Himpunan Hijau 2.0 menentang pembinaan Kilang Lynas di Pahang baru-baru ini juga disertai oleh beberapa orang mahasiswa yang kununnya menentang tindakan membina kilang yang penuh kontroversi ini.
Walau bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa beberapa mahasiswa yang hadir ini (terutama yang ditemuramah di dalam video di bawah ini) merupakan mahasiswa yang tak cerdik dan memang cetek pemikiran mereka.
Jom kita dengar betul-betul apa yang dikatakan oleh dua orang wakil mahasiswa yang turun berdemo di Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini... :
Mahasiswa pertama adalah Adam Adli iaitu yang pernah menurunkan gambar YAB Perdana Menteri di PWTC tahun lepas. Apa yang melucukan dari statement mahasiswa ini adalah apabila dia menyebut "mahasiswa berkunjung ke bumi Kuantan untuk menyatakan solidariti terhadap rakyat-rakyat daripada Kuantan, kami tolak Lynas kilang haram yang hanya akan membinasakan nyawa-nyawa orang di sini..." (Minit 0:02 - 0:12)
Dari mana encik Adam Adli tau yang kilang tu haram? Jika kilang tu haram, sudah lama KERAJAAN MALAYSIA tak benarkan ia dibina... Adehhhh...
Lagi satu, dari mana encik Adam Adli dapat sumber mengatakan bahawa kilang tu akan membinasakan nyawa-nyawa orang di Kuantan? Jika benar, takkan YAB Perdana Menteri anak jati orang Pahang sanggup membiarkan kilang tu dibina di negeri beliau sendiri...? Bukankah itu cari maut namanya...?
Sorang lagi mahasiswa tahun satu yang baru saja melanjutkan pelajaran di UiTM iaitu Khalid Ismath juga memberi statement yang mencengkam otak kita untuk berfikir sama ada benarkah dia ini berjaya masuk ke universiti disebabkan kecerdikan dirinya sendiri atau tidak? Khalid Ismath dalam video ini berkata "... untuk menentang pembulian ke atas rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat Malaysia pada hari ini. Dan mahasiswa bersedia untuk menghadapi segala ancaman dan kemungkinan sama ada ditangkap ataupun dijatuhkan ataupun dibuang universiti..." (Minit 0:43 - 1:00)
Alahaiiii... Encik Khalid Ismath, dicelah mana pula yang boleh kita katakan kerajaan membuli rakyat Malaysia melalui pembinaan Kilang Lynas ini...? Adakah kerajaan memaksa seluruh rakyat Malaysia menjadi buruh kasar di Kilang Lynas itu...?
Lagi satu, hebat sangatkah mahasiswa sehingga Kerajaan Malaysia nak 'menjatuhkan mahasiswa' (ayat Khalid Ismath)...? Apa manfaat yang Kerajaan Malaysia dapat sekiranya kerajaan 'menjatuhkan mahasiswa' dalam negara ini...? Tak sedarkah wahai encik Khalid Ismath yang masih belum cukup setahun belajar di UiTM itu bahawa Kerajaan Malaysia lah yang banyak 'membina mahasiswa' dan banyak membantu mahasiswa dari pelbagai segi semasa mahasiswa belajar di alam universiti...?
Inilah contoh-contoh terang lagi bersuluh penggunaan dan pengKUDAan parti politik terhadap mahasiswa dalam menyatakan dan meraih sokongan terhadap isu-isu yang dimainkan oleh parti-parti politik tanah air.
Tambahan pula, kesemua mahasiswa yang diperguna dan diperkudakan itu tidak sedar dan seolah-olah terpukau dengan kata-kata serta hasutan yang dimainkan oleh parti-parti politik terhadap mereka.
Jadi, tanpa ada rasa dan masa untuk mengkaji kewajaran sesuatu isu itu, golongan mahasiswa seperti ini terus melulu mengikut saja apa yang dikehendaki oleh parti-parti politik terutama dari Pakatan Rakyat...
Kepada encik-encik dua orang mahasiswa yang kurang cerdik, termasuklah mahasiswa-mahasiswa yang berada di belakang encik-encik berdua ini, mari kita tonton APA ITU SEBENARNYA LYNAS di bawah ini :
Wahai adik-adik majoriti mahasiswa lain yang berada di dalam kampus, jagalah diri agar tidak menjadi mangsa diPERGUNAkan dan diperKUDAkan oleh mana-mana parti politik seperti di atas... huhuhu...










