adik-adik pelajar di Universiti, aku nak kamu berjaya dalam hidup!

Aku cukup tak suka bilamana kamu semua adik-adikku diperguna oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab ini, tak kira la dsri pembangkang ke mahupun dari kerajaan, tugas sebenar kamu adalah belajar dahulu, dapatkan ilmu lepas tu keluar dan berjuang ikut mana yang kamu suka!

Tolonglah dengar pesanan abang kamu ni wahai adik-adikku yang tersayang, jangan bazirkan masa kamu, gunakanlah masa tersebut untuk menimba ilmu, bila sesuatu terjadi pada kamu semua kerana melanggar AUKU, takde sapa pun dari kalangan mereka ni akan datanag dan membantu!

Wahai GAMIS! Jangan la kamu rosakkan minda suci adik-adiku di menara gading!


SUMBER : PARPU KARI




KOMEN :

1. Tak habis-habis lagi kaa...?

2. Dengan 4 orang ditangkap di Hulu Selangor, 2 orang di Perhimpunan Agung UMNO dan sekarang hampa pula di Galas...

3. Galas risiko dan tanggungjawab yang bakal hampa terima kalau dah berani sangat nak pegi berkempen...

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)