Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Monday, February 28, 2011

Mangsa orang tak berdosa akibat ProMahasiswa

Mangsa Rempuhan Pro Militan di UPM

Mari bersama-sama dengan page "Kami benci keganasan di UPM (23 Feb UPM Black Day)". Bersama-samalah kita bertindak mengutuk keganasan, rusuhan dan kebiadapan yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka Pro M di UPM pada 23 Februari 2011. (klik sini).




Gambar berikut adalah gambar kecederaan yang dialami oleh kakitangan keselamatan di UPM akibat rempuhan ganas kumpulan Pro Militan pada 23 Februari 2011. Inilah budaya militan yang cuba dibawa oleh parti pembangkang ke kampus. Pembangkang hasut pelajar-pelajar ini dengan dakyah esktremis hingga sanggup mencederakan orang lain untuk mencapai maksud politik.


SUMBER : ANGIN PERUBAHAN

Friday, February 25, 2011

INI FAKTA SEBENAR TENTANG PILIHAN RAYA KAMPUS 2011

Pilihan Raya Kampus (PRK) IPTA tahun 2011 baru sahaja selesai awal minggu ini di seluruh 20 kampus Malaysia. Selaku bekas Majlis Perwakilan Pelajar sebuah universiti yang antara tertua di negara ini, saya agak kesal dengan beberapa penulisan dan pengakuan daripada rakan-rakan blogger dan Yang Berhormat (YB) yang memberi fakta kurang tepat terhadap keputusan PRK.

Saya tidak menyalahkan sepenuhnya rakan-rakan blogger kerana berkemungkinan mereka tidak mendapat info yang tepat dalam melaporkan tentang keputusan PRK. Manakala kenyataan-kenyataan yang di buat oleh beberapa YB terutama dari parti Pembangkang, saya fikir adalah hanya bersifat ingin menidakkan fakta yang sebenar dan hanya mahu membayangkan bahawa golongan mahasiswa bersama-sama mereka.

Untuk pengetahuan umum, saya melalui rakan-rakan para mahasiswa di kampus-kampus seluruh negara ingin mengatakan bahawa kumpulan Pro Aspirasi telah menang di 17 IPTA manakala kumpulan Pro Mahasiswa hanya memenangi 3 IPTA dalam Pilihan Raya Kampus baru-baru ini. Berikut merupakan fakta sebenar tentang keputusan tersebut :

BIL

IPTA

PRO-ASPIRASI

PRO-MAHASISWA

BEBAS

MENANG

1

Universiti Malaya

19

22

-

PRO-M

2

Universiti Kebangsaan Malaysia

15

22

-

PRO-M

3

Universiti Islam Antarabangsa

9

22

-

PRO-M

4

Universiti Sains Malaysia

24

14

-

PRO-A

5

Universiti Putra Malaysia

31

11

1

PRO-A

6

Universiti Teknologi Malaysia

41

12

2

PRO-A

7

Universiti Teknologi Mara Malaysia

52

0

-

PRO-A

8

Universiti Malaysia Perlis

33

0

-

PRO-A

9

Unievrsiti Utara Malaysia

31

3

2

PRO-A

10

Universiti Pendidikan Sultan Idris

21

8

-

PRO-A

11

Universiti Teknikal Melaka Malaysia

27

0

-

PRO-A

12

Universiti Malaysia Pahang

24

0

-

PRO-A

13

Universiti Malaysia Terengganu

16

0

-

PRO-A

14

Universiti Sultan Zainal Abidin

23

1

-

PRO-A

15

Universiti Malaysia Kelantan

10

2

-

PRO-A

16

Universiti Sains Islam Malaysia

24

0

-

PRO-A

17

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

19

11

-

PRO-A

18

Universiti Pertahanan Nasional

17

0

-

PRO-A

19

Universiti Malaysia Sabah

27

3

2

PRO-A

20

Universiti Malaysia Sarawak

11

1

-

PRO-A

Semalam saya mengulas soal isu keganasan atau ‘militan’ di Bangunan Canselori UPM, Serdang dimana sekumpulan Pro Mahasiswa telah merempuh masuk sehingga memecahkan pintu kaca dan mencederakan 3 staf UPM dalam blog ini. Apa yang ingin diperkatakan disini adalah, mekanisme yang diambil oleh mereka untuk menyelesaikan masalah ini adalah suatu yang memalukan dan tidak menampakkan mereka adalah golongan yang terpelajar.

Semasa saya menaiki lif sebuah bangunan petang Jumaat 25 Februari 2011, saya disoal oleh seorang mak cik cleaner “kenapa pelajar universiti suka buat kecoh, sedangkan mereka dah diberi peluang untuk masuk universiti?”. Saya tidak mampu memberi sebarang respon kepada pertanyaan mak cik cleaner tersebut walaupun dia hanya berkelulusan rendah dalam pelajaran.

Dua fakta sebenar tentang Pilihan Raya Kampus 2011 yang cuba saya tonjolkan di sini adalah berkenaan keputusan kemenangan yang berpihak kepada kumpulan Pro Aspirasi dan keganasan serta emosi pelajar adalah cara untuk menyelesaikan masalah bagi kumpulan Pro Mahasiswa di Malaysia.

Waallahu ‘alam…

Thursday, February 24, 2011

Pecah Pintu, Itukah Demokrasi Mahasiswa???


Rempuh pintu selepas masa diberi untuk memberi penjelasan tamat, inilah ‘demokrasi’ yang diperjuangkan oleh kumpulan Pro- Mahasiswa.

Betulkah ini perbuatan mahasiswa?

Tanggal 23hb Februari 2011, pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah dirempuh oleh sekumpulan mahasiswa pro-Mahasiswa. Tambahan lagi, beberapa pengawal keselamatan juga mengalami cedera parah disebabkan tindakan ganas Pro- Mahasiswa. Apakah kumpulan Pro- Mahasiswa mesti bertindak ganas? Apakah itu satu- satunya cara mereka menangani masalah? Di mana perginya rasa hormat dan budaya santun mahasiswa? Apakah kita menghadapi krisis keruntuhan akhlak? Terdapat banyak lagi persoalan yang perlu dijawab oleh pihak Pro- Mahasiswa ekoran daripada insiden GANAS.

Sememangnya kesemua yang berlaku sepanjang musim pilihan raya kampus merupakan antara proses pembelajaran yang wajar kita lalui, maka kita telahpun diberi kelonggaran untuk menyuarakan pendapat, berhimpun dan sebagainya. Namun, adakah ia bermakna kita bebas untuk berbuat apa sahaja sehinggakan nilai dan imej mahasiswa tergadai? Apakah kita boleh bertindak seolah- olah undang- undang tidak wujud? Tindakan ganas dan melulu kumpulan Pro-Mahasiswa amat mengecewakan kita terutamanya masyarakat umum.

Sedar atau tidak, perbuatan mereka yang bersifat ganas serta ‘kurang ajar’ telah mencemarkan nama baik mahasiswa yang mana sebelum ini dikagumi dan disanjung tinggi atas tahap intelektualnya. Pokoknya, yang melibatkan diri dalam “keganasan” hanyalah segelintir mahasiswa yang dipercayai terlalu agresif sehinggakan golongan ini sanggup bertindak ganas terhadap pihak universiti. Impak ekoran daripada tindakan melulu segelintir mahasiswa telah membabitkan mahasiswa- mahasiswi yang tidak berbuat apa- apa dan tidak bersalah. Kini, masyarakat mempunyai tanggapan negatif terhadap mahasiswa secara keseluruhannya.. Yang lebih menyedihkan, masyarakat mula mempersoalkan tahap intelektual dan nilai etika mahasiswa.

Kempen pilihan raya yang melampau, yang membuat penipuan merata- rata dan yang menyeret peribadi, bukan sahaja buruk malah patut dikutuk! Perbezaan pegangan ideologi jangan sesekali kita jadikan sebagai alasan untuk bertindak sebelum berfikir. Kerana itu kita harus bertindak waras dan barpatutan, konsep ‘kesederhanaan’ patut manjadi asas terhadap segala perjuangan, jangan bertindak melampau. Kata orang; jangan sampai marahkan pijat, kelambu harus dibakar. Jangan sampai menang sorok, kampong tergadai. Usah terjadi, kerana pulut santan binasa. Atas alasan masa diberi untuk membuat penjelasan tamat, maka pintu kaca dirempuh? Jangankan insiden ini menjadi bahan lawak di persada antarabangsa di mana orang meragui atau mempersoalkan tahap intelektual mahasiswa Malaysia.

Adat bertanding menang ada kalah dan menang. Demokrasi memberi peluang kepada siapa-siapa untuk membuat pilihan. Demokrasi, kerana ketidaksempurnaannya, juga mempunyai kelemahannya. Ketidaksempurnaan inilah yang digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyalahgunakan demokrasi itu sendiri. Sebagai iktibar, jangan sesekali kita selewengkan sehingga meningalkan parut atas demokrasi yang indah dan suci ini.

Sebenarnya, golongan mahasiswa hari ini bakal menerajui tampuk pimpinan negara dalam soal pembangunan ekonomi, politik dan sosial Malaysia pada masa akan datang. Yang lebih mustahak, mahasiswa hari inilah yang memainkan peranan yang sangat penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Dalam usaha mencapai impian- impian kita, sikap dan akhlak mahasiswa adalah sangat penting kerana sifat mahasiswa hari ini akan mencerminkan kewibawaan serta perangai mereka pada masa depan. Sekiranya pegangan kumpulan Pro-Mahasiswa masih berlandaskan ‘keganasan’, kemungkinan besar Malaysia akan menghadapi masalah serius seperti apa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Asasnya, kedaulatan undang- undang harus menjadi pegangan mahasiswa kerana tiada sesiapa boleh dikecualikan daripada undang- undang.

Tey Jun Ren/ JR

President

Asian Law Students' Association (ALSA)

E: jrteyjunren@gmail.com

M: +60-1-7269-8118

A: Fakulti Undang- Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

*Saya menulis impak dan persepsi saya terhadap apa yang berlaku, apa yang menarik minat saya, dan apa yang mengesankan saya.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/180484_10150099083962106_541437105_6492765_2055308_n.jpg

Inilah pejuangan demokrasi Pro-M.

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)