Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Sunday, June 10, 2012

HIMSAK setuju tindakan Menteri KPT






KOTA BHARU – Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) menyifatkan gertakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghentikan sementara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah kena pada tempatnya.
Presidennya, Faizal Daud berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi menguji kemampuan sebenar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam isu pemberian pendidikan percuma.
Katanya, ia memberikan pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya membuat janji kepada rakyat terutama generasi muda.
“Tindakan dan gertakan yang dibuat Datuk Seri Khaled Norden kena pada tempatnya. Ia menunjukkan betapa pentingnya PTPTN kepada rakyat terutama golongan pelajar.
“Pihak tertentu perlu sedar mereka tidak boleh senang-senang membuat janji bulan dan bintang kepada rakyat sekiranya mereka tidak mampu melaksanakan janji-janji yang dibuat,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru Unisel.
Mohamed Khaled berkata, penarikan balik itu berikutan rayuan dan penjelasan Unisel bahawa universiti berkenaan tidak berniat memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
“Unisel juga mengakui PTPTN penting untuk pelajar, justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini, saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,” katanya.
Khamis lalu, Mohamed Khaled dilapor mengesahkan PTPTN telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar Unisel bertujuan memberi peluang kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.
Pembekuan pinjaman itu mula disedari pelajar Unisel berdasarkan semakan di ruangan forum laman rasmi PTPTN yang memaklumkan permohonan pinjaman mereka ditangguhkan buat sementara waktu.
Mohamed Khaled dilaporkan berkata, berikutan penarikan balik pembekuan tersebut, pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel akan dilaksanakan seperti biasa tanpa syarat atau peraturan baru dikenakan.
Begitupun, tegas beliau, penarikan balik pembekuan itu tiada kaitan dengan kritikan yang dibuat pihak tertentu berikutan tindakan tersebut.
“Keputusan menarik balik pembekuan ini hanya setelah rayuan dibuat oleh Unisel di samping penjelasan yang telah diberikan universiti berkenaan berhubung pendidikan percuma,” katanya.
Sementara itu, Faizal berkata, pembekuan itu juga telah memberikan kesedaran kepada banyak pihak.
“Pembekuan itu menyedarkan mahasiswa atau pelajar bahawa tidak mudah untuk mendapat sesuatu yang percuma.
“Dalam masa yang sama dapat dilihat bahawa ramainya pelajar memerlukan PTPTN .
“PTPTN seharusnya perlu diteruskan bagi meneruskan kelangsungan pembelajaran tinggi rakyat Malaysia diteruskan seterusnya menjadi bangsa yang berpendidikan dan dihormati,” katanya.

No comments:

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)