Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Wednesday, April 27, 2011

DNA Eskay dah sampai ke Polis... DNA Anwar bila lagi...?



KES VIDEO SEKS: Eskay Beri Sampel DNA Kepada Polis

AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Anwar Ibrahim pada hari Rabu memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

"Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks," katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata beliau akan mengadakan satu sidang akhbar esok untuk memberikan situasi terkini mengenai video itu.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Datuk T’ di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Misteri ‘Datuk T’ yang bermaksud ‘Trio’ itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik , Shazryl Eskay dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan polis dan menafikan dirinya pelaku dalam video seks itu.

SUMBER - Bernama




KOMEN :

1. Huyooo... Rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim dah mula serah DNA secara SUKARELA untuk bantu kes video seks tersebut...

2. So bila lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim nak tiru gaya Datuk Eskay...? Hehehe...

3. Rakyat tunggu... Bloggers menanti... Keadilan nak datang...

4. Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim betul-betul tak bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari dan kes video seks ini, so dia harus buat 2 benda saja... Pertama, SERAHKAN DNA... Kedua, BERSUMPAH...

5. Heiiii... Budak kelas Quran Tajwid pun mampu buat la 2 benda tu kalau diminta... Kalau benarlah kita tak buat sesuatu benda keji tu, apsal kita hanya mampu bercakap, berceramah dan menafikannya di TV, surat kabar dan media...?

6. Kalau betul kita tak buat, beranikan diri SERAH DNA dan BERSUMPAH... Habis cerita bang...

7. Itu lebih mudah, cepat dan bekesan daripada 24 jam bercakap, berceramah dan nafi sana nafi sini... Ayoyo... Itupun mau bikin cerita ka....



AzwanNur : agar hidup akan harmoni di kemudian hari... Ameeeeeeeen...

www.twitter.com


Ini merupakan 1 tweet dari lebih 20 ribu tweet seorang artis/pengacara terkenal tanah air kita...

Berpuluh ribu tweet lagi telah di tweet dalam laman twitter peribadi dia semenjak 22 Januari 2010 (tweeting since)...

Artis/pengacara ini juga sebenarnya seringkali memaki hamun Kerajaan Malaysia, para pemimpin negara termasuklah YAB Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dan memuji YB Datuk Seri Anwar Ibrahim serta YB Azmin Hj Ali...

Malah, artis/pengacara ini juga tidak putus-putus mencerca, mengherdik, memaki hamun, mencarut dan melabelkan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan dirinya sebagai 'anjing', 'babi' dan macam-macam lagi...

Yang lebih mendukacitakan ialah, artis/pengacara ini telah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci...

Juga turut menghairankan ialah, walaupun artis/pengacara ini memaki hamun dan mengherdik pihak Kerajaan Malaysia, dalam masa yang sama artis/pengacara ini juga sedang mengacarakan sebuah rancangan realiti TV dalam sebuah stesyen TV HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA...

Apapun marilah kita berdoa agar Allah SWT memberi hidayah dan jalan yang lurus kepada artis/pengacara ini agar hidup akan harmoni di kemudian hari... Ameeeeeeeen...

Tuesday, April 26, 2011

Utusan Malaysia, Anwar Lelaki Y, Mat Sabu no.2 Pas!!!

"Anwar Lelaki Y"
'Mat Sabu Sedia Tanding Jawatan Nombor 2 Pas'



Patutlah ada pihak yang cuba nak 'HARAMKAN' Utusan Malaysia sebabnya taknak perkara2 yang 'mendedahkan' pekung di dada seperti ini dibaca dan berjaya disebarluaskan kepada masyarakat...

Sudah tentu pihak2 ini hanya mahu masyarakat membaca dan disajikan dengan berita2 yang hanya memuji, memuja dan mengampu2 mereka dan keluarga mereka saja...

Pendek kata, hanya mahu dengar dan baca yang manis belaka sedangkan hakikatnya pahit saja di dalamnya...Seolah2 bunga raya, memang nampak lawa tapi tak wangi pun...


Dalam kes yang lain pula, ada pula pihak2 tertentu yang bersifat perkauman cuba nak memboikot akhbar Utusan Malaysia yang sudah bertapak lama dalam dunia akhbar di negara ini...

Persoalannya, kenapa harus timbul ingin memboikot Utusan Malaysia ini...? Adakah Utusan Malaysia ini menjahanamkan kaum dan bangsa lain selain Melayu...? Apa faedah dan keuntungan Utusan Malaysia diboikot...?

Satu helai dibakar hangus, akan terbit tercetak 10 helai yang lebih mantap...!



*Ehhh.... Lelaki Y yang dimaksudkan tu adalah YB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim (Ketua Umum PKR) kah...?! Adoiii... Kantoi lagi...


*Ehhh... En. Mohamad Bin Sabu ("Al-Juburi") sedia untuk bertanding kerusi nombor 2 dalam PAS...? Bermodalkan memaki hamun orang, memfitnah sana sini, melalak di dalam ceramah saja...?

Monday, April 25, 2011

Masuk parti politik untuk 'cuci dosa' ka bro...? Ayooo...!


SERTAI UMNO.. BOB LOKMAN DAKWA AC MIZAL PILIH JALAN NERAKA!!?

Di saat beberapa Artis di Negara ini memilih PAS bagi 'mencuci dosa2' mereka sekian lama yang lalu, AC Mizal mengambil langkah berani memilih UMNO sebagai wadah perjuangan politik beliau. Tindakan AC ini mendapat ramai yang respon dari kalangan rakan Artis tidak kurang juga masyarakat Malaysia amnya. Ada yang memuji, ada yang mengherdik, ada yang mencaci dan ada yang menyumpah. Sehinggakan ada yang menganggap AC akan 'mencuci pahala2' dan menambahkan dosa2 beliau apabila bersama UMNO. Terpulang.. Apa yang Melayu CinDia lihat.. Keikhlasan dalam memilih platform Parti Politik. Sekurang2 nya AC telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau bukan menyertai politik kerana ingin mengejar harta kekayaan. Kerana kedudukan yang beliau kecapi sehingga hari ini adalah hasil titik peluh beliau sendiri. Malah AC juga tidak perlu memilih Parti Politik bagi memperkukuhkan kedudukan Agama beliau. Tidak seperti Bob Lokman. Tidak sampai seminggu menyertai PAS, sudah diikhtiraf dan layak berceramah di Masjid serta Surau. Malah ada penyokong PAS yang menggelar Bob Lokman kini merupakan golongan Ulama'. Begitu mudah Bob Lokman 'mencuci dosa2' beliau.

AC Mizal pada pandangan Melayu CinDia merupakan salah seorang artis yang mempunyai Wawasan dalam meningkatkan mutu kariernya. AC tidak dilihat sebagai seorang artis yang hanya dahagakan Glamour semata2 bagi menjaja nama. AC juga tidak mempunyai rekod akhlak yang begitu rendah jika dibandingkan dengan artis2 lain.

Sudah pula, apabila hendak bertaubat, percaya bulat2 pada sebuah Parti yang kononnya mampu 'mencuci dosa2' lama dan terus diangkah sebagai Ulama'. Apa2 pun, Selamat Datang AC MIZAL. Harap anda tidak mengecewakan masyarakat terhadap niat murni anda.


SUMBER : MEDIA WANGSA MAJU



KOMEN :

1. Wow... Hebat hebat...

2. Lepas nie akan tiba suatu gelombang di mana mata dan telinga semua ahli politik akan tertumpu dan tertanya siapa artis seterusnya yang akan masuk UMNO/PAS/PKR lagi...?

3. Tak mustahil perkara ini akan menjadi suatu fenomena dan akhirnya dalam dunia hiburan/seni tanah air akan juga turut 'dihadiri' dengan sentimen2 kepolitikan kepartian ini...

4. Apapun yang diterjemahkan oleh para peminat dan pengundi, ia sebenarnya memberi anjakan positif kepada penarikan ahli sebuah parti politik...

5. Nak tunggu juga parti apa pilihan Hamid Gurka, Jaafar Onn, Zihan Raja Lawak, Justin Bibber, Maria Ozawa... Oppsss! tersasullll....

Friday, April 22, 2011

Kerajaan Kedah : Awat Yang Hampa Loq Laq Sangat?!



Tidur & Bermimpilah Lagi......Wahai Pemimpin PAS !





YAB DATO SERI USTAZ HAJI AZIZAN BIN HAJI ABDUL RAZAK
Menteri Besaq Negeri Kedah Darul Aman...


Rupa-rupanya, Azizan Abdul Razak PAS, Menteri Besar Kedah masih 'belum bangun dari tidur' beliau! Yang memalukan ialah beliau begitu cepat menyalahkan pihak lain tentang masaalah bekalan air di Kedah.

Beliau menuduh Kementerian Pengajian Tinggi tidak menaik taraf infrastruktur bekalan air dan loji air di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tetapi isunya bukan infrastruktur tetapi sebenarnya ialah kegagalan anak syarikat kerajaan Azizan Razak PAS untuk membekalkan air secukupnya kepada pihak UUM! Malah pembohongan MB Kedah itu disokong dengan surat Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009!

Di antara laporan berita :-

“Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, masalah bekalan air di UUM timbul kerana infrastruktur saluran paip dan loji universiti itu tidak dapat menampung bekalan air sebanyak 15 juta liter sehari yang dibekalkan oleh SADA.

Mohamed Mustafa berkata, kegagalan membekalkan air dengan cukup kepada UUM diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009.

Katanya, surat itu menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksimum dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya SETERUSNYA



Nampaknya, pemimpin PAS Kedah itu gagal untuk mengetahui secara terperinci tentang masaalah yang melanda rakyat Kedah. Dan isu ini bukannya yang pertama!

Beginilah jadinya apabila ada yang mengundi pemimpin yang tidak berkaliber. Tidak mengapa, PRU13 akan tiba. Rakyat akan menolak pemimpin-pemimpin PAS seperti Azizan Razak kerana gagal dan tidak efesien.


SUMBER : www.novandri.blogspot.com


KOMEN :

1. Aduhai... Kerajaan pertama di Kedah yang dikuasai parti PAS masih tak bangun dari tidur atau masih tak faham pengurusan kerajaan sesebuah negeri...?

2. Al maklumlah depa tak pernah jadi kerajaan, asyik jadi pembangkang saja... Bila diberi mandat rakyat seketika ini, depa mula lah mengelabah dan tak reti nak urus harta benda dan negeri aman nie...

3. Itulah pasal, masa jadi pembangkang memanglah senang... Kerjanya komplen, komplen, komplen saja... Dah jadi kerajaan barulah depa tau betapa susahnya kerja... Dengar komplen, selesaikan; dengar komplen, selesaikan; dengar komplen, selesaikan...

4. Sebab tu banyak kali dah YAB Ustaz MB Kedah nie naik angin dan berang apabila ditanya soalan oleh press dalam beberapa PC...

5. Sebabnya mungkin dia tak pernah rasa stress seperti sekarang... Al maklumlah, dulu masa jadi pembangkang seronok hentam kerajaan... Kerajaan buka mulut sikit terus hentam kiri kanan depan belakang...

6. Nahhh... Sekarang awat tak pecah peluh yang dia hentam dan komplen dulu balik-balik dia yang kena urus sendiri...

7. Kalau Kerajaan Kedah tak mampu nak uruskan soal kebajikan rakyat jelata, jangan pula menuding jari menyalahkan mana-mana kementerian Kerajaan Pusat...

8. Inikah sifat sebuah jamaah Islam yang diharap-harapkan oleh kita ummah Islam...?

9. Kalau dah kemampuan diri sendiri itu tak mampu untuk menyelesaikan masalah, akuinya dan cari jalan yang terbaik... Bukan dengan menuding jari menuduh sana sini...

10. KEDAH SEJAHTERA... Ya, memang sejahtera tetapi bukan rakyat jelata! Yang sejahtera adalah pemimpin yang kaya raya...

11. BN MENANG KEDAH SENANG...? Ayoooo... Asyik sembang, semua melayang...

12. Simptom 'SYOOK SENDIRI' cukup menebal dan meninggi dalam mana-mana pemimpin kini...

Wednesday, April 20, 2011

DUN PAHANG : YB = Yang Berdengkur...

SIDANG DUN PAHANG (10): Hari Akhir Menggemparkan


Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang berlabuh pada hari semalam. Sudah semestinya penggulungan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang adalah sesi yang sangat dinanti – nantikan dan menjadi tumpuan semua pihak.

Sewaktu MB Pahang memberikan penjelasan, semua pihak memberikan tumpuan kepada ucapan beliau. Hujah-hujah yang bernas dan diselang-seli dengan contoh dan cerita menyebabkan semua hadirin terpaku mendengarnya.

Alangkah terkejutnya satu dewan apabila MB Pahang panggil beberapa kali ADUN Beserah (PAS) yang sedang tidur dan beliau dikejutkan oleh ADUN Kuala Semantan (PAS). Gelagat ADUN Beserah (PAS) yang terkejut dari lena disaksikan oleh semua ADUN-ADUN, Ketua-Ketua Jabatan, pemerhati dan pelajar sekolah dari Sek.Men.Keb. Air Putih Kuantan.

Sungguh memalukan apatah lagi MB Pahang sedang menjelaskan isu Lynas yang berlaku di kawasan DUN Beserah. “Orang sedang cerita pasal isu di kawasan dia tapi dia bantal tidur pula”, ujar seorang pemerhati. Macam ini ke wakil rakyat yang memperjuangkan suara rakyat.

Maka tidak hairan kalau dia sendiri tidak faham mengenai isu Lynas ini atau dia memahaminya tetapi mengikut persepsi sendiri. Sebab itu rakyat pun jadi keliru dibuatnya dan mudah diperkudakan oleh DAP. Sehingga tidak dapat membezakan mana yang benar dan salah.

ADUN Beserah (PAS) tidak perlu menjadi hero lagi di luar dewan selepas ini sebab semasa MB Pahang bagi penerangan tentang isu Lynas di Gebeng dalam DUN Beserah tetapi dia tidur. Macamana dia mahu beri penjelasan kepada rakyat, jangan nanti dipusingkan cerita sehingga “pisang dipanggil apple dan betik dipanggil pisang”.


SUMBER : PAHANG KU BLOG


KOMEN :

1. Aikkkk, dulu ramai yang dok canang kata YAB Pak Lah semasa menjadi PM dulu suka tidor dan PM tidor...

2. At last diaorang sendiri yang tidor dalam DUN, dan lebih memalukan lagi apabila semasa dia tidor tu diperkatakan soal kawasan dia...

3. Ini memang betul2 YB yang berjiwa tidor dan tak berhati perut laa...

4. Tidor dalam sidang DUN satu hal, tidor masa isu setempat/kawasannya itu satu hal yang amat serius...

5. Takpa... Takpa... Lain kali undilah lagi YB = Yang Berdengkur ini...

6. Jangan balik kawasan pun kerjanya adalah tidor di rumah jer...

7. Nasib baik dia MB tegur, kalau tak habis orang tutup lampu dewan DUN baru dia mula sedar kut... hehehe...

Tuesday, April 19, 2011

Kerajaan Kedah : naik nyoq, naik cukai...???


Kedah naikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda

MOHAMED Khaled (tengah) melihat surat tawaran   Program Khas Pasca Siswazah kepada Ahli Parlimen di Putrajaya, semalam.
MOHAMED Khaled (tengah) melihat surat tawaran Program Khas Pasca Siswazah kepada Ahli Parlimen di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan PAS Kedah yang menaikkan kadar cukai tanah di Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda iaitu daripada RM150,000 sebelum 2008 kepada RM1.8 juta, pada tahun ini.

Mohamed Khaled berkata, beliau juga kecewa kerana kerajaan PAS Kedah gagal menyelesaikan kekurangan bekalan air di UUM sejak setahun lalu yang kini semakin serius.

Berikutan itu, pengurusan UUM terpaksa membelanjakan sehingga RM90,000 sebulan bagi menyewa lori dan mengangkut air bersih untuk memenuhi keperluan harian lebih 20,000 pelajar di universiti berkenaan.

“Sebelum ini (ketika Barisan Nasional) memerintah Kedah, memang mereka tidak mengenakan cukai tanah yang terlalu tinggi, tetapi selepas pembangkang mengambil alih, mereka mengenakan cukai lebih 10 kali ganda.

“Saya ingat ini sesuatu yang tidak membantu usaha kerajaan memartabatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Kerajaan PAS Kedah cuba mengaut untung daripada IPTA yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan bagi memastikan negara berkembang maju dan bersaing dengan negara lain.

“Ini adalah sesuatu yang pada saya tidak menggambarkan kefahaman kerajaan negeri pembangkang mengenai kepentingan pembangunan IPTA. Dulu Selangor pernah menolak cadangan kita mahu menubuhkan kampus UiTM (Universiti Teknologi Mara), kini Kedah mengenakan cukai tanah 10 kali ganda,” katanya selepas menyerahkan surat tawaran untuk mengikuti Program Khas Pasca Siswazah kepada 10 Ahli Parlimen di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Antara Ahli Parlimen terbabit ialah Ahli Parlimen Tenggara, Johor, Datuk Halimah Mohd Sadique, Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong, Johor), Hanim Samuri (Ledang), Datuk Abdul Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Ismail Abd Muttalib (Maran), Datuk Md Sirat Abu (Bukit Katil), Datuk Lilah Yasin (Jempol), Datuk Sapawi Amat Wasali@Ahmad (Sipitang) dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Program berkenaan turut disertai Ahli Parlimen dari Indonesia Asmawati Marzuki Alie.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, pada awal tahun ini untuk berbincang isu air dan merayu pengurangan bayaran cukai tanah terbabit.

Bagaimanapun, Dr Mohamed menegaskan UUM belum menerima maklum balas daripada Pejabat Menteri Besar Kedah berhubung perkara ini.

“Ketika berjumpa Menteri Besar, beliau berkata beliau akan cuba menyelesaikannya, tetapi sampai sekarang saya masih menunggu jawapannya,” katanya.


SUMBER : BERITA HARIAN



KOMEN :


1. Kerajaan Negeri Kedah di harap janganlah membebankan IPTA iaitu sebuah tempat untuk membina modal insan kelas pertama kepada negara dengan caj caj seperti ini...

2. Namun begitu, inilah apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah sekarang yang telah menyebabkan ramai menjadi mangsa...

3. Lepas 'kera naik nyoq' sekarang Kerajaan Negeri Kedah dah naik ayaq dan cukai pulak ka...??? hehehe...

4. Ohhhh... Rupa2 nya Kerajaan Kedah tak sambung rebat...

5. Persoalannya, apsal tak sambung? sedangkan UUM adalah pusat yang melahirkan modal insan terhebat di negeri Kedah tu...

6. Adakah Kerajaan Kedah tidak mahu menyokong IPTA dan ingin melihat IPTA yang berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi kerajaan pusat 'menderita'...?

7. Janganlah dek kerana ideologi politik, anak bangsa dan para penerima hasil ekonomi di sekitar UUM itu diketepikan...

Monday, April 18, 2011

MEDIA BARU medan baru perperangan politik!



CYBER WAR - Hanya Pro UMNO Yang Berjuang, Di Mana Komponen Parti Yang Lain? MCA? MIC? GERAKAN?





Selesai sudah Pilihanraya Negeri Sarawak maka banyaklah rumusan rumusan yang di keluarkan oleh ramai pihak baik dari Pemimpin Politik, NGO, Penganalisis, Rakyat ataupun sesiapa sahaja yang meminati perjalanan Politik Malaysia ini. Para Blogger juga tidak lari dari rumusan dan pandangan mengenai perjalanan Politik Tanah Air.

Untuk makluman semua Perang Media Cyber semakin hebat kebelakangkan ini yang mana merupakan salah satu dari Faktor yang menyumbang kepada Kemenangan dan Kekalahan sesebuah parti yang bertanding. Ini telah di tunjukkan dalam banyak Pilihanraya Kecil yang di adakan sebelum ini.


Faktor Kemenangan
Barack Obama Merebut Jawatan Presiden Amerika
Kerana Media Baru Nya

Di sebelah Pakatan Pembangkang di lihat jentera Cyber PAS dan PKR menguasai pentas utama dalam mewakili Pakatan Pembangkang. Walaupun demikian DAP juga menngunakan sebaik mungkin peluang yang ada dalam Perang Cyber ini dengan Jentera nya yang banyak menggunakan para pelajar dalam menggunakan medium Tweeter dan juga Facebook untuk menyebarkan dakyah dan menarik rakyat menyokong Pakatan Pembangkang.

Gomo lihat di sini DAP menyedari akan kekuatan Media Baru dan oleh itu mereka pimpinan DAP boleh di katakan semua pemimpin nya menggunakan laman Tweeter dan juga Facebook dalam menyebarkan Propaganda Anti Kerajaan BN. Ini di susuli pula dengan petugas petugas yang mana di punyai DAP seperti Media Rakyat.

Setiap Ceramah yang di adakan DAP turut di rakam dan kemudianya di sebarkan melalui You Tube dan di linkkan ke dalam Tweeter dan juga facebook buat rakyat melihatnya. Ini merupakan satu kaedah yang di amalkan DAP dalam meluaskan pengaruhnya terutama kepada pengundi pengundi Muda Kaum Cina.

Di Sebelah Barisan Nasional kita dapat lihat hanya Jentera Cyber Pro UMNO sahaja yang ada. Malah ianya semakin berkembang pesat menjadikan waktu ini Blogger Pro Kerajaan Mendominasi Medan Tempur Cyber walaupun pada satu ketika yang lalu Media Cyber Pakatan Pembangkang Menguasai seluruh Medium.

Media Cyber pro UMNO ini di lihat semakin Agresif menggunakan peluang yang ada sama ada melalui penyebaran di Blogg, Forum, Portal, Tweeter, Facebook, You Tube dan lain lain. Usaha ini juga di lihat membantu kepada kemenangan Barisan Nasional dalam mendekati para pengundi Muda yang rata rata mereka ini melayari Internet.


Tumbangnya Mubarak Turut di Sebabkan
Pengaruh Media Baru yang Mengapi Apikan Sentimen
Anti Mubarak

Pada Gomo di sebelah pihak UMNO tidak mempunyai masaalah dalam peperangan Cyber. Namun agak mengecewakan di sebelah parti Komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, GERAKAN dan lain lain.MCA, MIC, GERAKAN di lihat tidak mampu untuk berperang dalam Media Cyber apatah lagi untuk mendekati para pengundi muda menyokong Parti Mereka.

Sebagai Contoh MCA parti kaum Cina terbesar dalam Komponen Barisan Nasional di lihat lebih selesa dan tidak mampu untuk menandingi DAP yang mengunakan peluang yang ada cyber War alaf Baru ini.

Malah jika di bandingkan dengan DAP hanya beberapa kerat sahaja kepimpinan MCA yang melayari Tweeter dan itu pun hanya sekadar melaporkan Program yang di hadiri mereka dari masa ke semasa. Lebih dari itu amatlah jarang sama sekali.

Bagaimana MCA ingin menarik kembali sokongan para pengundi Cina kepada mereka jika di dalam Cyber War juga mereka Tewas kepada DAP? Sokongan pengundi Muda Cina amat di perlukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan jika hal ini pun MCA Gagal melaksanakannya adalah besar kemungkinan bahawa waktu ini dan akan datang MCA hanya akan di warisi dengan Orang Tua dan bukan lagi pemimpin Muda.

MCA, MIC dan GERAKAN di lihat seolah oleh tidak mempercayai kepentingan Media Baru yang wujud pada hari ini. Barangkali di atas faktor tersebut menjadi penyebab mereka kurang faham apa kehendak para pengundi di bawah dan suara anak anak muda yang ada.

Dalam Politik Tanah Air yang ada hari ini adalah sewajarnya semua parti Politik menggunakan peluang yang ada dalam memastikan agar Parti yang mereka wakili lebih di percayai dan menjadi pilihan rakyat. Gunakan apa sahaja kaedah yang ada dalam hal ini termasuk lah Media Baru yang di lihat semakin berkesan peranannya dalam menentukan kemenangan sesebuah parti yang bertanding.


Media Baru Penting Dan Jangan Di Pandang Remeh
Peranan Yang Mampu Di Laksanakan nya

MCA, MIC dan GERAKAN Harus ingat bahawa di dalam Komponen Barisan Nasional bukan hanya UMNO sahaja yang perlu membuat kerja dalam memastikan Kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 akan datang. Setiap parti Komponen perlu Menjalankan tugas yang ada dan mengambil inisiatif dalam menarik Rakyat untuk bersama BN.


SUMBER : PAPA GOMO


KOMEN :


1. Media baru bukan satu tempat untuk suka-suka dan santai-santai lagi...

2. Kepentingan media baru terutama kepada dunia politik negara kita sekarang amat penting dan tidak boleh di pandang ringan...

3. Oleh sebab itulah, Perdana Menteri sendiri pun menggunakan seoptimum yang boleh untuk mendekati rakyat melalui media baru...

4. Jika Perdana Menteri cukup rajin dan kreatif dalam menggunakan media baru, haruslah para pemimpin lain juga turut aktif dan rajin menggunakannya...

5. Tidak hairan selepas ini kerajaan akan jadi pembangkang kerana media baru, dan pembangkang menjadi kerajaan juga disebabkan media baru...



Sunday, April 17, 2011

6 Kerusi PKR Hilang Deposit! PKR 'dilacurkan' rakyat Sarawak!!

Lihat senarai 6 kerusi PKR hilang deposit oleh RBF :


N35 BELAWAI - PKR dapat 618 undi

N36 SEMOP - PKR dapat 564 undi

N37 DARO - PKR dapat 475 undi

N43 NGEMA - PKR dapat 650 undi

N51 BALINGIAN - PKR dapat 871 undi (peniaga kedai runcit yang lawan KM Sarawak)

N54 PELAGUS - PKR dapat 1171 undi


SUMBER : RBF Blog

Baru Bian 'pecahkan' kubu BN..?

Punca kekalahan BN N 70 Ba Kelalan

⁠⁠

Baru Bian calon Pkr Ba Kelalan telah berjaya menewaskan Willie Liau calon BN dari SPDP dengan majoriti 473. Bian memperolehi 2505 undi manakala Willie 2032 undi.

Dalam PRN 2006 calon BN Nelson Balang Rining menewaskan Baru Bian dengan majoriti 475 undi.

Punca utama kemenangan Baru Bian ialah kerana beliau sudah bersedia awal dan mempunyai penyokong tegar sejak PRN 2006 lagi. Baru Bian sudah banyak melabur untuk kemenangannya. Penduduk juga dijanjikan akan mendapat Ketua Menteri baru dari kawasan Ba Kelalan.

Difahamkan Baru telah berusaha untuk menambah pengundi di kawasan itu dan hasilnya peningkatan 10.7 % pengundi baru yang menyokongnya.

Baru Bian dan Willie Liu adalah calon tempatan, tetapi Willie namanya dicalonkan hanya pada saat-saat akhir sahaja. Amat sukar bagi beliau untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Baru Bian.


Walaupun Willie seorang ahli SPDP tetapi bukan seorang ahli politik yang agresif. Beliau hanyalah seorang peguam yang memegang jawatannya Ketua Pemuda SPDP Ba Kelalan sahaja.

Isu tanah NCR adalah isu utama yang dimainkan oleh Pkr, Dap dan Pas.  Mereka berjaya memutar belitkan isu NCR sehinggakan seluruh penduduk Sarawak mempercayainya dan ditokok tambah oleh mereka dari semenanjung yang tidak tahu hujung pangkal mengenai NCR.

Isu NCR tidak diperjelaskan atau ditangani lebih awal oleh BN Sarawak. Media baru baru pembangkang menjadi medan untuk menyerang isu NCR dan tiada jawapanpun yang diberikan oleh pihak BN. Media baru BN Sarawak lebih berminat dalam percaturan siapa yang akan menjadi calon sahaja.

Isu terbaru ialah isu Al-Kitab atau bible dalam Bahasa Melayu. Isu bible sengaja dijadikan modal oleh pembangkang dari awal lagi untuk mengalahkan BN Sarawak.

Al- Kitab yang bercetak dalam bahasa Melayu tidak pernah menjadi isu sebelum ini di Sarawak. Ini kerana bahasa Melayu ialah lingua franca yang menyatupadukan etnik Sarawak.

Ba Kelalan adalah kubu kuat BN sejak 1986 akhirnya tumbang juga kepada pembangkang, walaupun kita sedia maklum bahawa Baru Bian dahulu adalah orang kuat BN yang berpaling tadah.

Harap dalam PRN akan datang BN akan merampas kembali kerusi ini.  Kita sudah berusaha untuk mengekalkan kerusi ini dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun ketentuan yang maha kuasa berpihak kepada Baru Bian. Baru Bian menang bukan faktor PKR tetapi menang atas nama Baru Bian anak tempatan.


SUMBER : TAIPING MALI BLOG



KOMEN :

1. Jadikanlah kekalahan di kawasan kubu kuat BN ini sbg suatu pengajaran dan gambaran kpd kawasan2 lain yang kununnya kubu kuat BN...

2. Mesej yg ingin disampaikan rakyat ialah, tak bermakna jika sesebuah kawasan itu dilabel sbg kubu kuat BN maka calon BN akan dgn mudah menang...

3. Sifat 'syook sendiri' dan 'yakin menang' sebeginilah yg harus dibuang dan diketepikan oleh setiap jentera parti...

4. Walaupun BN menang majoriti 2/3 di Sarawak, ia tak bermakna BN boleh duduk selesa, goyang kaki dan happy happy..

5. PRN Sarawak memberi gambaran sebenar utk PRU13...? Wait and seeeeee.. :)

Saturday, April 16, 2011

Najib ucap tahniah kepada BN Sarawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak hari ini adalah satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi.

Dalam sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Kuching, Perdana Menteri, yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mengucapkan tahniah kepada Taib dan BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun ia mendapat tentangan yang hebat kali ini.

"Dan kejayaan yang telah kita capai di banyak kawasan menunjukkan majoriti yang besar dan ada yang bertambah majoriti.

"Dengan ini maka apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN," katanya.

Najib yang turun padang untuk berkempen sepanjang pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, berkata Kerajaan Pusat akan memastikan semua janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan ditunaikan.

BN telah pun memperoleh majoriti dua pertiga atau 48 kerusi pada pilihan raya yang mempertandingkan 71 kerusi.

SUMBER - BERNAMA

Thursday, April 14, 2011

PAKATAN RAKYAT BERPECAH: ADA 2 CALON CM SARAWAK!

BARU BIAN : CALON KETUA MENTERI SARAWAK (PKR)


CHONG CHIEN JEN : CALON KETUA MENTERI SARAWAK (DAP)




PKR DAN DAP ADALAH DALAM SATU PAKATAN RAKYAT KAN!!!




PAKATAN RAKYAT BERPECAH?!!

Nama bukan main gah, PAKATAN... Tapi kenapa tak berpakat...?

Jika sekali pun PR menang di PRN Sarawak, siapa yang bakal menjadi CM/KM...?!

Ketua Umum PKR nak kan Baru Bian...

Tapi, DAP pula nak kan Chong Chien Jen...

Apa semua nie...?!

Last last, yang kena tipu adalah rakyat yang tak tau apa-apa...

Nampak sangat depa tak ikhlas nak bantu majukan rakyat dan negeri...

Nampak sangat depa hanya nak kan kuasa dan harta benda untuk diri sendiri...

Kalau tak menang lagi dah kelam kabut macam nie, cuba bayangkan jika depa menang nanti...

Ohh rakyat Sarawak! Jika sekali pun kamu tak berapa suka dengan 'yang lama' itu, tapi janganlah cuba menggadaikan seluruh negeri kaya ini...

Mana mungkin ada 2 CM dalam 1 negeri...

Oleh itu, jangan nak kucar kacirkan negeri besar ini... Pilih saja yang satu saf satu barisan...

Insyaallah, 'yang lama' takkan kekal di situ... Lepas menang, lepas dapat kesan pengganti sesuai 'yang lama' akan pergi jua...

Jangan kerana dimarahi nyamuk seekor itu, seluruh kelambu malah seluruh rumah di bakarnya hangus...

Yang rugi bukannya nyamuk itu, tetapi yang rugi adalah seluruh seisi rumah sendiri...

Cari parti politik yang hanya ada 1 calon CM sahaja... Baru lah kita tak di namakan orang gila...

Pstttt.... PAS takda ka calon CM Sarawak jika PR boleh menang PRN Sarawak nanti?? hehehe...

Syed Ali minta 'kurungkan' AI... Fuyooo...


Syed Ali desak KDN tahan Anwar dibawah ISA

PENASIHAT Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kegiatan politik menghasutnya boleh menjejaskan kestabilan negara.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Anwar dan beberapa orang rakan rapatnya mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian wanita Monggolia jelas merupakan fitnah berniat jahat.

“Beliau melancarkan hasutan secara terancang kononnya Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaarribbu supaya timbul kebencian rakyat kepada kerajaan,” tegasnya.

Tindakan Anwar itu kata Syed Ali bertujuan memperokperandakan kestabilan negara dan meruntuhkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum bagi mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

“Melihat kepada aktiviti politkya yang sangat berbahaya kepada negara, kerajaan didesak supaya Anwar dikenakan tindakan ISA ,” tegasnya.

Sementara itu katanya paspot antarabangsa Anwar perlu dirampas segera bagi menghalang beliau meloloskan diri ke luar negeri.

Beliau menjelaskan, kerajaan perlu tegas dalam menangani isu Anwar kerana aktivitinya selama ini banyak menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat.

Katanya, Anwar yang terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita Mat Jeninnya itu.

“Di peringkat antarabangsa, Anwar berkongsi dengan rakan Yahudinya untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Ini perbuatan khianat yang tidak boleh dipandang ringan,” tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, kadangkala rakyat kecewa dan tertanya-tanya kenapa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat begitu takut untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

“Diperingkat UMNO, kita juga terpaksa memberi pelbagai jawapan kepada ahli-ahli parti di akar umbi bertanyakan soalan yang sama, walaupun kita tahu mereka juga tidak berpuashati dengan penjelasan tersebut,” ujarnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas pendedahan terbaru pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam tadi muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Najib Tun Razak dan Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.

Raja Petra berkata, individu-individu itu mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut pengakuan Raja Petra itu, Syed Ali berkata akhirnya kebenaran telah terbukti dakwaan pembangkang termasuk Anwar bahawa Perdana Menteri ada kaitan dengan kes pembunuhan tersebut sebagai satu pembohongan besar.

“Selama ini pembangkang sengaja merekakan cerita fitnah, melemparkan tuduhan tidak berasas dan sengaja berbohong untuk memburukkan Najib supaya reputasi dan maruah beliau sebagai Perdana Menteri akan terjejas,” katanya.

“Sekarang siapa sebenarnya kaki pembohong ?, Anwar atau pun Najib, sedangkan Perdana Menteri sebelum ini sudah berulang kali bersumpah di masjid bahawa beliau tiada kaitan dan tidak mengenali Altantuya.

Syed Ali yakin, banyak lagi siri fitnah dan pembohongan membabitkan Anwar akan didedahkan oleh bekas-bekas rakan karibnya yang mula sedar selama ini mereka hanya diperalatkan untuk kepentingan politi.

Raja Petra, 60, menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah Rosmah.


SUMBER : UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT



KOMEN :

1. Fuyooo.... Apa lagi mau tunggu...

2. Kasi ISA sama itu dia...

3. Cepat-cepat la bawa dia itu ke Jail Sungai Buloh...

4. Biar dia jadi Perdana Menteri di sana...

5. Lagi lambat kasi taruk sana, lagi kucar kacir kita rakyat Malaysia...

*Idea Syed Ali Al Habshee memang fuyooo!

Raja Malaysia Today kantoikan lagiiii... Fitnah.. Punah.. Ranah..

Raja Malaysia Today...



RAJA PETRA RAJA KAMARUDIN, Pengendali Portal Malaysia Today semalam telah menjadi 'raja' di TV3 apabila mendedahkan segala yang tersembunyi di dalam selimut yang bertujuan untuk menjahanamkan karea politik YAB Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

RAJA PETRA RAJA KAMARUDIN mengaku bahawa dia tidak pernah menuduh Datuk Sri Mohd Najib dan Datin Paduka Seri Rosmah Mansur terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu.



Alamak..... Kantoi lagiiiiiiiiii.....



Rahsia sebenarnya kata RAJA PETRA RAJA KAMARUDIN ialah dia telah didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu untuk berusaha menjatuhkan dan melemparkan imej buruk kepada Datuk Sri Mohd Najib yang semasa itu bakal mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia daripada YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Dalam akuan bersumpah yang dilakukan oleh dia pada 18 Jun 2008 lalu, dia telah dimaklumkan daripada individu-individu tersebut bahawa Datin Paduka Seri Rosmah Mansur berada di tempat kejadian bunuh Altantuya tersebut.



Tuan empunya MALAYSIA TODAY...



Ini adalah antara kenyataan-kenyataan yang di buat oleh RAJA PETRA RAJA KAMARUDIN semalam di wawancara khas TV3 :

Dalam SD (akuan bersumpah) saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

Dan, pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD,” kata Raja Petra yang kini berada di Australia.

Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap.

Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini ke depan,” katanya.

Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil.

Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot,” katanya lagi.



KeADILan.... Dimana? Kemana? Bagaimana?



Asasnya di sini kata RAJA PETRA RAJA KAMARUDIN ialah, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang ingin melihat Datuk Sri Mohd Najib Tun Abd Razak tidak berjaya untuk bergelar Perdana Menteri menggantikan Tun Pak Lah pada masa itu.

Wednesday, April 13, 2011

Tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia...

YB DS Anwar Bin Ibrahim...
(BEKAS BOSS ZULKIFLI NOORDIN)



YB Zulkifli Bin Noordin
(BEKAS PEGUAM ANWAR IBRAHIM)




" Salam 2 all.

Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Awal 1432
12 Apr 2011 "


SUMBER : zul4kulim.blogspot.com



KOMEN :

1. Apa yang dialami dan ditulis oleh YB Zul ini sarat dengan maksud untuk orang2 yang mau berfikir secara waras...


2. Tetapi ana yakin, mesti akan ada orang yang takkan percaya atau juga ada alasan yang kununnya munasabah...


3. Seperti yang berlaku kepada YB Anwar Ibrahim semasa menjawab persoalan2 di PC baru2 ini, begitu juga yang terjadi kepada Ustaz rakan kepada YB Zul (melalui penulisan YB Zul ini) iaitu TIDAK MAMPU MENJAWAB SOALAN...


4. Asasnya cukup mudah, jika kita benar2 tidak bersalah maka kenapa secara tak semena-mena lidah terus 'rebah'...?


5. Jika benar kita tak melakukan semua itu, kenapa harus takut melafazkan sumpah...?


6. Jangan kerana 'terpuja' dan 'terpesona' dengan seseorang pemimpin, kita sanggup 'melacurkan' dan 'memperkosakan' status, pangkat, jawatan, ilmu dan segala-galanya yang ada pada kita hanya KERANAMU...


7. Moh rakyat! jika kamu benci sangat kepada UMNO sekalipun, tetapi duduk sebentar, muhasabah seketika dan kaji lah apa yang diperkatakan oleh YB Zul yang pernah menjadi lawyer kepada YB Anwar Ibrahim ini...


8. Tak semua benda yang diluar nampak indah, tetapi dalamnya turut indah... Tak semua pemimpin yang diluarnya nampak bagusss tetapi di dalam jiwa sebenarnya hancusss...


9. Jangan kerana benci kepada UMNO, kita terus block minda dan akal waras untuk tidak menerima dan menafsir segala apa yang diperkatakan ini semua...


10. Semoga Allah tunjukkan kebenaran dan juga kebatilan agar rakyat boleh buat KEPUTUSAN...

YB Nga Ko Ming biadap dengan Raja Muda Perak!

YB Nga Ko Ming (ADUN sejak 1999) tidak berpakaian rasmi nombor 1

(pakaian rasmi di setiap pembukaan persidangan DUN)



Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang bermula hari ini menyaksikan sekali lagi sikap kebiadapan ADUN pembangkang dari DAP YB Nga Ko Ming – ADUN Pantai Remis yang hadir tanpa mengenakan pakaian rasmi nombor satu yang menjadi pakaian rasmi pada setiap pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ini jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, kurang ajar dan tidak menghormati Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah oleh pemimpin DAP kerana YB Nga Ko Ming satu-satunya ADUN yang datang dengan berpakaian biasa sedangkan semua wakil rakyat termasuk dari pembangkang mengenakan pakaian tersebut.

Adakah YB Nga Ko Ming bodoh dan tidak tahu peraturan yang ditetapkan atau sengaja ingin menarik perhatian semua yang hadir.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri hari ini mengutuk tindakan kurang ajar YB Nga Ko Ming dan inikah rupa dan gaya seorang pemimpin yang ingin diketengahkan sebagai seorang yang komited dan bersopan?


SUMBER : PERAK TODAY (12 APRIL 2011)


KOMEN :


1. Sifat kebiadaban dan keangkuhan seorang YB Pembangkang berbangsa Cina ini jelas lagi bersuluh...

2. Adakah pemimpin sebegini yang harus kita pilih dan naikkannya sebagai wakil rakyat untuk pilihanraya akan datang...?

3. Ini baru dia menjadi pembangkang di sebuah negeri, bayangkan jika dia dan kuncu-kuncunya menjadi kerajaan di negeri dan juga di persekutuan...

4. Jika Pemangku Sultan Negeri pun sanggup dia berlaku kurang ajar, inikan pula rakyat marhaen seperti kita...

5. Sudah pasti dia dan kuncu-kuncunya akan lebih kurang ajar dan hanya akan mementingkan politik komunis mereka semata-mata...

6. Sifat keras kepala Nga Ko Ming ini harus 'dibayar' oleh rakyat dengan keras kepala juga... Buktikannya dalam pilihanraya akan datang dengan menolak 100% Nga!!!

7. Orang yang tak hormat Sultan Negeri seperti Nga ini apa lagi yang harus kita harapkan dan sanjungkan...

8. Jika terus diberi muka, diberi kuasa, diberi masa, Nga dan kuncu-kuncunya pasti akan meng'komunis'kan negeri-negeri kita...

9. Cukuplah dengan hanya kita 'disajikan' dan 'diperbodohkan' dengan tindakan-tindakan komunisnya itu di Negeri Perak... Kita tak perlu berdiam diri lagi, tolak Nga dan kuncu-kuncunya 100% agar sifat keras kepala dan kurang ajarnya itu akan dapat dia belajar...

10. Jika institusi Kesultanan Negeri pun dibiadapnya, apakah lagi rakyat jelata yang hanya seperti hamba...

Monday, April 11, 2011

Wartawan 8TV yang 'mengkantoikan' YB Anwar Bin Ibrahim

Wartawan 8TV yang 'mengkantoikan' YB Anwar Bin Ibrahim


ANWAR BIN IBRAHIM kantoi terkaku terkedu tak mampu menjawab soalan daripada cik adik manis ini semalam di Kuching dalam satu PC PKR...

Soalan cik adik manis ini cukup mudah, hanya ingin mengetahui dimanakah letaknya jam tangan OMEGA milik ANWAR BIN IBRAHIM yang diwar-warkan dan dikaitkan dengan skandal video seks...

Pada permulaan pertanyaan cik adik manis ini kepada ANWAR BIN IBRAHIM cukup baik dan tiada sebarang emosi berlaku... ANWAR BIN IBRAHIM juga turut bertanya kepada cik adik manis ini wartawan dari mana...

Tetapi apabila cik adik manis ini membuka mulut mengenai 'status' kedudukan jam tangan OMEGA milik ANWAR BIN IBRAHIM, ketua umum PKR itu terus melenting dan beremosi di hadapan para wartawan yang lain pada sesi PC tersebut...

Apa kaitannya jam tangan OMEGA itu dengan video seks? Perlukah saya menjawab persoalan awak itu? dan macam-macam lagi serangan balas ANWAR BIN IBRAHIM kepada cik adik manis ini...

'Saya hanya wartawan'... Itulah yang keluar dari mulut cik adik manis ini pabila ANWAR BIN IBRAHIM cuba menyerang bertubi-tubi cik adik manis ini...

Malah, tidak cukup lagi, ANWAR BIN IBRAHIM terus menuduh bahawa cik adik manis ini bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan UMNO untuk menjatuhkan dan memanipulasikan isu...

PERSOALAN mudah!! Jika benar jam tangan OMEGA itu berada pada Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi tahu saja... Tunjukkan jam tangan OMEGA itu... Rakyat dan wartawan bukan nak memalukan kamu wahai ANWAR BIN IBRAHIM, rakyat dan wartawan hanya nakkan KEPASTIAN!!

Adalah suatu perkara yang amat teramat terlalu SUKAR bagi ANWAR BIN IBRAHIM untuk membuktikan bahawa jam tangan OMEGA itu berada pada Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Kalau ditanya budak Tadika PASTI pun dimanakah jam tangan OMEGA itu berada? sudah pasti dia akan mampu menjawab sekiranya dia benar dan tidak bersalah...

Kalau betul dia tak bersalah atau bercakap benar, jawablah sejujurnya persoalan dari wartawan itu... Cubalah jam tangan OMEGA itu benar-benar berada di rumah ANWAR BIN IBRAHIM, bukankah selesai masalah sekiranya ANWAR BIN IBRAHIM atau Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan 'Ia, ada di rumah' dan menunjukkan kepada khalayak?! Mudah dan selesai masalah!

Hanya orang yang bersalah saja akan takut dengan bayang-bayangnya sendiri... UMNO dan Utusan Malaysia pula yang dipersalahkan, sedangkan antara jam tangan OMEGA itu dengan UMNO dan Utusan Malaysia memang takda kena mengena...

KESIMPULANNYA di sini ialah cukup mudah, JIKA KITA BENAR TUNJUKKAN KEBENARAN KITA... JIKA SEKALI PUN KITA TAK MAMPU MENUNJUKKAN KEBENARAN, JANGANLAH KITA MENUDUH DAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI KITA!!

Ingat!! setiap daripada kita ada Tuhan... Ingatlah Tuhan wahai ANWAR BIN IBRAHIM...

Sunday, April 10, 2011

Anwar Ibrahim berang bila ditanya pasal 'Jam Omega' oleh wartawan!

Ketua Pembangkang, YB Anwar Ibrahim melenting apabila ditanya soal jam Omega dalam sebuah PC yang diadakan di Kuching hari ini.

Wartawan perempuan dari TV8 dimarahi dan dipersalahkan dengan menuduh bahawa dia adalah membantu konspirasi UMNO dalam menjatuhkan karea politik Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim berang bila ditanya pasal 'Jam Omega' oleh wartawan http://youtu.be/H9u0qMRU5Nw?a
Anwar Ibrahim berang bila ditanya pasal 'Jam Omega' oleh wartawan http://youtu.be/H9u0qMRU5Nw?a

Tuesday, April 5, 2011

'Beruk' description irks BN reps

ALOR STAR: An argument erupted between a Barisan Nasional assemblymen and Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Pas-Sungai Limau) at the state assembly sitting yesterday.

Azizan was responding to an additional question by Mohd Tajudin Abdullah (BN-Belantek), who wanted to know if the Pas-led state government had practiced favouritism when a student did not receive the RM500 pocket money from the state before going back to Egypt.

Azizan had criticised the Federal Government's decision for bringing back Malaysian students from crisis-hit Egypt in February, and left it to the state governments to send them back to the country.


He likened the action as paying a monkey to climb a coconut tree half-way.

"Paying the monkey to climb the coconut tree and leaving it dangling up there. It's just like beruk naik nyoq."

Azizan's remark did not go down well with the BN assemblymen.


Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) responded by saying that the word beruk (monkey) was too harsh.

"It was too harsh and and how can such words be uttered by a leader?"


Read more: 'Beruk' description irks BN reps http://www.nst.com.my/nst/articles/24args/Article#ixzz1IcNEMJGE


KOMEN :

1. Bagus... Bagus... MB Kedah yang la nie...

2. Takda ka bidalan atau kaisan yang lebih 'baik' dari nie...?

3. Melayu sama Melayu lawan melabel sama melabel...

4. Kalau Pak Pandir dengaq semua nie pun mesti dia pening kepala...

5. Kedah Sejahtera... Ohhh... hoiiiiii....


NIK NAZMI Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim kata : "bukan sosok badan Anwar"

YANG BERHORMAT NIK NAZMI BIN NIK AHMAD
ADUN Kawasan Seri Setia, Selangor
Bekas Setiausaha Sulit YB Datuk Seri Anwar Ibrahim


“Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar,” kata YB Nik Nazmi Nik Ahmad


Itulah komen ekspress YB Nik Nazmi Nik Ahmad bekas SETIAUSAHA SULIT KEPADA YB DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM selepas beberapa detik video seks milik Datuk T disebarkan melalui youtube dan beberapa blogger pro Kerajaan dan anti Pembangkang semalam (04 April 2011).

Untuk lebih jelas dan memahami serta mengenali siapa dia bekas SETIAUSAHA SULIT ANWAR IBRAHIM ini, maka harus terus dibaca akan komen dia yang ini :

"Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar."


Aikk, ayat bekas SETIAUSAHA SULIT ANWAR IBRAHIM ini cukup memberangsangkan dan mungkin boleh meyakinkan kita... Meyakinkan apa itu terpulang kepada kita sendiri... Antara yakin kata-kata Nik Nazmi atau yakin Anwar Ibrahim dalam video seks itu...!

Bekas SETIAUSAHA SULIT ANWAR IBRAHIM cuba untuk memberi fokus kita kepada susuk tubuh dan lengok lelaki yang berada dalam video seks tersebut, dan tidak memberi fokus kepada muka atau kepala lelaki tersebut yang kelihatan seperti YB Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR...

Itu baru 1minit 47saat,tidak lagi umum melihat keseluruhan aksi video seks tersebut... Apapun, sumber dari rakan blogger yang melihat video seks penuh mengatakan bahawa "saya yakin 1000% itu Anwar Ibrahim"...

Sulit... Sulit... Memang sulit... Sejauh mana 'hubungan' yang sulit ini sampai mampu mengetahui semua riuk lingkuk tubuh badan yang sulit...

Apapun, bersumpahlah dengan nama suci ALLAH SWT jika benar itu bukan anda wahai YB Anwar Ibrahim...

Semoga ALLAH tujukkan kita KEBENARAN dan tunjukkan jua kita KEPALSUAN untuk kita sama-sama menilai...

Monday, April 4, 2011

Anwar Bin Ibrahim akan tetap kata 'itu bukan saya!'...?

Bismillah hirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Baru sebentar tadi, beberapa rakan blogger Pro Kerajaan dan anti Pembangkang telah MENDEDAHKAN sedutan video seks yang dipercayai 'hasil keringat' Ketua Pembangkang iaitu YB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim...

Walaupun video seks yang ditayangkan itu hanya 1minit lebih, tapi memang JELAS, TERANG dan SAHIH lelaki di dalam video seks itu adalah seorang lelaki yang cukup 'alim' bernama Anwar Bin Ibrahim dengan seorang perempuan kulit cerah dipercayai berbangsa Cina...

Wahai para ahli, penyokong, pendokong dan pemimpin PAS, PKR dan DAP,sedarlah kalian bahawa tok syeikh kalian itu sudah 'terbogel' dengan aksi-aksi kasanovanya...

Bukan nak minta jadi ahli UMNO atau BN, tetapi hanya nak minta kalian 'buka mata' dan nilai sendiri siapa pemimpin kalian yang kununnya agung dan besar itu...

Mungkin kalian terus akan berkata bahawa kes liwat Anwar Bin Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan itu adalah FITNAH dan KONSPIRASI untuk menjatuhkan pemimpin kalian, tetapi apakah pula komen kalian pasal video seks ini...?

Mungkin juga kalian akan berkata bahawa ini semua adalah juga KONSPIRASI dari pihak UMNO/BN, tetapi itu semua HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI...!

Sumber yang penulis tahu ialah, YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak selaku Presiden BN tidak ada apa-apa campurtangan malah tidak mengetahui langsung akan hal video seks ini. Sumber yang penulis dapatkan ini adalah diakui dan diyakini penulis kerana dia adalah somebody yang rapat dengan YAB...

Wahai semua 'orang' dalam PAS, PKR dan DAP, cukuplah untuk terus memfitnah dan membela si dogol bernama Anwar Bin Ibrahim ini... Bersumpahlah! Jika Anwar Bin Ibrahim benar-benar tidak melakukan aktiviti terburuk ini...!

Jika Datuk Sri Najib Razak mampu bersumpah bahawa dia tak terlibat dalam kes Altantuya, mengapa al syeikh Anwar Bin Ibrahim ini tak reti nak BERSUMPAH...!

Minta maaflah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ahli UMNO/BN yang sudah kalian kata bahawa mereka pembohong dan pemfitnah itu...!

Ya Allah... Tunjukkanlah siapa yang BENAR dan tunjukkan jua siapa yang SALAH...!

Anwar Bin Ibrahim akan tetap kata 'itu bukan saya!'...?

Anwar Ibrahim... Pelik... Pelik...



Anwar Ibrahim Berperangai Pelik

Anwar Ibrahim berperangai pelik? Berikut adalah sedutan wawancara khas bersama Datuk Nallakarupan tentang Anwar Ibrahim. (baca wawancara penuh di sini). Mahukah ahli-ahli PAS dan PKR yang beragama Islam menerima pendedahan Nallakarupan ini dengan hati yang terbuka? Jika tidak mahu menerima, Anwar akan terus-terusan menipu anda.

Bila Datuk mula perasan Anwar ini mempunyai perangai pelik?

NALLAKARUPAN: Perangai peliknya itu mula saya lihat ketika beliau berada di Kementerian Pelajaran. Saya tidak pernah melihat dalam hidup saya seorang lelaki yang berperangai pelik sebegitu. Anwar dan saya umur lebih kurang tapi saya tidak pernah lihat orang bernafsu seperti itu. Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality.

Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya). Anwar mengaku dia rascal.

Saya adalah seorang yang percaya pada Tuhan dan pada awalnya saya melihat beliau adalah seorang pemimpin untuk negara. Tapi bila sudah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral saya tidak pernah menyangka akan ada seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan akan berkelakuan sedemikian. Saya mula merasa tidak kena beberapa ketika kemudian saya ditangkap.

Namun kemudian saya berfikir tidak boleh membiarkan beliau begitu saja atas dasar kawan. Keadaan akan berlainan jika saya memilih untuk bersama kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir ketika itu tetapi saya tidak melakukannya. Bila sampai waktu Anwar dibebaskan saya beranggapan beliau akan berubah tetapi itu tidak berlaku. Anwar tidak pernah berubah. Pada masa itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya. Bila ahli-ahli PKR dan PAS yang lain hendak tinggalkan Anwar?


SUMBER : ANGIN PERUBAHAN



KOMEN :


1. Aduhhhhh..... Rakan karib Anwar Ibrahim dah bagi tau semuanya...

2. Apa ini...? Itu semua ada betul ka atau fitnah saja...?

3. Kalau betul... Mungkin juga sebab tuan punya diri itu diam saja...

4. Kalau fitnah... Mana mungkin sebab tuan punya diri itu tak defend dirinya...

5. Ayoyo... Pelik.. Pelik.. Anwar Ibrahim sudah jadi pelik...

6. Anwar Ibrahim... Tolonglah serang dan katakan Nallakarupan itu pembohong, pemfitnah dan penjatuhkan kamu...

7. Ehhhhhhhh... Bolehkah Anwar Ibrahim buat begitu...? Boleh la kalau dia betul-betul betul... haha...

8. Tapiiii... Kalau dia diam saja... Maknanya dia betul-betul tak betul lah...

9. Nallaaaaaa.... Kasi tala cukup-cukup...

10. Anwar Ibrahim... Check mate!

Sunday, April 3, 2011

Senarai Penuh Calon BN di Pilihan Raya Negeri Sarawak!!

N.01 OPAR Ranum Ak Mina

N.02 TASIK BIRU Datuk Peter Nansian Ngusie

N.03 TANJUNG DATU Tan Sri Adenan Satem (PBB)

N.04 PANTAI DAMAI Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB)

N.05 DEMAK LAUT Dr Hazland Hipni (PBB)

N.06 TUPONG Datuk Daud Bin Abdul Rahman (PBB)

N.07 SAMARIANG Sharifah Hasidah S.A Ghazali (PBB)

N.08 SATOK Datuk Amar Abg Abd Rahman Zohari (PBB)

N.09 PADUNGAN Sim Kiang Shiok (SUPP)

N.10 PENDING Dr Sim Kui Hian (SUPP)

N.11 BATU LINTANG Sih Hua Tong (SUPP)

N.12 KOTA SENTOSA Datuk Alfred Yap (SUPP)

N.13 BATU KAWAH Tan Joo Phoi (SUPP)

N.14 ASA JAYA Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)

N.15 MUARA TUANG Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB)

N.16 BENGOH Dr Jerip @ Belek Susil

N.17 TARAT Roland Sagah Wee Inn

N.18 TEBEDU Datuk Seri Michael Manyin Jawon

N.19 KEDUP Maclaine Ben @ Martin Ben Anak Michael

N.20 SADONG JAYA Aidil Lariwoo(PBB)

N.21 SIMUNJAN Naroden Majais (PBB)

N.22 SEBUYAU Julaihi Nerawi (PBB)

N.23 LINGGA Simoi Peri (PBB)

N.24 BETING MARO Razaili B.Hj.Gapor (PBB)

N.25 BALAI RINGIN Snowdan Lawan

N.26 BUKIT BENGUNAN Mong Dagang

N.27 SIMANGGANG Datuk Francis Harden

N.28 ENGKILILI Dr Johnical Rayong

N.29 BATANG AI Malcom Mussen

N.30 SARIBAS Ricky@Mohammad Razi Sitam (PBB)

N.31 LAYAR Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Ak Numpang (PBB)

N.32 BUKIT SABAN Robert Lawson Chuat Ak Vincent Entering

N.33 KALAKA Abdul Wahab Bin Aziz (PBB)

N.34 KRIAN Datuk Peter Nyarok Ak Entrie

N.36 SEMOP Abdullah Saidol (PBB)

N.37 DARO Murni Suhaili (PBB)

N.38 JEMORENG Abu Seman Jahwie (PBB)

N.39 REPOK Datuk David Teng

N.40 MERADONG Ling Lie King

N.41 PAKAN Datuk seri William Mawan Ikom (SPDP)

N.42 MELUAN Wong Ak Judat

N.43 NGEMAH Alexander Vincent

N.44 MACHAN Datuk Gramong Juna

N.45 BUKIT ASSEK Chieng Buong Toon (SUPP)

N.46 DUDONG Datuk Tiong Thai King (SUPP)

N.47 BAWANG ASSAN Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP)

N.48 PELAWAN Vincent Goh Chung Siong

N.49 NANGKA Dr Anuar Rapiee (PBB)

N.50 DALAT Datin Fatimah Abdullah (PBB)

N.51 BALINGIAN Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB)

N.52 TAMIN Joseph Mauh Ikeh

N.53 KAKUS John Sikie Ak Tayai

N.54 PELAGUS Stanley Unja (PRS)

N.55 KATIBAS Datuk Ambrose Blikau Ak Enturan (PBB)

N.56 BALEH Datuk Seri Dr James Jemut Masing (PRS)

N.57 BELAGA Liwan Lagang

N.58 JEPAK Datuk Talip Zulpilip (PBB)

N.59 KIDURONG Henry Ling Kuong Meng

N.60 KEMENA Dr Stephen Rundi Utom (PBB)

N.61 BEKENU Rosey Yunus (incumbent)(SPDP)

N.62 LAMBIR Ripin Lamat (PBB)

N.63 PIASAU Tan Sri George Chan Hong Nam (SUPP)

N.64 PUJUT Andy Chia Chu Fatt (SUPP)

N.65 SENADIN Datuk Lee Kim Shin (SUPP)

N.66 MARUDI Sylvester Entri Ak Muran

N.67 TELANG USAN Dennis Ngau (PBB)

N.68 BUKIT KOTA Dr Abdul Rahman Bin Ismail

N.69 BATU DANAU Paulus@Palu Gumbang (SPDP)

N.70 BA'KELALAN ??

N.71 BUKIT SARI Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (PBB)

PBB akan bertanding di 35 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).


SUMBER : Melanau Blogger

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)