Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Wednesday, November 30, 2011

Pelajar perlu berpegang kepada matlamat asal mereka memasuki universiti

KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan generasi muda terutama pelajar universiti supaya tidak ghairah berpolitik di kampus, sebaliknya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran.

Katanya, walaupun kerajaan bercadang meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pelajar perlu berpegang kepada matlamat asal mereka memasuki universiti.

Beliau berkata, kemahuan berpolitik sesuatu yang digalakkan, namun pelajar perlu mencapai impian dalam bidang itu dengan cara yang jujur.

"Belajar daripada awal untuk mencapai impian dalam politik, matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara terutama melalui cara yang kotor.

"Jika anak muda kita mahu masuk dalam politik selepas lulus pengajian nanti, cara mereka mencapainya adalah sama mustahak," katanya selepas menyampaikan Anugerah Nadi Negara 2011 kepada 20 penerima di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kerajaan sentiasa peka dan berusaha memberikan yang terbaik kepada generasi muda dan oleh itu mereka perlu memainkan peranan membela agama dan bangsa.

"Jangan biarkan pihak lain menghina Islam dan memecah belahkan kita," katanya dan menambah Wanita UMNO akan turun padang mendampingi generasi muda bagi membimbing dan nasihat.


Sumber : BERITA HARIAN


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

12 Perkara Amanat Timbalan Presiden UMNO Kepada Sayap UMNO!

YAB TPM dalam ucapannya ketika merasmikan serentak persidangan perwakilan pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, beliau meniupkan semangat juang srikandi, panglima perang dan permata UMNO.

1. Jangan sabotaj
2. Jangan boikot
3. Jangan cah keting
4. Jangan peteh sama sendiri
5. Perlu bersatu hati
6. Bersatu minda
7. Bersatu amal
8. Bersatu matlamat.
9. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga
10. Jangan lari dari medan perjuangan
11. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang
12. Jangan kita mencalit arang ke muka parti.


Moga-moga semua ahli Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO menerima amanat ini dengan tulus ikhlas dan penuh kesabaran.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah

*Doa akhir tahun di baca 3x selepas asar dan sebelum maghrib :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.

Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

*Doa awal tahun dibaca 3x selepas maghrib :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1433!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jika Dah Yakin, Mansuh Saja Seksyen 15 AUKU itu..

Antara orang yang bertanggungjawab untuk membentuk dan mewujudkan AUKU adalah bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed semasa beliau bergelar Menteri Pelajaran.

Sedarkah kalian kenapa Tun M mewujudkan AUKU pada 1970an dulu? Sebenarnya hasrat sebenar Tun M mewujudkan AUKU adalah untuk memastikan mahasiswa 100% memberi komitmen kepada pengajian mereka dalam kampus.

Situasi ketika itu memperlihatkan bahawa majoriti mahasiswa terutama berbangsa Melayu masih ketinggalan dalam pengajian mereka di universiti. Jika ini berlarutan, Malaysia mungkin akan memiliki percambahan masyarakat yang tidak mempunyai mentaliti kelas pertama.

Jika diamati hasrat dan pandangan Tun M ini, maka jelaslah bahawa Tun M ingin melihat mahasiswa di Malaysia ini memiliki nilai keintelektualan tinggi dan mampu menjadi modal insan unggul yang mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh itu, sekiranya masyarakat luar dan pihak dalaman kampus sudah yakin dengan tahap keintelektualan mahasiswa sekarang dan yakin dengan kematangan mereka, serta boleh memberi keyakinan bahawa mahasiswa sekarang ini boleh menjadi mahasiswa cemerlang dalam akademik serta kuat dalam jati dirinya, eloklah AUKU terus dipinda terutama Seksyen 15 itu.

Persoalan dalam kes AUKU ini sebenarnya adalah tertakluk kepada mahasiswa itu sendiri yang berada dalam kampus selama 3-5 tahun itu. Jika mereka sudah mampu bersedia untuk cemerlang dalam akademik dan mampu menyumbang dengan sebaik mungkin dalam parti politik di luar kampus, eloklah AUKU itu dikaji kembali keberkesanannya.

Kesimpulannya cukup mudah, jika dah yakin, mansuh saja Seksyen 15 AUKU itu..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mahasiswa nak berpolitik? Perlu matang dulu!




1. Para pelajar yang berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik di luar kampus adalah kini dibenarkan oleh pihak Kerajaan namun mereka dinasihatkan supaya tidak mengabaikan tanggungjawab utama mereka masuk ke universiti iaitu belajar.

2. Memang diakui bahawa ada segelintir pelajar yang bijak dan matang dalam politik, namun bak kata Tun Dr. Mahathir Mohamed, disebabkan usia mereka yang masih belum matang itu akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan anasir tidak sihat dan mengabaikan pengajian masing-masing.

3. Jika ia benar berlaku (mahasiswa tidak matang), maka para pelajar Melayu adalah antara yang paling rugi kerana sebahagian besar pelajar universiti yang sertai parti politik adalah pelajar berbangsa Melayu.

4. Ini bertepatan dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamed yang menyebut bahawa "sejak dulu, kita tahu, pelajar yang sering terbabit dalam demonstrasi adalah pelajar Melayu."

5. Para pelajar yang ingin terlibat dalam parti politik di luar juga dinasihatkan agar tidak menggunakan 'duit rakyat' untuk kepentingan peribadi dan hasrat politiknya nanti.

6. Maka kenyataan Naib Canselor UUM yang mengatakan bahawa pelajar perlu bersifat matang sekiranya ingin melibatkan diri dalam parti politik adalah perlu bagi memastikan aktiviti akademik mereka dalam universiti tidak merudum jatuh dan terganggu.

7. Mungkin sebab itulah, majoriti perwakilan dan pemimpin pelajar di Malaysia ini masih tidak mahu Seksyen 15 AUKU dipinda oleh pihak Kerajaan.

8. Walaupun begitu, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar untuk terlibat dalam parti politik di luar kampus, oleh itu golongan pelajar harus menjadikan diri mereka matang selari dengan arus zaman sekarang.

9. Pokoknya di sini ialah para pelajar jangan pula nanti menggunakan alasan sibuk berpolitik di luar sehingga akademik mereka terganggu dan tidak cemerlang.

10. Sambutlah keputusan Kerajaan ini dengan sebaik mungkin dan dengan penuh rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dalam diri setiap pelajar di IPT.




Menelusuri MAHASISWA HEBAT DUNIA!!

Salam blogger,


1. Mahasiswa adalah kumpulan masyarakat di Malaysia yang begitu berharga kepada negara. Mahasiswa seringkali dijadikan sasaran pelbagai pihak tidak kira NGO, parti politik, syarikat swasta dan sebagainya untuk memperluaskan pengaruh dan mencari sokongan.


2. Mahasiswa boleh dikatakan sebagai "gula" yang sering diburui dan dikehendaki oleh "semut" yang pelbagai jenis dari pelbagai latar belakang.


3. Jika dahulu, mahasiswa dijadikan sebagai kumpulan yang memenuhkan dewan-dewan dalam pelbagai program yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan. Mahasiswa juga hanya menjadi penonton dan pendengar kepada mana-mana forum dan sesi perbincangan isu dan meluahkan pandangan.


4. Tetapi, untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai daya keintelektualan tinggi dan menjadi modal insan unggul kelas pertama, mahasiswa seharusnya tidak lagi dipergunakan sebagai 'pemenuh dewan' atau 'pendengar setia' forum atau diskusi atau sebagainya.


5. Dalam abad sekarang, seharusnya mahasiswa perlu tampil ke hadapan menjadi pengacara majlis, moderator forum, ahli panel dan sebagainya. Pendek kata, mahasiswa harus juga melibatkan diri secara terus dalam mana-mana program/forum/diskusi dan sebagainya.


6. Ditambah pula dengan keberanian pihak Kerajaan untuk membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun keatas untuk boleh menyertai parti politik, maka mahasiswa mempunyai pertambahan peluang dalam mengungguli kendirinya sendiri dan mengilap bakat dan skillnya dengan lebih mantap.


7. Mahasiswa yang ingin terlibat secara serius dalam mana-mana parti politik harus lebih matang dan berfikiran lebih ke hadapan agar tanggungjawab hakikinya iaitu belajar di kampus tidak diabaikan dan tanggungjawab sampingannya selaku ahli parti juga tidak dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkuasa dalam parti politik tersebut.


8. Pokoknya di sini cukup mudah, iaitu dalam apa jua yang mahasiswa sertai atau lakukan, mahasiswa harus memikirkan akan soal pembentukan kendirinya yang unggul dan menjadi seorang mahasiswa yang berintegriti, bermaruah dan cukup profesional.


9. Gunakan ruang dan peluang yang terbaru ini sebagai satu lagi cara dan usaha kepada mahasiswa untuk terus menggilap skill dan daya keintelektualan mahasiswa agar 10 tahun nanti mahasiswa negara kita adalah dikategorikan sebagai 'mahasiswa hebat dalam dunia'.


10. Harapan saya selaku bekas mahasiswa di Malaysia adalah, dalam setiap apa yang dilakukan oleh mahasiswa, dalam setiap apa yang disertai mahasiswa; mereka harus utamakan pembentukan jati diri, nilai keintelektualan dan perkembangan positif terhadap diri sendiri, pengajaran dan pembelajaran serta dunia kampus itu sendiri.


Semoga mahasiswa di Malaysia mampu menjadi MAHASISWA HEBAT DUNIA!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 25, 2011

DEMA : Menunjukkan kepandaian atau kebodohan?







1. Adakah DEMA faham apa ada dalam AUKU dari seksyen awal sehingga penutup? Sudah habis baca AUKU atau belum? Sedarkah DEMA bahawa dalam AUKU itu diperuntukan mengenai kuasa YB Menteri Pengajian Tinggi, kuasa pentadbiran seseorang Naib Canselor, alamat universiti dan hal-hal lain yang berkaitan universiti? Seandainya AUKU dimansuhkan 100%, maka sudah pasti tidak akan wujud satu pun UNIVERSITI dan MAHASISWA di negara ini...


2. Apakah seksyen yang bermasalah dalam AUKU selain Seksyen 15 itu seperti yang dinyatakan oleh DEMA? Bermasalah di IPTA dan Swasta???? Sah tak baca sampai habis AUKU wahai DEMA, sebab IPT Swasta adalah di bawah Akta 555 dan tidak kena mengena walau sepatah kata dengan AUKU.


3. Setahu saya, Seksyen 4 adalah berkaitan kuasa YB Menteri Pengajian Tinggi terhadap lantikan orang atau badan untuk menyiasat apa-apa kegiatan atau pentadbiran mana-mana IPT dan melaporkan kepada YB Menteri Pengajian Tinggi. Jadi, adakah pihak DEMA ingin peruntukan seksyen ini terus dimansuhkan? Adakah ini yang dimaksudkan campur tangan Kerajaan keatas pentadbiran universiti? Cuba bayangkan, sekiranya seseorang Naib Canselor sesebuah universiti menyalahguna kuasanya atau menindas hak mahasiswa di dalam kampus, adakah DEMA tidak mahu YB Menteri Pengajian Tinggi untuk campur tangan membela nasib dan suara mahasiswa itu? Sekiranya bukan YB Menteri Pengajian Tinggi, siapa yang layak untuk campur tangan dalam soal ini???


4. Jika DEMA tidak bersetuju dengan peruntukan kuasa mutlak YB Menteri Pengajian Tinggi, adakah DEMA mahukan SPB YDPA atau YAB PM sendiri yang akan melantik Naib Canselor sesebuah universiti? Perlukah agensi-agensi lain yang berada di bawah sesebuah kementerian juga dilantik oleh SPB YDPA atau YAB PM? Tapi adakah benar wujudnya KUASA MUTLAK YB Menteri Pengajian Tinggi dalam AUKU? Sudah baca ke belum Seksyen 4a yang menyebut :


"Bagi maksud memilih orang yang layak dan sesuai bagi jawatan Naib Canselor atau bagi mana-mana jawatan lain yang Menteri mempunyai kuasa untuk melantik di bawah akta ini, Menteri hendaklah dari semasa ke semasa melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu."


Sila cari daripada ayat ini, yang dimaksudkan dengan KUASA MUTLAK dan AUTOKRATIK...



5. KESIMPULANNYA, DEMA harus baca, faham dan khatam keseluruhan AUKU itu dan bukan hanya mendengar dari pihak-pihak luar yang bercakap seperti angin bertiup di subuh hari. DEMA jangan jadi bodoh dengan perjuangan menuntut perkara-perkara yang anda sendiri tidak mahu memahaminya. Jangan cuba menebuk lubang dalam sampan yang sedang dinaiki di tengah lautan yang ada jaws di bawahnya...

AUKU : Jangan Mudah Tarik Nafas Lega.......

24HB November 2011 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan di dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan meminda Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas boleh terlibat dengan menyertai mana-mana parti politik di luar seperti UMNO, MCA, MIC, PPP, GERAKAN, DAP, PAS dan PKR.

Ramai yang agak gembira dengan pengumuman yang dilakukan ini dan ramai juga yang memarahi YAB Perdana Menteri dek kerana pengumuman yang mengejut itu.

Pengumuman ini telah memberi 100% kepercayaan kepada mahasiswa untuk terlibat dalam dunia politik di luar disamping tanggungjawab mereka sendiri untuk belajar di kampus. Ini bermakna pihak kerajaan sekarang telah mengiktiraf golongan mahasiswa di tempat yang cukup tinggi dan mempunyai kematangan yang baik.

Dalam rata-rata suara mahasiswa yang didengari, sebenarnya ramai dari golongan mahasiswa yang masih inginkan mahasiswa tidak terlibat dalam dunia politik kepartian di luar kampus. Buktinya, di mana-mana perhimpunan mahasiswa terbesar yang rasmi di Malaysia ini memperlihatkan bahawa majoriti mahasiswa tidak teringin untuk melibatkan diri dengan dunia politik kepartian di luar kampus.

Namun, dengan kepercayaan yang diletakkan oleh pihak kerajaan ini, golongan mahasiswa harus menyahut seruan dan cabaran baru yang ada ini untuk terus memperlihatkan golongan mahasiswa merupakan 'kuasa suara majoriti senyap' yang mempunyai gelombang dan peranan yang amat penting untuk masa depan negara.

Tapi percayalah bahawa akan datang lagi suara-suara dari mahasiswa yang mahu AUKU terus dimansuhkan 100% dan tidak ketinggalan suara-suara dari mahasiswa yang masih menginginkan AUKU tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian.

Jangan kita terus menarik nafas lega dengan berita pengumuman ini, kerana mahasiswa yang membenci pihak kerajaan akan terus tetap mendesak dan mencari salah kerajaan dari pelbagai segenap pelusuk.


Kerajaan sudah beri sampan dan pendayung, maka tunggu apa lagi...


Seksyen 15 AUKU akan dipinda


Najib Tun Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perhimpunan Aman di Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.

Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.

Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang,” jelasnya.

Pada 31 Oktober lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Keempat-empat penuntut tersebut, Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan ketika kempen semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.


SUMBER : Utusan Malaysia 25 November 2011



Thursday, November 24, 2011

Dengar Suara Minoriti???




Pada 24 November 2011, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda sepertimana suara dan desakan sesetengah YB dari UMNO dan pihak pembangkang, dan YAB PM juga mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan merayu keputusan Mahkamah Rayuan ke atas kes UKM4 dahulu.

Saya menerima banyak kiriman SMS, BBM, E-mel dan sebagainya khusus daripada students yang cenderung pro kepada idea-idea dan gagasan pihak Kerajaan mengatakan bahawa, mereka "frust dengan keputusan hari ini" yang membolehkan para pelajar di IPT yang berumur 21 tahun keatas layak untuk menjadi ahli kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

Keputusan yang dibuat oleh YAB PM ini walaupun selepas majoriti mahasiswa mengatakan tidak setuju Seksyen 15 AUKU dipinda dalam 3 program perhimpunan mahasiswa terpenting dan terbesar iaitu :

a) Konvensyen MPP SeMalaysia di UTM

b) Parlimen Mahasiswa di USM

c) Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di PICC


Apapun keputusan yang telah di buat oleh pihak kerajaan dalam isu ini, semoga ia membuahkan kejayaan dan memberi manfaat untuk para pengundi muda terutama di alam kampus. Jangan sehingga keputusan-keputusan yang dilakukan ini akhirnya menjerat diri sendiri kembali sehingga yang telah kalah akan semakin rebah dan dipijak oleh gerombolan anak muda...

Selamat berjaya PARTI POLITIK...

Wednesday, November 23, 2011

Kedai & Menu Rakyat 1Malaysia masuk Kampus!

Kedai Rakyat 1Malaysia


Menu Rakyat 1Malaysia





Wujudkan KR1M di IPT

PUTRAJAYA 21 Nov. – Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) meminta kerajaan menimbangkan mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Menu Rakyat 1Malaysia di setiap kampus universiti.

Cadangan tersebut terkandung dalam kertas kerja Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang diadakan di sini, hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul tersebut dibuat memandangkan penuntut universiti juga tidak terkecuali daripada menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Kita sedang menimbangkan cadangan itu dan ia disambut baik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kebetulan ada bersama.

Pada saya kenapa mereka perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat itu dan saya juga tak nampak sebarang sebab kita tak boleh memperluaskannya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mesyuarat tersebut merupakan platform yang diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari.

Menurut Mohamed Khaled, majlis perundingan tersebut juga menerima cara dan kaedah kerajaan dalam melaksanakan program bantuan subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.

Sementara itu, ketika ditanya situasi semasa penuntut Malaysia di Mesir, beliau berkata, kerajaan sentiasa peka dan memantau situasi di sana.

“Kerajaan telah menghubungi pejabat penuntut Malaysia di sana supaya dapat menghebahkan dan memberi nasihat kepada penuntut supaya berhati-hati dengan keadaan tidak menentu.



SUMBER DARI : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1122&pub=utusan_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm&arc=hive




KOMEN :


1. KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA dan MENU RAKYAT 1MALAYSIA adalah antara usaha kerajaan untuk cuba menyelesaikan permasalahan kos sara hidup rakyat Malaysia terutama yang berada di sekitar bandar dan pinggir bandar.

2. Cadangan untuk mewujudkan KR1M dan MR1M di kampus-kampus seluruh Malaysia adalah amat bertepatan dengan keadaan para pelajar kita yang turut merasakan senario kos sara hidup yang tinggi tersebut.

3. Uniknya, cadangan untuk membawa masuk KR1M dan MR1M ke dalam kampus adalah disuarakan sendiri oleh para pemimpin pelajar di kampus dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) baru-baru ini.

4. Cadangan itu telah mendapat reaksi yang baik daripada YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Mesyuarat, YB Menteri Pengajian Tinggi selaku Timbalan Pengerusi Mesyuarat dan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang turut hadir sebagai ahli mesyuarat.

5. Ini bukti kerajaan membuka seluas luasnya kepada pelajar IPT untuk bersuara waima untuk menegur kerajaan sekali pun tetapi dengan masa, tempat dan platform yang sebetulnya. Bukan dengan turun ke jalan-jalan raya untuk berdemo dan sebagainya.

6. Selaku bekas pelajar IPT, saya amat berharap agar 2 cadangan bernas ini dapat diterima dan dijayakan oleh pihak kerajaan demi membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar IPT.

Friday, November 18, 2011

Kita harus SAYANG MALAYSIA...









Siapa kata rakyat kita tidak kreatif??? Siapa kata bangsa Melayu tidak kreatif??? Siapa kata rakyat kita tidak sayangkan agama, bangsa dan negara???

Cuma ada segelintir saja yang memandang dan berfikir negatif terhadap kreativiti, terhadap bangsa-bangsa di Malaysia dan kepada kehidupan beragama, berbilang bangsa serta keturunan...

Selagi kita bernama RAKYAT MALAYSIA, selagi itulah kita harus sedar dan menghormati akan sejarah asal usul kita di tanah air Malaysia ini...

Selagi kita bernama RAKYAT MALAYSIA, selagi itulah kita perlu sentiasa menjaga agama, bangsa dan Malaysia bersama-sama...

Sifat sayang, hormat, percaya dan bertolak ansur adalah amat perlu demi MALAYSIA YANG TERCINTA...

Jangan gunakan AGAMA sebagai penghalang ke arah PERPADUAN sesama kita...

Jangan gunakan POLITIK untuk menjadi tembok kepada PERPECAHAN rakyat kita...

Tidak kira dimana duduk kita, tidak kira apa perjuangan kita, tidak kira apa fungsi kita di Malaysia ini, yang pasti kita harus mempunyai niat dan hala tuju yang satu iaitu SAYANG MALAYSIA...

Jangan gadaikan apa yang kita ada ke pihak lain...


Syabas kreativiti MAT LUTHFI...




Biar Pun Orang Benci Saya, Saya tetap ingin Melayu Bersatu - Tun Dr Mahathir

Salam semua,

Saya sedih dan sebak apabila membaca wawancara YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ditulis kembali oleh rakan blogger Sungai Rapat Online ini yang mengkhususkan kepada bangsa Melayu.

Bagi pandangan saya, ia suatu mesej yang amat jelas, mendalam dan penuh kesedaran daripada seorang bekas Perdana Menteri selama lebih 20 tahun memerintah.

Ketepikanlah sentimen berpuak-puak antara kita satu bangsa Melayu, dan fikirkanlah apa yang ingin cuba YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad sampaikan kepada kita semua.

Semoga beroleh manfaat dan barokahnya bersama...






Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed berulang kali mengingatkan bangsa Melayu agar terus bersatu. Seperti katanya, menegur sudah, marah sudah dan menangis pun sudah, namun ternyata apa yang dihajati dan diharap belum sepenuhnya tercapai. Malah perpecahan dalam kalangan Melayu dilihat semakin berada pada tahap kritikal.

Biarpun ada orang benci pada saya, ada orang marah pada saya, tapi saya perlu katakan itu...bahawa orang Melayu perlu bersatu.” kata Tun.

Paling kritikal dan penting pada waktu ini ialah perpecahan orang Melayu. Ia mesti diatasi segera. Ini Kerana Melayu kini sudah mempunyai pelbagai parti politik yang mereka boleh sokong. Dulu hanya Umno dan Pas, sekarang tidak lagi, Sudah ada KITA dan sebagainya. Jadi kita orang Melayu sudah berpecah menjadi tiga atau mungkin lebih.

Kita perlu sedar kita tidak lagi menjadi majoriti. Sedangkan untuk memerintah, kita bergantung kepada majoriti. Sekarang siapa yang menang itu yang kita sokong, jadi kita terpaksa menunggu keputusan mereka.

Sudah banyak kali saya katakan, orang Melayu kena bersatu. Tapi kita degil. Sebagai contoh Pas, mereka Melayu tetapi mereka sanggup bekerjasama dengan DAP. Sedangkan Umno minta kerjasama dulu tapi mereka tidak mahu, dengan DAP mereka mahu. Ini yang saya kata Melayu tidak mahu bersatu.

Dengan DAP mereka sanggup gugurkan Negara Islam. Pada pandangan saya mereka ini hanya bekerjasama untuk menang sahaja. Tentang prinsip perjuangan, mereka tidak peduli. Melayu yang sedar hari ini perlu kembali bersatu demi survival bangsa.

Rindu dengan cara pemerintahan Tun, semua boleh bersatu tidak kira apa bangsa, ekonomi meningkat, negara semakin maju, rakyat sudah mampu hidup mewah tapi semua sudah berlalu. Saya mendoakan kesejahteraan Tun agar dapat memberi buah fikiran yang bernas kepada pemerintahan DS Najib

Sedutan wawancara antara wartawan Sinar Harian dengan Tun Dr Mahathir


DIPETIK DARIPADA : Sungai Rapat Online


Thursday, November 17, 2011

#AUKU melindungi mahasiswa - kampus perlu kekal neutral?

BERITA HARIAN 17 NOVEMBER 2011



1. Mahasiswa tidak harus hilang fokus apabila menuntut di universiti akibat terbabit dengan politik kepartian luar kampus yg tidak terkawal dan berlebihan hingga mengabaikan kewajipan utama mereka.


2. Siapa boleh jamin ia tidak akan menjadi keterlaluan apabila hak berpolitik itu mula diberikan terutama apabila ada pihak luar campur tangan dan mempengaruhi pelajar untuk kepentingan politik mereka.


3. Apabila pelajar berpuak-puak akibat berbeza fahaman politik, mereka tidak lagi bersikap neutral dalam memberi pandangan atau membina perspektif mengenai sesuatu perkara.


4. Tidak wajar mahasiswa menjadikan sekatan berpolitik menerusi AUKU itu sebagai isu polemik walhal tujuan utama ia diwujudkan bagi memastikan matlamat utama pendidikan iaitu membina minda dan keupayaan intelektual pelajar tidak diambil kira.


5. AUKU memberi perlindungan kebebasan akademik kepada pelajar iaitu melindungi mereka daripada elemen politik luar yang boleh mengugat keharmonian serta mengeksploitasi pemikiran pelajar demi kepentingan ideologi politik masing-masing.


6. Persoalannya, adakah hanya dengan menyertai parti politik atau menjadi cabang kepada ideologi parti tertentu akan secara automatik menjadikan mahasiswa lebih bijak, kreatif dan bebas bersuara?


7. Adakah AUKU menghalang mahasiswa daripada menyertai ribuan persatuan berdaftar di dalam dan di luar kampus termasuk persatuan belia atau membina kemahiran sosial serta kepimpinan menerusi pelbagai aktiviti khidmat masyarakat mahupun sukan.


8. Politik bukanlah segala-galanya. Kebanyakan pelajar yang terbabit dalam politik hanyut dengan kegilaan mengejar jawatan dalam parti.


9. Bendera dan banting perti tertentu memenuhi kolej kediaman asrama, malah akan ada pelajar dengan bangganya memakai pakaian dengan simbol parti politik yang disokong ketika mengikuti kuliah.


10. Mungkin juga menjejas penilaian pemarkahan tugasan apabila pensyarah dan pelajar mempunyai ideologi politik berbeza serta membuatkan mahasiswa kurang berasa selamat berada di kampus kerana bimbang berlaku pergaduhan antara kumpulan pelajar yang berbeza fahaman politik.




KUNING = Pandangan Ketua Kluster Majlis Profesor Negara

HIJAU = Pandangan Penganalisis Politik (Pensyarah Kanan)

UNGGU = Pandangan Pemimpin Pelajar (Naib YDP MPP UPNM)



Baca seterusnya lagi di Sisipan VARSITI BERITA HARIAN muka surat 9 17 November 2011...



Wednesday, November 16, 2011

AUKU 2009 membangun kuasa intelektual pelajar

Penulis Tamu: Oleh Dr Zaini Ujang


Mahasiswa boleh kekal peranan sebagai ‘komuniti ilmu’, tidak dimanipulasi parti politik


AKTA Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) (AUKU 2009) memberi ruang dan peluang kepada komuniti akademik, termasuk mahasiswa untuk menjadi ‘kuasa intelektual’ yang ampuh dan berdaya saing bukan saja di pentas tempatan, malah peringkat global.

Tidak ramai yang cuba memahami bahawa dalam proses penyediaan draf AUKU 2009, sebelum dibawa ke Parlimen, melibatkan pelbagai lapisan serta pandangan masyarakat, termasuklah golongan mahasiswa dan pensyarah pelbagai peringkat. Hasratnya ialah menyediakan landasan kukuh menjadikan institusi pengajian tinggi di Malaysia lebih berdaya saing, mampu menyediakan ekosistem intelektual yang segar, ruang autonomi bersesuaian dengan tanggungjawab menyediakan kualiti pendidikan terbaik dan menyuburkan kemahiran insaniah.

AUKU 2009 adalah suatu peruntukan undang-undang menyeluruh menjelaskan tentang tanggungjawab dan kuasa menteri, penubuhan serta perlembagaan universiti, peruntukan serta bantuan wang dan akaun, penubuhan dan pengambilan tanah untuk universiti, kaedah-kaedah tata tertib sehinggalah tata cara penganugerahan ijazah dan majlis konvokesyen.

Dari segi kelainannya berbanding AUKU sebelum pindaan 2009, urus tadbir lebih telus dan berkesan dengan kuasa lebih besar diberikan kepada Lembaga Pengarah. Ini memberi ruang untuk berlakunya penurunan kuasa Menteri sehingga dijangkakan menjelang 2015, autonomi penuh akan dimiliki oleh beberapa universiti awam yang sudah bersedia daripada pelbagai sudut termasuk penjanaan dana dan pengurusan modal insan.

AUKU selepas pindaan 2009 juga memberi peluang kepada komuniti akademik, termasuklah mahasiswa untuk lebih kreatif dan inovatif bagi menjalankan pelbagai kegiatan untuk menyediakan diri menjadi ‘pekerja ilmu’ dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin pantas berubah dari segi corak pekerjaan dan penjanaan kekayaan.

Selain itu, AUKU 2009 memberi mandat agar komuniti akademik mempunyai wibawa sendiri dalam pembangunan negara. Perkhidmatan universiti sebagai ahli akademik diberi pengiktirafan tinggi, sementara aktivisme mahasiswa dilindungi daripada pengaruh luar yang boleh menjejaskan peranan mereka sebagai ‘komuniti ilmu’. Itulah sebabnya Bahagian III (Seksyen 15) diperkenalkan iaitu berkaitan ‘pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.’

Satu-satunya peruntukan yang menjadi pertikaian dan sering kali disalah anggap ialah Seksyen 15 (1) (a) yang melarang mahasiswa menjadi ahli ‘mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia’.

Mengapa larangan ini diperkenalkan?

Larangan ini diperkenalkan supaya komuniti akademik terutama mahasiswa dapat mencorakkan wibawa dan identiti sendiri. Peruntukan tersebut adalah isyarat bahawa mahasiswa perlu bangun dan bergerak sendiri secara penuh keyakinan diri, tanpa didominasi, ditunjuk arah, apatah lagi terikut-ikut dengan budaya dan peraturan politik kepartian semasa berada di universiti.

Sebagai Naib Canselor, saya mengharapkan peruntukan AUKU 2009 boleh menjadikan komuniti akademik, termasuk mahasiswa sebagai golongan yang menjadi alternatif kepada tata cara, pendapat dan idealisme politik kepartian. Saya mengharapkan mahasiswa mempunyai jati diri sendiri, idea yang diadun sendiri dan berani membangunkan falsafah politik yang tidak terikat kepada percaturan politik luar kampus.

Idealnya, politik mahasiswa adalah politik yang didokong oleh dapatan ilmu dan perkongsian bersama sarjana dan warga kampus yang sentiasa menghayati resam ilmu dengan melakukan kajian dalam pelbagai dimensi ilmu. Atas kepentingan pengembangan ilmu menerusi penyelidikan mereka bebas melakukan gerak kerja dan aktiviti ilmiah termasuklah berkaitan aspek politik, termasuk membabitkan parti politik.

Kuasa mahasiswa ialah kuasa ilmu kerana mereka berada di persada ilmu, di kalangan komuniti yang mendaulatkan budaya ilmu. Pengaruh mahasiswa ialah pengaruh ilmu kerana mereka adalah pencinta ilmu. Kualiti pergerakan mahasiswa ialah kualiti ilmu kerana dengan ilmu mereka boleh membuat pilihan dan penilaian yang lebih adil dan saksama.

Justeru tanpa terikat kepada mana-mana parti politik maka membolehkan mahasiswa lebih mudah memaju diri dan organisasi menggunakan neraca ilmu untuk membuat pertimbangan yang lebih bijaksana. Memang suara dan idealisme politik kepartian adalah suatu realiti dan mempunyai peranan dan pengaruhnya yang tersendiri.

Maka mahasiswa boleh menjemput mana-mana kelompok politik, dengan persetujuan pihak universiti, untuk berbincang dan berbahas tentang pelbagai isu semasa. Mahasiswa boleh bersetuju dan membantah pendirian politik mana-mana parti politik. Sementara itu, mahasiswa juga perlu mempelajari idealisme politik tetapi dari sudut pengkayaan ilmu, bukan kaderisasi politik.

Dengan demikian, ketika berada di kampus, tanpa terikat kepada mana-mana idealisme atau syarat keahlian politik kepartian maka mahasiswa mempunyai ruang dan kesempatan untuk membina idealisme sendiri. Memang sepatutnya semua warga kampus termasuklah mahasiswa perlu berada di hadapan, bukan menjadi pengikut dari segi pengembangan idea, pemahaman terhadap persekitaran global dan setempat, dan menyediakan alternatif.

Malang sekali seandainya pergerakan mahasiswa terpesona dengan suara dan gagasan politik kepartian, apatah lagi jika sekadar menjadi pengikut setara dengan status keahlian peringkat cawangan. Lebih malang lagi kerana sebagai ahli sesuatu pertubuhan politik, banyak peraturan dan tata cara yang terpaksa dipatuhi. Ini lebih ketara jika ada perbezaan pandangan mahasiswa dengan pandangan rasmi parti yang mungkin menyebabkan seseorang ahli dikenakan tindakan disiplin.

Justeru marilah kita menghayati semangat dan budaya ilmu bahawa sepanjang menuntut ilmu terutamanya di kampus maka kita perlu mematuhi pelbagai adab dan resam untuk menjadi komuniti ilmu yang sejati. Komuniti ilmu tidak bererti kita meletakkan diri pada kedudukan luar realiti. Sebaliknya komuniti ilmu menjadikan ilmu sebagai petunjuk, pedoman dan landasan dalam tindakan kita.
Kerana dengan komitmen kepada budaya ilmu barulah kita dapat memperteguh wibawa dan membangunkan ‘kuasa intelektual’ sebagai penyuluh zaman!


SUMBER : BERITA HARIAN 16 NOVEMBER 2011

Semua IPT perlu sistem akreditasi yang menarik



Muhyiddin Yassin dan Saifuddin Abdullah (kanan) melihat laman web Agensi Kelayakan Malaysia sewaktu majlis pelancaran Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif




KUALA LUMPUR 14 Nov. - Semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan perlu mempunyai sistem akreditasi yang mampu menarik minat orang ramai yang sudah bekerja untuk menyambung pelajaran bagi menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini hanya Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang telah mengorak langkah mengadakan kerangka akreditasi sendiri dengan mengambil kira pengalaman seseorang bagi mengikuti kursus yang ditawarkan.

Menurut beliau, inisiatif seperti itu sebenarnya sudah lama dilaksanakan di negara seperti Amerika Syarikat (AS), Australia, United Kingdom (UK) serta Kanada yang dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan modal insan antara Malaysia dengan negara maju.

"Ini merupakan inisiatif yang dapat menggalak orang dewasa untuk terus belajar bagi tujuan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang kerja masing-masing," katanya semasa merasmi pelancaran Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Peringkat Nasional di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Presiden serta Naib Canselor OUM, Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin.

Mengulas lanjut mengenai Pelan Induk PSH, Muhyiddin berkata, penyertaan awam terhadap program itu dijangka meningkat daripada 10 peratus kepada 50 peratus bagi golongan penduduk berusia 15 tahun ke atas menjelang 2020.

Bagaimanapun jelas Timbalan Perdana Menteri, kejayaan program tersebut turut bergantung kepada akreditasi serta pengiktirafan yang diterima pada masa ini.

Sehubungan itu katanya, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK) berperanan menyelaras penilaian berdasarkan pencapaian.

Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin memberitahu, Malaysia memerlukan satu pelan komprehensif serta menyeluruh dengan penglibatan semua pihak bagi menjayakan hasrat kerajaan melahirkan generasi modal insan bertaraf dunia.

Tambah beliau, kerajaan meletakkan pembangunan modal insan yang kreatif serta inovatif sebagai satu agenda nasional dan untuk memastikan agenda tersebut mencapai kejayaan, ia menuntut kerjasama menyeluruh setiap peringkat umur rakyat Malaysia.

"Pelan induk ini akan memperkasa mekanisme yang telah digaris dan mempertingkatkan lagi kesedaran awam untuk menyertai pembelajaran sepanjang hayat. Malah di peringkat kerajaan sendiri, kita telah menyediakan dana bagi menyokong usaha tersebut," katanya.


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA 15 NOVEMBER 2011

Tuesday, November 15, 2011

Mahasiswa pemangkin bahasa kebangsaan



Mahasiswa merupakan barisan hadapan dalam memartabat serta memperjuangkan bahasa kebangsaan oleh itu mereka perlu diingatkan tentang peranan sebagai pencetus perubahan.


Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sudah melabuhkan tirainya. Sudah 13 kali BBK diadakan dan ini bermakna selama itu juga kerajaan berusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Usaha ini memang baik dan wajar dipuji.

Tetapi persoalannya kenapakah perlu ada kempen memartabatkan bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu selepas lebih setengah abad negara merdeka? Bukankah kemerdekaan itu dicapai hasil kata sepakat dan ini termasuklah kedudukan dan permartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

Kempen BBK memperlihatkan seolah-olah bahasa Melayu bukan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Kalau tidak, masakan kemerdekaan tidak menyumbang kepada permartabatan bahasa Melayu?

Perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan sebenarnya bermula pada tarikh Malaya mencapai kemerdekaan. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu bukan lagi bahasa orang Melayu tetapi bahasa rasmi seluruh rakyat negara ini. Di manakah silapnya hingga perkara yang boleh diselesaikan selepas sepuluh tahun merdeka kini berlarutan hingga lebih setengah abad kita merdeka?

Tentulah ada kekhilafan apabila usia negara merdeka sudah mencapai 54 tahun namun bahasa Melayu belum ampuh sebagai bahasa kebangsaan. Pelbagai pihak seolah-olah mengambil kesempatan dari kelemahan politik Melayu untuk ingkar tidak mahu mengiktiraf bahasa Melayu.

Baru-baru ini Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengumumkan kenaikan pangkat kakitangan akademik dibuat berdasarkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Ini satu tindakan yang mesti dipuji. Namun tindakan ini seharusnya sudah lama dilaksanakan untuk memberi merit kepada bahasa Melayu.

Dalam usia negara yang lebih setengah abad, seharusnya buku dan kajian ilmiah diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk rujukan masyarakat serta pembaca tempatan. Tetapi Malaysia agak terkebelakang dalam usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan. Mungkin juga kerana nilai pasaran kajian ilmiah bahasa Melayu tidak seluas bahasa Inggeris. Namun hakikatnya masyarakat memerlukan karya sedemikian.

Pada tahun ini BBK bertemakan "Satu Bahasa, Satu Bangsa Satu Negara". Ini jelas manifestasi impian menjadikan bahasa kebangsaan sebagai tulang belakang perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum.

Andai kita bangga melaungkan 1Malaysia yang menunjukkan betapa seriusnya kita sayang kepada bangsa Malaysia, begitu juga kita seharusnya serius dalam meletakkan bahasa kebangsaan ditempat yang sepatutnya.

Mungkin juga perlu diwujudkan satu undang-undang untuk memartabatkan kedudukan bahasa kebangsaan di negara ini. Justeru kesedaran terhadap peri pentingnya bahasa kebangsaan perlu diperkukuhkan. Memperlekehkan bahasa kebangsaan merupakan satu petunjuk aras luputnya nilai kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Mungkin Malaysia negara yang hebat dalam merencana dasar yang mampu meletakkan negara di peta dunia namun kita sebenarnya lemah dalam soal jati diri.

Tugas inilah perlu digalas oleh golongan mahasiswa. Ia bukan sahaja oleh mahasiswa di universiti tempatan malah merangkumi mahasiswa tempatan di luar negara. Menyalahkan sistem bukan satu tindakan yang bijak. Biar kita menjadi seperti ikan di laut yang masin tetapi isi tetap tawar. Belajar dan membuat kajian dalam bahasa Inggeris seharusnya tidak merendahkan penguasaan terhadap bahasa kebangsaan. Belajar dan menguasai bahasa Inggeris tidak seharusnya menghilangkan jati diri kita terhadap bahasa kebangsaan. Ini adalah nilai jati diri.

bijak

Orang bijak pandai ada berkata, andai hendak melihat negara pada masa hadapan lihatlah anak mudanya pada hari ini. Mahasiswa kini yang dikejar dan diburu cara hidup baru menjadikan sebab utama ketidakmampuan dalam penguasaan bahasa kebangsaan. Gaya hidup global yang menjadi pilihan mahasiswa kini merupakan jerat yang membantutkan pengembangan dan penguasaan bahasa kebangsaan pada masa hadapan.

Harus diingatkan bahawa mahasiswa adalah pencetus perubahan. Pendidikan pula menjadi kayu ukur kekayaan bangsa di sesebuah negara. Justeru mahasiswa merupakan barisan hadapan dalam memartabat serta memperjuangkan bahasa kebangsaan. Kita sudah pasti setuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa masyarakat seharusnya menguasai bahasa asing untuk menguasai ilmu, dalam masa yang sama turut memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.

Andai pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu yang mula diadakan pada 2007 dijadikan kayu pengukur, ternyata bahasa kebangsaan kita cukup tinggi. Kebolehan menguasai bahasa Melayu oleh peserta luar negara menunjukkan keindahan dan keunikan bahasa ini. Justeru tidak mustahil untuk menzahirkan bahasa Melayu sebagai bahasa Asean apabila 350 juta rakyat bertutur dalam bahasa Melayu. Maka tidak timbul bahasa kebangsaan dianggap sebagai bahasa kelas dua. Ini adalah laras perjuangan kepada setiap yang menggelarkan diri mereka mahasiswa. Usah menjadikan sistem sebagai satu halangan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Mungkin pada masa depan BBK tidak perlu diadakan lagi kerana tahap jati diri masyarakat terhadap bahasa kebangsaan berada pada tahap tertinggi. Namun ini tentu mengambil masa yang lama. Mengubah masyarakat seharusnya dimulakan dengan mengangkat integriti serta jati diri mahasiswa. Pada masa yang sama kerajaan harus konsisten dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Oleh Ku Amirul Faiz
(s200383@student.uum.edu.my)


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA 13 NOVEMBER 2011

Kita sasar 50 peratus penduduk sertai PSH



MUHYIDDIN ketika melancarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020, Laman Sesawang PSH dan Persidangan Antarabangsa PSH (ICLLL) 2011 di sini, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah
MUHYIDDIN ketika melancarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020, Laman Sesawang PSH dan Persidangan Antarabangsa PSH (ICLLL) 2011 di sini, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah



4 strategi jaya pembelajaran sepanjang hayat: TPM

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Nasional menyasarkan 50 peratus daripada penduduk berusia 15 tahun ke atas di negara ini menyertai program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) menjelang 2020, berbanding hanya 10 peratus ketika ini.
Peratusan itu dengan mengambil kira 26.2 juta penduduk yang berada dalam lingkungan usia bekerja 15 hingga 64 tahun dengan populasi Malaysia dijangka mencecah 34.3 juta penduduk pada ketika itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelancaran pelan induk itu bertujuan meletakkan agenda PSH sebagai tonggak ketiga membangunkan modal insan negara selepas pendidikan asas dan tertiari.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha mencapai matlamat itu akan dilakukan menerusi empat strategi, iaitu memperkasa mekanisme dan infrastruktur PSH, mempertingkat kesedaran awam dan penyertaan rakyat dalam PSH, memastikan kesinambungan dan penghayatan PSH di kalangan rakyat serta menyediakan dana dan insentif bagi menyokong program itu.

“Satu aspek penting untuk memastikan kejayaan PSH ialah akreditasi dan pengiktirafan program itu yang ditawarkan institusi berkaitan. Saya difahamkan institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Terbuka Malaysia (OUM) mempunyai kerangka penilaian bagi pengalaman bekerja terdahulu untuk diambil kira dalam pertimbangan bagi mengikuti kursus ditawarkan universiti.

“Inisiatif ini dapat menggalakkan orang dewasa yang sudah bekerja dan berpengalaman untuk terus belajar bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam bidang masing-masing.
“Inisiatif ini sudah dilaksana di negara seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Kanada. Peranan Kolej Komuniti juga perlu ditingkatkan bersesuaian dengan imejnya sebagai hab PSH bagi Malaysia,” katanya berucap melancarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020, Laman Sesawang PSH dan Persidangan Antarabangsa PSH (ICLLL) 2011 di sini, semalam.


Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mewakili Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Ab Rahim Md Noor dan Presiden/Naib Canselor OUM, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali.

Bagi memastikan negara terus berdaya saing, Muhyiddin berkata, Malaysia memerlukan tenaga kerja berinovatif dan kreatif yang dapat menyokong transformasi ke arah status negara maju.

Dalam konteks ini, beliau berkata, sistem pendidikan negara akan terus mengalami perubahan serta penambahbaikan untuk membangunkan modal insan yang dapat memenuhi keperluan negara dan industri.


SUMBER : BERITA HARIAN 15 NOVEMBER 2011

Sukarelawan UUM sedia hulur bantuan kepada mangsa banjir


ALOR SETAR: Sukarelawan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terdiri daripada penuntut dan kakitangan universiti itu bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat jika berlaku banjir.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata persediaan setiap aspek meliputi keselamatan, penyediaan makanan, peralatan dan perhubungan bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat sekitar yang terbabit dengan banjir dilakukan.

"Mesyuarat dan pemantauan sentiasa dilakukan termasuk mengemas kini data dan perkara yang diperlukan daripada segi logistik, keselamatan dan sebagainya sementara menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan sukarelawan UUM sebelum ini membantu mangsa banjir di Johor, Kedah dan Perlis. - BERNAMA

Monday, November 14, 2011

AUKU : Mesti beri kebaikan kepada MAJORITI pelajar

Keratan akhbar BERITA HARIAN 14 November 2011


1. Kita akan melihat sesetengah mahasiswa mahupun masyarakat akan terpedaya dengan persepsi segelintir pihak tertentu yg memburukkan AUKU dek kerana pemahaman terhadap AUKU dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat masih lagi di tahap yg tidak memuaskan.

2. Kita perlu faham kewujudan AUKU ini bukan hanya berkaitan dengan mahasiswa tetapi lebih banyak memfokuskan kepada penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti.

3. Hampir keseluruhan seksyen dalam AUKU pula menyentuh mengenai penubuhan, pentadbiran dan pengurusan universiti. Jadi seharusnya tidak timbul isu bahawa AUKU perlu dimansuhkan kerana selain Seksyen 15, seksyen lain menyentuh mengenai pihak universiti.

4. Kewujudan Seksyen 15 dalam AUKU mempunyai beberapa kepentingan :

a) Memberi kebebasan kepada mahasiswa drpd mana2 parti politik dan kumpulan yg mempunyai agenda tersendiri.


b) Menghalang parti politik yg cuba membawa politik kurang sihat ke dalam kampus.


c) Mahasiswa akan berpartisipasi dalam pembangunan negara dan dasar kerajaan sebagai "pihak ketiga" bukannya memihak.


d) Mahasiswa hari ini bebas untuk menyertai NGO yg tidak bermotifkan politik.



5. Kerajaan perlu membuat rayuan dengan membawa kes berkaitan Seksyen 15(5)(a) yg dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kpd mahkamah yg lebih tinggi demi kepentingan majoriti mahasiswa yg inginkan kampus mereka aman dan harmoni.

6. Kerajaan tidak boleh tunduk kepada minoriti mahasiswa yg inginkan Seksyen 15(5)(a) dimansuhkan tetapi kesan buruknya akan melanda keseluruhan masyarakat kampus dan menyebabkan kampus tidak harmoni dan aman.

7. Jangan terpedaya dengan slogan kebebasan yg digunakan oleh segelintir pihak tertentu kerana di dunia ini tidak ada kebebasan mutlak selain kebebasan terpimpin.



Singkatan daripada penulisan :

Ahmad Wafi Sahedan,
Pengerusi Penggerak Mahasiswa Kebangsaan / Mantan Pengerusi Jemaah YDP MPP SeMalaysia.

Pelajar IPTA perlu bayar ‘hutang’ masyarakat

2011/11/14



ISU Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) timbul lagi, belumpun sempat usaha murni kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai hadiah kepada rakyat dihargai, kini kerajaan berhadapan dengan satu lagi desakan segelintir pihak termasuk pembangkang iaitu untuk memansuhkan AUKU. Sedangkan satu lagi pihak di sebelah mahasiswa yang juga Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih oleh mahasiswa secara pilihan raya kampus tetap dengan pendirian mereka bahawa AUKU menjamin kebebasan pelajar dalam berakademik tanpa memihak kepada mana-mana pihak.

Pandangan kami sebagai ibu bapa dan pembayar cukai, sebagai mahasiswa institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang bertanggungjawab kepada pembayar cukai (kerana yuran dan perbelanjaan universiti mereka ditanggung pembayar cukai), mahasiswa perlu sedar bahawa mereka berhutang dengan masyarakat yang inginkan mereka cemerlang dalam pengajian dan seterusnya membangunkan ekonomi dan negara apabila mereka tamat pengajian kelak, bukanlah mahu melihat mereka sibuk dengan urusan parti politik. Adakah mahasiswa IPTA sedar dengan hakikat itu?
Kebelakangan ini, saya melihat segelintir mahasiswa lebih sibuk berdemonstrasi, tidak kiralah isu BERSIH, PPSMI dan sebagainya yang didalangi pembangkang. Tetapi di manakah demonstrasi mahasiswa apabila negara berdepan dengan Seksualiti Merdeka yang turut disokong sebilangan pemimpin pembangkang? Adakah mahasiswa menjadi lupa untuk berdemonstrasi dalam isu yang menjadi ancaman kepada kestabilan sosial masyarakat ini?
Sebagai ibu bapa yang mana anak kami masih dan akan berada dalam institusi pengajian tinggi negara, mana mungkin kami bersetuju dengan anak kami menjadi anggota parti politik, pergi kempen pilihan raya dan ponteng kelas? Pastinya kami juga tidak mahu kes yang terjadi di Bangladesh, yang mana pelajar bukan anggota parti politik tertentu tidak boleh tinggal di kolej yang dikuasai oleh parti lawan dan mereka terpaksa mendirikan khemah di kawasan padang universiti. Ia amat menyedihkan.

Saya terbaca pandangan mahasiswa yang mengatakan dia sudah bersedia untuk berpolitik dan akan memberikan keutamaan kepada pelajaran. Saya percaya pada anak berkenaan akan tumpu pada pelajaran, tetapi saya tidak percaya pada parti politik yang akan masuk ke dalam kampus akan bertanggungjawab dalam hal ini.

Kami ibu bapa berharap kerajaan perlu rasional, tidak hanya bertindak bila hanya ada desakan yang kadang kala datang daripada minoriti yang bersuara lantang.

Jangan ulangi kesilapan dilakukan pada dasar sebelum ini yang akhirnya akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan dan majoriti rakyat.

Kerajaan juga perlu sedar bahawa rakyat telah mengundi kerajaan dan berharap agar kerajaan dapat membuat keputusan yang baik untuk mereka yang telah memberikan kepercayaan kepada kerajaan dalam pilihan raya. Masa depan anak Malaysia bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main.


BAPA MENARA GADING,
Linggi, Negeri Sembilan.



SUMBER : BERITA HARIAN 14 NOVEMBER 2011

Mahasiswa dan Parti Politik



Golongan mahasiswa adalah golongan yang istimewa. Amat jauh beza antara golongan mahasiswa dengan golongan yang lain. Di zaman keemasan bagi seseorang insan, golongan mahasiswa seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai potensi yang sangat besar dalam melayari kehidupan seharian. Maksud melayari kehidupan seharian bukan hanya masalah “top-up” atau duit belanja, tapi melayari kehidupan di sini termasuk juga memberi respon pada isu-isu semasa yang menjadi warna kehidupan. Potensi mahasiswa yang amat besar ini seharusnya digunakan sebaik mungkin. Adalah malang jika para mahasiswa membiarkan sahaja waktu di kampus berlalu tanpa apa-apa makna.

Mahasiswa tugasnya mengeluarkan pendapat. Bukan namanya mahasiswa jika ia tak berani mengeluarkan pendapat sendiri. Akan tetapi, jika mahasiswa sejak mula lagi sudah mengambil keputusan mengikat diri pada parti politik, maka sudah tentu pendapat mereka hanya lah lanjutan dari pendapat para pimpinan parti. Ini lah yang banyak melanda mahasiswa hari ini. Mereka lebih suka dan ghairah mengaitkan diri pada sesebuah parti politik tanpa berfikir baik dan buruk. Apabila kita mengaitkan diri pada sesebuah parti politik, kita akan cenderung untuk menyokong apa sahaja pendirian parti tersebut. Malah daya intelek kita juga akan menjadi tumpul kerana kita akan melihat isu dari kaca mata politik, bukan dari kaca mata mahasiswa.

Darah muda yang membara di jiwa mahasiswa harus dikekalkan apinya. Menjadi mahasiswa adalah peluang bagi mereka untuk membuat keputusan sendiri. Persetankan pendirian parti politik. Tonjolkan sikap anda sendiri mengenai sesuatu isu. PPSMI contoh nya. Apa lah guna anda menentang PPSMI semata-mata kerana parti yang anda sokong menentangnya. Anda seharusnya berfikir sendiri, apa sebab PPSMI ini harus ditentang. Di mana silap nya, di mana kekurangan nya. Dengan ini barulah minda anda akan berkembang. Jangan hancurkan potensi anda dengan mengikut telunjuk parti politik secara membabi buta.



Berani lah untuk buat salah. Mahasiswa masih belajar untuk berjuang. Salah sekali-sekala apa lah salah nya. Membuat kesalahan adalah salah satu proses untuk belajar. Apa yang penting adalah keberanian untuk melakukan kesalahan. Berani lah untuk mengeluarkan pendapat anda. Biar kan pendapat anda salah. Asal anda berani melontarkan nya. Jika anda salah, anda ditegur. Itu saja. Oleh kerana anda adalah mahasiswa, peringkat anda ini anda bina lah keberanian untuk berfikir sendiri, bercakap sendiri, membuat sesuatu sendiri. Jangan takut untuk melontarkan idea anda. Takut-takut itu sikap golongan “pelajar”, bukan mahasiswa. Pelajar itu tempat nya di sekolah, bukan di IPT. Jika anda ingin menjadi pelajar, usah jejak kan kaki ke IPT.

Mahasiswa sekarang banyak berlindung di belakang parti politik. Hasil nya, jika parti politik memberi pendapat, maka gelabah lah mahasiswa untuk mencari alasan membenarkan pendirian tersebut. Malang sekali potensi yang ada sudah ditambat pada tunggul parti politik. Ada baik nya AUKU melarang mahasiswa dari menyertai parti politik. Kita sudah ada lapangan perjuangan di kampus. Buat apa kita sibuk kan diri dengan parti politik. Masuk saja kelab atau persatuan di IPT. Aktifkan diri, tonjolkan bakat anda. Jika anda benar-benar berbakat, sudah tentu akan ada tempat untuk anda dalam parti.

Minda mahasiswa masih mentah. Masih banyak yang ada di dunia yang tidak dirasai oleh mahasiswa. Rasailah dulu semua idea di muka bumi ini sementara anda adalah seorang mahasiswa. Usah kecilkan skop pemikiran anda pada ideologi tertentu sahaja. Menjadi mahasiswa hanya untuk 5 tahun. Usah bazirkan masa ini dengan menjadi aktor di bawah arahan politikus. Bina pementasan anda sendiri, buat skrip sendiri, jadi pengarah sendiri.

Biarkan ahli politik dengan permainan mereka. Kita sebagai mahasiswa main lah permainan kita sendiri. Lontarkan idea anda. Jadi golongan yang mengeluarkan idea, bukan golongan yang menghebahkan idea.

Wallahua’lam…



SUMBER : http://fuadsyazwan.com

AUKU : Sebenarnya Membebaskan Mahasiswa..

Sumber : Facebook DATUK SERI HJ MOHAMED KHALED BIN NORDIN


1. Jangan hanya memandang apa yg tersurat tetapi apa yg tersirat dlm Seksyen 15 AUKU 1971 krn hakikat sebenar bermatlamat membebaskan pelajar daripada mana-mana pengaruh parti politik.

2. Seksyen 15 (1) : seseorang pelajar tidak boleh menjadi ahli kpd mana-mana parti politik.

3. Seksyen 15 (2) : persatuan pelajar tidak boleh bergabung atau mempunyai kaitan mahupun hubungan dgn mana-mana parti politik.

4. Seksyen 15 (5) : melarang pelajar menyatakan sokongan atau bantahan kepada mana-mana parti politik.

5. Namun tersiratnya pelajar ini bebas dan tidak terikat kepada mana-mana parti politik.

6. Tetapi sebenarnya dalam perlaksanaan AUKU, pelajar bebas menjemput dan mendengar pandangan ahli politik dalam forum atau seminar.

7. Sekiranya pelajar terikat kepada mana-mana parti politik, mereka terpaksa patuh kepada ideologi dan keputusan dibuat parti terbabit.

8. Kalau pelajar terikat dgn parti politik, bagaimana kita hendak menjayakan matlamat utama pendidikan kita, sudah tentu kita tidak akan berjaya.

9. Supaya kita dapat mencapai matlamat utama pendidikan iaitu pelajar kita bebas meneroka, mendapatkan segala maklumat perlu sebelum membuat sebarang keputusan, memberinya kemampuan untuk berfikir dan meluaskan pandangan, serta mempertingkatkan kematangannya.

10. Meminta mahasiswa supaya sedar kekuatan yang dimiliki iaitu mempunyai platform sendiri, spt mengadakan majlis perundingan pelajar kebangsaan.

11. Sebenarnya kita mahu dengar suara mahasiswa, kita tidak mahu mahasiswa 'ekor' cakap orang lain.

12. Dari sini kita dapat lihat dan mengukur sejauh mana universiti kita dapat membangunkan kematangan dalam mahasiswa kita.



Friday, November 4, 2011

Mahasiswa diperalatkan?



Kebelakangan ini dilihat Pakatan Rakyat telah ketandusan idea. Selepas cita-cita menakluk BUMI KENYALANG dan tinggal kenangan, Pakatan Rakyat tercari-cari apa yang hendak dihidangkan kepada rakyat. Bagai jatuh ditimpa tangga, isu BERSIH 2.0 GAGAL mendapat sokongan rakyat. Kegagalan demi kegagalan ditempuh oleh pakatan rakyat. Isu Pejuang kemerdekaan oleh Mat Sabu, Isu Murtad, isu Raja dan Sultan, memburuk-burukan pentadbiran Negara di Negara luar dan terbaru isu belanjawan Negara juga turut dipolitikan bagi menunjukan mereka adalah “hero Malaya terakhir”.

Kecenderungan berjuang berkiblatkan isu, kini mahasiswa pula digegarkan. Semangat mahasiswa telah mula diapikan dan dibangkitkan selepas kemenagan kes AUKU di makamah. Dikatakan ini adalah masa untuk mahasiswa perlukan kebebasan akademik. Dipercayai satu gerakan tersusun telah mula diatur bagi mahasiswa bangkit berdemotrasi di jalan raya menentang pentadbiran universiti diseluruh IPTA tanpa mahasiswa sedari.

Pihak pentadbiran universiti dituduh mengongkong pergerakan mahasiswa. Semangat mahasiswa dibakar dan ditanam semangat kebencian kepada pentadbiran universiti. Pelbagai isu mula dicari di dalam kampus untuk dijadikan alasan turun ke jalanraya.

Tetapi, mahasiswa menganggap pihak pentadbiran universiti tidak dapat menyelesaikanya. Pentadbiran universiti tidak melakukan kerja yang diamanahkan. Adakah semua masalah boleh diselesaikan dalam masa sehari? Sebulan? Setahun?


Adakah mereka ini semua "tidur" dan tidak memikirkan masa depan mahasiswa?

Mahasiswa hanya tahu menyalahkan pihak pentadbiran universiti sahaja. Adakah mahasiswa yang turun ke jalanraya berdemotrasi boleh menyelesaikan masalah?

Adakah Mahasiswa memberi cadangan dan membantu pihak pentadbiran universiti bagi menyelesaikan masalah mahasiswa?

Adakah dengan menulis di blog dan cara turun ke jalan raya cara mahasiswa menyampaikan idea ke pihak pentadbiran universiti?


5,000 mahasiswa ISMP UPSI tuntut jaminan penempatan



Adakah pihak pentadbiran universiti begitu kejam dan tidak mendengar suara mahasiswa?

Mahasiswa yang sememangnya tahu pihak universiti telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah yang timbul di dalam kampus. Bermula dari isu mahasiswa mula menjejakkan kaki ke universiti sehingga mahasiswa keluar ke alam perkerjaan.

Dari sekecil-kecil masalah seperti kelewatan perkhidmatan bas dalam kampus, ketiadaan tempat meletak kenderaan, saman mahasiswa, masalah disiplin mahasiswa, masalah pencapaian akedemik serta cara meningkatkan pencapaian akedemik mahasiswa dan penempatan kerjaya mahasiswa, pihak pentadbiran universiti bersungguh-sungguh menyelesaikanya.

Pelbagai jawatankuasa dibentuk bagi menjamin masa depan mahasiswa. Malah pihak pentadbiran universiti sudah mula mendekati mahasiswa melalui medium media baru seperti ‘facebook dan ‘twitter’.

Facebook

@UPSI_Malaysia - twitter

Persoalanya? Adakah mahasiswa sedar apa yang mereka dilakukan atau diperalatkan bagi tujuan individu serta parti politik?

Adakah kerana dilarang berpolitik sebab utama mahasiswa bangkit menentang pentadbiran universiti yang boleh mahasiswa angap sebagai ibu dan ayah?

Fikir-fikirkan lah wahai bijak pandai mahasiswa.....


SUMBER : PENDUDUKKAMPUNG.BLOGSPOT.COM

Thursday, November 3, 2011

Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU


SEMUA pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah. Prinsip pengasingan kuasa di Malaysia begitu jelas terpancar hasil daripada keputusan Mahkamah Rayuan ini yang tiada langsung campur tangan eksekutif dalam keputusan dibuat.


Bagi pihak kerajaan mereka boleh membuat rayuan pada peringkat tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan sungguhpun begitu keputusan Mahkamah Rayuan ini harus dilihat sebagai teguran undang-undang sedia ada perlu diperbaiki. AUKU perlu ada penjenamaan baru dengan memperlihatkan Seksyen 15 yang dianggap tidak sah itu dipinda atau dikaji semula mengikut peredaran dan situasi realiti semasa negara melalui Pelan Transformasi Nasional yang diterjemahkan pada era kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Rata-rata mahasiswa ketika ini sudah matang dan saya kira sudah sampai masanya untuk dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik memandangkan umur untuk melayakkan seseorang mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah 21 tahun ke atas.
Kerajaan mungkin perlu bersedia bagaimanakah mekanisma yang sepatutnya diwujudkan sekiranya wujud pindaan terhadap Seksyen 15 ini serta kajian menyeluruh bagi melihat implikasi sekiranya dibenarkan mana-mana mahasiswa berumur lebih 21 tahun menyertai parti politik tanpa perlu membawa elemen kepartian dalam kampus dan kuliah.

Paling penting AUKU masih perlu dikekalkan kerana prinsip dan falsafah di sebaliknya mampu menjamin kemajuan pendidikan tinggi di negara ini berterusan.

IRMOHIZAM IBRAHIM,
Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia.




- BERITA HARIAN 03 NOVEMBER 2011

Adakah mahasiswa sudah bersedia?


MAHASISWA mahasiswi pada hari ini telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kancah politik di universiti masing-masing. Politik yang dimaksudkan ialah politik kampus yang meliputi segala perkara yang berkaitan dengan politik dalam kampus.

Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah sesuai digunakan oleh mahasiswa dalam membawa idealisme dan agenda perjuangan masing-masing.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ialah salah satu platform yang telah diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari oleh pihak kerajaan.

Selain itu, kita juga mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di setiap universiti yang berfungsi memperjuangkan kebajikan mahasiswa universiti masing-masing.

Pelbagai persoalan akan timbul apabila cadangan tentang mahasiswa perlu terlibat dengan parti-parti politik diutarakan. Jika mahasiswa menyertai sesebuah parti politik, adakah mereka akan bebas untuk mengkritik kepimpinan parti tersebut? Silap-silap mereka akan digantung keahlian kerana lantang mengkritik kepimpinan parti sebagaimana yang pernah dihadapi oleh sesetengah pemimpin terdahulu.

Mahasiswa juga tidak akan mempunyai idealisme tersendiri apabila mereka menyertai parti-parti politik kerana kongkongan dasar parti tersebut. Hal ini kerana dasar partilah yang akan membunuh idealisme mahasiswa tersebut.

Apakah jaminan politik kepartian tidak akan wujud di dalam kampus sekiranya mahasiswa terlibat dengan politik kepartian? Apakah jaminan tiada ejen parti politik masuk ke dalam kampus untuk berkempen?

Perkara paling penting yang perlu diingatkan bahawa mahasiswa adalah golongan yang masih belum menamatkan pengajian mereka. Hal ini menyebabkan saya yakin dan percaya bahawa apabila mahasiswa dibenarkan untuk menyertai parti-parti politik, pengajian mereka di universiti juga akan terganggu dek kerana politik luar ini.

Kemunculan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang sebenarnya melindungi mahasiswa daripada cengkaman parti-parti politik di luar kampus. AUKU yang menyebabkan mahasiswa pada hari ini mempunyai idealisme tersendiri dan juga kita dapat membentuk kepimpinan mahasiswa di kampus mengikut acuan tersendiri tanpa kongkongan parti-parti politik di luar kampus.

Pesanan saya kepada orang dewasa yang berada di luar kampus yang telah berjaya dalam pengajian di universiti dan kehidupan mereka, biarkan kami cemerlang dalam pengajian kami masing-masing dahulu kerana itu adalah harapan setiap ibu bapa dan tanggunjawab kami kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bantuan subsidi yang diberikan. - Utusan Malaysia

Mohon AUKU dipertahankan - @Penggerak (Penggerak Mahasiswa Kebangsaan)

BARU-BARU ini kita mendengar bahawa empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya dalam kes mereka di Mahkamah Rayuan berkenaan Seksyen 15 (5) a dalam Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Mereka bersorak gembira dengan 'kejayaan' itu tapi kami di pihak Penggerak Mahasiswa Kebangsaan (PMK) pada hari ini ingin menimbulkan satu persoalan asas iaitu siapakah yang menanggung kos perbelanjaan peguam mereka?

Jika ia ditaja oleh pihak pembangkang, maka mereka ini mungkin menjadi alat kepada pihak pembangkang yang dalam usaha untuk memansuhkan AUKU.

Pada hari ini, pihak pembangkang dan golongan mahasiswa pro-pembangkang di kampus menuntut supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan atau dipinda kerana dikatakan kebebasan mahasiswa tersekat dengan adanya AUKU ini.

Kami berpendapat bahawa AUKU tidak perlu dimansuhkan kerana banyak perkara yang dipinda dalam AUKU pada tahun 2009 masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Penglibatan sepenuhnya dengan parti politik hanya dituntut sebilangan kecil mahasiswa bukannya masyarakat kampus. Ekosistem dalam kampus pada hari ini sangat baik kerana perjalanan ekosistem ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

Masyarakat kampus pada hari ini tidak pun menuntut penglibatan sepenuhnya dengan parti politik dan pemansuhan Seksyen 15 dalam AUKU tetapi mereka menuntut supaya diberi ruang dan peluang untuk belajar di kampus.

Kerajaan tidak boleh membuat keputusan berdasarkan tuntutan sebilangan kecil mahasiswa yang inginkan aktif dalam parti politik. Kami mohon pada kerajaan supaya AUKU terus dipertahankan dan bukannya dimansuhkan. Jangan pandang sepi terhadapi kami kerana kami juga mempunyai kekuatan tersendiri. - Utusan Malaysia

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)