PAS Takut Dengan Nallakarupan

“Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua. Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata Nallakarupan (Presiden Parti Bersatu India Malaysia, MIUP.
Menurut Nalla lagi, “Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin". Apakah PAS tidak sanggup dengar penjelasan Nalla tentang sifat-sifat sebenar Anwar tersebut ? (baca sini) Nalla adalah sahabat karib Anwar, beliau adalah orang yang paling sesuai untuk menceritakan sikap sebenar Anwar kepada PAS. Kenapa PAS tolak, takut tidak mendapat bantuan kewangan lagi daripada Anwar? Atau kerana PAS sekarang sudah dikuasai oleh orang-orang Anwar Ibrahim?
Pernah berjoget dan bermain tenis bersama. Mengapa Anwar tidak saman Nalla jika apa yang didakwa oleh Nalla adalah tidak benar?
Nalla ada satu cerita yang perlu dikongsi bersama oleh ahli-ahli marhaen PAS di peringkat bawahan. Mereka perlu berkongsi cerita dalam kereta antara Anwar Ibrahim dan Nalla ketika membaca akhbar dengan gambar Anwar sedang membaca khutbah Jumaat. Apakah reaksi Anwar secara spontan terhadap gambar tersebut?
SUMBER : ANGIN PERUBAHAN
KOMEN :
1. Nallakarupan adalah antara rakan karib Anwar Ibrahim dan bekas pemimpin tertinggi PKR yang telah lama berjuang untuk menegakkan reformasi Anwar Ibrahim sejak era 1998 lagi.
2. Nallakarupan juga adalah antara individu yang terlibat secara terus terhadap kes moral Anwar Ibrahim 1998. Segala rahsia dan gerak geri Anwar Ibrahim semasa bergelar Timbalan Perdana Menteri dahulu berada dalam genggaman Nallakarupan.
3. Persoalannya ialah, kenapakah seorang rakan karib dan bekas pemimpin kanan PKR yang berjuang bermati-matian menubuhkan PKR selama ini keluar dari parti itu dan menggelarkan dirinya MP BEBAS???
4. Malah, Nallakarupan sanggup berjumpa siapa sahaja untuk mendedahkan segala salah laku Anwar Ibrahim kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya.
5. Terbaru, Nallakarupan yang bukan beragama Islam ini sudi duduk berbincang dan berdialog dengan pemimpin PAS yang menegakkan kesucian Islam (menurut para penyokong PAS).
6. Jika benar PAS ingin terus menegakkan kesucian dan keadilan dalam Islam, kita sarankan dan harapkan agar PAS menyahut seruan MP BEBAS yang bukan beragama Islam ini untuk duduk semeja mendengar cerita Nallakarupan 1998 sehingga 2011 ini.
7. Semoga yang benar akan terus bangkit, dan yang batil akan terus tenggelam...!


















