Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Monday, August 22, 2011

Pesongkan Akidah Anak-anak Islam di Malaysia


Hakikat sebenar, dakyah Kristian menular di Malaysia







* Sedarkah kita sebagai rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam bahawa pihak Kristian sekarang sudah semakin berani untuk menyebarkan dakyah-dakyahnya ke seluruh rakyat Malaysia?

* Ingatkah kalian bahawa pihak Kristian yang hanya mempunyai bilangan seramai lebih kurang 10% di Malaysia ini pernah mendesak pihak kerajaan untuk menubuhkan KEMENTERIAN HAL EHWAL BUKAN ISLAM MALAYSIA?

* Celikkah mata kalian dengan pelbagai pendedahan mengenai ajaran guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengajar dan memaksa murid-muridnya menyanyikan dan menghafal lagu-lagu Kristian?

* Cukup sedarkah kalian dengan bukti-bukti kes murtad seperti yang berlaku terhadap AISHAH BUKHARI, AZLINA JAILANI dan lain-lain?

* Sudah lupakah kalian dengan kes JAIS menyerbu dan membuat spot check keatas gereja Damansara Utama yang dilaporkan menganjurkan majlis makan malam berunsur untuk memurtadkan hadirin yang beragama Islam yang hadir?

* Persoalannya ialah, kenapa tidak terus menggunakan peruntukan undang-undang yang ada melalui SEKSYEN 10 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH 1995 yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali?

* Persoalannya juga ialah, adakah hukuman-hukuman ini cukup berat dan berbaloi dengan apa yang telah pesalah lakukan itu?

* Persoalan juga timbul dimanakah NGO-NGO Islam yang kununnya memperjuangkan kesucian Agama Islam di negara ini? Adakah mereka hanya sanggup dan mampu berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa?

* Persoalan yang lebih merisaukan ialah, dimanakah suara dan tindakan Parti Politik yang menggunakan nama Islam yang kununnya memperjuangkan dan menegakkan Agama Islam Agama Allah ini? Takkan kerana sayangkan undi dari rakan bukan Islam, parti Islam sanggup kunci mulut simpan dalam bilik mesyuarat?

* Siapa mau jawab segala persoalan-persoalan ini semua...?


Wallahu'alam...

Wednesday, August 17, 2011

Mana NGO Islam dalam isu murtad?

Salam Ramadan,

Ingin berkongsi tulisan CUIT dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini :





Murid Melayu Islam: “Ya, saya tahu Nabi Isa sayangkan saya...”

Oleh ZAINI HASSAN

PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.

Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.

Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.

Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?

“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”

Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.

Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.

Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.

Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.

Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.

“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.

“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”

Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?

“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.

“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”

“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”

Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.

Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”

Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.

Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.

Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.

Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.

Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.

Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.

Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.

Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.

Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.

Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.

Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:

‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.

“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.

“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”

Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...?

Tuesday, August 16, 2011

Cik adik manis MPP, abang mau tegur sikit..

Artikel yang ditulis oleh MPP ini di laman web



Wow! romantis dan hebatnya tajuk artikel yang ditulis oleh Nur Hasanah Hamzan, Exco Penerangan dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Putra Malaysia pada 14 Ogos 2011 dalam www.promahasiswaupm.wordpress.com ini.

Tapi persoalan kepada cik adik manis MPP ini, adakah dia tahu apa yang dia tulis itu sebenarnya? Adakah dia tahu JAIS berkasar kepada yang hadir semasa majlis itu?

Adakah dia sudah faham dan khatam segala enekmen dan peruntukan undang-undang sedia ada terutama dalam kes serbuan keatas gereja ini?

Kenapa dia cuba nak membela sangat golongan gereja dalam kes ini? adakah kerana YAB Dato' MB Selangor membela gereja, jadi MPP ini menulis menyerang tindakan JAIS?

Nah! cik adik manis, awak baca enekmen dan peruntukan undang-undang yang telah jelas dalam menyatakan tindakan JAIS itu adalah tidak salah dan mengikut undang-undang.... :



Buat permulaan kepada cik adik manis, awak baca PERENGGAN 6 (1) :




Dah baca habis cik adik manis? ok sekarang cik adik manis baca pula page seterusnya dan fokus kepada PERENGGAN 10, 11 dan 12 di sini :



So jangan berenti baca setakat itu saja, cik adik manis kena habiskan baca yang berikutnya untuk faham sepenuhnya. so, cik adik manis baca pula PERENGGAN 13 (1), (2), (3) dan PERENGGAN 14 (1), (2), (3), (4) di sini :




Kalau cik adik manis nak baca keseluruhan WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR ENEKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988 boleh baca, print out dan buat rujukan daripada posting terdahulu SARFAMS di sini : http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/2011/08/punca-kuasa-tindakan-jais-jelas-mb.html


Jangan sampai kita pulun nak jaga hati orang lain, akhirnya hati dan agama kita habis tergadai...

Wallahu'alam...

Thursday, August 11, 2011

"Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku"


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Katakanlah: “Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.

Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku”.


( Surah Al Kafirun )



Hayatilah dan fahamilah sebenar-benarnya makna Ayat Suci ALLAH dalam Al Quran ini agar aqidah kita sebagai ummat Islam tidak terpesong dari landasan yang sebenar.

Sejak kebelakangan ini, isu murtad seringkali menjadi tajuk utama dalam media baru termasuklah laman dunia blog.

Ini disebabkan oleh tindakan segelintir ummat Islam memasuki gereja di Damansara Utama awal bulan ini dan program untuk memurtadkan ummat Islam telah dikenalpasti pihak berkuasa.

Dalam rancak kita memperkatakan dan memperdebatkan isu ini, janganlah kita alpa akan pesanan dan mesej Allah SWT kepada ummat Islam dan umat manusia keseluruhannya melalui ayat di atas.

Marilah kita memohon kekuatan kepada Allah SWT agar kita dijauhi dari perbuatan-perbuatan keji serta lebih penting dari itu ialah marilah kita memohon agar kita dijauhi dari terlibat dan bersubahat dengan usaha-usaha memurtadkan ummat Islam.

Yang paling layak kita meminta dan berserah hanyalah Allah...
Yang paling mengetahui akan segalanya yang berlaku hanyalah Allah...
Yang akan memberi penentu kepada penghidupan kita juga hanyalah Allah...


Wallahu'alam...

Sapa jadi STUDENT UNIVERSITI, depa dapat duit!



RM53.4j biaya pelajar masuk IPT


PELAJAR mengambil kesempatan bersalaman dengan Najib, sambil diperhatikan Khaled pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin pelajar IPTA, IPTS dan warga universiti di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

PELAJAR mengambil kesempatan bersalaman dengan Najib, sambil diperhatikan Khaled pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin pelajar IPTA, IPTS dan warga universiti di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.



PTPTN agih RM1,500 seorang kepada 35,664 pemohon sebelum pendaftaran

PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, semua pelajar yang layak akan menerima sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.

“Ini adalah salah satu usaha yang mana selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Percayalah, kerajaan akan terus membantu golongan muda kerana mereka adalah harapan negara dan kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin masa depan golongan belia,”katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pemimpin pelajar mewakili 38 IPTA-IPTS dalam negara dan 30 wakil pelajar dari universiti asing turut serta pada majlis itu.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini.

Katanya, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program bersifat proaktif bagi memastikan masa depan golongan muda di negara ini terus terjamin dan bertambah baik.

Sebagai kerajaan prihatin yang mengutamakan kebajikan rakyat, Najib berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak pernah memikirkan untuk menaikkan yuran pengajian IPT.

Najib berkata, rusuhan yang berlaku di London dan di beberapa negara Asia Barat seperti di Libya, baru-baru ini, menunjukkan bahawa golongan muda tidak diberikan peluang yang sewajarnya dalam pendidikan dan pekerjaan.

BERNAMA



KOMEN :

1. "Terima kasih diucapkan kepada pihak kepimpinan negara" Masih menanti kut-kut ada students yg akan cakap mcm ayat di atas tu sebagai tanda terima kasih kpd kerajaan sebab bagi pelbagai kemudahan dan bantuan kepada depa...

2. Berita baik ini adalah utk ibu bapa yg punyai pendapatan RM4000.00 ke bawah, dimana anak-anak depa yg berjaya masuk ke IPT akan dapat sebanyak RM1500.00.

3. Dato' Najib juga berkata bahawa kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi TAK PERNAH terpikiaq nak naikkan yuran pengajian di masa keadaan sekeliling sedang alami macam-macam kenaikan harga...

4. Kata Dato' Najib, teh tarik dah naik harga, petrol dah naik harga, barang itu naik, barang ini naik, tapi yuran pengajian tak naik-naik...

5. PM jugak cakap bahawa rusuhan yg berlaku di London baru-baru nie adalah sebab hak dan suara anak muda tak dihormati dan depa tak diberi peluang dlm kehidupan demokrasi sebuah negara...

6. Jadi Dato' Najib sendiri janji bahawa dia dan kerajaannya akan sentiasa peka akan hak dan suara anak-anak muda nie...

7. Wahai anak-anak muda, sama-sama kita pikiaq yg terbaik demi masa depan kita dan masa depan adik-adik kita pula ya...


Wallahu'alam...

*ada sedikit typing error sebelum ini, harap maaf!

Tuesday, August 9, 2011

'Punca kuasa' tindakan JAIS jelas! MB Selangor buta undang-undang?



Salam Ramadan,

Ini adalah PUNCA KUASA kepada tindakan JAIS menyerbu gereja di Damansara Utama baru-baru ini sekali gus membuktikan bahawa tindakan YAB Dato' MB Selangor serta kuncu-kuncunya adalah 'buta undang-undang'.

Ini juga membuktikan bahawa Dato' Dr. Hassan Mohd Ali adalah 'hero' yang benar dalam kes ini demi melihat Agama Islam diperlihara serta demi memenuhi peruntukan undang-undang sedia ada. Sekarang sudah jelas, SIAPA BENAR SIAPA SALAH...

YAB Dato' MB Selangor harus letak jawatan sekiranya dia tidak mampu dan tidak tahu menyelesaikan isu-isu ini mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan mengikut prosedur yang betul. Itulah susah bekerja dengan orang yang menyelesaikan isu mengikut telunjuk DAP.
















Murtad di Selangor : Bukti dari dalam gereja...

Tettatif program di gereja tersebut pada hari kejadian.




Kertas soalan yang diberikan kepada yang hadir untuk mengisi segala jawapan




1. Lihat pada tentatif program tersebut, majlis makan malam adalah bermula pada jam 7.15 malam selepas ucapan aluan. Persoalan pertama, dimanakah yang dinamakan BERBUKA PUASA? Adakah benar Damansara Utama berbuka jam 7.15 malam pada hari tersebut?

2. Lihat pada jam 9.50 malam dimana ada sesi nyanyian lagu ALHAMDULILLAH & ALLAHUAKBAR. Apakah sebenarnya lagu itu dan untuk apakah ia dinyanyikan dalam sebuah bangunan gereja?

3. Tengok pula pada kertas soalan yang diedarkan kepada hadirin yang hadir ke majlis di gereja tersebut, kebanyakan soalannya adalah lebih menjurus kepada Agama Islam dimana terdapat pelbagai soalan mengenai Nabi Muhamad, Al Quran, Rukun Islam, solat dan lain-lain. Apa perlunya soalan-soalan ini diajukan kepada hadirin yang hadir dalam sebuah gereja?

4. Di bawah ini adalah sedikit kenyataan daripada Laporan Agendadaily semasa sidang media 45 NGO Islam seluruh Negeri Selangor yang diadakan pada semalam. Apa perlu majlis dalam sebuah gereja ini lakukan semua perkara-perkara ini? Baca sedutan laporan :



Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.


Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.


Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?


Sambil mempertahankan tindakan JAISs yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu turut diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.


"Apabila JAIS masuk ke dalam. Soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau.


Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja "mengkristian seluruh umat di dunia".


"Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan, tarik hati mereka, rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus," katanya beliau.


Beliau turut melahirkan kekesalannya terhadap laporan dua portal berita yang katanya memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.


“Mengatakan bahawa JAIS telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.


“Sebagaimana gambaran yang disampaikan termasuk kepada Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.


“Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza,” katanya.-8/8/2011


Laporan lanjut di : AGENDA DAILY


Wallahu'alam...

PEMBELA membela........ JAIS vs KERAJAAN NEGERI






Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kaum yang Allah cinta kepada mereka dan mereka cinta kepada-Nya (5:54).

Terkecuali orang-orang yang bergabung dengan kaum yang mempunyai ikatan perjanjian antara kamu dan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedangkan hati mereka mengerut karena takut memerangi kamu atau memerangi golongan mereka sendiri. Dan sekiranya Allah menghendaki, niscaya Dia beri kekuatan kepada mereka melebihi kamu, sehingga mereka berani memerangi kamu. Lalu jika mereka mengundurkan diri dari kamu, dan tak memerangi kamu,dan menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tak memberi jalan kepada kamu untuk melawan mereka (4:90).

Monday, August 8, 2011

Syabas Parlimen Mahasiswa!!
















DUA 'KERJA' MAHASISWA DI MALAYSIA... MANA SATU PILIHAN ANDA UNTUK BERGELAR PEMIMPIN MALAYSIA MASA HADAPAN...?




Salam Ramadan,

Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah berjaya menubuhkan Parlimen Mahasiswa pertama di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, idea penubuhan Parlimen Mahasiswa ini adalah dari inisiatif para mahasiswa Malaysia sendiri yang cintakan keamanan, ketenteraman dan keadilan dalam negara.

Barisan mahasiswa ini tidak mahu berkecimpung atau terlibat dalam demonstrasi jalanan atau rusuhan di mana-mana pejabat ataupun berdemo memecahkan pintu kaca mana-mana premis kerajaan.

Mahasiswa ini telah mencadangkan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyediakan suatu saluran atau platform agar suara mereka lebih banyak mampu disalurkan kepada pihak tertinggi waima sehingga YAB Perdana Menteri sekalipun.

Dengan berkat usaha dan kecerdikan Majlis Perwakilan Pelajar USM semenjak tahun 2008 yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Syafiq Abdul Aziz, sehinggalah disambung ke kepimpinan mantap Saudara Ahmad Wafi Sahedan dan kini meneruskan generasi kecemerlangan MPP di bawah kepimpinan Saudara Idzuan Jamaluddin, Parlimen Mahasiswa di USM sudah berjaya menjadi perintis dan contoh terbaik bagi Parlimen Mahasiswa Malaysia.

Atas kerjasama dan kepercayaan 100% daripada YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, maka Parlimen Mahasiswa di USM telah berjaya bersidang baru-baru ini dengan berlandaskan prinsip demokrasi, keadilan dan keamanan.

Ternyata! Majoriti mahasiswa tidak berminat pun untuk menggunakan medan jalan raya untuk berdemo atau menggunakan pintu kaca untuk dipecahkan sebagai suatu cara jalan penyelesaian kepada isu-isu mahasiswa.

Oleh itu, masyarakat boleh menilai sendiri, yang mana satukah boleh digelar sebagai bakal pemimpin Malaysia pada masa akan datang. Antara yang berdemo di jalan raya serta memecahkan pintu kaca premis, atau yang bersidang di dalam dewan menyalurkan suara dan idea mahasiswa...

Renung-renungkan dan nilailah dengan iman serta akal...

Laman web Parlimen Mahasiswa di sini : ttp://www.parlimenmahasiswa.usm.my/




MAHASISWA GUNAKAN PARLIMEN MAHASISWA UNTUK DEMOKRASI :







MAHASISWA BERDEMO REDAH PINTU UNTUK DEMOKRASI :




Prof Dr Ariffin Omar... Siapa dia?

Prof Dr. Ariffin Omar


Dunia politik Malaysia di awal bulan Ramadan ini telah dikejut dan dipanaskan dengan isu-isu seperti asrama Yayasan Selangor, isu perletakan jawatan NC UNISEL, isu JAIS menyerbu majlis berbuka puasa gereja Damansara Utama dan SETPOL YAB MB Selangor menjadi ahli FB Murtad; kini diteruskan pula dengan tindakan seorang pensyarah dari sebuah universiti di Sungai Besi yang berbangsa Melayu menyertai DAP. Berita bahawa dia masuk DAP telah mendapat liputan meluas media baru dan tradisional sejak semalam lagi.

Pensyarah berbangsa Melayu yang bernama Ariffin Bin Omar ini dilahirkan di Negeri Pulau Pinang dan dipercayai berkahwin dengan seorang yang berbangsa Cina. Kenyataannya yang mengatakan bahawa DAP tidak memihak dan tidak mementingkan mana-mana kaum malah sebaliknya memperjuangkan semua kaum di Malaysia adalah suatu kenyataan yang cukup lemah dan syook sendiri. Benarkah DAP memperjuangkan semua kaum yang berada di Malaysia, terutama 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India...?

Lihatlah organisasi kepimpinan DAP itu sendiri. Bukankah ia hanya dimonopoli oleh sebuah kaum sahaja? Lihatlah kenyataan YB Karpal Singh yang merupakan 'kepala DAP' yang menentang sekeras-kerasnya penubuhan Negara Islam di Malaysia? Lihatlah anak Lim Kit Siang, yang juga Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng yang sedang dalam usaha 'mengusir' orang Melayu dari bandar-bandar dalam negeri Pulau Pinang?

Apakah jasa DAP terhadap bangsa Melayu yang majoriti di negara Malaysia? Manakah jasa DAP terhadap bangsa India yang merupakan antara bangsa minoriti yang memerlukan pembelaan?

Mungkin Prof ini ingin menjadi calon PRU13 atas bendera DAP agaknya, sebab itu dengan bangga dia masuk DAP dan sanggup membela DAP. Kununnya, sekiranya DAP dan rakan-rakan menang dalam PRU13 nanti, Prof ini ingin menjadi Menteri Pengajian Tinggi atau Menteri Pelajaran.. Bolehkah? Seorang lagi Profesor yang akan 'dikerjakan oleh DAP'...






"Lu tau ka, Itu semua taukeh taukeh besar...DAP aaa...suruh kasi naik harga" kata Lim. "Apa pasal..apa pasal macam ni" ditanya oleh Singh . Lim kemudian memberikan penjelasan "Bila semua harga barang dah naik, DAP tuduh kerajaan sekarang kasi naik. Kerajaan sekarang tak jaga rakyat lah..semua barang naik lah..inilah...itulah..macam-macam..pening kepala saya lah".

HAJJAH SITT AL-WUZARA : Identiti & gambar!

Salam Ramadan,

Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini dalam SARFAMS, identiti dan gambar seorang perempuan belia yang menghina Agama Islam dan mengajak umat Islam murtad yang menggunakan nama samaran HAJJAH SITT AL-WUZARA telah muncul di khalayak umum.

Ini didedahkan segala identiti penuh dan gambar empunya diri.

Sejauh mana kebenarannya, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

********************************************


Identiti Penuh, Gambar Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam Di Dedahkan


Terdahulu alam cyber digemparkan dengan kewujudan satu blog, facebook dan twitter yang terang-terang menyerang peribadi dan merendah-rendahkan ciptaan ALLAH… Blog tersebut dikenali dengan nama Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara yang diwujudkan oleh individu yang boleh dikatakan sangat desperate dalam kehidupannya mengutuk Nabi kita Muhammad S.A.W.


Bagi sesiapa yang belum tahu Hajjah Sitt Al-Wuzara ini pemilik blog https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ yang menghina Islam, dan ramai ingin tahu siapa sebenarnya beliau.

Hari ini kita kasi bongkar siapa dia manusia yang kurang hajar tersebut....



Akhirnyah pihak Hackers GaySec dengan operasi yang diberi nama #OPSRamadan telah membongkar siapa sebenarnyan disebalik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini

Dikatakan orang ini aktif di :
Malaysian Apostate FB Group
Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
Friendlyatheist.com

Menurut sumber, apabila Nor Arlene (Makcik Sitt Al-Wuzara) beroperasi di online beliau akan guna proxy agar tidak mendedahkan ip address yang sebenar, dan terdapat satu gambar Nor Arlene bersama-sama dengan Marina Mahathir.


Namun sebelum Gaysec mendedahkan bukti ini dikatakan Makcik Sitt Al-Wuzara sudah mula kalut, ini yang dikatakan di fb Gaysec

[UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni.

link : laman web gaysec
link : facebook fanpage gaysec

Saya berharap, janganlah dikeji, di maki dan dicemuh Arlene Tan tersebut... Kita perlu tunggu sehingga pihak Polis mengesahkan akan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Gaysec ...

Dengar khabar hari ini Arlene Tan akan pergi buat laporan polis. Harap polis dapat selesaikan perkara ini semoga tiada benda yang buruk berlaku sekiranya beliau tidak bersalah... Rakan-rakan Islam dinasihatkan supaya bersabar di bulan yang mulia ini...


SUMBER : BLOG BROJINGGO

Sunday, August 7, 2011

Hormatilah Agama : Jangan dilanggar pertalian ini, kelak Malaysia dijajah kembali..

Salam Ramadan,

Bulan Ramadan Al Mubarak iaitu 'Bulan Allah' adalah nikmat yang diturunkan Allah SWT khusus untuk ummat Islam sebagai peluang untuk kita beribadah dan memungut segala ganjaran yg berlipat kaliganda pemberian dari Allah SWT. Pada bulan ini, segala pintu kerahmatan dibuka seluasnya dan para syaitan iblis di penjara untuk seketika.

Namun, kesucian bulan Ramadan 1432H ini disambut dengan pelbagai isu dan konflik di negara Malaysia terutama dalam aspek politik. Tanpa menghiraukan kesucian bulan ini, elit politik membuat pelbagai keputusan dan tindakan yg kadang-kadang mampu memecahbelahkan ummat Islam itu sendiri.

Paling mengejutkan ummat Islam di awal bulan Ramadan ini, berita dimana ada usaha dari pihak gereja ingin memurtadkan ummat Islam di Malaysia. Ini suatu usaha yg secara terang-terangan telah melanggar Rukunegara dan peruntukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Lebih mengecewakan lagi ialah, para elit politik yg terlibat dilihat hanya mampu tunduk dan patuh kepada suara majoriti ahli dewan yang terdiri daripada bukan Islam kebanyakannya. Amatlah memalukan lagi apabila ahli dewan yg beragama Islam dilihat hanya mampu berdiam diri demi menjaga 'periuk nasi masing-masing'.

Seandainya perkara ini berterusan lagi, maka dimanakah nilai dan kesucian Agama Islam yg kita anuti sekarang? Siapalah lagi yg perlu kita harapkan untuk membela dan mempertahankan Agama Islam sekiranya bukan kita sendiri? Adakah masih boleh kita bergantungharap kepada sesetengah elit politik yg kununnya beragama Islam tetapi tindakannya seolah-olah menyokong usaha-usaha gereja?

Demi Agama Islam yg suci ini, parti-parti politik yg menjurus kepada Islam dan Melayu seperti PAS dan UMNO haruslah meninggalkan buat seketika fahaman politik dan berjuanglah menegakkan Agama Islam di Bulan Allah ini dan sampai bila-bila. Adakah kita sanggup melihat kesucian Agama Islam dipermainkan sebegitu sahaja di Bulan Allah ini? Jika tidak, ayuhlah bersama-sama menentang yg batil dan menegakkan yg hak!

Barokah Ramadan adalah lebih bermakna seandainya kita semua bersatu padu dalam sebuah negara yg aman merdeka ini. Caranya ialah, yg Islam menghormati bukan Islam dan seharusnya yg bukan Islam juga harus menghormati yg Islam. Jangan dilanggar akan pertalian ini, kelak Malaysia yg aman akan dijajah kembali..

Wallahu'alam..

12 Umat Islam Berbuka Puasa di Gereja Damansara Utama!

Salam Ramadan,

Berikut adalah kenyataan rasmi dari YB Dato Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam:



Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.



Wallahu'alam...

RUKUNEGARA.. Kembalilah ke pangkal jalan wahai rakyat Malaysia..

Salam Ramadan,

Pelbagai isu dan ketidaktenteraman dalam dunia politik Malaysia sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Ini mungkin masyarakat Malaysia terutama pemain politik di Malaysia sudah mula alpa mengenai prinsip-prinsip RUKUN NEGARA yang seharusnya menjadi pegangan dan tunjang kepada setiap masyarakat Malaysia. Sekiranya kita alpa akan prinsip-prinsip RUKUN NEGARA ini, marilah kita baca dan hayati kembali sejenak :



1.Kepercayaan kepada Tuhan
- Bangsa dan negara ini wujud atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Dengan nama Tuhanlah, bangsa dan negara ini diwujudkan sebagai sebuah bangsa dan negara berdaulat.

- Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram dan tindakan membezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang.



2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Malaysia sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan SPB YDPA ialah Ketua Negara yg berdaulat. YDPA, Raja-raja dan Gabenor merupakan lambang perpaduan oleh itu, Baginda berada di luar politik.

- Kesetiaan yang dikehendaki daripada setiap warganegara adalah menumpukan sepenuh taat setia yang benar jujur.



3.Keluhuran Perlembagaan
- Perlembagaan memberi warganegara hak-hak dan keistimewaan tertentu; Perlembagaan juga meletakkan padanya tanggungjawab dan kewajipan tertentu terhadap bangsa dan negara.

- Setiap warganegara wajib menghormati dan menghargai kandungan, maksud dan latar sejarah Perlembagaan. Tanggungjawab mulia dan suci warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan.



4.Kedaulatan Undang-undang
- Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Setiap rakyat tarafnya sama di sisi undang-undang. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara. Kebebasan ini termasuklah kebebasan seseorang, perlindungan sama di sisi undang-undang, kebebasan beragama, kebebasan memiliki harta benda dan perlindungan daripada dibuang negeri.

-Perlembagaan memberi kepada seseorang rakyat hak mengeluarkan fikiran, hak berhimpun dan hak menubuhkan persatuan. Hak ini boleh digunakan dengan bebas asalkan tidak melanggar sekatan yang dikenakan oleh undang-undang. Hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara yang tidak menurut Perlembagaan.



5.Kesopanan dan Kesusilaan
- Setiap orang hendaklah menguruskan hal masing-masing dengan cara yang tidak melanggar tatasusila. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan sesuatu golongan. Seorang warganegara tidak boleh menyoal kesetiaan seorang warganegara yang lain dengan alasan bahawa ianya berasal dari keturunan tertentu. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan awam kita.


Kembalilah ke pangkal jalan wahai rakyat Malaysia, dengan menghayati dan mengamalkan setiap prinsip RUKUNEGARA kita ini. Semoga warganegara akan terus menghayati RUKUNEGARA ini dan janganlah melanggar segala prinsip yang menjadi pegangan kepada negara kita.

Wallahu'alam..

Saturday, August 6, 2011

Demi Islam, aku sebarkan artikel Ridhuan Tee ini..

Salam Ramadan,

Demi Islam, saya ingin tetap sebarkan tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah ini. Dan demi Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan serta agama majoriti masyarakat Malaysia, saya ingin mengajak kalian untuk membaca dan menyampaikannya... :




Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

Sumber Blog Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Ohhh Selangorku... 4 isu di awal Ramadan...

Salam Ramadan,

Dunia politik di Malaysia akhir-akhir ini telah menunjukkan kpd kita dgn pelbagai watak, gaya dan 'persembahan' daripada 'pelakon2nya' yg terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.

Soal memaki hamun, memfitnah sana sini, menjual keburukan nama baik negara malah mempergunakan agama seringkali kita dengar dari media baru dan media tradisional saban hari. Semua ini seharusnya diamati dan dikaji dgn sehabis baik oleh rakyat dan para pengundi sebelum mempercayainya bulat-bulat.

Sebagai contoh yg berlaku dalam bulan Ramadan ini terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim ialah kes penutupan asrama Yayasan Selangor, kes perletakan jawatan NC UNISEL, kes serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara Utama dan terbaru kes Setpol MB sendiri yg kununnya join group FB murtad Malaysia dan Singapura.

Apa yg tersirat dari 4 isu negeri Selangor ini ialah mengenai pendidikan dan keagamaan. 2 faktor penting yg cuba 'dimain-mainkan' oleh pihak kerajaan negeri ini adalah 'bukti' kepimpinan pihak kerajaan negeri yg benar-benar ikhlas, adil dan menjaga kebajikan rakyat seperti yg dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri.

Amat memalukan bagi sebuah kerajaan yg dinaungi oleh seorang yg beragama Islam apabila 4 isu yg berkaitan pendidikan dan keagamaan ini bagai 'dilacur' dan dipermainkan terutama oleh pihak lain. Sepatutnya, sebagai seorang ketua kerajaan yg beragama Islam dan negeri yg mempunyai kesultanan Melayu Islam, perkara sebegini harus diselesaikan dgn cara terbaik dan bukan mengambil 'keputusan politik'.

Ohhh Selangorku, janganlah kerana ingin kuatkan politik diri dan parti, pendidikan anak bangsa di negeri sendiri sanggup dilacurkan dan 'diruntuhkan' dengan penyelesaian kemelut yg 'berkiblatkan' politik kepartian.

Ohhh Selangorku, janganlah kerana ingin terus berkuasa dan ingin memunggut pengaruh politik, agama yg suci ini 'dijual' dgn menurut segala nasihat rakan DAP.

Ohhh Selangorku...

Wallahu'alam..

Friday, August 5, 2011

Siapa Sebenarnya ANUGERAH ALLAH...?

Salam Ramadan,



ANUGERAH ALLAH???

Bagi Dr. Wan Azizah Wan Ismail, ANUGERAH ALLAH adalah lakinya iaitu Anwar Ibrahim...


Anugerah Allah???

Bagi Azmin Hj Ali, ANUGERAH ALLAH itu adalah 'temannya' iaitu Anwar Ibrahim...


Anugerah Allah???

Bagi Nurul Izzah Anwar, ANUGERAH ALLAH sudah semestinya papanya Anwar Ibrahim...



TETAPI....



Anugerah Allah... Bagi masyarakat di Malaysia adalah mungkin Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamed...


Anugerah Allah... Bagi rakyat negeri Kedah adalah mungkin Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamed...


Anugerah Allah... Bagi ahli UMNO adalah mungkin Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamed...




Maka! Lebih besar dan lebih ramai yang mungkin akan berkata ANUGERAH ALLAH kepada kami adalah TUN DR. MAHATHIR MOHAMED dan bukan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM...




Wallahu'alam...

Thursday, August 4, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara 'kembali' di laman twitter!



Salam Ramadan,

Baru-baru ini saya membaca tweet dari seorang rakan blogger iaitu CUCU TOK SELAMPIT yang mendedahkan ada seorang perempuan belia yang cantik yang telah hangat diperkatakan menggunakan media baru untuk mencerca, memaki dan mengajak orang ramai untuk murtad iaitu MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA. MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini terkenal sekitar awal tahun 2011 kerana menggunakan Facebook dan Blog untuk mencerca dan memaki hamun Agama Islam.

Kini dia kembali pula ke laman twitter dan hanya beberapa saat sahaja pencarian, anda boleh menemui sebuah akaun twitter yang didaftarkan atas nama "Makcik Hajjah Sitt" atau @sitt_alwuzara3 . Difahamkan MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini ialah seorang perempuan belia. Dia memulakan kerja-kerja menghina Agama Islam, Nabi Muhamad SAW dan Allah SWT di laman twitter bermula 26 Julai 2011 jam 8.55 pagi (Tweeting since).


Dahulu, dia pernah menggunakan medium Facebook untuk mencaci dan mencerca Agama Islam, tetapi setelah ramai yang 'menyerangnya', akhirnya dia 'tewas' juga.



Malah, pelbagai pihak dari pelbagai NGO Islam telah membuat laporan Polis dan SKMM terhadap kerja-kerja kotornya untuk memurtadkan umat Islam tersebut.



Akhirnya kini dia tak serik lagi dan kembali ke medium twitter untuk tujuan yang sama iaitu disamping ingin menghina dan memaki hamun Agama Islam, dia juga berhasrat untuk memurtadkan seberapa ramai yang boleh. Lebih parah lagi, dia juga membenci Kerajaan Pusat Malaysia pimpinan Parti Barisan Nasional dan menyokong perjuangan Parti Keadilan Rakyat.







Menariknya di sini ialah, rakan-rakan blogger telah berjaya mengenalpasti siapa empunya badan kepada nama MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini. Menyedihkan di sini ialah, dia dipercayai adalah seorang pelajar dari UUM, Sintok, Kedah. Apa-apapun kita tunggu saat dan ketikanya identiti MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA ini didedahkan.

Wallahu'alam...


SUMBER GAMBAR TWITTER @sitt_alwuzara3 : BLOG CUCU TOK SELAMPIT

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)