KEJAMNYA KERAJAAN PAS KEDAH!! cakap tak serupa bikin..
Kerajaan PAS Kedah telah memecat seorang Timbalan Dekan dan 6 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kelemahan pentadbiran KUIN dan kerajaan negeri.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menerima sebarang teguran. Ini berbeza semasa mereka menjadi pembangkang, setiap saat setiap hari pelbagai kutukan dan kritikan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN. Tetapi kini apabila mereka sudah berkuasa, baru mereka rasa bagaimana susahnya menjadi pemerintah. Dan paling penting, mereka tidak tahan mendengar kritikan.
Itulah sikap pembangkang. Mereka melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara. Mereka kononnya berjuang memartabatkan demokrasi di negara ini. Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, mereka ibarat cacing kepanasan. Cakap tak serupa bikin.
Keengganan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak menemui pelajar-pelajar KUIN tersebut juga memperlihatkan betapa tidak rasionalnya pembangkang dalam menangani kecaman. Bagi mereka, apabila rakyat berdemonstrasi menentang kerajaan BN itu dinamakan demokrasi, tapi apabila mereka pula berkuasa dan rakyat mengkritik mereka, ia tidak demokratik dan perlu diambil tindakan tegas. sambung baca sini
Namun permintaan SMM yang mahu Presiden Pas Hadi Awang campur tangan juga telah ditolak mentah-mentah oleh Ostaz Azizan. Malah Ostaz Azizan mengatakan Insaniah bukan hakmilik PAS tapi hakmilik kerajaan negeri yang diperintah oleh Menteri Besar. Oleh itu presiden Pas tidak mempunyai hak untuk masuk campur.
Jika dulu Pas menentang AUKU, tetapi kini Mc ingin tahu apa sebenarnya pandangan PAS sendiri tentang AUKU, adakah terdapat double standard di antara pandangan peringkat Pusat dengan pengaplikasiannya di peringkat negeri. Mungkin selepas menjadi kerajaan, baru Pas sedar betapa penting akta AUKU membendung pelajar dari membuat kacau didalam Kolej ataupun Universiti.
Jika pelajar berdemontrasi dengan niat hanya untuk menegur pentadbiran kolej dan negeri pun dihukum buang Universiti, bagaimana pula dengan pelajar unversiti yang membuat rusuhan di ibu negara? Salahkah selama ini kerajaan pusat menyuruh pihak Universiti menghukum pelajar univerisiti yang membuat rusuhan politik? Cakap memangla senang, bila kena diri sendiri, baru tahu betapa sakitnya.
SUMBER : BLOG KEDAH KE KL
KOMEN :
1. Cakap tak serupa bikin...
2. Kalau kena batang hidung sendiri baru mengelupur...
3. Semasa menjadi pembangkang dulu, bukan main benci sebenci bencinya akta...
4. Tetapi setelah dia menjadi kerajaan, bukan main mencari cari juga akta itu untuk digunapakai...
5. Oleh sebab itu, PR harus sedar dan buangkan ego! Usaha usaha kerajaan bukanlah untuk menzalimi rakyat, tetapi pasti ia ada sebab!




