Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Monday, October 31, 2011

Lesbian : Kembalilah ke pangkal jalan adik2, kakak2 & rakan2..


Kelab Lesbian Malaysia Di Facebook...!!!

Sekadar gambar hiasan sahaja : Kalau dahulu dilakukan secara tersembunyi, sekarang sudah berani ditempat terbuka.

Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook. Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian di alam siber itu. Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.

Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan. Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri. Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata. Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks ‘ringan’ sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya, katanya yang ditemui Metro Ahad.

Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.

Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan. Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita, katanya.

Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudkan di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja. Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.

"Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih. Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri, katanya.

Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang ‘sealiran’ dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.

Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai ‘kelab’ yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya. Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya. Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu, katanya. Sila klik di sini .

Sementara itu lapuran dari Harian Metro pula menyebut, ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.

Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat ‘galak’ mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.

Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan ‘sealiran’ serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.

Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia. Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.

SUMBER : Wasabi Oyabun..



KOMEN :

1. Menambahkan kesedihan untuk berita ini ialah apabila di antara mereka yang join club lesbian ini adalah dalam kalangan majoritinya beragama Islam. Umum sedia maklum bahawa perhubungan sesama sejenis adalah dilarang dalam agama, jadi perbuatan seperti ini adalah antara yang harus dielakkan.

2. Juga turut memalukan ialah apabila terdapat juga para pelajar dan eksekutif syarikat swasta yang turut 'berkecimpung' dalam kelab-kelab sebegini. Ini suatu perkara yang cukup tidak bagus untuk perkembangan masyarakat Madani di Malaysia.

3. Khusus untuk para pelajar yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat ini, adik2 haruslah ingat kembali niat dan tujuan pertama kali adik2 melangkah masuk ke alam universiti.

4. Janganlah disebabkan oleh tekanan hidup, adik2 terus mengambil jalan singkat sebegini untuk melepaskan bebanan yang ada dalam diri.

5. Kehidupan dalam Kampus yang terpaksa mengharungi pelbagai onak duri sebenarnya adalah ujian yang diberikan oleh Tuhan untuk adik2 bersedia di kehidupan pasca Kampus nanti.

6. Oleh itu, adik2 harus cerdik mengurus soal kehidupan dan pandai menangani stress dalam hidup.

7. Semoga adik2 dan kakak2 serta rakan2 yang telah dan mungkin dengan tak sengaja terlibat dalam aktiviti2 tidak sihat ini kembali ke pangkal jalan semula...

Wallahualam...

85% KEBOLEHPASARAN GRADUAN POLI DALAM INDUSTRI...!

"MENERAJU KEGEMILANGAN ILMU"


Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan 85 peratus kadar kebolehpasaran graduan lepasan politeknik dalam industri sama ada dalam atau luar negara menjelang 2015.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia susulan daripada rancangan kementerian untuk meningkatkan peluang graduan terbabit dalam pasaran kerja selaras dengan pelaksanaan program transformasi politeknik yang dilancarkan tahun lalu.

"Sasaran itu dilihat mampu dicapai berdasarkan statistik Jabatan Pengajian Politeknik ketika ini, dalam tempoh enam bulan sahaja, seramai 77.8 peratus graduan berjaya mendapat pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kadar kebolehpasaran yang tinggi adalah hasil pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Politeknik termasuk mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tujuan tersebut," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kementerian memperuntukkan sebanyak RM20.8 juta untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik supaya dapat menyumbang tenaga dan kemahiran mereka kepada ekonomi negara.

Justeru katanya, kerajaan mahu semua institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk politeknik terus menjalin hubungan dengan pihak industri agar dapat menyediakan keperluan tenaga kerja mengikut kehendak semasa pihak terbabit.


Friday, October 28, 2011

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU




Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di setiap IPT di Malaysia. Dalam masa yang sama, KPT juga turut melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2O11 Peringkat KPT di Putrajaya. Ini antara satu usaha yang baik dalam usaha pihak Kerajaan Pusat untuk menjadikan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan ini lebih terkenal dan berdaya saing.

Saya sempat meneliti 7 modus operandi daripada pihak KPT untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan ini sebagai sebuah bahasa yang dinamik dan berdaya saing. 7 kriteria yang dimaksudkan oleh pihak KPT tersebut ialah :

1. Mewajibkan semua kursus wajib Universiti dikendalikan dalam Bahasa Melayu seperti Kursus Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara, Hubungan Etnik dan lain-lain

2. Meletakkan sasaran 30% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan sains pada 2020, dan 70% pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu bagi gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan.

3. Mewajibkan para pelajar antarabangsa mengambil Kursus Bahasa Melayu Komunikasi

4. Mempergiatkan aktiviti menterjemah penulisan akademik yang dihasilkan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu melalui Unit Terjemahan yang ditubuhkan di setiap IPT

5. Mengenal pasti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM sebagai focus point yang bakal mewujudkan hubungan dengan institusi luar negara seperti jabatan-jabatan pengajian Melayu dalam usaha menentukan strategi bagi memantapkan pengajian Bahasa Melayu

6. Mewajibkan penerbitan buku atau bahan-bahan akademik dalam Bahasa Melayu sebagai criteria perjawatan/kenaikan pangkat

7. Mewujudkan anugerah kepada ahli akademik di peringkat universiti yang cemerlang dalam penerbitan akademik Bahasa Melayu dan menambah kategori anugerah baharu iaitu Anugerah Penterjemahan Karya Ilmu dalam Bahasa Melayu dan Anugerah Akademia Bahasa Melayu dalam Anugerah Akademik Negara di masa depan.


Sumber : http://khalednordin.com/?p=1316



Selaku salah seorang bekas graduan di universiti yang memperjuangkan Bahasa Kebangsaan, saya amat berterima kasih kepada pihak Kerajaan Pusat atas usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu ini terutama di persada antarabangsa.

Kita mungkin selalu mendengar ungkapan “BAHASA JIWA BANGSA” di mana-mana disekeliling kita, jadi sudah tibalah masanya ungkapan ini dihayati dan diimplement dengan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, para akademia, NGO, pihak swasta, majikan, pekerja, mahasiswa, parti-parti politik dan ahli-ahli perseorangan.

Hidupkanlah kembali ‘Jiwa Bangsa’ kita ini agar bangsa kita akan terus mekar, disanjung dan dipandang mulia. Janganlah kita terus selesa dengan sentimen bahawa penggunaan Bahasa Melayu hanya untuk mereka-mereka yang mempunyai tahap akademik yang rendah semata-mata.

Saya ingin cadangkan melalui kesepakatan seluruh ASEAN dan Benua Asia agar Bahasa Melayu ini terus ditinggikan dan diletakkan sebagai antara bahasa utama di peringkat badan-badan dunia.


Bangsa Melayu, bangsa berbudi;

Bahasanya indah, bicaranya murni;

Bila Melayu jaga pekerti;

Bahasanya kan terus, dipandang tinggi...



Wassalam…

Thursday, October 27, 2011

TAZKIRAH : Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata..




"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin "

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ;
Jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang ;
Jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan...

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur ;
Kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah ;
Jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia....

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa ;
Kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas ;
Kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah....

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat ;
Kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai mengumpat;
Kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya....

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ;
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ;
Orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta ;
Binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ;
Binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan
juga ibadah , menasihati orang juga ibadah..

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar..

Sayidina Ali r.a . berkata ,
"Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ;...
Menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil....

Kata Sayidina Ali r.a . lagi,
"Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata , membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya...

Tuesday, October 25, 2011

Mayat Ghadaffi dibiar busuk dan dihina


Mayat Ghaddafi Semakin Membusuk


Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.



Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte.


Gaddafi dikebumi hari ini, lokasi rahsia di gurun

Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam.

Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.

“Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka,” kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.

“Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar),” kata beliau.

Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo’tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: “Ya.” — Reuters


SUMBER : BRO JINGGO

Monday, October 24, 2011

"Hormati keputusan yang diambil oleh UIAM"

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)




Prof Dr. Abdul Aziz Bin Bari
Pensyarah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



"Hormati keputusan yang diambil oleh UIAM" begitulah kata-kata YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia kepada pemberita bagi mengulas isu Prof Dr. Abdul Aziz Bari digantung tugas berkuat kuasa Khamis lalu.

Dr. Abdul Aziz Bari digantung tugas sebagai Pensyarah Kuliyah Undang-undang UIAM rentetan statement beliau berhubung titah DYMM Sultan Selangor mengenai serbuan JAIS ke Gereja Methodist Damansara Utama, Ogos lalu.

Rentetan daripada itu, pada Jumaat lepas sekumpulan mahasiswa telah mengadakan demo di UIAM selepas Solat Jumaat untuk menuntut pembelaan dan keadilan terhadap Dr. Abdul Aziz Bari di UIAM. Demonstrasi itu juga dihadiri oleh beberapa YB dari parti Pakatan Rakyat, orang-orang luar UIAM dan mahasiswa serta bekas mahasiswa dari universiti lain.

Menteri Pengajian Tinggi mengulas bahawa, setiap mahasiswa memang diberi kebebasan untuk bersuara dan meluahkan pendapat mereka masing-masing, tetapi pihak universiti juga turut mempunyai autonomi mereka masing-masing dalam mengurus tadbir urusan dalaman universiti termasuklah tindakan-tindakan yang patut diambil terhadap mahasiswa, akademia dan warga universiti.

Oleh itu katanya, golongan mahasiswa seharusnya menghormati keputusan yang dibuat oleh pihak universiti dalam menangani isu-isu seperti ini.

Walau bagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini iaitu Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin telah menerangkan bahawa tindakan menggantung khidmat Abdul Aziz bertujuan memberi beliau masa dan peluang yang secukupnya untuk membela diri dan bukan sebagai 'hukuman' sebagaimana diuar-uarkan oleh sesetengah pihak.

Oleh yang demikian, pihak-pihak yang cuba menyelewengkan fakta atau sebenarnya kurang faham terhadap tindakan UIAM ini seharusnya semakin jelas dan faham terhadap statement yang dikeluarkan oleh Prof Rektor UIAM ini.

Juga diharapkan agar pihak UIAM meneliti dan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin dan penuh dengan keadilan.

Laporan berita di sini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1024&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

Saturday, October 22, 2011

Apa kata pelajar dari fakulti Prof Dr Aziz Bari sendiri??

Ini antara luahan isi hati seorang pelajar dari fakulti Prof Dr. Aziz Bari di UIA yang mengulas soal demonstrasi selepas Solat Jumaat di Masjid UIA semalam dan soal ahli politik yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan terhadap isu ini. Beliau telah emelkan kepada saya isi hati dan pandangan beliau ini. Mohon hayati dan fikir kembali siapa di pihak yang benar.. :



ANTARA PROSES PERUNDANGAN, DUNIA AKADEMIA DAN POLITIK


Persoalan kebebasan dunia akademia, perjuangan menuntut keadilan oleh mahasiswa dan campur tangan politik nampaknya berkumandang sekali lagi. Demonstrasi acap kali dilakukan selepas sembahyang Jumaat. Sebab utamanya sudah pasti untuk mendapatkan bilangan penonton yang ramai selain daripada bilangan penggerak sebenar demonstrasi tersebut. Kali ini, ia bertempat di Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Demonstrasi hari ini adalah bertujuan membantah penggantungan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perundangan bidang Perlembagaan. Kisah penggantungan ini bermula selepas beliau menegur DYMM Sultan Selangor yang telah menyampaikan titah berkenaan isu murtad Damansara Utara Methodist Church(DUMC). Rentetan daripada isu tersebut, Professor Dr Abdul Aziz Bari dihantar surat tunjuk sebab, dimaklum bahawa beliau digantung sehingga 25hb Oktober untuk mendapatkan penjelasan bertulis beliau serta tidak dibenarkan masuk ke kampus universiti tanpa kebenaran Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim.

Sebagai seorang pelajar undang-undang di universiti ini, ingin saya memaklumkan bahawa proses penggantungan Professor Dr Aziz Bari bukanlah suatu hukuman tetapi ia lebih kepada memberi masa kepada beliau membela diri dan menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Barang kali atas sebab pentadbiran salah menggunakan istilah, sifat marah masyarakat terbina.

Jika diteliti, proses penyiasatan memang secara lumrah kadang-kala menyebabkan seseorang pekerja digantung. Mereka akan dihalang bekerja supaya pekerja tersebut boleh menumpukan diri dalam membela diri beliau. Ia juga berfungsi untuk tidak menyalahkan pekerja tersebut jika tidak dapat menjalankan kerja beliau apabila sibuk mendapatkan bukti-bukti membela diri. Oleh itu sebagai masyarakat yang mempunyai nilai yang tinggi, kita sepatutnya menunggu penjelasan daripada Professor Dr Aziz Bari dan alasan sebarang keputusan pihak pentadbiran sebelum kita sendiri membuat keputusan muktamad.

Walau bagaimanapun, seperti satu adat atau tradisi dalam isu-isu sebegini, maka mula pula proses tuduh-menuduh tanpa bukti bahawa ada tangan-tangan ghaib yang menekan pihak pentadbiran untuk mengambil tindakan terhadap pensyarah ini. Dalam kehangatan ini semua, maka lahirlah demonstrasi selepas solat Jumaat pada hari ini. Mahasiswa-mahasiswi diseru untuk bangkit memperjuangkan keadilan seorang guru yang menurunkan ilmu kepada sebilangan daripada mereka termasuklah saya.

Aneh sekali dalam suara lantang pembahas kelompok mahasiswa tertentu ini mengecam pihak pentadbiran dan menyatakan penentangan kehadiran tangan-tangan ghaib dalam proses pentadbiran universiti, tidak jauh daripada mereka berdiri pula pemimpin-pemimpin parti politik yang tiada kaitan dengan universiti. Mereka tidak pernah pun menuntut di Taman Budi dan Ilmu ini. Hanya seorang saja daripada pemimpin parti tersebut yang hadir merupakan alumni universiti ini.

Kehadiran mereka ini kemudiannya cuba dijustifikasikan. Terdapat pihak mengatakan bahawa individu-individu politik ini sebenarnya mengambil berat akan dunia akademik. Soalnya adakah mereka ini benar mengambil berat atau mahu mengambil kesempatan akan bilangan pelajar yang turun menyatakan pendirian mereka?

Inilah projeksi imej yang dimahukan ahli-ahli politikus ini. Soalan yang muncul dibenak hati saya adalah, jika benar mereka mengambil berat tentang universiti mengapa mereka tidak boleh hormat akan sifat neutraliti dunia akademia yang tidak mahu kehadiran watak-watak politik yang tidak diundang? Dalam rakan-rakan ahli politikus mereka yang lain yang pernah menuntut di universiti ini tidak menghadirkan diri kerana tahu bahawa dunia akademik tidak patut dicemari oleh tindakan politik, mereka pula tanpa malu melakukan sebaliknya. Apakah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tiada pensyarah-pensyarah berkaliber mahupun pemikir-pemikir matang di kalangan mahasiswa-mahasiswi? Ini hanya menunjukkan bahawa orang seperti ini langsung tidak hormat akan universiti yang akan menjadi 'alma mater' kami.

Secara amalan di universiti, ahli politik sepatutnya hanya menghadirkan diri jika dijemput untuk memberi perspektif mereka agar ia boleh diselidik dan dipelajari oleh penuntut dan pensyarah. Ahli politik yang hadir pada demonstrasi ini walau bagaimanapun tidak dijemput dan pendapat mereka juga tidak diminta. Dalam isu ini, dunia akademik tidak mahu melihat sesuatu isu dari kaca mata sentimen tetapi kebenaran.

Saya pasti ahli politikus yang hadir hari ini akan mengatakan bahawa lawan mereka tidak mengendahkan hal ehwal dunia akademik. Ini jelas mengambil kesempatan untuk kepentingan parti politik mereka. Sebagai tindak balas, lawan mereka pula akan masuk ke pentas universiti bagi setiap isu dan peluang yang ada. Akibatnya kesemua ahli-ahli politikus berkejar-kejar masuk ke universiti. Akhirnya sebuah universiti yang menjadi gedung ilmu dan pembelajaran akan menjadi lagi satu ruang debat orang-orang ini. Tidak cukup dunia di luar kampus, di sini juga dikotorkan dengan fitnah, retorik dan sentimen.

Sebagai rakan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang lain, saya seru marilah kita bersama-sama terus memikul tanggungjawab membina negara kita sama ada dari segi fizikal, rohaniah mahupun mental. Dalam sifat berkobar-kobar kita mahu menegakkan keadilan jangan pula kita dipermainkan untuk kepentingan tertentu. Mahasiswa -mahasiswi perlu terus berpendirian, melihat dan menyiasat sesuatu isu secara adil dan saksama. Maka dengan ini, barulah masyarakat tahu bahawa Malaysia masih mempunyai harapan cerah di masa hadapan.





Akmal Saufi
Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Friday, October 21, 2011

Mengharmoni, menginovatifkan pendidikan

Mari sama-sama kita membaca dan menganalisis penulisan daripada seorang pemimpin pelajar di IPTA iaitu Saudara Mohamad Iqbal Ab Wahab, Presiden MPP UIAM yang dimuatkan dalam akhbar perdana Utusan Malaysia bertarikh 21 Oktober 2011 :




PADA 7 Oktober lalu, Perdana Menteri telah membentangkan Bajet 2012 dengan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion berbanding RM212 bilion yang telah dibentangkan pada tahun lalu. Perangkaan Bajet 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet membela rakyat, mensejahtera Negara" memberi penekanan kepada lima fokus utama iaitu meligat pelaburan, mengungguli modal insan, program transformasi luar bandar, memperkejap perkhidmatan awam dan meredakan inflasi serta mengimarah kehidupan rakyat.

Dalam peruntukan bajet kali ini, suatu tindakan yang harus dipuji adalah keberanian kerajaan untuk memanfaatkan dana bagi tujuan pendidikan, termasuklah pemberian baucar buku sebanyak RM200 kepada para pelajar tingkatan enam, matrikulasi, IPTA mahupun IPTS, bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun satu hingga tingkatan lima dan pemansuhan yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah mulai tahun hadapan.

Dalam masa yang sama juga, terdapat galakan yang diberikan oleh kerajaan secara tidak langsung dalam usaha menginjeksi pendanaan pendidikan dalam kalangan syarikat melalui potongan cukai untuk pemberian biasiswa oleh syarikat tersebut serta potongan dua kali belanja bagi syarikat yang menyediakan latihan internship.

Perkara ini adalah cukup penting dalam usaha untuk mempersiapkan produk-produk yang mampu untuk mengaplikasi teori-teori bilik kuliah dalam konteks praktikal, secara tidak langsung berlakunya proses peningkatan kecekapan tenaga kerja.

Begitu juga, sumbangan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah seperti sekolah agama, kebangsaan, persendirian dan jenis kebangsaan, akan dikenakan potongan cukai sebagai suatu rangsangan untuk menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut.

Sememangnya, usaha untuk mewujudkan pendidikan percuma dalam kalangan rakyat adalah merupakan satu usaha yang baik dalam usaha untuk menjana modal insan yang mampu untuk mentransformasikan cara pemikiran dan corak pergerakan masyarakat yang akan merubah landskap negara daripada sebuah negara membangun kepada negara maju.

Ditambah pula, bagi melahirkan tenaga kerja yang berbakat, berkemahiran tinggi, mempunyai daya kreativiti dan inovatif, sektor pendidikan telah diberikan sebanyak RM50.2 bilion.

Maka, melalui pendanaan yang cukup banyak dalam sektor pendidikan, perkara yang harus diteliti adalah berkaitan dengan penggunaan dana secara efektif dan efisien dalam usaha untuk memastikan amaun yang dilaburkan dalam sektor pendidikan tersebut mampu untuk memenuhi tujuan asal pelaburan.

Selaras dengan hasrat untuk memproduktivitikan dan menginovatifkan pendidikan melalui pengeluaran produk-produknya, telah juga diumumkan tahun 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit melalui inisiatif strategik seperti pelaksanaan program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA serta kawasan luar bandar, penerusan Jejak Inovasi, pengenalan Anugerah Cipta 1Malaysia (CIPTA) dan pengkomersialan 300 harta intelek dalam bentuk produk dan teknologi baru daripada universiti oleh syarikat swasta.

Usaha untuk mengharmonikan pendidikan dan penciptaan produk melalui kajian dan penyelidikan (R&D) bakal meningkatkan daya saing dalam kalangan masyarakat yang diharapkan mampu menembusi pasaran antarabangsa dalam usaha untuk memastikan kualiti produk yang dikeluarkan serta idea-idea yang digagaskan bersifat glokal, yakni produknya berkualiti global.

Namun, idea asal yang menjadi rangka kepada penciptaan itu bersifat lokal. Inilah peri pentingnya pelaburan dalam kedua-dua sektor pendidikan dan penyelidikan.

Dalam konteks meredakan inflasi, pemberian bantuan sebanyak RM500 kepada isi pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, merupakan satu usaha yang baik.

Namun, perkara paling asas dalam meredakan inflasi adalah memastikan harga barangan dalam pasaran tidak meningkat secara mendadak. Pemberian tunai sebanyak RM500 tersebut akan menyebabkan lambakan tunai dalam masyarakat, lantas menyebabkan inflasi menjadi lebih teruk.

Maka, pihak yang bertanggungjawab harus mengambil inisiatif untuk melaksanakan mekanisme ini dengan lebih berkesan bagi memastikan keredaan inflasi itu benar-benar berlaku.


Sumber dipetik daripada Utusan Malaysia

KES JENAYAH PELAJAR AFRIKA : KES RENDAH, TAK BERMAKNA BOLEH BUAT IKUT SUKA



Kes jenayah pelajar Afrika rendah

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Penglibatan pelajar antarabangsa khususnya warga Afrika dalam kes jenayah di negara ini adalah rendah dan terkawal.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbandingan sejumlah 66 kes membabitkan pelajar warga Afrika yang terlibat dengan kesalahan dadah daripada kira-kira 20,000 pelajar Afrika yang berada di negara ini membuktikan kes tersebut adalah kecil.

Lanjut di sini : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1021&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm&arc=hive

Laporan UTUSAN MALAYSIA 20 OKTOBER 2011

Dalam suasana isu pergantungan Prof Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyarah Undang-undang UIAM daripada bertugas, isu kes jenayah yang melibatkan warga Afrika di negara Malaysia juga merupakan sesuatu yang harus dipandang serius dan memerlukan tindakan yang terperinci.

Dalam memperkatakan isu kes jenayan di Malaysia yang melibatkan warga Afrika ini, kita harus melihat sejauh mana kesannya terhadap keselamatan dan ketenteraman masyarakat kita sendiri. Yang harus dijaga adalah keselamatan masyarakat sendiri. Jangan sampai dek kerana kebiadaban warga Afrika, masyarakat negara kita tidak lagi selamat dan haru biru di negara sendiri.

Umum sedia maklum, warga Afrika yang berada di Malaysia adalah kebanyakannya menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang terdapat di negara kita. Niat dan hasrat awal mereka datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu dan kepakaran adalah amat digalakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi kerana disamping memacu sektor ekonomi negara, ia juga membantu sektor perkembangan pengajian tinggi negara di persada antarabangsa.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes jenayah telah dilaporkan yang melibatkan para pelajar warga Afrika di negara kita ini. Perkara ini amat biadap dan seolah-olah tidak menghormati ruang dan peluang yang diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia kepada mereka untuk datang menimba ilmu dan kepakaran di negara ini.

Kementerian Dalam Negeri telah menyatakan sediaan mereka untuk membantu menyelesaikan isu jenayah yang melibatkan warga atau pelajar Afrika ini, manakala Kementerian Pengajian Tinggi pula menegaskan bahawa kes-kes jenayah yang melibatkan para pelajar Afrika di negara ini adalah terpencil. Walau bagaimanapun, KPT menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa terutama Imigresen untuk mengambil sebarang tindakan dan hukuman mengikut undang-undang terhadap para pelajar warga Afrika yang terlibat dengan mana-mana kes jenayah dalam negara ini. KPT tidak akan membuat rayuan atau membantu sesiapa yang ditangkap dan dipercayai melakukan jenayah.

Oleh itu, diharapkan masyarakat Malaysia telah jelas dengan tindakan dan penerangan yang diberikan oleh pihak kerajaan mengenai isu kes jenayah warga Afrika di negara Malaysia ini. Biarlah hanya yang benar-benar ikhlas ingin menuntut ilmu sahaja yang kita hormati, dan yang cuba untuk membuat kacau atau cuba untuk menjadikan negara Malaysia seperti negara bapak mereka ini kita hukumnya dengan berlandaskan undang-undang.

Kes Gantung Dr. Aziz Bari... Jangan tersalah sokong orang yang salah sudah


Berita pergantungan tugas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari seorang pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) minggu ini telah hangat diperkatakan dan diperbincangkan oleh para akademik, para pelajar, para penjawat awam dan para ahli politik. Ini menunjukkan isu ini mempunyai value dan kepentingan tersendiri kepada pihak-pihak berkenaan.

Awal kisahnya bermula apabila Dr. Abdul Aziz Bari yang juga pakar undang-undang Perlembagaan sebelum ini didakwa mempertikaikan kedudukan DYMM Sultan Selangor yang bertitah mengenai isu pemeriksaan JAIS di DUMC dengan menyatakan baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi perlu dijalankan selaras ajaran Agama Islam. Berikutan itu beberapa laporan polis dibuat terhadap tindakan Dr. Abdul Aziz Bari mengeluarkan statement tersebut.

Peguamnya, Dr Zulqarnain Lukman, berkata Dr Abdul Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada Unit Perundangan, Pejabat Rektor UIAM, kelmarin yang turut menyatakan beliau digantung tugas sehingga siasatan dan inkuiri selesai berikutan kenyataannya yang disiarkan sebuah portal berita pada 12 Oktober lalu bertajuk ‘Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-Raja.’

Ulasan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam soal ini iaitu daripada YB Menterinya sendiri adalah : “Ahli akademik bebas memberi kenyataan media atau bercakap kepada pihak awam berasaskan ilmu atau bidang kepakaran mereka, tetapi pengurusan universiti juga bebas mengambil tindakan disiplin jika mendapat reaksi negatif masyarakat atau pihak berkuasa. Terserah kepada institusi masing-masing. Jika bercakap dalam bidang kepakaran tiada masalah. Jika bercakap dalam soal lain sebagai anggota masyarakat, dia terdedah kepada pelbagai komen, reaksi dan sebagainya. Kementerian serah kepada institusi (untuk bertindak),” katanya.

Sebelum ini, negara kita turut digemparkan dengan tindakan seorang Naib Canselor sebuah universiti milik Kerajaan Negeri Selangor meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan beberapa tindakan pihak pengurusan tertinggi universiti dan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang dipercayai melibatkan politik ke dalam kampus dan memecat 3 orang pentadbir universiti tersebut TANPA SEBARANG USUL PERIKSA.

Memanglah NC tersebut secara sukarela meletakkan jawatan kerana dia merasakan bahawa imej dan maruahnya adalah lebih mahal berbanding jawatan NC dalam universiti tersebut jika nak dibandingkan dengan tindakan-tindakan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang cuba ‘membuang’ dan ‘menghapuskan’ para pentadbir atau kakitangan yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Artikel terdahulu saya mengenai kes NC meletakkan jawatan dalam masa 24jam adalah seperti di sini : http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/2011/08/kerajaan-selangor-kejam-terhadap.html

Oleh itu para akademik, para mahasiswa, para penjawat awam serta para ahli politik harus jelas dalam isu ini agar kita tidak menyokong pihak yang salah.

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)