Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Friday, March 30, 2012

ALFATIHAH Raja Kechil Sulong Perak : Disemadi petang ini









Jenazah Almarhum YAM Tuanku Raja Kechil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah, 54 diiringi oleh kaum kerabat dan rakyat jelata menuju Makam DiRaja Kuala Kangsar Perak petang ini untuk disemadikan.

 




Terdahulu, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menatap wajah adindanya Raja Datuk Seri Ashman Shah, di Balairongseri Istana Iskandariah, di sini, sebelum ke Makam DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Almarhum Raja Ashman Shah mangkat di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 pagi tadi




 AL - FATIHAH KEPADA ALMARHUM...






PULAK DAH!! Mahasiswa buat hal lagi di USM hari nie...





 FREE PALESTINE : GLOBAL MARCH TO JERUSALEM
USM, PENANG 2012



Program Free Palestine "Global March To Jerusalem" di USM Pulau Pinang hari ini adalah sebuah program mahasiswa yang sayangkan keamanan negara dan dunia terutama para sahabat di Palestin.

Sebenarnya, program ini telah dijalankan secara menyeluruh dan berkesinambungan di seluruh IPTA di Malaysia bermula bulan lalu oleh Kumpulan Mahasiswa Pro-Aspirasi.

Ingat lagi dengan banner ini? :








Jadi kesinambungan ini diteruskan tanpa mati dan lesu oleh para mahsiswa yang tidak biadap. Mereka tidak menyerahkan batu nisan kepada sesiapa. Mereka tidak menunjukkan emosi yang melampau. Mereka tidak bergerak melalui pertubuhan haram.

Cuma kali ini difahamkan, ia dianjurkan oleh Sekretariat 1Malaysia USM dengan kerjasama pihak NGO seperti AQSA dan lain-lain.

Jom kita saksikan gambar-gambar TERKINI yang berlaku sebentar tadi di USM, Pulau Pinang di sini :



 Pengarah Program sedang ditemubual oleh ASTRO AWANI



YDP MPP USM, Saudara Idzuan Jamaluddin sedang berucap



 Ketibaan Prof. Dato' Dr. Omar Osman (Naib Canselor USM) ke program pelajar



 Ucapan semangat daripada Prof. Dato' Naib Canselor USM



 Penghayatan FREE FOR PALESTINE dalam kalangan pelajar



 Antara peserta Konvoi Palestin yang turut serta



 Prof. Dato' Naib Canselor USM melepaskan Konvoi Palestin



 Program ini turut dianjurkan dengan kerjasama beberapa NGO dan mendapat sokongan pihak universiti. Syabas!



Ini pula yang terjadi SEKARANG di depan Masjid USM... Jika nak tahu kemeriahannya, datanglah kepada yang berhampiran... JOMMMMMMMMM!



p/s : mahasiswa tak biadap nie buat hal mereka sendiri untuk tunjukkan kepada dunia bahawa mereka ANTI-ISRAEL dan SOKONG PALESTIN, bukan seperti sesetengah mahasiswa yang biadap bagi batu nisan kepada orang lain... Hehehe...




SYABAS & TAHNIAH MAHASISWA YANG TAK BIADAP!



AL-FATIHAH : Kemangkatan anakanda ketiga Sultan Perak







Yang Amat Mulia Syekh Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah Al-Haj, YAM Raja Kechil Sulong Perak telah kembali keRahmatullah pada awal pagi tadi kira-kira jam 1.30 pagi.


Yang Amat Mulia Tuanku dikhabarkan mangkat semasa berada di kediamannya di Bukit Damansara akibat serangan angin ahmar.

Jenazah Yang Amat Mulia Tuanku akan disemadikan di Maqam Al Ghufran Bukit Chandan yang bersebelahan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas Solat Asar ini.


 




Yang Amat Mulia Tuanku diputerakan pada tanggal 28 Disember 1958 dan diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Raja Kechil Sulong Perak pada tanggal 11 Mei 1987.

Yang Amat Mulia Tuanku meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin dan tiga anak termasuk seorang lelaki. Al Fatihah...



Semoga ALLAH SWT memberi rahmat dan menempatkan Almarhum Yang Amat Mulia Tuanku dengan para solihin, Amin...





ADIK-ADIK NAK MASUK IPT KA? JOM KLIK SINI...






Ayuh kepada adik-adik yang cukup syarat-syaratnya untuk memohon masuk belajar ke alam menara gading dalam negara.

Semoga adik-adik mampu menjadi modal insan kelas pertama dan akhirnya mampu membantu ke arah pembangunan agama, bangsa dan tanah air.

Kepada yang masih was-was mengenai cara permohonan dan pengambilan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi, sila layari DI SINI

Semoga berjaya!





Thursday, March 29, 2012

Anda anak muda? Jom LIKE ini...






YOUTH'S VIEW Facebook page adalah digunakan untuk mengumpulkan dan mendapatkan pandangan serta suara anak-anak muda di Malaysia waima di luar negara sekali pun mengenai sosio, ekonomi, politik dan lain-lain.

Saya baru saja di suggest oleh rakan untuk mengikuti page Facebook ini dan diminta memberi beberapa pandangan, komen dan boleh juga aduan mengenai apa saja isu yang berada di sekitar kita ini.

Semoga ia menjadi suatu platform terbaik untuk anak-anak muda terus bersuara dan memberi pandangan yang lantang.


p/s : masa saya LIKE Facebook page, page ini baru saja di bina rupanya... Jom meramaikannya.




PTPTN dihapuskan? Nak tau cerita sebenar, mai baca sini




Isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN, adakah ia relevan dan boleh dilaksanakan di Malaysia?





- Kerajaan pada hari ini sememangnya memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat sekolah menengah.

- Di IPTA kadar yuran murah, (politeknik = RM200 satu semester) (diploma = RM300- RM500 satu semester) (sarjana muda = RM600 - RM1000 satu semester).

- melalui pinjaman ptptn ia hanya meliputi 1/4 yuran yang selebihnya utk sara hidup dan duit makan.

- Sekiranya pendidikan percuma diberikan maka semua rakyat akan menuntut hak utk masuk ipta, maka kerajaan perlu tubuh lebih banyaak ipta dan sekaligus ipts terhapus.

- perlu diingat kerajaan turut memberi subsidi kepada rakyat dalam pelbagai soal seperti, minyak, tepung, gula dan lain-lain lagi.

- Negara maju seperti US, UK dan Australia juga mengenakan yuran kepada pelajar universiti.

- walau bagaimanapun, negara seperti Sweden, Norway dan Denmark beri pendidikan percuma TETAPI mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat dan tiada subsidi.

- perlu diingat sifat pinjaman ptptn, ia bukan diwajibkan untuk diambil tapi ia adalah pilihan.

- dan sekiranya pelajar berjaya mendapat CGPA 3.5, maka ia akan menjadi biasiswa, sekaligus tak perlu bayar balik ptptn.


* pembangkang spin isu tanpa facts dan figure, akses pendidikan tinggi untuk semua rakyat tiada yang berkecuali. Yuran pengajian di Malaysia murah, sebab itu kedengaran bila dapat je duit ptptn student tukar handset baru dan sebagainya.






@sms_suara dedah sikap mahasiswa Pro Pembangkang





SUARA MAHASISWA SELATAN ada mendedahkan mengenai seorang pemimpin kumpulan haram mahasiswa mengutuk Menteri Kabinet dengan label yang kurang ajar.

Sebagai seorang mahasiswa terpelajar, dia tidak sepatutnya meletakkan label yang biadap itu kepada para pemimpin kita tidak kira dalam apa saja situasi dan keadaan.

Nak baca lanjut, boleh jengguk di sini SUARA MAHASISWA SELATAN : LEGASI MAHASISWA PROGRESIF (LAMPI) LABEL MENTERI BODOH??


Sedarkah anda tahap kualiti janji YB Anwar Ibrahim?






YB Anwar Ibrahim menjanjikan PTPTN dimansuhkan jika PR mampu menjadi Kerajaan Pusat suatu hari nanti..

Abang Anwar weh, dulu semasa kempen pilihan raya di Selangor parti abang berjanji nak bagi bekalan air 20 meter padu percuma? Apa jadi dengan semua itu? Adakah rakyat berpuas hati?

Hari ini berjanji lagi mengenai pemansuhan PTPTN, adakah mahasiswa cerdik pandai tak mampu menilai sejauh mana tahap kualiti janji Abang Anwar? Bukankah sudah terbukti sebelum ini?

Kalau betul lah nak laksanakan, kita cabar untuk laksanakan dahulu di negeri-negeri atau institusi-institusi yang dimiliki kerajaan pimpinan PR seperti di UNISEL dan KUIN. Ada mampu?

Zaman sekarang adalah zaman CAKAP SERUPA BIKIN la Abang Anwar... Sedarkah anda sejauhmana tahap kualiti janji YB Anwar Ibrahim? Fikir-fikirkan dengan iman dan hati yang bersih...




AMAN KAMPUS terjah UUM, UniMAP & USM!!





AMAN KAMPUS datang lagi untuk Fasa 2 di Utara Semenanjung Malaysia...

Kepada para mahasiswa yang berdekatan dan juga kepada masyarakat berhampiran, bolehlah ramai-ramai memeriahkan program AMAN KAMPUS ini...

Semoga mahasiswa mendapat manfaat dari program ini dan masyarakat menerima sesuatu yang baik dalam penganjurannya...

Ayuh mahasiswa ke hadapanlah kalian sebagai bukti kalian sayangkan Malaysia yang aman, damai dan harmoni...


Wednesday, March 28, 2012

Nak Sokong Anwar Ibrahim Tak Selepas Baca Artikel Ini...?


“Insya Allah, sekiranya kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan batalkan PTPTN, dan anak-anak miskin akan mendapat pendidikan percuma dari sekolah rendah sehingga universiti,” kata Anwar Ibrahim.





Bang, janji mansuhkan PTPTN ekk? 
Jap, kes Kg. Buah Pala yang Abang janji hari tu macam mana bang?



Seperti yang ramai sedia maklum, baru-baru ini YB Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengumumkan gula-gula baru khusus untuk para mahasiswa di negara ini.

Beliau akan memansuhkan PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia dan berkuasa di Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Sekiranya kita membaca dan mendengar hujah beliau tersebut, adalah suatu yang cukup luar biasa bagi para mahasiswa.

Tapi, persoalannya di sini adalah, adakah kemampuan pihak kerajaan untuk melaksanakan apa yang diperkatakan tersebut?

Itu satu hal, timbul pula hal mengenai kredibiliti yang berjanji tersebut.

Sudah lupakah kalian mengenai isu Kampung Buah Pala yang dijanjikan gula-gula luar biasa kepada para penduduknya, tetapi akhirnya semua itu hanyalah JANJI KOSONG dan MENIPU RAKYAT.

Jika sudah lupa, mari kita lihat dengan penuh teliti video di sini :


video



Sanggupkah mahasiswa ingin melihat video di atas ini "berulang buat kali kedua" di mana segala janji yang beliau taburkan pada hari ini akan hanya menjadi sia-sia pada hari esok?

Pada saat itu, apapun tindakan kita sudah tidak jadi guna lagi. Sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13, maka paling kurang 4-5 tahun Pakatan Rakyat mampu mencaturkan apa saja dan melakukan apa saja terutama kepada golongan mahasiswa.

Apa yang berlaku semasa isu Kampung Buah Pala? Jom kita lihat sedikit saja untuk santapan semua :


KAMPUNG TRADISI MASYARAKAT INDIA MUSNAH... Inilah hasil kerja Kerajaan Negeri dan hasil janji politik gula-gula insan bernama Anwar Ibrahim terhadap penduduk di sini. Amat tragis dan menyayah hati peristiwa ini.



SUATU KETIKA DAHULU... Para penduduk Kg Buah Pala telah ditipu bulat-bulat oleh Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim ketika itu. Mereka telah dihalau keluar oleh Pemaju dan ditipu oleh Kerajaan Negeri.



 NASI SUDAH MENJADI BUBUR... Inilah kesan apabila masyarakat di sini tersalah percaya kepada janji palsu Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya. Apabila masyarakat kampung memberi kemenangan kepada parti Anwar Ibrahim, inilah 'habuan' yang mereka terima. Nasib mereka tidak dihiraukan oleh Anwar Ibrahim yang sebelum ini berdekah berjanji dalam masa 2 minggu selesai segala masalah di kampung ini.



SEBAGAI RUJUKAN SAHABAT MENGENAI ISU KG. BUAH PALA :
 

Bilangan Rumah yang terlibat  : 
42 buah ( 32 TOL dan 10 Tiada Tol)
 
Bilangan Keluarga   :
85 keluarga ( 76 India dan Melayu)
 
Bilangan Penduduk  :
342 orang ( 307 India dan 35 Melayu)
 
Ternakan  :
16 ekor lembu


Pemaju bercadang hendak memajukan projek ini dengan komponen-komponen  projek seperti berikut:-
  A)  Pangsapuri kos sederhana terdiri dari:
  i)    2 blok 12 tingkat – 160 unit
  ii)   1 blok 30 tingkat – 331 unit
  iii)  1 blok podium kedai – 8 unit
 
  B)  1 blok kos sederhana rendah 21 tingkat – 249 unit
  C)  1 unit Dewan Komuniti dan Tadika – 2 tingkat.


 

Jangan kita termakan dengan mulut manis pada hari ini, tetapi berfikir rasional lah dalam menentukan masa depan kita, anak, cucu dan cicit kita nanti.

Sekiranya beliau seorang yang menepati janji dan berkaliber dalam soal cakap dan bikin, sudah pasti negeri-negeri yang dikuasainya akan beliau lakukan apa yang beliau janjikan.

Jangan menyesal di kemudian hari. Sesiapa saja waima pelajar PASTI mampu berjanji bulan dan bintang, ditambah lagi dengan skill komunikasi terkesan yang dimiliki beliau itu., sudah pasti akan lebih banyak taburan-taburan janji mampu beliau beri dan pengaruhi. Tetapi untuk perlaksanaan sesuatu perkara, ia bukanlah suatu yang mudah dan cepat seperti yang difikirkan...



Semoga golongan mahasiswa yang memiliki mentaliti tinggi tidak menjadi seperti para penduduk Kampung Buah Pala yang ditipu dan tidak ditepati janji... Wallahu'alam.



3 Jejaka Paling Untung di Malaysia adalah...






Ingin tahu siapakah 3 LELAKI PALING BERUNTUNG DI MALAYSIA ini?

SARFAMS ada jawapannya di sini, ayuh kita baca selanjutnya di sini => BANGSA AGUNG


Selamat membaca blog sahabat baru SARFAMS itu :)


Tragisnya Tengok Video Ini...




video


Selamatkanlah Gaza dari kekejaman dan kerakusan Israel...

Marilah sama-sama kita membantu semampu yang termampu para sahabat kita yang sedang menderita di Palestin...

Sekurang-kurangnya marilah kita mendoakan kesejahteraan kepada mereka dan mengharapkan Palestin akan mencapai kemerdekaan dalam erti kata sebenar...

FREE FOR PALESTINE!


NAK LIHAT KUASA ALLAH? JOM BACA INI...






Pencatur segala yang berlaku dalam Sidang DUN Selangor...




Bukti pendedahan arahan yang diberikan oleh Speaker DUN kepada YB EXCO...




INILAH yang dinamakan ALLAH YANG MAHA BERKUASA, telah menunjukkan kepada kita akan usaha-usaha dan peranan yang dimainkan oleh pihak DAP dalam mencaturkan pergerakan Kerajaan Negeri Selangor. MB sedia ada hanya mungkin sebagai BONEKA.

DENGAN kuasa ALLAH YANG MAHA BERKUASA juga, kita didedahkan dengan bukti perlakuan seorang Speaker DUN yang sepatutnya tidak berlaku bias kepada mana-mana YB semasa di dalam dewan. Namun, YB dari DAP lantikan Pakatan Rakyat ini sudah CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

SELAKU rakyat marhaen, kita tidak akan tahu segala perancangan dan susun atur mereka selama ini, tetapi dengan kuasa ALLAH YANG MAHA BERKUASA, Dia dedahkan dan buktikan kepada kita siapa sebenar YB-YB DALAM PAKATAN RAKYAT.

MASIH tak faham cerita sebenar? Ayuh kita baca GERAKAN TIMUR atau boleh juga di PAPA GOMO .




YAKINLAH DENGAN KUASA ALLAH YANG MAHA BERKUASA, INSYAALLAH HIDUP KITA BERADA DI LANDASAN YANG BENAR... ALLAHUAKBAR!



DEDAH : Tempat mahasiswa PMI direkrut oleh PAS di sini...



Liqa' di sini?



Adakah kalian tahu dari manakah para mahasiswa yang berada dalam Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) seterusnya Pro Mahasiswa atau Pro Pembangkang ini mendapat semangat dan didoktrinisasi sehingga sanggup melakukan apa saja?

Ia bukanlah suatu perkara yang terjadi secara tiba-tiba atau sejak azali, ia sudah terbukti digerakkan oleh sebuah parti politik yang mendoktrinkan para mahasiswa ini dengan agenda politik mereka yang tersembunyi.

Sebenarnya, proses doktrinisasi PMI adalah dipelopori oleh PAS sejak dari dahulu lagi. Ia melalui beberapa peringkat atau fasa yang tersendiri. Malah, ia hanya menggunakan sebilangan kecil mahasiswa kerana elemen kerahsiaan itu amat dititikberatkan oleh PAS untuk merekrut 'anak-anak buah PAS dalam kampus'.

Liqa' adalah salah satu peringkat doktrinisasi yang dilakukan saban tahun oleh PAS kepada para mahasiswa PMI di seluruh negara. Menurut sahabat SARFAMS yang pernah mengikuti siri Liqa' ini, ia menceritakan bagaimana penglibatan tokoh-tokoh PAS seperti Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad dan Abdullah Abdul Karim (Pemuda PAS) yang juga mastermind bagi pergerakan Pro Mahasiswa/Pro Pembangkang di seluruh Malaysia dalam sesi liqa' ini.

Liqa' adalah perhimpunan kumpulan-kumpulan usrah yang menghimpunkan sebilangan mahasiswa PMI di suatu tempat rahsia sambil mendengar amanat dan sesi braind wash oleh beberapa pemimpin PAS yang tersohor. Ia dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar berbanding sesi usrah.

Liqa' juga seringkali diadakan semasa sesi Dewan Rakyat bersidang di Parlimen kerana pada ketika inilah, para pemimpin PAS termasuk para YB PAS mudah untuk dijumpa dan diadakan sesi liqa' bersama para mahasiswa PMI.

Tahukah kalian bahawa sesi liqa' ini seringkali diadakan di markas-markas utama PAS di kawasan Taman Melewar, di PASTI berhampiran Lembah Klang dan juga di rumah-rumah sewa para mahasiswa PMI.

Inilah golongan yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN apabila berada di luar berkobar-kobar memperjuangkan kebebasan politik luar dari campurtangan dalam kampus/mahasiswa, tetapi hakikat sebenarnya mereka sendiri telah 'disekolahkan' oleh PAS.

Ini belum lagi kita tengok siapa dalang disebalik SMM....


P/S : Untuk lebih menambahkan kefahaman pembacaan, sila baca artikel bersangkutan DI SINI







AJAIB! Mahasiswa & Pakatan Rakyat CAKAP TAK SERUPA BIKIN


 Ingat lagi mengenai isu 5 pelajar KUIN yang dikenakan tindakan?

  




5 pelajar KUIN (5 OKT) yang dituduh bersalah oleh pihak KUIN kerana 3 orang daripadanya menyertai demo menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari manakala 2 lagi hanya mengeluarkan kenyataan media agar YAB Menteri Besar Kedah turun padang menyelesaikan masalah di KUIN, mereka digantung KUIN 1 hingga 2 semester. Setelah 5 OKT membuat rayuan, rayuan mereka ditolak mentah-mentah oleh KUIN tanpa pengurangan hukuman. Setelah Rektor KUIN dan Menteri Besar Kedah enggan menerima rayuan, maka 5 OKT memfailkan saman di Mahkamah Tinggi. 

Oleh itu, semalam telah berlangsung perbicaraan kes tersebut dengan lancar. Walau bagaimanapun, suatu perkara misteri telah berlaku di perkarangan mahkamah. Jom lihat di bawah ini :




Kehadiran Muhammad Sabu, Timbalan Presiden PAS Pusat ke mahkamah untuk menyokong tindakan 5 OKT tersebut adalah suatu yang ajaib yang harus kita fikirkan bersama.


Ajaibnya ialah apa keperluan seorang yang berjawatan no.2 dalam sebuah parti politik datang memberi sokongan kepada kes dan kepada para pelajar ini? Seandainya Timbalan Presiden UMNO yang datang atas kapasiti/jawatan politiknya, sudah pasti ia dijadikan isu yang amat besar seantero ini.


Lebih menampakkan keajaiban apabila sahabat-sahabat mereka sendiri dalam SMM dan Pro-Mahasiswa seringkali dengan berkobar-kobar memperjuangkan agar tiada sebarang campur tangan politik luar ke kampus (kalau tak percaya jom baca DI SINI atau INI atau KAT SINI sekejap), TETAPI apa yang berlaku dalam kes pelajar KUIN ini adalah sebaliknya. Ia menampakkan mereka sendiri tidak mengikut apa yang mereka perjuangkan. Aduh, macam mana nak jadi pemimpin kalau CAKAP TAK SERUPA BIKIN...






Yang lebih menarik berlaku semalam ialah peguam yang mewakili pihak KUIN adalah peguam terkenal YB Karpal Singh. Manakala 5 OKT ini pula diwakili oleh peguam junior saja. 


Ini juga menampakkan satu lagi keajaiban yang berlaku di depan mata kita. Bukankah sebelum ini YB Karpal Singh selalu sangat memperjuangkan hak kebebasan rakyat, hak bersuara, hak asasi manusia dan lain-lain..? Tetapi didalam kes ini apa yang boleh diperhatikan adalah, YB Karpal Singh (yang diwakili peguamnya) seolah-olah menyekat hak kebebasan bersuara mahasiswa KUIN sepertimana yang diperjuangkan sebelum ini, selain bercanggah dengan Buku Jingga yang menjadi 'kitab rujukan' Anwar Ibrahim.


TERBUKTI! Keajaiban demi keajaiban cakap tak serupa bikin beberapa pihak cukup ketara di depan mata kita. Adakah ini semua yang harus kita berdiam diri dan menutup mata tanda tidak nampak apa-apa? Adakah kita sanggup lagi diperbodoh dan dipermainkan oleh pihak-pihak yang melakukan keajaiban demi keajaiban cakap tak serupa bikin ini?

Tanyalah iman anda masing-masing...




Setakat Ini Sajakah Mentaliti Pro Militan?


Jumaat lalu, kumpulan pelajar Pro Militan telah mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hanya semata-mata nak menghantar memorandum yang tak sampai 7 muka surat dan menyerahkan batu nisan betul kepada YB Menteri berkenaan.

Walau bagaimanapun, hanya memorandum sahaja yang berjaya disampaikan kepada YB Menteri melalui wakilnya iaitu Tuan Setiausaha Politik, manakala batu nisan tidak berjaya diserahkan kepada YB Menteri.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, YB Menteri bertanggungjawab telah menegaskan bahawa tindakan memberi batu nisan tersebut adalah suatu TINDAKAN TIDAK MATANG seperti kenyataannya di sini :






Mungkin disebabkan rasa tergugat dan mereka sudah 'check mate' dalam perkara ini, kumpulan Pro Militan tersebut dengan egonya ingin berdialog dengan YB Menteri yang disampaikan melalui laman sosial Facebook seperti di bawah ini :























Pengerusi Pro Militan tersebut iaitu Mohd Taufiq Abdul yang pernah kantoi terlupa menandatangani memorandum yang nak diserahkan kepada YB Menteri itu mencabar YB Menteri untuk berdialog dengan mahasiswa mengenai isu tarikh sebenar Pilihan Raya Kampus 2012.

Masih lupakah kalian tentang pendedahan SARFAMS mengenai Mohd Taufiq Abdul kantoi terlupa menandatangani memorandumnya? Jika kalian masih belum lihat buktinya, mari kita lihat di sini :




Pendedahan SARFAMS mengenai kecuaian demi kecuaian kumpulan Pro Militan ini ada DI SINI


Jika memorandum pun boleh terlupa nak tanda tangan, tak payahlah nak ajak YB Menteri berdialog dengan mereka mengenai isu tarikh Pilihan Raya Kampus... Adalah lebih banyak lagi isu kebajikan mahasiswa yang boleh diperjuangkan dan berdialog bersama YB Menteri...

Apa faedah yang majoriti mahasiswa dapat sekiranya isu "bila tarikh Pilihan Raya Kampus 2012 diadakan?" di bincang atau di dialog kan bersama YB Menteri?

Nampak sangat kecetekan pemikiran dan tahap tindakan kumpulan mahasiswa ini yang hanya tahu nak berpolitik saja di alam kampus. Adalah lebih berfaedah seandainya mereka menggunakan ruang yang ada untuk berdialog dengan YB Menteri sepertimana yang dilakukan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang saban tahun telah membawa pelbagai hasil kepada masyarakat di kampus terutama mahasiswa.

Kenapa harus memikirkan soal remeh seperti tarikh Pilihan Raya Kampus 2012? Yang pastinya, Pilihan Raya Kampus akan tetap datang kepada seluruh warga kampus, cuma lambat atau cepat saja yang kita tidak ketahui. Jadi, sekiranya kalian mahasiswa yang hebat, bersabarlah dalam setiap perkara dan bersedialah pada bila-bila masa saja.



p/s : Sayanglah jika mentaliti mahasiswa di Malaysia hanya di tahap itu. Sepatutnya mahasiswa di Malaysia mempunyai pemikiran dan idea yang lebih menyeluruh dan menjangkaui ke hadapan untuk membantu membangunkan negara kita.




JOM JENGUK ADIK BERADIK SARFAMS DI SINI :

1. GERAKAN13

2. MALAYSIA BANGKIT

3. LAUT BIRU

4. TERATAK BISU




Tuesday, March 27, 2012

Takda sapa nak demo kes ini ka...?








SARFAMS terkejut pula membaca berita Kerajaan menaikkan subsidi RON95 sebanyak RM0.10 tetapi mengekalkan harga petrol seperti harga sedia ada.

Jom kita baca selanjutnya di blog rakan SARFAMS di sini LAUT BIRU

@Khairykj dilantik Pengerusi PUNB..



YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ahli Parlimen Kawasan Rembau, Negeri Sembilan




Bermula 01 April 2012 nanti, YB KJ yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Perlantikan dibuat dalam satu mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri pada 8 Mac lalu.
Semoga YB KJ dapat berkhidmat dan memegang amanah yang diberikan dengan sehabis baik dan mampu memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
 
Syabas YB KJ!
 
 
 
 

HIBURAN : Awal & Scya menanggis depan TV






STEADY pengacara terkenal Tanah Air iaitu Awal Ashaari melamar kekasih hatinya Scya Al Yahya melalui sebuah rancangan TV live dalam Astro Ria semalam.

Tindakan spontan itu telah menitiskan air mata kedua-dua artis berkenaan yang dilihat ikhlas dalam bercinta dan bakal mendirikan rumah tangga secara sah tidak lama lagi.

Semoga hubungan kalian akan terus kekal sehingga akhir hayat dan dapat menjadi contoh terbaik kepada para artis lain di Tanah Air.


p/s : kita bila lagi...? Hehehe...

DEDAH RAHSIA : Ciri-ciri Calon PRU13 idaman @NajibRazak



 Apa ciri-ciri Calon BN yang diidamkan YAB Datuk Sri Najib?


























Najib pilih calon ikut kehendak rakyat




" Sebagai seorang pemimpin, adalah wajar saya mendengar apa yang rakyat mahu. Maka, saya akan membuat keputusan sama ada tempoh bagi seseorang itu sudah sampai dan dia tidak lagi harus bertanding. "

- YAB DATUK SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK



TAHNIAH YAB Datuk Sri Najib kerana penuh tegas dan berani memperkatakan sebegitu sebagai prinsipnya dalam memilih calon Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ini suatu tindakan yang berani dan tepat untuk memastikan bahawa rakyat jelata akan menerima manfaat yang sebaik mungkin melalui Yang Berhormat wakil rakyat mereka masing-masing.

Seharusnya, kepimpinan sebelum ini harus mengambil prinsip yang sama dimana mengetengahkan calon-calon yang hanya dipilih dan disukai rakyat sahaja untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum atau Kecil.

Yang ingin dipilih dalam Pilihan Raya adalah wakil rakyat, bukannya Wakil Kroni yang mampu memberi kekayaan dan kesenangan berganda kepada Perdana Menteri atau seseorang Presiden Parti. Jadi, amat bertepatanlah apabila YAB Datuk Sri Najib ingin memilih calon yang hanya mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik di mata dan hati rakyat.

Oleh itu, para pemimpin di peringkat kawasan atau mana-mana peringkat sekalipun, haruslah sentiasa bekerja dengan ikhlas dalam berbakti dan membantu rakyat di bawah. Jangan hanya menjadi ahli politik plastik iaitu hanya berpura-pura berbakti tetapi niatnya sebenar adalah untuk dicalonkan sebagai calon Pilihan Raya semata-mata.

Semoga Tuhan memberi yang terbaik petunjuk kepada YAB Datuk Sri Najib untuk memilih bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 nanti yang akhirnya calon-calon tersebut mampu berbakti kepada rakyat dalam erti kata yang sebenar dan ikhlas.





Semoga berjaya wahai YAB Datuk Sri Najib!





Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)