Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Wednesday, June 29, 2011

Gulingkan Kerajaan di Jalan Raya...

Berani sungguh dia nak gulingkan kerajaan melalui perhimpunan !!


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar telah menilai kenyataan Ketua AMK dan menganggap ianya ‘sangat serius’ dan ‘melampau’.

Kita sendiri boleh lihat wajah dan nada Datuk Seri Khalid ketika mengulas perkara ini yang disiarkan dalam berita semalam. Serius, tegas dan tidak berselindung.


“Ini satu kenyataan yang sangat serius..saya nasihatkan siapa juga jangan buat apa-apa kenyataan yang boleh mudaratkan ketenteraman awam...ini hingga menyebut hendak gulingkan kerajaan melalui perhimpunan..ini melampau.”


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.


Jika 'hasrat' Ketua AMK itu menjadi kenyataan pada 9 Julai iaitu mahu gulingkan kerajaan melalui perhimpunan, maka kami berani cakap, 10 Julai, 11 Julai dan seterusnya adalah hari-hari mendatang yang tidak pasti bagi Kuala Lumpur dan Malaysia. Aman dan sejahterakah kita?


Bukti video ada dibawah. Kredit untuk blog Media Permatang Pauh kerana siarkan video ini.


SUMBER : BLOG NASIONALIS 1982


KOMEN :

1. Jika benar 09 Julai 2011 mampu mengulingkan sebuah kerajaan paling lama berkuasa iaitu BN, maka suatu kalungan pengiktirafan harus diberi kepada mereka...

2. Tapi adakah suatu jaminan boleh diberi kepada seluruh penduduk Malaysia, Asia dan dunia bahawa dengan tertukarnya kerajaan yang sedia ada ini ia mampu memberi lebih kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua...?

3. Jawapannya adalah "cuba bagi dulu, baru boleh tahu..."

4. Yaaaaa!! Dengan kuasa rakyat dan sistem demokrasi negara ini, kerajaan BN telah tumbang di KELANTAN, KEDAH, PENANG dan SELANGOR pada PRU12 lalu...

5. Maknanya, rakyat telah memberi kuasa dan ingin mencuba berada di bawah pemerintahan kerajaan selain BN di 4 negeri tersebut... A.K.A rakyat nak cuba laa...

6. Tetapi apakah yang terjadi kepada 4 negeri yang BN menjadi pembangkang tersebut...?

7. Jawapannya, tunggulah PRU13 nanti dan serahkan 100% kuasa menilai kepada rakyat jelata negara ini...

8. Kenapa nak susah2 berdemo di jalanraya untuk tukar kerajaan sedia ada...?

9. Adakah benar SPR tidak berlaku adil dalam PRU dan PRK selama ini...?

10. OHHH... SPR memang tak berlaku adil kan? Patutlah BN boleh kalah di 4 negeri dan beberapa PRK lepas... :)

Wednesday, June 22, 2011

Lokman Nor Adam DEDAHKAN rahsia dalam PKR!

Lokman, Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Tian Chua, Azmin dan Soros - kisah di belakang tabir


Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan mendedahkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah tiga kali meletup kerana tidak suka dengan tabiat buruk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kali pertama ketika Anwar dalam kerajaan. Wan Azizah mengadu kepada Tun Siti Hasmah. Kali kedua, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Azizah mengadu kepada Ezam dan kali ketiga selepas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis, dirinya diliwat.

Lokman yang diwawancara pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur, turut menceritakan pengalamannya bersama Parti Keadilan, termasuk berkaitan penglibatan George Soros, penyangak matawang Yahudi dalam membantu partinya.

Benarkah Wan Azizah jumpa Soros?

Benar. Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong, ratu bogel Bukit Lanjan.

Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.

Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan.Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun.

Tian Chua bercerita mengenai Soros?

Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.

Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.

Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.

Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.

Parti tak tahu hal ini, hanya inner circle sahaja?

Itulah sebabnya kalau kita tengok, trend orang yang tinggalkan PKR ini ialah orang yang duduk di atas bukan duduk di bawah. Yang penyokong tegar PKR ni, mereka tak tinggalkan PKR. Jarang. Tak banyaklah.

Yang banyak tinggalkan PKR ini ialah orang yang semakin hari semakin rapat dengan Anwar Ibrahim. Semakin hari semakin banyak maklumat sebab semakin tinggi, dia (akan) pergi.

Dia jadi Ahli Majlis Tertinggi, dia jadi Ketua Pemuda ke, Naib Presiden ke. Orang ini akan duduk dekat dengan Wan Azizah, duduk dekat dengan Anwar Ibrahim, jadi mereka ada maklumat yang lebih tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar, Wan Azizah, Azmin dan semua sekali.

Itu yang menyebabkan ramai di kalangan mereka tinggalkan. Yang kat bawah ni tak tahu apa-apa. Selagi mereka tak sampai level Ahli Majlis Tertinggi umpamanya, selagi itu mereka tak tahu apa-apa. Ahli Majlis tertinggi zaman saya pun mereka tak tahu apa-apa pun.

Saya kebetulan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda. Bila Ezam tak boleh pergi mesyuarat ahli Exco, saya kena pergi..ganti. Jadi, banyak benda yang saya tahu lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi biasa.

Agak saudara, Wan Azizah tahu kes moral Anwar ?

Sudah pasti. Bukan kali pertama Wan Azizah ‘meletup’ ni. Wan Azizah ‘meletup’ dah tiga kali. Mana ada seorang wanita yang sanggup mengaku suaminya seorang peliwat. Tak ada. Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan enam orang anaknya, dituduh anak-anak seorang peliwat.

Sebabnya Wan Azizah, macam mana pun dia kena pertahankan suami dia. Bukan kerana dia sayang sangat kat Anwar Ibrahim.

Saya ingat kali pertama, dia kena pukul dengan Anwar dulu. Dia mengadu dengan Tun Siti Hasmah. Dia mengadu perangai Anwar Ibrahim. Dia pernah nak pergi berubat kat Indonesia, carikan ubat supaya Anwar tinggalkan kerja main belakang ni.

Kali kedua dia mengadu dengan Ezam. Saya ingat lagi.

Masa tu saudara masih dalam dalam PKR ?

Masa tu saya dah kena pecat. Tapi saya dapat maklumat ni yang dia mengadu kat Ezam, masa tu kat Singapura kalau tak silap saya. Dia, Wan Azizah mengadu.

Satu hari, Anwar dan Wan Azizah pergi luar negara. Anwar dapat flight balik, Wan Azizah tak dapat flight balik. Wan Azizah telefon Ezam, minta supaya Ezam pergi tengok dekat rumah, pastikan ‘budak bancuh kopi’ tu tak tidur kat rumah. Sebab dia takut Anwar ‘kerjakan’ budak tu.

Kali ketiga ni Wan Azizah ‘meletup,’ masa hari Saiful buat report polis. Masa tu Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi PKR buat mesyuarat dekat Hotel Quality.

Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia chair. Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Wee Choo Keong ada.

Ketika itu, Wan Azizah ‘meletup’ buat kali ketiga, yang saya tahu. Kalau lebih daripada itu dia ‘meletup’ saya tak tahu. Yang ini maklumat yang saya terima, kali ketiga dia ‘meletup’ time tu.

Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.

Awak cuba bayangkanlah, masa Anwar duduk dalam penjara 6 tahun, siapa yang jaga anak-anak dia. Wan Azizah. Betul tak? Dia kena jaga anak-anak, dalam masa yang sama kena jadi Ahli Parlimen pula secara tiba-tiba. Kena jadi Presiden parti. Macam mana tak sengsara, sengsara.

Dia bukan ahli politik, dia doktor mata. Tiba-tiba kena terjun dalam politik.

Jadi, tiba-tiba keluar penjara, Anwar buat perkara ni lagi, mestilah dia tension. Itu yang menyebabkan dia luahkan.

Yalah, saya pun pelik juga dengan Wan Azizah boleh tahan dengan Anwar Ibrahim. Kira hebatlah Wan Azizah ni. Saya ingat kalau perempuan lain, dah lama tak boleh tahan dengan Anwar Ibrahim.

Barangkali mempertahankan maruah keluarga?

Ya, tapi saya rasa kehebatan luar biasa lah.

Semasa saudara dalam KeADILan, adakah nampak situasi Wan Azizah percaya Anwar meliwat atau seratus peratus percaya kepada Anwar?

Senario saya lain sikit. Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.

Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena.

Setiap kali Shamsidar datang rumah, Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim. Dia kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini.

Ini maknanya, ada something wrong between Shamsidar dan Anwar Ibrahim. Tapi bab lelaki ni, saya tak jumpalah yang Wan Azizah marah. Sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu.

Yang saya nampak, yang ketara bila mana Shamsidar datang. Yang Sukma pun saya tak nampak sebab Sukma ditangkap awal.

Jadi, kes 1998 itu mengesahkan betul berdasarkan situasi tadi?

Ya, saya percaya.

Kalau kita tengok Ummi punya pengakuan baru-baru ini, saya ceramah banyak kali dengan Ummi. Saya sendiri terkejut. Saya ingat Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni tanpa pengetahuan Azmin. Tapi, bila dengar pengakuan Ummi, maknanya Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni dalam keadaan Azmin tahu. Jadi, saya tak boleh bayangkanlah macam mana dayusnya Azmin ni. Saya tak mahu komenlah benda ini.

Masa dalam KeADILan, saudara tak percaya cerita ini?

Saya ingat hubungan Anwar-Shamsidar ni tak ditekankan sangat. Cuma saya rasalah ada something wrong sebab Rosli marah, Wan Azizah marah. Cuma masa tu, pihak BN tak bangkitkan sangat hubungan Anwar-Shamsidar. Mereka lebih fokus kes Azizan.

Azizan ni saya nampak dalam kes 1998, yang menyebabkan rakyat tidak percaya dalam kes yang melibatkan kes Azizan Abu Bakar, kerana pada ketika itu cakap tak steady. Sekejap dia kena liwat sekian tarikh, sekejap dia kena liwat sekian haribulan. Tiba-tiba pula daripada satu tarikh dia sebut kena liwat tu, bangunan Tivolli Villa pun tak ada lagi.

Tapi ini berbeza dengan kes Saiful Bukhari 2008. Kes Saiful Bukhari, Saiful boleh mention tarikh spesifik dia diliwat tanggal 26.6.2008 dari jam 3.01 minit hingga jam 4.30 petang.

Sebab apa?

Sebab, bila dia sampai kat tempat kejadian di kondo tersebut, ada rakaman cctv. Bila Anwar sampai pun, ada rakaman cctv. Bila dia keluar pun, ada rakaman cctv. Dia dah tahu spesifik masa.

Dari segi teknikal, kali ini Anwar tak boleh lari. Dan macam mana Anwar nak lari dalam keadaan doktor yang memeriksa ‘anu’ Saiful ni, mengesahkan mereka menjumpai sperma. Mereka menjumpai semen milik Anwar Ibrahim. Mereka bukan menjumpai DNA.

Kalau mereka jumpa DNA, maknanya contohlah, masa Anwar dalam tahanan penjara, berus gigi ke, rambut Anwar Ibrahim ke. Anwar ketip kuku dia boleh ambil cebisan-cebisan kuku ini boleh jadikan DNA.

Tapi masalahnya sekarang ini, doktor ini yang memeriksa lubang Saiful ini, dia mengesahkan mereka menjumpai semen, air mani.

Air mani Anwar ni, kita tak boleh dapat tanpa kerjasama Anwar… Memanglah, sebelum ini kita nak berucap tak perlu sebut benda-benda ini semua. Tapi nak buat macam mana, ni Anwar punya pasal. Tak pasal-pasal dalam ucapan kita kena sebut sperma, semen..benda-benda yang mengaibkan ni.

Tapi kita kena ingat, yang doktor temui dalam lubang Saiful ialah semen ataupun sperma. Maknanya, benda ni hanya boleh diletak dalam lubang (dubur) Saiful.

Pertama, sekiranya Anwar buat kerjasama dengan kita dia mengeluarkan air mani dia. Dan dia bagi kita benda tu, kita suntik dalam lubang Saiful.Yang kedua, Anwar memang liwat Saiful.

Saya tak tahulah kalau ada cara lain. Saya tak nampak ada cara lain bagaimana kita boleh dapatkan Anwar punya sperma tanpa kerjasama Anwar Ibrahim. Dan takkanlah Anwar nak kerjasama untuk jahanamkan hidup dia. Ini rakyat kena buka kepala.

Doktor bukan jumpa DNA dalam dubur Saiful. Selain daripada sperma itu, ada DNA Y. DNA X tu saya tak tahu siapa punya. Mungkin doktor masa buat tu terjatuh peluh ke apa. Itu saya tak tahu. Pokoknya, bagaimana sperma Anwar ada di situ?

Ataupun bagaimana mereka boleh dapat sperma Anwar Ibrahim tanpa bantuan Anwar Ibrahim. Yang ini sahaja, menjawab segala-galanya.

Dan bila mereka ekstrak sperma ini. Dia ambil DNA daripada sperma ini, maka dia dapatlah DNA ‘lelaki Y.’ Dan apabila polis ambil contoh daripada botol mineral water Anwar yang ada DNA dia, berus gigi Anwar. Akhirnya mereka nampak benda ni sama.

Cuma di peringkat awal perbicaraan. Doktor yakin yang Anwar dengan rela hati akan memberi DNA dia, darah dia. Itu sebab, doktor tak terima bukti dalam bentuk berus gigi tadi dan juga barang-barang yang diambil dari lokap. Sebab kalau kita guna barang-barang yang diambil dari lokap itu, Anwar ada ruang untuk kata itu barang lama, polis dah rancang apa semua.

Itu sebab, doktor minta supaya Anwar dengan rela hati memberikan DNA dia. Tapi, bila Anwar tak nak bagi DNA dia, ketika itu Hakim kata pakailah yang berus gigi tu. Macam mana hakim boleh menjangkakan yang Anwar takkan berani tak nak bagi DNA dia.

Sebab sebelum ini Anwar bukan main lagi, saya akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir. Cakap memanglah, ini hingga ke titisan darah terakhir. Sekarang, kita minta setitis darah saja dia tak boleh bagi.

Kenapa saudara ditahan ISA ?

Saya kena ISA dua kali. Kali pertama pada 23 Oktober 1998. Saya kena lebih kurang 59 hari. Saya kena tangkap 21 Oktober.

17 Oktober 1998 saya mengetuai satu demonstrasi besar-besaran daripada Masjid Negara pergi ke Istana Negara, untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) mendesak supaya YDPA campur tangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Masa tu Anwar dalam penjara?

Masa tu Anwar dalam penjara. Masa tu saya kena (tahan) 59 hari.

Dan pada tahun 2001, saya kena lagi sekali kerana pada ketika itu saya ketuai untuk buat satu demonstrasi dipanggil ‘Black 14.’

‘Black 14’ ni sebenarnya hari untuk memperingati Anwar dipenjarakan selama 6 tahun. Setiap tahun kita buat perhimpunan ‘Black 14.’ Kita mahu kumpulkan orang dari seluruh pelusuk tanah air. Bawa orang naik keretapi, bawa orang naik bas, bawa orang naik pengangkutan masing-masing untuk kumpul di Kuala Lumpur. Untuk buat protes besar-besaran. Macam BERSIH nak buat ni.

Kena tahan seminggu atau selepas kejadian?

Lebih kurang seminggu sebelum itu kawan-kawan saya. Saya kena tahan buat kali kedua ialah pada 24 April 2001, selama 2 tahun 2 bulan.

Pada masa itulah ditahan bersama yang lain?

Yang pergi ke Kamunting, saya, Tian Chua, Ezam, Saari Sungip, Badrul Amin dan Hishamudin Rais.

Masa itulah Tian Chua bercerita menerima duit dari Soros?

Masa dalam tu lah. Dia beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros.

Tian Chua sendiri mengakui penahanan dia tu tepat?

Memanglah. Semua yang ditahan tu ada sebab kenapa dia ditahan. Dalam ISA ni, saya dah duduk 2 tahun. Saya dah bercampur dengan semua. Saya dah bercampur dengan al-Maunah, saya bercampur dengan KMM, saya bercampur dengan JI (Jemaah Islamiah), semua kita bercampur.

Semua hampir mengaku tak bersalah. Semua mengatakan yang mereka ini teraniaya. Tapi, saya tahulah. Saya kena tahan, saya buat salah.

Dulu bila polis suruh kita berhenti, kita koyak saman polis. Garang tak garang kan dulu. Darah muda, standard lah tu.

Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung.

Kenapa?

Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita. Soros akan taja apa sahaja untuk rosakkan nama Dr Mahathir.

Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros.

Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke?

Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.

Sebelum ini tak perasan?

Tak, kita tak tahu. Bila dah duduk 2 tahun, dah macam kawan-kawan, baru mereka buka cerita. Sebelum tu mereka tak cerita.

Setiap orang yang ditahan di Kem Kamunting ini apabila dibebaskan sudah tidak aktif lagi dengan PKR?

Itu tak betul.

Maksudnya ?

Hari pertama saja saya keluar dari ISA, saya ceramah di Sungai Petani kalau tak silap saya. Dan setiap malam saya ceramah. Daripada dalam penjara, saya tahu saya akan dibebaskan. Sebab group pertama tu, mereka dibebaskan 2 minggu awal.

Jadi, dalam penjara, saya dah susun jadual ceramah saya. Memang kita tak pernah berhenti.

Ceramah untuk Parti Keadilan ?

Untuk Keadilan. Saya stop bersama mereka ni selepas saya dipecat tahun 2004. Sebelum itu, selepas dibebaskan saya masih lagi bersama mereka.

Bermakna orang yang ditahan itu ada sebab tersendiri?

Semua ada sebab. Hishamudin Rais dari tahun 70-an dah patut kena ISA. Tapi dia dah lari. Dapat suaka politik di Sweden.

Tian Chua patut kena hukum gantung, khianat pada negara. Dia punya penglibatan dengan SUARAM dan juga pemimpin KeADILan ketika itu.

Saari Sungip kerana dia antara orang yang menggerakkan himpunan 100,000 orang (rakyat).

Badrul Amin, dia ceramah tak ingat dunia. Harussani Zakaria pun dilanyaknya. Dia punya contribution itu mempengaruhi orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul berlaku.

Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.

Semasa ditahan di Kamunting, adakah Wan Azizah atau parti mengambil berat?

Yang ambil berat tentang kami ini ialah NGO yang dipanggil Gerakan Mansuh ISA (GMI). Mereka ni terdiri daripada NGO-NGO seperi JIM, ABIM dan beberapa NGO lain. Mereka ni yang banyak collect duit untuk bantu keluarga kami yang berada di luar.

Parti sendiri?

Parti ni, terus-teranglah saya cakap, saya kecewa. Bukan setakat pemimpin KeADILan, tapi Anwar Ibrahim sendiri. Mereka tak bantu pun.

Kalau nak kira dari segi kekayaan Anwar Ibrahim, mereka boleh bantu keluarga kami ni. Lebih daripada bantu. Tak adalah masalah anak kita nak minum susu apa.

SUMBER : AIDCNews – 21/06/11
http://www.anwaraidc.com/?p=12994

KOMEN :

1. Alamakkkk.... Baiknya hati Dr Wan Azizah Wan Ismail nie...

2. Semoga Tuhan beri kekuatan kepada beliau untuk menegakkan yang benar dan melumpuhkan yang batil satu hari nanti...

3. Mungkin ramai lagi rakyat Malaysia tak sedar dan tak percaya akan story2 mengenai Anwar Ibrahim ini...

4. Oleh itu, jika benar dia begitu, kita harap agar akan terus ada hamba Allah yang akan terus mendedahkan kebenaran untuk dihayati dan diketahui oleh orang ramai...

5. Papa Jahat... Mama sabar... Anak temberang... Keluarga 69... Hehehe...

Monday, June 20, 2011

YB Zul Mengaku Perdayakan Ulama' Demi........A1

Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi

AIDCNews – 18/06/11 – “Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, katanya ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan yang telah dilakukan, namun berlainan dengan Zulkifli Noordin, beliau mengakui kesilapannya dan berusaha mencari dan memohon maaf kepada setiap manusia yang telah dipedayakannya.

Malah beliau pernah memohon maaf kerana melakukan kesilapan semasa ucapan di Parlimen, dan berharap kesilapan yang sama tidak dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain.

Ini merupakan episod terakhir wawancara bersama Zulkifli, satu sesi temu bual yang sangat bermakna dan pendedahan maklumat sebenar yang belum terdedah selama ini.

Ikutilah wawancara itu sepenuhnya.


AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?



Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.

Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.

Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.

Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.

Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.

Adakah ini dirancang oleh Anwar ?

Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.

Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.

Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf).

Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.


Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Maksudnya begini lah… kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.

Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.

Kita tidak beri gambaran (sebenar), iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..(ada) ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).

Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. (Itupun) Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.

Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.

Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.

Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.

Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.

Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.

Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu.

Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. Kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.


Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?

Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple.

Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah. Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (televisyen) dia percayalah.

Sebab orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu.

Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? Ustaz tv (itu) kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat.

Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah.

Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.


Tahun 1998, Anwar menggunakan Datuk Dr Harun Din. 2008 menggunakan Syeikh Yusuf Qardhawi, kenapa tidak menggunakan Datuk Dr Harun Din lagi?

Tahun 1998, saya peguam yang menonjol, dilihat sebagai orang yang menjuarai isu anti-murtad. Dan antara orang yang saya kritik masa itu ialah Anwar Ibrahim.

Sebelum pemecatan dia, sayalah orang yang kuat mengkritik dia sebab tak buat apa-apa. Kau dah jadi Timbalan Presiden, beriya-iya berkhutbah ke sana-sini, tapi dalam isu murtad tidak buat apa-apa.

Baik.. Saya sudah ada program ceramah apa semua nak buat (pada masa itu). Apabila berlaku kes Anwar Ibrahim, saya ingat lagi, dia dipecat, 2 September 1998.

Sebenarnya, 11 September 1998, saya sudah ada satu jadual Ceramah Perdana di Darul Syifa, tempat Harun Din.

Anwar tahu (semua) itu, dia panggil saya. Dia kata, hang ada ceramah dengan Harun Din. (saya jawab) Aa’ha, (ceramah) besar. Memang dah (lama) plan dah.

Memang (ceramah itu) besar dan sudah diwar-warkan sebelum Anwar kena pecat yang saya akan ada Ceramah Perdana dengan Datuk Dr Harun Din di situ.

Jadi, memang orang akan datang ramai, memang masa itu kalau ceramah (orang datang) ramai.

Apabila dia (Anwar) dapat tahu itu, kita bincang. Kita kata kita kena dapat endorsement ulama. Jadi, macam mana itu ?

(Kata Anwar) Minta kat Datuk Dr Harun Din, boleh tak saya (Anwar) datang hari itu. Saya nak datang, saya nak (beri) ceramah.

Dan sayalah orang yang bodoh (ini) pergi lah telefon Harun Din.

Saya beritahu Harun Din, Datuk minta maaflah, kita punya ceramah ini jalan (seperti dijadual). Tapi, Datuk Seri (Anwar) minta nak ceramah hari itu. Nak jumpa Datuk, boleh tak.

Datuk Harun Din kata ya, sebab saya yang minta. Saya orang yang dijadikan tamu utama, ceramah utama, saya yang minta, Datuk Harun Din bagilah.

Betul ke ni ? dia (Harun Din) kata. Betul Datuk.

(Kami) Pergi malam itu. Kalau saudara tengok balik gambar yang jumpa Datuk Dr Harun Din, sayalah yang kat depan itu. Betul-betul duduk kat depan Harun Din, pegang kaki begini…bercerita kat Datuk Harun Din, Anwar kena fitnah, apa semua.

Saya nampak di muka Harun Din tidak senang.


Dengan keadaan (muka tidak senang) itu ?

Aaa..dia (Harun Din) tidak senang nak libatkan dia. Dalam keadaan masa itu, anak dia nak kahwin. Dia tidak berapa nampak senang.

Dan dia beritahu kat Anwar, dia kata, enta berani bersumpah? Berani bersumpah enta tak buat ini?

Anwar kata, ana berani bersumpah, tetapi (pada malam itu Anwar) tidak bersumpah. Dia cuma cakap ana berani bersumpah, nanti ana bersumpah.

Lepas itu ada ulama-ulama Kedah. Saya ingat lagi ada ulama Kedah, antaranya Syeikh Ustaz Niamat.

Saya pergi jumpa, sebab saya baru lepas ceramah di Pondok Nerang, (bersama) Ustaz Niamat. Pergi jumpa (dia), cerita…cerita.. macam saya buat dengan Syeikh Yusuf Qardhawi…sama saja.

Tapi masa itu, kita hero. Pergi jumpa, Anwar pun pergi jumpa dia orang. Itu yang berlaku tahun 1998.

Saya juga antara orang yang ke depan masa itu termasuk dengan Syeikh Yusuf Qardhawi sekarang. Dosa tu banyak.


Katanya Anwar bersumpah di Johor dan Masjid Negara?

Tak.. Tak… Itu tidak betul.

Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat masa itu, ke rumah Lokman Noor Adam. (Sebab) Kita (ada) ceramah di rumah Lokman Noor Adam.

Anwar minta saya telefon Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Saya rapat dengan mereka.

Saya kata, nak buat apa (telefon Datuk Ishak). Dia (Anwar) kata, (dia nak) minta Datuk Ishak Baharom sokong dia.

Ish..macam mana, kan.

Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini… begini..begini. Datuk Ishak Baharom kata, sumpah lah.


Sumpah?

Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah.

Silapnya dia orang buat sekarang ini, dia orang sentiasa sebut sumpah laknat, bagi label sumpah laknat. Jangan sebut sumpah laknat, itu sumpah mubahalah.

Sumpah ini, kan macam-macam (jenis) sumpah.

Itu, Anwar boleh angkat sumpah dalam Parlimen. Boleh angkat sumpah semasa nak pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Boleh angkat sumpah, sekarang tak boleh pula ?

Datuk Ishak Baharom … saya ingat lagi. Saya dalam kereta masa itu… Saya, Anwar, guard (tak ingat siapa) kat depan, lepas itu pemandu.. kereta Toyota Estima.

Saya pasang speaker phone, saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.

Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia (Anwar) sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap.


Dia tak bercakap?

Dia tak bercakap. Sebab Datuk Ishak Baharom dengan Anwar pun tak berapa (hubungan tidak baik).

Jadi, dia kata, sumpah saja lah. Lepas letak telefon itu, dia (Anwar) bercakap dengan saya.

Emm..hari itu pun Datuk Harun Din suruh sumpah, you tak sumpah-sumpah lagi..saya yang cakap.

Kat Batu Pahat itu, dia sumpah. Tapi sumpah temberang dia lah. Demi Allah, saya tak buat apa yang mereka sebut.


Tak spesifik?

Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan… tak.


Tak ada, Wallahi, Wabillahi, Watallahi ?

Tak ada. Tapi (kata Anwar) saya tak buat apa (yang) depa kata. Apa dia (yang) depa kata, rasuah ke, salah guna kuasa ke, terlalu terbuka.

Tapi… geng (kita) termasuk sayalah. dulu kan, bodoh..pergi cerita (kepada orang ramai), Anwar dah sumpah dah. (Tetapi sebenarnya) Bukan sumpah (yang mengikut syariat Islam).


Termasuk di Masjid Negara?

Sama. Saya duduk sebelah dia masa tu. Kita sentiasa suruh, sumpah la..sumpah la. (Tapi Anwar) Tidak sumpah.


Dari dulu sampai sekarang Anwar tak bersumpah?

Tak ada. Anwar tak pernah bersumpah sebenarnya.


Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dah kata, ‘lama dah kita dok tunggu sumpah (Anwar) ini’.

Betul tu. Anwar tidak pernah bersumpah kecuali sumpah angkat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita kena tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal.

Sekurang-kurangnya, itu satu isyarat untuk kita tanya.

Apa liat sangat (nak bersumpah). Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega.

Benda itu, kita percaya tidak percaya, itu satu hal, tapi sekurang-kurangnya tanyalah.

Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya.

Itu kesilapan besar kita.


Katanya, YB berjumpa dengan Sukma di Indonesia. Betul kah?

Saya kan peguam Sukma. Saya berinteraksi dengan Sukma ini keraplah. Dan saya ada pegang satu benda berkaitan Sukma ini. Tiba satu masa nanti, saya akan beritahu.

Tak usah tanya lah soalan itu, saya akan beritahu (kemudian nanti).


Bagaimana pula dengan Wan Azizah?

Pada saya, Wan Azizah tahu. Wan Azizah tahu siapa dia Anwar Ibrahim.

Dia tahu perangai Anwar Ibrahim, cuma Wan Azizah ini, dia agenda dia sendiri.

Ya.. tiba masanya nanti kita akan beritahu lah.


YB rapat dengan Wan Azizah?

Saya antara orang yang rapat. Saya kitchen cabinet Wan Azizah dulu.

Memang betul-betul kitchen cabinet sebab duduk kat kitchen.

Selalu sembang, dia pernah menangis depan kita. Dia pernah ketawa depan kita, pernah bercerita depan kita, pernah mengadu depan kita, pernah merintih depan kita. Banyak benda.

Sebab itu, saya sebut pada Wan Azizah bila dia buat statement saya keluar PKR, dia kata saya ini tidak ada berjasa lah, apa benda.

Saya cakap kat Wan Azizah. Kak Zah tahu apa yang saya tahu, janganlah paksa saya buat sesuatu yang suatu hari nanti Kak Zah sendiri akan susah. Kita tahu.

Saya tidak mahu bergaduh dengan Wan Azizah, saya hormat dia, malahan saya kasihan dengan dia. Saya simpati sangat dengan Wan Azizah ini.

Cuma saya tak mahu ambil sikap nak berperang dengan Wan Azizah.

Itu bukan musuh kita, musuh kita Anwar Ibrahim. Cuma kita harap, Wan Azizah akan sedar lah.


Zulkifli Noordin : Tidak Mahu Bela Diri, Anwar Ada Senjata Rahsia…

Zulkifli Noordin : Kes Saiful Punca Keraguan Saya Pada Anwar

Zulkifli Noordin : Kenapa Ambiga Perlu Jadi Ketua ?



SUMBER : http://www.anwaraidc.com


KOMEN :

1. Inilah pendedahan daripada "OK" (Orang Kanan) Anwar Ibrahim kepada kita mengenai sikap sebenar insan bernama Anwar Ibrahim tersebut...

2. Kita tak minta untuk anda percaya bulat2 apa yang ditulis dan diperkatakan, tetapi marilah kita sama2 berfikir dengan fikiran yang waras, hati yang lapang dan iman yang tebal dalam apa yang diperkatakan dan dituliskan ini...

3. Jangan menjadi manusia yang taksub kepada seseorang, sehinggakan apa sahaja cakap2 buruk orang lain terhadap orang yang kita taksub itu sanggup kita pekakkan kepala dan label ia sebagai FITNAH...

4. Tambahan pula ia datang dari seorang peguam yang begitu intim dan rapat dengannya...

5. Berfikirlah apa yang diperkatakan terhadapnya, dan bukan menilai siapa yang memperkatakan keatasnya...

6. Persoalan yang harus dijawab ialah, kenapakah sejak akhir2 ini ramai rakan2, sahabat2 dan orang2 kanan Anwar Ibrahim telah lari meninggalkan dia...?

7. Marilah sama2 kita mencari jawapannya, agar kita tidak terpengaruh dengan gerakan2 yang mahu menjadikan agenda peribadi sebagai tonggak utama perjuangan...!


Wallahualam...

Thursday, June 16, 2011

PAS MUDAH LUPA!!

Ambiga : PAS Mudah Lupa

Pada suatu ketika PAS membantah penganjuran Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 9 Ogos 2008 (baca sini). Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan Selangor turun berdemo untuk menghalang forum tersebut (baca sini). Hari ini PAS bersekongkol pula dengan Ambiga yang mahu menghapuskan Perkara 121 (1A) dan mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini. PAS mudah lupa.

PAS hilang pendirian mereka bila golongan Anwarinas mula menguasai PAS. Dulu pernah berdemontrasi menentang penganjuran Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Ambiga, kini menjadikan Ambiga pula sebagai ketua dalam penganjuran demonstrasi BERSIH 2 pada 9 Julai 2011. BERSIH benar Ambiga buat PAS.


SUMBER : ANGIN PERUBAHAN



KOMEN :

1. PAS MUDAH LUPA... Inilah yang terjadi dalam kepimpinan PAS yang terbaru ini...

2. PAS MUDAH LUPA... Mereka lupa dek kerana kepimpinan mereka sudah diserapi oleh golongan-golongan yang Pro-Anwar Ibrahim...

3. PAS MUDAH LUPA... Tidak mustahil perjuangan asal parti itu akan terpesong sekiranya golongan Ulama' akan terus diketepikan dan golongan ortodock berkuasa...

4. PAS MUDAH LUPA... Tak mustahil parti ini akan menjadi pak turut kepada mana-mana parti dominan dalam Pakatan Rakyat...

5. PAS MUDAH LUPA... Perjuangan sebelum ini "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" terus ditukar kepada "MEMBANGUNKAN NEGARA KEBAJIKAN" dek kerana ingin selari dengan perjuangan DAP dan PKR...

6. PAS MUDAH LUPA... Disebabkan ingin memungut undi bukan Islam dan bukan Melayu, parti ini sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup menukar perjuangan NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN...

7. PAS MUDAH LUPA... Oleh itu, PAS harus meminta maaf kepada UMNO dan seluruh Umat Islam di atas kerja-kerja mengelirukannya selama ini...

Wednesday, June 15, 2011

Ambiga... Siapa dia???

Siapa Ambiga Sreenevasan?


Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?


Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?


Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.

Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?


SUMBER : ANGIN PERUBAHAN



KOMEN :


Jangan sanggup merelakan diri untuk diperkudakan oleh golongan-golongan yang ingin memperkudakan bangsa dan agama kita...

Monday, June 13, 2011

e-mel berapi.... Hehehe...

1. Khutbah fuckutan dibaca oleh Syahren b Iberahim PAS/PKR di masjid Nahdhah Al-Islam Sek.18, Shah Alam. Dan betullah sebagaimana blog Penenbak-tepat katakan. Semenjak fuckutan take-over Selangor masjid nee tak pernah lekang dgn peceramah maki hamun, putar dan spin, fitnah-mefitnah ummah sendiri (kalau bangsa/agama asing tak mengapa), menabur janji palsu oleh ularmak berpankat PHD (penyakit hasad dengki) ini. Dan text khutbah berkenaan Qazaf ini telah beberapa kali dibaca dikhutbah Jumaat dimasjid ini.




2. Sekarang mana2 pompuan yang mengadung/melahir anak sebelum menikah boleh dikotogeri tidak berzina kerana tiada 4 orang saksi semasa perbuatan zina dilakukan jadi boleh dikira halal lah anak luar nikah jika menurut hukum hakam PAS dan lelaki yang melakukan tidak boleh diambil apa-apa tindakan kerana tiada 4 orang saksi. Sehidup saya tak pernah kes-kes sebegini yang pernah mendakwa dilihat oleh 4 orang saksi, kalau ada beritahu saya di akhbar mana. Yang anehnya Dato Eskay berada ditempat kejadian itu tak diambil kira langsong - itulah keparat dan anjing2 Pas yg bertopengkan Islam. Saya kira tak lama lagi atas nama kebesaran Allah akan berlaku kepada anak2 dara orang2 Pas mengadung anak luar nikah secara beramai-ramai..........lepas tuu lu fikir la sendiri! Ini telah terbukti dimana Anuar sibuk mengata pandi-kutti tapi tepalek diri sendiri terjadi BABI - Bro Anuar Bib Iberahim atau Bapak Anuar Bin Iberahim atau Pandi Kutti Reformasi/Raakyat



3. Dulu PAS pernah berkata UMNO yg besengkokol dalam BN adalah kafir dan tak Islamic dan PAS hanya menyendiri dalam perjuangan politiknya. Nah sekarang PAS besengkokol dgn kapir harbi DAP yg tak pernah iktiraf Islam & Kedaulatan/Ketuanan melayu. Ini adalah pentada jelas dari Yg Maha Kuasa Allah mendatangkan bala kepada pehak2 ini (PAS) yg selalu mencaci seranah, keluar fatwa yg bukan-bukan dan yang paling hina adalah masuk/pangkah PAS atau sembahyang bersama NikAjis masuk shurga ini adalah setaraf mana-mana agama Islam yang sesat. Dan ditambah pula tiap2 markas PAS ada gambar besar NikAjis & Hadi sepertimana penganut syiah dan begitu juga mana-mana agama Islam yang sesat.



4. Manakala DAP dan LGE penuh dgn agendanya untuk menghapus kepadatan melayu di Pulau Pinang sepertimana yg dilakukan di Singapura sebaik saja keluar dari Malaysia dgn pelbagai cara. Selepas itu di Singapura semua masjid wakaf dihapuskan dan di Pulai Pinang masjid diperoakperanda oleh DAP secara halus. Lepas itu di Singapura keutaman bahasa Cina (Mandarin) diutamakan berselindung di sebalik bahasa Inggeris. Dan begitulah juga akan berlaku agaknya di Pulau Pinang nanti.

Emel Kiriman Mohd Rahimi Abd Ghani



KOMEN :


Moga Tuhan memberi petunjuk yang terbaik untuk kita semua...

Fikir-fikirkan dan selamat beramalll..... :)

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)