Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Wednesday, October 19, 2011

LEPASAN MATRIKULASI TAK SEMESTINYA 100% DIJAMIN KE UNIVERSITI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA


Hari nie 19 Oktober 2011 terpapar secara EKSKLUSIF dalam Berita Harian muka surat 1-2 mengenai kehampaar para pelajar Matrikulasi yang tak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Menurut statistik oleh Kementerian Pengajian Tinggi, seramai 64,703 calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi yang memohon ke IPTA tetapi hanya 41,267 pelajar saja yang berjaya DITAWARKAN TEMPAT MENERUSKAN PELAJARAN KE IPTA.

Oleh itu, Menteri Pengajian Tinggi YB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin telah menjawab isu ini dengan mengatakan bahawa :


a. KPT akan melihat kembali isu ini supaya tiada kes pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tercicir daripada menyambung pengajian dek kerana kekurangan tempat.

b. Kemasukan ke IPTA adalah berdasarkan KELAYAKAN MENERUSI SISTEM MERIT yang turut mengambil kira pencapaian ko-kurikulum pelajar itu juga.

c. Kebanyakan pelajar yang tak berjaya ke IPTA adalah kerana salah mengambil/memilih kursus-kursus kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan yang semestinya begitu ramai dan tinggi permintaan untuk memasukinya sedangkan tempat adalah begitu terhad.

d. Para pelajar yang tidak mendapat tempat di IPTA juga boleh memohon untuk menyambung pelajaran ke mana-mana universiti swasta yang terdapat dalam negara kita.


Akhir sekali, pengajaran yang harus difahami oleh semua dalam isu ini ialah, TIDAK SEMESTINYA PARA GRADUAN MATRIKULASI AKAN 100% BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KE IPTA kerana sistem pengambilan pelajar ke IPTA sekarang adalah berdasarkan kelayakan pelajar termasuklah dalam aktiviti ko-kurikulum dan bukan melalui sistem kuota.

Seperti yang ramai sedia maklum, terdapat 4 saluran masuk ke IPTA iaitu STPM, SPM, MATRIKULASI & ASASI yang masing-masing sentiasa bersaing sesama sendiri untuk berjaya masuk ke IPTA, tetapi ia tidak bermakna semua yang memohon akan mendapat tempat. Ia tak bermakna kumpulan pelajar dari Matrikulasi akan gerenti berjaya masuk ke universiti, termasuklah kumpulan-kumpulan pelajar yang lain.

Dunia pendidikan negara kita kini bukan lagi seperti dahulu. Kini, dunia pendidikan kita begitu mencabar dan memerlukan persaingan yang begitu tinggi dan berdaya saing antara satu sama lain. Pelajar yang kurang berjaya dan cemerlang di peringkat mana-mana sekalipun akan tetap tidak berjaya kerana pencapaian untuk masuk ke IPTA berlandaskan sistem kelayakan pelajar.

Oleh itu, mentality pelajar, guru dan ibu bapa serta rakyat keseluruhannya yang sebelum ini mungkin menganggap bahawa para pelajar di peringkat STPM/SPM/ASASI/MATRIKULASI akan mudah masuk ke IPTA adalah harus dibuang.

Ya! Memang para pelajar ini hanya memerlukan ‘satu saja kaki ‘ lagi untuk masuk ke IPTA kerana ‘satu kaki sebelah lagi’ sudah berada di IPTA seperti yang selalu para guru perkatakan kepada para pelajar, tetapi seandainya para pelajar tidak mahu berusaha sebaik mungkin untuk mengangkat sebelah lagi kaki, maka dia tak akan berjaya juga untuk masuk. Kalau dia sudah berusaha untuk melangkah sekali pun dan masih tetap tidak berjaya, maka kena ingat bahawa masih ramai lagi yang seangkatan dengannya sedang dan telah berusaha dengan lebih untuk melangkah masuk ke IPTA.

Pokoknya, para pelajar kini kena pulun lebih lagi untuk berjaya masuk ke IPTA kerana persaingan yang amat tinggi dan tempat yang disediakan pula agak terhad. Jangan jadi pelajar yang hanya tahu ‘disuap’ oleh pihak lain, tetapi berusahalah untuk menjadi pelajar yang mencari sendiri ‘suapan’ itu semampu yang boleh.

Semoga berjaya dan menjadi peringatan kepada para pelajar yang kini masih di peringkat SPM/STPM/ASASI/MATRIKULASI…

2 comments:

ghazalimatisa said...

sistem pemilhan yang paling mangkuk sekali pernah berlaku dalam sistem pembelajaran negara. kalau budak matrix tak dapat masuk ipta. buang duit masa dan harapan. kalau betul tak gerenti dapat ipta mansuhkan aje matrikulasi dan biar budak budak ambil diploma.

kalau macam ni memang kementerian pelajaran dan pendidikan tinggi otak kangkong.

Ghazali Mat Isa said...

sistem pemilhan yang paling mangkuk sekali pernah berlaku dalam sistem pembelajaran negara. kalau budak matrix tak dapat masuk ipta. buang duit masa dan harapan. kalau betul tak gerenti dapat ipta mansuhkan aje matrikulasi dan biar budak budak ambil diploma.

kalau macam ni memang kementerian pelajaran dan pendidikan tinggi otak kangkong.

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)