Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Monday, December 26, 2011

1,143 mangsa banjir di Johor setakat malam tadi..

Jumlah mangsa banjir di negeri Johor telah meningkat kepada 1,143 orang malam tadi berbanding 1,107 orang pada petang sebelum itu.

Menurut sumber Majlis Keselamatan Negara (MKN), 12 pusat pemindahan di buka di daerah Segamat setakat pukul 10malam tadi daripada 24 pusat permindahan keseluruhannya di negeri Johor.

Menurut sumber Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, 3 batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong (3.34meter), Sungai Muar di Buloh Kasap (9.47meter) dan Sungai Simpang Kiri di Seri Medan (2.39meter).

SARFAMS mendoakan agar bencana alam ini akan semakin kembali pulih seperti sediakala dan mengharapkan tiada kemalangan jiwa berlaku.


Kita juga menggalakan golongan mahasiswa melalui Skuad Sukarelawan Siswa untuk membantu 'membaikpulih' kesan-kesan bencana banjir ini setelah banjir surut sepenuhnya.


Semoga semuanya selamat..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 24, 2011

Good luck exam to mahasiswa!

Ingin mengambil kesempatan nie untuk ucapkan selamat menempuh study week dan musim peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/i di Malaysia..

Walaupun setiap universiti mungkin tak sama tarikh peperiksaannya, namun secara puratanya sekarang adalah musim peperiksaan bagi institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Pesan saya kepada adik-adik mahasiswa adalah agar menggunakan kesempatan yang ada ini untuk mengulangkaji dan membuat latih tubi terakhir sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan nanti.

Jangan terpengaruh dengan emosi yang bercampur baur dan dengan tanggungjawab di kampus yang pelbagai itu semasa nak menjawab soalan peperiksaan nanti.

Jadilah seorang mahasiswa yang matang yang mampu membahagikan masa dengan bijak dan mengutamakan yang lebih utama dengan berkesan.

Jangan menjadi mahasiswa yang hanya melaungkan "kematangan mahasiswa" di bibir tetapi hakikatnya tidak tahu apa yang perlu dan apa yang tidak.

Jangan pula jadi mahasiswa yang asyik sibuk untuk berdemo dan berjuang sesuatu yang tak pasti sehingga akademik diabaikan begitu sahaja.

Ingatlah bahawa tujuan dan hasrat utama adik-adik melangkah masuk ke alam kampus adalah untuk mengenggam segulung ijazah yang bakal memberi kebanggaan kepada ibu bapa dan keluarga.

Pastikan yang dikejar tak terlepas dan yang dikendong tak tercicir...

Semoga berjaya dalam peperiksaan kepada semua adik-adik mahasiswa seluruh negara!

We trust U!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 22, 2011

Kata inteletual, matang & idealis.. Tapi tindakan biadab ikut emosi!






Dek kerana tindakan emosinya menurunkan bendera wajah YAB Perdana Menteri Malaysia di PWTC minggu lalu, Adam Adli seorang mahasiswa UPSI menerima pelbagai kencaman, kritikan dan bangkangan bukan sahaja dari rakan-rakan mahasiswanya, malah dari ibu bapa mahasiswa dan badan-badan NGO Melayu yang melihat tindakan Adam Adli itu sebagai sebuah tindakan KURANG AJAR!



Bukan sahaja bantahan dibuat di Kementerian Pengajian Tinggi, tetapi bantahan-bantahan yang serupa turut di buat di Johor, Pulau Pinang dan UPSI sendiri.


Semoga golongan mahasiswa kita menjadikan situasi ini sebagai pedoman supaya tidak menggunakan emosi anak muda itu untuk melakukan tindakan-tindakan yang akhirnya menimbulkan pelbagai kemarahan dan kebencian rakyat jelata.


Selaku mahasiswa, seharusnya kalian mampu menilai yang mana tindakan yang boleh dikategorikan sebagai cerdik dan yang mana tindakan yang boleh dikatakan sebagai bodoh serta biadab. Bukankah kalian sendiri yang melaugkan bahawa mahasiswa ini mempunyai keintelektualan tinggilah, mempunyai kematangan yang hebatlah, mempunyai idealisme yang mantaplah...


Adalah menipu semua itu seandainya tindakan-tindakan bodoh dan biadab sebegitu di lakukan oleh seseorang atau sekumpulan yang dengan bangganya menggelarkan diri mereka 'mahasiswa'...


Wallahualam...


Mahasiswa tak setuju tindakan Adam Adli...




Krew KritisOnline cuba mendapatkan maklum-balas dari mahasiswa/siswi berkaitan isu ‘hangat’, Adam Adli, seorang penuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak yang dikatakan bertindak luar batasan ‘menceroboh’ dan ‘mengacau-ganggu’ harta awam dengan cara menurunkan bendera Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-enam, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan seterusnya menggantikan dengan bendera gerakan ‘Bebas’, suatu gimik yang dilakukan berbentuk provokasi dalam menuntut 6 perkara mengenai ‘AUKU’ dan ‘kebebasan akademik’ baru-baru ini di PWTC.
Muhamad Aizat b. Saad, 22 tahun, jurusan Pentadbiran Muamalah, Universiti Utara Malaysia
“Bila dia (Adli Adam) buat begitu maknanya dia tak menghormati pemimpin. Walaupun marah tetapi tak sepatutnya buat begitu. Pemimpin walau apa juga tindakannya mestilah dihormati kerana pemimpin bertungkus-lumus siang dan malam mengurus dan mentadbir Negara untuk rakyatnya. Ada 2 efek yang saya lihat pertama, mahasiswa yang menyokong tindakan beliau dan kedua mahasiswa yang tidak menyokong beliau. Apa pun, kedua-dua kumpulan (yang menyokong dan menolak) akan terbuka untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi dari menurunkan bendera pada masa akan datang kerana pengaruh negative itu telah pun dibuka”.

Hafsah bt. Mohammad Noor, 24 tahun, jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
“Sikap dia (Adli Adam) yang tidak menghormati pemimpin ada berbagai persepsi. Pertama, beliau adalah ‘orang Melayu’. Bangsa lain akan melihat inikah sikap orang Melayu kerana tidak ada laporan penuntut berbangsa lain yang terlibat waktu hari kejadian (menurunkan bendera). Mahasiswa lain kini terpalit dengan perbuatan negatif beliau walaupun sebenarnya kami tidak pun terlibat sama dan tidak bersetuju. Kedua, mahasiswa kini sudah terasa dengan kehadiran politik dalam kampus walaupun AUKU belum dipinda dan baru dicadangkan untuk dipinda. Saya secara peribadi cukup tidak berkenan dengan perasaaan ini (kehadiran politik dalam kampus) kerana ia mengganggu pembelajaran saya sendiri”.

Intan Syafinas bt Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Perlis Malaysia:
“Not polite at all! Kalau pun dia merasa marah, apabila memorandum telahdiserahkan, cukuplah! Maknanya hajat beliau dan gerakannya telah tercapai. Tapi aksi menurunkan bendera itu amat tidak patut. Lagi satu, apabila mahu meminta maaf sebagaimana yang saya lihat dalam youtube, kena bersyarat. Apa ni? Kita bangsa Melayu penuh adab kalau mahu mohon maaf, ikhlas. Bukannya bersyarat berbagai. Nampak sangat tak ikhlas. Dan lagi satu, tindakan dia menurunkan bendera setelah lama kejadian memorandum diserahkan adalah tindakan pengecut. Kenapa tak maklumkan dulu nak turunkan bendera? Kenapa buat curi-curi?



Mohd Rizuan b. Mohd Haran, 24 tahun, jurusan Sastera Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
“Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, saya faham tindakan Adli dalam menuntut hak mahasiswa, namun, menurunkan bendera itu bukan tindakan matang dan saya rasa secara peribadi ianya telah dirancang awal oleh pihak tertentu yang mempergunakan mahasiswa yang terbabit dalam kejadian untuk menyemai kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Buktinya, kalau betul nak serah memorandum, kenapa PWTC yang menjadi pilihan mereka? Kerana ianya ibu pejabat parti (UMNO). Sepatutnya ia diserahkan di Kementerian Pengajian Tinggi atau Jabatan Perdana Menteri sendiri di Putrajaya, bukan di PWTC.


Faten Afeeqa bt. Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antrabangsa, Universiti Perlis Malaysia:
“Kecewa! Kerana tindakannya itu terlalu diperbesarkan dan seolah-olah menjadi ‘ikon’ mahasiswa walhal saya sebagai student tidak setuju pun dengan tindakan itu. Apatah lagi jurusan yang dia ambil adalah sebagai pendidik. Kalau inilah contoh atau ‘ikon’ kepada bakal anak-anak muridnya nanti setelah bergelar pendidik, sukar untuk saya bayangkan. Mahasiswa secara umum dilihat sebagai golongan istimewa kerana pandangan bersifat akademik dan profesional namun tindakan beliau melambangkan sebaliknya”.

Nurul Nadirah Fazmin bt. Narawi, 21 tahun, jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
“Sukar saya ucapkan. Apatah lagi saya sendiri dari UPSI. Beliau (Adli) mencipta sejarah tersendiri, sayangnya sejarah yang tidak dapat dibanggakan oleh mahasiswa lain di UPSI. Sesungguhnya tindakannya mencalar imej kami secara khusus sebagai mahasiswa dan imej universiti kami secara am. Saya sendiri menolak perbuatannya walau dengan apa juga alasan yang diberikan, tidak kiralah alasan kerana menuntut hak mahasiswa atau alasan politik yang sesungguhnya tidak mewakili saya pun sebagai mahasiswa. Saya tak pasti kalau ‘silence’ mahasiswa seperti saya pun tak setuju. Apa yang pasti, saya kesal dengan perbuatannya!"


SUMBER : KRITIS ONLINE




KOMEN :

1. Sebelum ini mesti ramai orang luar kampus atau ibu bapa yang menganggap bahawa suara dan tindakan seorang pelajar UPSI iaitu Adam Adli itu sebagai mewakili suara dan tindakan majoriti mahasiswa di Malaysia...

2. Sebelum ini mungkin ada yang percaya bahawa majoriti mahasiswa di Malaysia bersetuju dan bersama-sama Adam Adli dalam suara dan tindakan mahasiswa UPSI tersebut...

3. Sebelum ini juga ada orang luar kampus dan mungkin ibu bapa yang menganggap bahawa Adam Adli sebagai hero mahasiswa di Malaysia kerana kununnya berani dan tegas mewakili suara dan pandangan mahasiswa seluruh Malaysia...

4. Tapi sebenarnya terlalu ramai lagi rakan-rakan mahasiswa di Malaysia waima di UPSI sendiri yang mengutuk dan mengejek tindakan bodoh Adam Adli tersebut...

5. Sebenarnya masih ramai majoriti yang amat malu untuk mengaku dirinya rakan Adam Adli dan ada yang malu untuk mengaku dari UPSI dek kerana peristiwa Adam Adli menurunkan bendera wajah YAB Perdana Menteri di PWTC itu...

6. Sedarkah semua bahawa, wakil rasmi mahasiswa kita di negara ini adalah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang tertubuh di setiap universiti... Kenapakah ada pihak yang dengan tidak malunya tiba-tiba mengaku bahawa merekalah sebenarnya wakil suara majoriti mahasiswa di Malaysia...?

7. Sedarkah semua bahawa mahasiswa di Malaysia juga ada platform Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) iaitu sebuah mesyuarat dan perbincangan antara wakil mahasiswa (MPP) terus bersama YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Menteri-menteri berkenaan dalam menyelesaikan masalah dan mengutarakan suara mereka...?

8. Sedarkah semua bahawa di USM sudah diwujudkan Parlimen Mahasiswa yang berfungsi sebagai suatu tempat untuk mendengar dan membincangkan soal kebajikan, suara dan pandangan mahasiswa sebelum ia dirujuk kepada pihak pengurusan...? Malah difahamkan, Parlimen Mahasiswa ini akan diperluaskan ke seluruh universiti mungkin suatu ketika nanti...

9. Malah, mahasiswa juga ada beratus-ratus NGO serta persatuan/kelab yang berdaftar dan sah dalam dan luar negara sebagai medium untuk mereka melahirkan suara dan pandangan...

10. Dalam dunia serba moden ini, kegunaan Facebook, Twitter dan Blog juga turut digunapakai sebagai sebuah medium penerimaan pandangan pelajar oleh YB Menteri Pengajian Tinggi dan YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri...


Tepuk dada, tanya iman dan minda...


Ada respon dari Perhimpunan Aman Aspirasi??






Sebelum ini kita melihat kumpulan pelajar dan penyokong pro pembangkang saja yang melakukan tunjuk perasaan, demo, serahan memorandum dan sebagainya; tapi semalam kita sudah dinampakkan dengan tindakan daripada kumpulan pelajar Pro Aspirasi dan bekas-bekas pelajar universiti yang sayangkan kepimpinan negara berkumpul di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 5, Putrajaya.

Menurut info yang terus dari tempat kejadian, minimum 600 orang pelajar dan bekas pelajar telah membanjiri pintu masuk utama KPT sejak pukul 2petang lagi.

Jumlah itu semakin bertambah sehinggalah Perhimpunan Aman Menyokong YAB Perdana Menteri itu selesai kira-kira jam 4petang 21 Disember 2011.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Mohd Shahar Abdullah, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) iaitu sebuah NGO bekas-bekas pelajar pro kerajaan kepada YBhg. Tuan Haji Mohamad Khairi A.Malik, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pengajian Tinggi yang mewakili YB Menteri berkenaan.

Satu lagi memorandum kepada YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah diserahkan kepada Mohd Nazri Noh, Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Timbalan Menteri.

Sejurus memorandum itu diserahkan, dalam satu kenyataan rasmi, YB Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah memberi respon bahawa Kementerian Pengajian Tinggi amat memandang serius terhadap insiden menurunkan bendera wajah YAB Perdana Menteri tersebut.

Dalam satu kenyataan beliau berkata bahawa "Saya menerima Memorandum Himpunan Aman Sokong PM oleh Persatuan Alumni ASPIRASI pada hari ini. Memorandum tersebut antara lain mengecam perbuatan menurun bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri itu,"

"Kementerian bersedia untuk menerima dan mendengar pandangan serta pendapat semua pihak termasuk mahasiswa," katanya.

Asalkan tindakan itu katanya, tidak di luar batasan moral, tidak berpelakuan biadap, menghormati hak orang lain dan berpegang pada prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara."



Maklumat lanjut di sini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPTpandangseriusinsidenturunbendera_KhaledNordin/Article/


Apapun, semoga usaha untuk menegakkan yang hak akan terus tetap bersinar dan hidup dalam suasana negara yang sering diselubungi dengan pelbagai dakyah kotor, korup, fitnah dan penipuan...



Tuesday, December 20, 2011

Mahasiswa kutuk tindakan biadab SMM!!

Saya baru dapat berita bahawa Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) telah membuat laporan polis mengenai kes mahasiswa menurunkan bendera wajah YAB Perdana Menteri dan menaikkan bendera Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) di PWTC pada 17 Disember 2011 lalu.

Menurut kenyataan ketuanya Mohamad Mukhlis Maghribi, mereka seramai 20orang mewakili suara mahasiswa yang amat kecewa dengan tindakan mahasiswa SMM tersebut yang amat memalukan.

4 tuntutan yang ditekankan ialah :

4.1- penyiasat penubuhan SMM ini sah atau tidak dan samada berdaftar di bawah ROS ataupan berdaftar di bawah mana2 persatuan yang mengikut peruntukan AUKU.

4.2- menyiasat samada perhimpunan di PWTC tersebut mendapat kebenaran pihak pengurusan PWTC atau tidak.

4.3- menyiasat samada perhimpunan yang diadakan itu mendapat permit dari pihak polis atau pihak berkuasa lain atau tidak.

4.4- tindakan menurunkan bendera YAB PM dianggap sebagai 1 tindakan vandalisme dan ianya merupakan satu tindakan merosakkan harta benda awam.

Keseluruhannya, mereka mengutuk tindakan biadap SMM pada 17 Disember 2011 lalu.

Untuk rekod, laporan polis tersebut di buat pada petang tadi di IPD Timur Laut, Pulau Pinang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apa harus mahasiswa buat sekarang?!!

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia




1. Baru-baru ini (12 Disember 2011) YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pindaan AUKU 1971 yang diwakili oleh 10 orang pakar/akademia dalam negara.


2. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh : YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) selaku Pengerusi; YBhg. Datuk Prof. Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin (Universiti Kebangsaan Malaysia); YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi (Universiti Teknologi MARA); YBhg. Datuk Prof. Dr. Rohana binti Yusuf (Universiti Malaya); YBhg. Dato' Wan Azman bin Wan Omar (Universiti Putra Malaysia); YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan); YBhg. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd. Hamid (Ketua Pegawai EksekutifRazak School of Government); YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed (Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi); YBhg. Datin Prof. Madya Noor Aziah binti Haji Mohd Awal (Universiti Kebangsaan Malaysia); YBrs. Dr. Seow Ta Wee (Universiti Tun Hussein Onn).


3. Ia bertujuan mendapatkan pandangan/maklum balas pemegang taruh, melihat AUKU secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seskyen 15 bagi memastikan seskyen-seksyen lain di dalam AUKU adalah selari dengan cadangan pindaan dan memastikan pindaan AUKU adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.


4. Semua universiti melalui para mahasiswa dan ahli-ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial.


5. Draf pindaan AUKU akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari 2012 dan dijangka dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada bulan Mac 2012.


6. Diharapkan hasrat kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat diterima oleh para mahasiswa dan ahli akademik serta mungkin ibu bapa untuk menyuarakan pandangan, pendapat dan komen masing-masing mengenai pindaan AUKU 1971 kali ini.


7. Disini telah menampakkan keseriusan pihak Kerajaan dalam mendengar dan menerima pandangan anak muda di Malaysia ini.


8. Namun, pada 17 Disember 2011 lalu negara digemparkan dengan sebuah demonstrasi jalanan daripada sekumpulan mahasiswa yang kununnya BEBAS tetapi mempunyai pemikiran dan tindakan yang tidak bebas.


9. Berdemo itu suatu yang selalu kita dengar terutama dalam kalangan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pro pembangkang, namun demo oleh mahasiswa baru-baru ini adalah suatu demo yang amat memalukan gara-gara kes menurunkan bendera muka YAB Perdana Menteri di PWTC, Kuala Lumpur.


10. YB Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan ada menyatakan bahawa ia merupakan suatu tindakan yang BIADAB! Rujuk - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1219&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm&arc=hive


11. Semoga mahasiswa dalam kampus mampu menilai dengan daya keintelektualan dan pemikiran yang matang dalam menghuraikan isu ini.


12. Disarankan kepada para mahasiswa agar memberi maklum balas terhadap cadangan Kerajaan untuk meminda AUKU 1971 kepada Jawatankuasa Pinda AUKU dan disamping itu dapat menilai kembali tindakan rakan-rakan anda yang berdemo di PWTC tempoh hari...



Tepuk dada, tanya iman dan akal...


P/S : YANG HARAM DIDAHULUKAN,YANG HALAL DIKETEPIKAN


GAMIS patut MALU

Dewasa ini kita lihat kemaraan mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) diperingkat nasional.Baru-baru ini Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) telah melakukan demonstrasi dihadapan PWTC berbekalkan satu memorandum yang mengemukakan enam tuntutan iaitu :

1) Mansuhkan AUKU : Akta 174 dan Akta 555
2) Bebaskan ilmuan berakademik
3) Bebaskan mahasiswa bersuara
4) Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus
5) Bebaskan mahasiswa menguruskan tadbir persatuan dan aktiviti
6) Bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam  politik

BEBAS adalah gabungan kumpulan-kumpulan mahasiswa iaitu :

1) Solidariti Mahasiswa Malaysia
2) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
3) AKSI mahasiswa peduli
4) Mahasiswa Pendidik UPSI
5) Student and Youth Democratic Movement
6) Kumpulan aktivis mahasiswa independent (KAMI)
7) Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
8) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
9) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
10) Sisters In Movement (SIM)
11) Pro Mahasiswa Nasional
12) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
13) Persatuan Mahasiswa Islam UM
14) Persatuan Mahasiswa Islam UPM


Persoalan

1) Jika diperhatikan rata-rata mereka ini adalah orang yang sama sahaja.Menubuhkan pelbagai gerakan haram mahasiswa,namun anggota tetap orang yang sama.Apa yang membezakan antara gerakan ini ialah mereka cuma bertukar pucuk kepimpinan sahaja.Istilah "politics is about number" amat mereka gunakan sebaik-baiknya kerana gabungan gerakan-gerakan haram ini dilihat sebagai banyak sebenarnya mempunyai keahlian sesama mereka sendiri.Buktinya semasa SMM menghantar Memorandum Membantah Undang-Undang Perhimpunan Aman, tidak ramai yang menyertai mereka walaupun promosi yang hebat dilakukan.Lihat gambar dibawah



"Ramai" sungguh

2) Dimanakah Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) dalam mengetuai gerakan mahasiswa pada hari ini?Adakah GAMIS sudah malap dan adakah GAMIS sudah tidak releven?Kekecewaan ini turut dikongsi oleh mantan pimpinan GAMIS sesi 2007/2009 saudara Dzulkhairi Mohd Nor disini


3) Memandangkan GAMIS sudah tidak dominan lagi,disini boleh dinyatakan bahawa gerakan mahasiswa Islam sudah tunduk pada gerakan mahasiswa Sosialis


4) Lebih malang lagi Pro M UPM juga tidak mengiktiraf GAMIS sebagai sebahagian daripada agen yang menggerakkan gerakan mahasiswa pada hari ini.Sila rujuk sini


mereka "terlupa" GAMIS 

5) Lebih menyedihkan lagi GAMIS sebagai sebuah gerakan yang berdaftar membenarkan gerakan haram yang tidak berdaftar mengetuai gerakan mahasiswa pada hari ini.Jika begitu,BUBAR SAHAJA GAMIS!

P/S : YANG HARAM DIDAHULUKAN,YANG HALAL DIKETEPIKAN



SUMBER : Middle Voice Students

Sent from my iPad

Monday, December 19, 2011

Peniaga marah mahasiswa berdemo!!

Mahasiswa dipergunakan???!



Ini antara sedikit picture demo yang dilakukan sekumpulan mahasiswa di Kuala Lumpur dan PWTC tempoh hari.




Apakah bangsat PKR di atas ini turut meracuni mahasiswa Melayu kita?




Apa yang mengejutkan ialah apa perlu dan kenapa pula ada YB dari parti Pembangkang yang turut serta dalam demo ini?

Adakah benar apa yang diperkatakan oleh ramai orang bahawa demo mahasiswa itu hanya sebagai 'alat Parti Pembangkang' untuk menampakkan bahawa parti pembangkang masih relevan dan pihak Kerajaan masih banyak kesalahannya terhadap rakyat?

Adakah ia juga disebabkan oleh kekurangan isu besar dalam kampus yang boleh digunakan oleh pihak Pembangkang untuk menjadi modal kepada mereka menghentam pihak Kerajaan sedia ada?

Sejauhmana Parti Pembangkang tahu akan realiti di dalam kampus kita sekarang jika hendak dibandingkan dengan kampus-kampus di negara lain yang lebih banyak tidak terurus dan lebih banyak tidak mendapat bantuan dari kerajaan setempat?

Adakah benar mahasiswa2 ini hanya dipergunakan oleh sesetengah pihak demi untuk kepentingan survival politik mereka semata2?

Disebabkan kesedaran bahawa kuasa dan suara mahasiswa mampu menjadikan sesebuah parti politik itu mendapat kepercayaan dan undi yang banyak, Parti Pembangkang ini sanggup mempergunakan apa saja peluang dan ruang yang ada untuk menampakkan bahawa mereka bersama-sama mahasiswa, merekalah yang sebenarnya membela mahasiswa dan mereka adalah parti politik yang cukup caring dengan mahasiswa...

Tidak sedarkah wahai rakyat jelata dan ibu bapa bahawa Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran dan lain2 kementerian, agensi dan jabatan telah bekerja dan membantu para anak bangsa kita untuk menjadikan mereka insan berguna dan berjaya selama ini?

Tidak sedarkah kalian bahawa segala "bantuan terselindung" yang selama ini diberikan oleh pihak Kerajaan tanpa ungkit telah lama dan masih diteruskan hanya semata2 nak memastikan anak bangsa anak muda kita mampu hidup selesa di negaranya sendiri?

Kerja untuk menghentam pihak lain adalah kerja yang amat mudah dan siapapun boleh buat... Tetapi kerja untuk membantu dan memastikan kehidupan masyarakat dapat dibela adalah suatu kerja yang cukup perit kerana "sebesar dan sebanyak manapun pokok itu dilontar dengan batu, ia tetap harus mengeluarkan dan memberikan tuannya buah yang sedap dimakan"...











Mahasiswa cun jambu yang ditangkap berpelukan dengan Anwar Ibrahim.


Pelukan istimewa suspek liwat


Disebabkan segelintir mahasiswa ini, seluruh mahasiswa dan bekas mahasiswa dalam negara kita akan turut menerima calitan negatifnya...

Amat berharap agar masyarakat tidak hanya menerima dan mempercayai cerita dari sebelah pihak semata2 dan menilai setiap apa yang diterima itu dengan iman dan akal yang baik...



GAMBAR DARI : Dr.MiM

Adam Adli bukan 'imej' majoriti mahasiswa Malaysia

Salam rakan-rakan siswa.

Tahukah anda siapakah Adam Adli Bin Abd Halim? MU (Mahasiswa Utara) terbaca pertanyaan rakan-rakan siswa yang prihatin tertanya-tanya tentang siapakah insan ini sehinggakan dunia alam maya ini mula dibanjiri dengan artikel tentang insan ini.

"Adam" ? Indah sebenarnya maksud nama ini. "Ikutan", "Teladan", di samping nama Nabi dalam Islam. Namun sayang, MU tidak merasakan insan seperti ini layak dijadikan ikutan, apatah lagi teladan.
Kenapakah? Siswa ini, bakal pendidik kelak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah menurunkan bendera gambar Perdana Menteri yang kemudiannya digantikan dengan bendera kebebasan akademik. Jawapan diterima, "itu tindakan di luar kawwalan". Sekiranya benar sudah matang, perkara seperti ini TIDAK sepatutnya berlaku.

***


Adakah tindakan-tindakan ini wajar bagi seorang mahasiswa? Wajarkah? Tidak cukup mengetuai demo, bendera Perdana Menteri kita diturunkan seterusnya diganti dengan bendera mereka?

Kata mereka, berhimpunnya mereka adalah untuk menyerahkan memorandum. Tetapi, MU masih mencari rasionalnya menurunkan bendera Perdana Menteri tersebut? Kenapa ya? *buntu*. Syukur insan seperti ini dapat dikesan lebih awal supaya virus-virus nya tidak terus merebak.

Andai bicara MU ini mungkin sekadar picisan, ingatlah kata-kata ini,

Waktu kita berdemonstrasi, tak mungkin kita belajar..
Tak semestinya pandai berdemonstrasi, pandai berpolitik..
Ibu bapa sanggup berkorban duit beri pelajaran demi masa depan mereka, masa depan masyarakat, masyarakat orang Melayu..
Esok dah keluar universiti, dah dapat apa yang kita kejar, nak berpolitik, berpolitikla..
Duit orang lain, kita belanja buat politik? Tak nak la…
-Tun Dr Mahathir Mohamad-

***

Terbaca juga status FB seorang rakan, mahasiswa di UPSI:

salam...
Mencelah seketika...
Renungan untuk semua..
UPSI megah dgn kelahiran pendidik yang membentuk perkembangan negara.
Saya dan sahabat UPSI tetap dengan pendirian tidak bersama ideologi Adam Adli.
Kami sayang UPSI.. kepada bloger2 luar.. hentikan cemuhan keatas UNIVERSITI kami.. kami pelajar biasa yang tidak terlibat dengan Adam Adli tidak patut menerima cercaan yang sama..


p/s: Kepada Adam Adli Bin Abd Halim dan yang berkenaan, "tidak salah" rasanya kamu memohon maaf bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri bahkan kepada rakan-rakan siswa yang lain khususnya dari UPSI kerana tindakan itu.

Kepada bakal-bakal pendidik, buktikanlah anda layak menjadi pendidik anak bangsa kita kelak. Tidak selesa rasanya kalau MU sendiri di tempat rakan-rakan khususnya rakan-rakan siswa di UPSI. Betullah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Dipetik dari: http://mahasiswa-utara.blogspot.com/2011/12/aa-mohonlah-kemaafan.html


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, December 16, 2011

Usaha Kerajaan dalam pengajian tinggi negara!






Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi, Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi (DUF) & Baucar Buku 1Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Pagi 16 Disember 2011 saya telah melancarkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi dan penyerahan baucar buku 1Malaysia sebanyak RM200 untuk setiap pelajar yang layak. Ia suatu perkembangan yang positif dalam perkembangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masa kini.

  1. Seperti yang saya sebutkan dalam ucapan pelancaran tersebut bahawa IPT tidak hanya berperanan sebagai sebuah pusat pembelajaran dan pengajaran, sebaliknya menjadi hab penjanaan ilmu baru melalui penyelidikan fundamental yang akan menjadi pemangkin kepada penghasilan produk baharu yang berteknologi tinggi dan inovatif.

  1. Sehingga hari ini, terdapat sebanyak 297 Pusat Kecemerlangan (CoE) di IPT dalam pelbagai bidang kepakaran telah diwujudkan dan Kementerian telah menaiktaraf 6 CoE sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HICoE pada tahun 2010 dengan agenda penting untuk menjadi peneraju bidang (nic) masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa dalam tempoh tiga tahun.

  1. Setiap daripada CoE Berpotensi yang diumumkan sebentar tadi, akan diberi dana insentif one-off berjumlah 2 juta ringgit sebagai tanda sokongan kementerian untuk melonjakkan keupayaan dan pencapaian CoE Berpotensi dalam bidang tujahan masing-masing dengan mulanya di platform nasional.

  1. Kerajaan juga telah bersetuju mewujudkan Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi (DUF). Ia bersamaan dengan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti di mana gaji permulaan bagi Pensyarah Farmasi di bawah SBPA adalah pada tangga gaji DUF 1-3 dan kenaikan pangkat adalah sehingga ke Gred Khas Turus I dengan menggunakan kriteria kenaikan pangkat yang sama dengan Pensyarah Universiti.

  1. Melalui SBPA, gred lantikan permulaan bagi pensyarah Perubatan dan Pergigian tidak lagi di Gred DU/DUG 45, tetapi dinaikkan kepada Gred DU/DUG 51. Saya percaya, penambahbaikan ini akan menarik lebih ramai graduan menceburi kerjaya Pensyarah Perubatan dan Pergigian selain memastikan pensyarah sedia ada terus kekal berkhidmat di IPTA.

  1. Mengenai pemberian baucar buku 1Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Bajet 2012 lalu, semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif pada tempoh Januari hingga Mac 2012 di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat matrikulasi/asasi, pengajian persediaan, pelajar di Tingkatan 6 (di sekolah) Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D sama ada secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri layak mendapat baucar buku sekali sahaja bernilai RM200 seorang.

  1. Pelajar–pelajar dikehendaki hadir sendiri semasa mengambil baucar tersebut daripada institusi masing-masing dan membeli buku. Untuk pengetahuan, tempoh sah laku baucar ini ialah antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

Mohamed Khaled Nordin

Putrajaya



SUMBER : www.khalednordin.com

Wednesday, December 14, 2011

Sultan Kedah catat sejarah



TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah menyerahkan surat sumpah pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja Ke-227 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini pada 13 Disember 2011.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam.


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun ketika berangkat pulang selepas sambutan penuh istiadat di Dataran Parlimen, hari ini. Tuanku berdua kemudiannya berangkat ke Istana Negara bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. - BERNAMA


Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Istiadat pada 13 Disember 2011 itu merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Upacara bermula pada pukul 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Tuanku Haminah Hamidun di Dataran Parlimen diiringi Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - AFP


Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai Sikap terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.

Istiadat hari ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani Surat Pengisytiharan Memegang Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


Ia diikuti bacaan doa dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.

Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.


TUANKU Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tuanku Haminah Hamidun bersalaman dengan Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah sebelum berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi upacara mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, semalam. - UTUSAN/Halim Khalid


Istiadat tersebut dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong, Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan.


SUMBER DIDAPATI DARIPADA – BERNAMA

Tuesday, December 13, 2011

Pinda AUKU kali ini demi keharmonian kampus!

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Haji Nordin
SIMP; SPMP; DSPN; SMJ; PIS



Pindaan jamin keharmonian IPT

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi menjamin keharmonian dan keamanan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan di seluruh negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara pindaan yang dilakukan adalah termasuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus.

Bagaimanapun katanya, kampus tetap dikekalkan sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Ini bermakna mahasiswa dibenarkan bergiat dalam politik di luar kampus sahaja. Mereka tidak dibenarkan membawa masuk sebarang aktiviti berunsur politik ke dalam kampus, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khaled menegaskan, sehubungan itu, Jawatankuasa Pindaan AUKU yang dikendalikan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi ditubuhkan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Menurutnya, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod itu dianggotai oleh sembilan lagi panel.

Katanya, antara ahli panel tersebut ialah Penasihat Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Profesor Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi; Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Wan Azman Wan Omar serta Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Seow Ta Wee.

Beliau menjelaskan, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi mengumpul pandangan serta respons serta melihat pindaan AUKU itu secara keseluruhan termasuk memastikan ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Sehubungan itu, beliau meminta mahasiswa dan ahli-ahli akademik supaya mengadakan perbincangan dan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa itu melalui media sosial.

Saya difahamkan, majlis perwakilan pelajar (MPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengadakan perbincangan berhubung isu tersebut pada Ahad ini manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pula Isnin depan.

Perbincangan itu dijadualkan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, ujarnya.

Menurut Khaled, draf pindaan AUKU itu dijangka disiapkan selewat-lewatnya akhir bulan Januari depan dan dibentangkan di Parlimen pada Mac.



SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Monday, December 12, 2011

Jawatankuasa Pinda AUKU ditubuh oleh Kerajaan

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
YB. DATO' SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENUBUHAN JAWATANKUASA PINDAAN
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) 1971
12 DISEMBER 2011

1. Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Pindaan ini menekankan dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus. Kedua, ia mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.


2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya selaras dengan keputusan kerajaan tersebut dan ini termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pindaan AUKU yang diurusetiakan oleh Unit Undang-undang, Kementerian Pengajian Tinggi.


3. Keahlian jawatankuasa adalah seperti berikut:

3.1 YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod (Pengerusi)
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;

3.2 YBhg. Datuk Prof. Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia;

3.3 YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi
Penasihat Undang-undang
Universiti Teknologi MARA;


3.4 YBhg. Datuk Prof. Dr. Rohana binti Yusuf
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Malaya;

3.5 YBhg. Dato' Wan Azman bin Wan Omar
Pendaftar
Universiti Putra Malaysia;

3.6 YBrs. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian
Timbalan Dekan
(Pengajian Siswazah dan Penyelidikan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan;

3.7 YBhg. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd. Hamid
Ketua Pegawai Eksekutif
Razak School of Government;

3.8 YBhg. Prof. Dr. Azali bin Mohamed
Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi dan

3.9 YBhg. Datin Prof. Madya Noor Aziah binti Haji Mohd Awal
Presiden
Persatuan Kakitangan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.10 YBrs. Dr. Seow Ta Wee
Ketua Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
Universiti Tun Hussein Onn.


4. Jawatankuasa ini bertujuan mendapatkan pandangan/maklum balas pemegang taruh, melihat AUKU secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seskyen 15 bagi memastikan seskyen-seksyen lain di dalam AUKU adalah selari dengan cadangan pindaan dan memastikan pindaan AUKU adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.


5. Sehubungan dengan itu, semua universiti melalui para mahasiswa dan ahli-ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial. Saya difahamkan, beberapa sesi perbincangan akan diadakan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 Disember 2011 manakala MPP Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 Disember 2011 selain meja bulat yang melibatkan YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Saya percaya, banyak lagi sesi perbincangan akan dilakukan di universiti.


6. Draf pindaan AUKU akan disiapkan sebelum akhir bulan Januari 2012 dan dijangka dibentangkan di Mesyuarat Parlimen pada bulan Mac 2012.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Baucar RM200 untuk membela pelajar


“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK”


Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

1.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.


3.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



SUMBER : KENYATAAN AKHBAR RASMI DARI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Friday, December 9, 2011

Wisma UMNO Langkawi kini suatu realiti..






Syabas dan tahniah kepada kepimpinan UMNO Bahagian Langkawi sejak dari dahulu hingga sekarang.

Semoga para ahli UMNO Langkawi tidak melupakan amanat YAB Presiden UMNO iaitu "rakyat Langkawi jangan lupa jasa UMNO terhadap Langkawi"

Diharapkan juga dengan rasminya Wisma UMNO Langkawi ini, perjuangan sebenar parti UMNO di Langkawi akan terus berada di landasannya yang tepat dan lurus.

Juga semoga Wisma UMNO Langkawi ini akan memberi 1001 manfaat kepada semua rakyat tak kira dari pelbagai latar belakang dan sosio ekonomi.

Tuesday, December 6, 2011

@Najibrazak lancar LIMA 2011






Ini adalah sedutan video Perasmian Pembukaan LIMA 2011 oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi yang berlangsung di Langkawi, Kedah.

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Pusat yang kembali mengambil berat dan menyedari akan kepentingan "permata negara" Pulau Langkawi Bandaraya Pelancongan itu.

Semoga Kerajaan Pusat terus mampu menjadikan Langkawi Bandaraya Pelancongan sebagai sebuah pusat pelancongan "permata negara" bertaraf dunia.



Monday, December 5, 2011

Presiden PKR diminta letak jawatan...


WAN AZIZAH Baik Letak Jawatan?

Wan Azizah hari ini di desak oleh Ketua Wanita UMNO untuk letak jawatan serta mendesak Anuar Ibrahim untuk meletakkan jawatan daripada Parti Keadilan Rakyat.






Sokong dengan desakan Sharizat agar Anuar Ibrahim letak jawatan memandangkan dia berpotensi untuk melemparkan seribu dendam andai kata mandat diberikan kepadanya kelak. Middle Voice berfikiran bahawa AI hanyalah berharapan untuk menjadi Perdana Menteri secara maya sedangkan realitinyi potensi itu umpama telur dihujung tanduk memandangkan DAP menuntut untuk menjadi Perdana Menteri.

Harapan AI hanyalah tinggal sisa sisa hidup bagi menutup rasa malunya yang suatu ketika dahulu telah dinodai kepimpinan Tun Dr. Mahathir apabila impiannya yang hampir tercapai direntap secara kasar sekaligus tersungkur kedalam penjara atas tuduhan liwat dan sebagainya.

#Silalah beransur wahai AI, desakan Middle Voice.



SUMBER : http://midvoices.blogspot.com



KOMEN :

1. Dr. Wan Azizah Wan Ismail seorang Presiden sebuah parti yang hanya berfungsi sebagai lambang atau simbol semata-mata, sedangkan urusan dan keputusan untuk parti semuanya terletak di tangan Ketua Umum parti yang juga Ketua Pembangkang Malaysia.



2. Ini sama sekali melanggar nama parti tersebut yang ada perkataan "KEADILAN", tetapi hakikat sebenarnya ialah tiada sebarang keadilan dan tiada sebarang keterbukaan dalam parti tersebut.



3. Tengok sajalah proses pemilihan kepimpinan parti sebelum ini, semuanya seolah-olah sudah dicaturkan dan dirancang. Cuma mengerakkan pelakon-pelakon kununnya menampakkan demokrasi dan penuh dengan keadilan.



4. Seharusnya Presiden Parti perlu malu kerana dia menjadi presiden kepada sebuah parti yang hanya retorik dan wayang disebalik "KEADILAN" dan "DEMOKRASI".




5. Oleh sebab itu, sewajarnya dia meletakkan jawatan sepertimana yang disarankan oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia baru-baru ini.



Thursday, December 1, 2011

#PAUmno Teks Penuh Ucapan Presiden UMNO di PAU 2011

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO
DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
DEWAN MERDEKA, PWTC
1 DISEMBER 2011, JAM 9:30 PAGI
"UMNO MENJUARAI TRANSFORMASI"

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

Yang Berhormat Naib Presiden-Naib Presiden,

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri,

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah,

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Ketua-Ketua Parti Komponen Barisan Nasional,

Dif-dif Kehormat,

Para Perwakilan, Pemerhati, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

MUKADDIMAH
Saudara dan Saudari sekalian,

1.   Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

2.  Berbekal rasa tawadhu' dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

3.  Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, Saidina Umar Al-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

4.  Seterusnya, Saidina Uthman Al-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat, simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja. Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.
5.  Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi. Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.
 
Saudara dan Saudari,

6.  Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis, selaku sebuah parti penuh berjasa.
 
7.  Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.
 

 
8.  Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa. Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita.
Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.
Saudara dan Saudari,
10.  Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.

11. Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato' Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

12. Khususnya, kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

13. Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.

14. Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi, wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.

15. Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.

16. Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.

Saudara dan Saudari sekalian,

17.  Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia, waima, mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya, siapakah itu Melayu. Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak. Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu. Celah-celah itu, ketiga-tiga Naib Presiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun. Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

18. Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangat dewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.

19. Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua, sebenarnya, tidak cukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO. Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO. Makna kata, orang UMNO yang tergambar dan terpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistem nilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

Pertama sekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taat dan setia kepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti. Mengambil mufaham pengertian setia dan taat melalui syura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa', apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.

Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang UMNO.
Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.

Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

Adapun nilai kedua orang UMNO itu adalah, orang yang cinta dan kasih kepada perjuangan parti. Seperti dimadah oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalam lagunya… itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam hal ini, apabila ada rasa cinta dan kasih kepada parti, orang UMNO itu juga adalah, orang yang tidak takut dan tidak gentar menyuarakan pendapat serta mendengar pula pendapat orang lain demi kebaikan parti.

Ajaran agama dan pujangga melorongkan pedoman, perkatakanlah yang benar kerana kebenaran itu isi dan makanannya sejarah, tidak akan patah dipukul zaman.

Bersesuaian dengan nilai kesetiaan, bila kuat hawa kasihnya kepada parti, orang UMNO wajib membela dan mempertahankan parti, selagi hayat dikandung badan.

Seperkara utama lagi adalah, cerdik pandai berfatwa, tak kenal maka tak cinta. Lantaran, untuk mencintai parti, orang UMNO wajar kenal sejarah parti, samada yang tersurat, mahupun yang tersirat. Begitulah, seharusnya menjiwai prinsip serta falsafah perjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harus melihat parti sebagai satu-satunya wadah yang mampu membela untung nasib orang Melayu. Dalam berusaha pula, sebagai tanda kasih, orang UMNO sewajibnya bersemangat dan tidak sesekali mengecewakan parti yang dicintai.

Meluncur topik cinta dalam berorganisasi, orang UMNO wajib ada cinta yang satu sahaja kepada parti, tidak boleh cinta poligami, tidak boleh cinta berbelah bagi atau kata orang Indonesia berbagi cinta…tak mungkin Pak...engga' bisa Pak…

Saudara dan Saudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO itu adalah orang yang sanggup berkhidmat tanpa jemu dan sanggup berkorban. Pengorbanan adalah satu sifat yang harus bersebati dalam diri orang UMNO.

Bersandarkan prinsip persalingan, orang UMNO harus menunjukkan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Beringatlah bahawa, rakyat sedang memerhati kita. Kata orang, rakyat itu sentiasa merasa, mendengar dan mengadili, biar betapapun senyap suara mereka, biar betapapun jua diam gerak geri mereka.

Disudut lain, sambil menghadam peradaban Melayu, orang UMNO perlu bermuhasabah ke dalam diri masing-masing. Masih wujudkah semangat Tun Tuah di sanubari? Masih bergemakah kekentalan jiwa Tun Fatimah?

Mahu tidak mahu, orang UMNO harus berusaha tanpa jemu. Biar berdepan apa pun cabaran, pastikan UMNO menang, biar dilintang apapun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat. Sedarlah kita bahawa, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua. Kita wajib jadi juara.

Kesimpulannya, kemuncak pengorbanan adalah menjunjung kepentingan dan maruah parti, bukannya kepentingan dan maruah peribadi.

Saudara dan Saudari,

i) 1946

20. Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orang Melayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua, masih belum endah politik, disamping terbelenggu semangat kenegerian.

21. Jangan dilupa juga, termusta'id dalam lembaran sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan Malayan Union dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.
Saudara dan Saudari

ii) 1951

22. Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato' Onn Jaafar seorang tokoh bangsa, selaku Presiden Pengasas, meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.

23. Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO kerana  hilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikan Tunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertua dengan Tun Razak sebagai Timbalannya yang setia.
24. Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam, amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan "Hidup Melayu" telah diubah kepada "Merdeka".

25. Kendatipun para ahli tidak menerima cadangan Dato' Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan parti waktu itu, memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Saudara dan Saudari,

iii) 1955

26. Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanraya tahun 1955, untuk memilih 51 daripada 52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.

27. Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoriti kira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribu pula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau, hampir 4 peratus sahaja, di kalangan pengundi India.

28. Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.

29. Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri, demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.

30. Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis. UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya, telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

iv) 1957

31. UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipun terhadap sumber kekayaan negara, samada dalam bentuk ladang mahupun lombong. Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya, di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.

32. Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad, di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.

33. Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.

Saudara dan Saudari,

34. Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripada tempoh tiga tahun selepas 1957.

35. Kejayaan yang dicapai bukanlah sedikit, sebaliknya ia begitu signifikan dan tersergam kepada negara. Kita harus melihat kejayaan ini dari perspektif apa yang berlaku dirantau ini. Kalau diamati, walau ada penglibatan kuasa besar dunia dengan kekuatan militer tanpa tolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya, sebuah kerajaan baru merdeka, dengan sokongan padu rakyat, berjaya menyanggah teori domino.

36. Oleh yang demikian, UMNO mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah, dengan memperlekehkan sumbangan para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang budi, kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita, tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiap rakyat Malaysia.

37. Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.

38. Lucunya, kita kini mendengar pihak-pihak tertentu tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, kerana, baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya, mereka sudah 60 tahun terlewat.

9.  Soalnya, kenapakah kini, baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya, sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka? Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat, kerajaan Barisan Nasional sudah sejak melebihi enam dekad, mengamalkan konsep negara berkebajikan.
 
Saudara dan Saudari,
 
v) 1969

40. Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapat di kalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.
 
Saudara dan Saudari sekalian,
 
vi) 1970

41. Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.

42. Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka.

43. Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.

44. Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.
Saudara dan Saudari,

vii) 1988
45. UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah. Walaupun UMNO berpecah dua, seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah, hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.

46. Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi. Bangkit dari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.
Saudara dan Saudari,

viii) 1990

47. Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya, setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum di Malaysia.

48. Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkat tinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.

49. Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.

50. Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.

51. Dasar ini juga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan. Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat, usahawan, hartawan dan cendekiawan.

Saudara dan Saudari,

52. Sebagai dimaklumi, asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.

53. Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya, Lebuhraya Utara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.

54. Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.

Saudara dan Saudari,

ix) 1999

55. Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif. Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.

56. Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau, 124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isi rumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau, lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.

57. Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera, bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.

Saudara dan Saudari,

x) 2011

58. Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerry Messenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.

59. Umpamanya, ucapan perayaan Aidil Adha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini, telah dirakam semasa di Padang Arafah, dengan menggunakan iPhone, sebelum diedarkan kepada media tempatan.

Saudara dan Saudari,

60. Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir Saddam Hussein di tali gantung, serta juga nasib yang menimpa Muammar Gaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat, adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar dan YouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.
61.  Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusat jalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan, berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.

62. Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.

Saudara dan Saudari,

63. Begitu juga bermula tahun 90an, bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.

64. Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20. Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti dan lebih 400 kolej swasta serta 5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.

Saudara dan Saudari sekalian,

65. Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.

66. Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.

67. Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.

68. Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.

Saudara dan Saudari,

69. UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.

70. Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.
PENUTUP

Saudara dan Saudari,
71. Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.

72. Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi "game changer" kepada UMNO menyusuri sejarah parti.

73. Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.

74. Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

75. Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau "supremacy of ideas" dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.

76. Keempat, UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat.
77. Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.

Saudara dan Saudari,

78. Oleh sebab itulah, apabila saya mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.

79. Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris "the proof of the pudding is in the eating".

80. Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pulak dari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik.  Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

81. Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A. Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak.....hrmm...tak payah lah kita cerita.
Saudara dan Saudari,
82. Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi "game changer" atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional, serta tidak pula mengambil langkah merangka semula "game plan" yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.

83. Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan. Ia berupaya mendatarkan "the playing field" atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara. Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.

84. Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.

85. Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.
Saudara dan Saudari,
86. Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.

87. Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma' dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata "kita tukar jadi negara kebajikan". Pening dan keliru rakyat dibuatnya.

88. Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.

Saudara dan Saudari,

89. Sebagai game changer yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam. Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi. Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.

90. Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.
Saudara dan Saudari,
91. Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat. Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.

92. Ingatlah....., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus dari helaian sejarah.

93. Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa, UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.

Saudara dan Saudari,

94. Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?

95. Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

96. Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?

Saudara dan Saudari,

97. Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yang dapat terus memuliakan Raja-Raja kita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.

Saudara dan Saudari,

98. 500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.

99. Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.

Saudara dan Saudari,

100. Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.

101. Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita. Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.

Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.


Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)