Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Monday, April 30, 2012

Tun Dr. Mahathir buka mulut dah!!


YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed


Negarawan ulung kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed mula bersuara mengenai BERSIH3.0 yang telah memberi seribu satu persepsi terhadap masyarakat Malaysia dan dunia asing.

Tun Dr. Mahathir mengaku bahawa beliau TIDAK PERCAYA bahawa pihak Polis sanggup untuk merosakkan harta benda mereka sendiri sepertimana yang canang oleh sesetengah pihak sebelum ini.


"Saya tak tahu sama ada anda nak percaya atau tidak... Saya tengok orang terbalikkan kereta (Polis) dan mereka tidak kelihatan seperti anggota Polis.

Bagi saya mereka nampak macam penunjuk perasaan... Lagipun kenapa Polis nak terbalikkan kereta sendiri"


BERSIH3.0 merupakan sebuah demonstrasi yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang menerima sokongan kuat daripada beberapa Parti Pembangkang di negara ini.

Tun Dr. Mahathir juga membidas BERSIH3.0 dengan mengatakan bahawa tindakan demonstran merempuh penghadang Polis adalah sebagai modus operandi mereka.




SENDIRI MAU INGATLAH BEB...

JUMLAH GAJI MINIMUM SUDAH DIUMUM!!!


YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak mengumumkan gaji minimum pada malam ini...


YAB Perdana Menteri baru saja selesai mengumumkan jumlah gaji minimum seperti berikut :


RM900.00 sebulan bagi Semenanjung Malaysia

RM800.00 sebulan bagi negeri Sabah dan Sarawak

Tempoh perlaksanaan adalah 6 bulan daripada tarikh kuatkuasa gaji minimum tersebut.

Walaupun begitu, dalam masa akan datang kerajaan mengharapkan agar taraf gaji minimum di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan menyamai dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Pengumuman gaji minimum pada malam ini adalah pelengkap kepada Plan Transformasi Kerajaan yang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia hari ini...




TERIMA KASIH ATAS TRANSFORMASI INI!

BERSIH3.0 : Dimana janji manismu wahai Ustaz Nasrudin Hassan PAS?



SEKARANG, KAMI MENUNTUT JANJI-JANJI MANISMU YANG DICATATKAN PADA 16 APRIL 2012 LALU...

WAHAI YANG 'PAKAR' DAN BERPENGALAMAN DALAM MENGANJURKAN SERTA MENGAWAL PERHIMPUNAN TANPA MENYEBABKAN KACAU BILAU, DIMANAKAH JANJI-JANJI MANISMU SEBELUM INI...?

KAMU BERITAHU SEANTERO DUNIA BAHAWA KAMU ADA HAK UNTUK BERSUARA, MAKA RAMAI DALAM KALANGAN YANG ADA JUGA ADA HAK UNTUK BERTANYA DAN MENUNTUT DIMANAKAH JANJI-JANJI MANISMU YANG MENJAMIN BAHAWA BERSIH3.0 AKAN BERLANGSUNG DALAM KEADAAN AMAN...?

LIHATLAH DI BAWAH INI, ADAKAH INI YANG DIKATAKAN AMAN BAGI KALIAN???




BELASAH POLIS & WARTAWAN... ADAKAH INI DINAMAKAN AMAN...?






MERUSUH DENGAN MEROSAKKAN KERETA POLIS... ADAKAH INI DINAMAKAN AMAN...?






MEMFITNAH UNTUK MEMBURUKKAN PEMERINTAH... ADAKAH INI DINAMAKAN AMAN...?








MEREKA TIDAK MEMENUHI JANJI MEREKA SENDIRI, ADAKAH MEREKA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG MUNAFIK...? SUBHANALLAH....










ALLAH AKAN BERSAMA ORANG YANG BENAR & TIDAK MUNAFIK!



Pembongkaran demi pembongkaran semasa BERSIH3.0

MALAYSIAKINI telah mendedahkan sebuah video yang dirakam oleh seorang wanita yang menyertai BERSIH3.0 baru-baru ini, namum ada sedikit keraguan dalam video tersebut...


Apakah keraguannya???



Ini laporan Malaysiakini TV bertajuk "Crowds overturn police car April 28, 2012"






Ini pula pendedahan sebenar apa yang berlaku pada 28 April 2012 itu...





TUHAN AKAN MENUNJUKKAN PERKARA YANG BENAR!

Lagi pendedahan keganasan penyokong BERSIH3.0



Demonstran BERSIH3.0 bukan sahaja menipu dengan mengatakan bahawa pihak Polis melanggar orang dengan kereta peronda Polis, malah mereka juga bertindak kejam dengan membelasah sehingga cedera anggota Polis dan wartawan yang tidak berdosa.

Inikah yang ada dalam matlamat sebenar BERSIH3.0?

Dimanakah janji DUDUK & BANTAH secara aman yang sebelum ini dijanjikan?

Fikirlah dengan sebaik mungkin...



p/s : nantikan pendedahan mengenai pembohongan BERSIH3.0 di artikel selepas ini jam 4.30 petang.




Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:

“Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Tafsir Ibnu Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. Lihat: Ad-Darrul Mansur 2/285-286. Cetakan Darul Fikr.)




KINI KITA TAHU BAHAWA, MATLAMAT BERSIH3.0 ADALAH UNTUK MENCETUSKAN KEKACAUAN!

Khalid Ismath setuju bunuh Polis?




Statement Khalid Ismath yang mengatakan bahawa "saya setuju jika semua polis dibunuh. kerana begini caranya mereka melayan rakyat. jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. lawan tetap lawan".

Kenyataan yang kurang ajar ini telah dibuat di laman Facebook Khalid Mohd Ismath pada 29 April 2012.

Ini adalah kenyataan yang amat kurang ajar dan tidak berpandukan akal yang waras dari seorang mahasiswa yang kununnya mempunyai intelektual tinggi.






BILAMANA KITA BERADA DALAM KESUSAHAN NANTI, ADAKAH KITA TAK MEMERLUKAN BANTUAN KHIDMAT POLIS???

INI PUNCA SEBENAR KERETA POLIS TERBABAS SEMASA BERSIH3.0!!





Inilah punca sebenar kereta peronda Polis terbabas semasa BERSIH3.0 dan sekali gus mendedahkan penipuan kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa pihak Polis bertindak melanggar demonstran serta bertindak kasar ke atas mereka.






SEMOGA YANG BERADA DI PIHAK BENAR AKAN TERUS TABAH & CEKAL!

Sunday, April 29, 2012

Cina BERSIH3.0 kantoi menghina orang Islam...


Peserta Cina BERSIH3.0 ini kantoi terkedu apabila kebiadabannya terhadap seorang Islam berbangsa asing dikantoikan...





Saksikan video penuh cina BERSIH3.0 ini kantoi dan terkedu dengan mat saleh ini...







JANGAN TERLALU ANGKUH & BIADAP DENGAN TINDAKAN KITA, KELAK BALASAN TUHAN PASTI DATANG...


BERSIH3.0 hanya 0.01% kecoh???


Nga Kor Ming kata hanya 0.01% saja kekecohan berlaku di BERSIH3.0 semalam...?





 Adakah ini yang dikatakan 0.01% kekecohan itu...? Dimana objektif utama BERSIH3.0 yang ingin menuntut Pilihan Raya adil dan bersih...?





Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula setuju 100% dan sanggup memberi 'wang peribadi' untuk para demonstran menunjukkan KEKEJAMAN mereka semasa BERSIH3.0...



Nak tahu apakah KEKEJAMAN BERSIH3.0 yang telah berlaku??? Nantikan pendedahan demi pendedahan...





TUHAN AKAN MEMBUKA & MENUNJUKKAN SIAPA YANG BENAR & SALAH...

BERSIH3.0 : Nilailah sendiri sikap demonstrans ini...










BERSIH3.0... DEMONSTRASI YANG GAGAL DAN TAK MENCAPAI HAJAT JAHAT MEREKA!



Saturday, April 28, 2012

BERSIH3.0 : DEMONSTRASI YANG GAGAL.. INI BUKTINYA!





Adakah ini yang dinamakan DUDUK & BANTAH...?

Dimana kata-kata S.Ambiga yang sebelum ini mengatakan bahawa BERSIH3.0 adalah aman...?

Siapa yang melakukan provokasi dalam perkara ini...?

Perlukah kita mempersalahkan Polis dan Kerajaan dalam perkara ini...?

Dimana nilai ketatasusilaan kita selaku rakyat Malaysia...?

Objektif utama adalah untuk menuntut Pilihan Raya yang adil dan bersih, tetapi adakah ini mekanismenya...?

Apakah kesudahan terhadap BERSIH3.0 ini...?

Adakah apa yang diminta sudah dilaksanakan selepas berakhirnya BERSIH3.0 ini...?

Siapa mahu bertanggungjawab terhadap segala perbuatan LIAR dan BUAS ini...?



BERSIH3.0, BUANG MASA... DEMONSTRASI YANG GAGAL DAN MENIPU RAKYAT!

LIVE BERSIH3.0 : Unit Amal PAS ikut cakap Ambiga?


UNIT AMAL PAS... Apa kerja Unit Amal nie? Bukan nak membuat amal, tapi kerja nak patuh setiap arahan pihak atasan termasuklah S.Ambiga? Kerja Unit Amal nie dalam BERSIH3.0 ialah merempuh Polis dan memulakan kekacauan ker...?




Sebelum nie kata BERSIH3.0 hanya akan DUDUK DAN BANTAH... Tapi realiti yang berlaku sekarang ini sebaliknya. Walaupun ada yang duduk, tapi lebih ramai yang berdiri, berlari, sepak terajang dan macam-macam lagi... Ramai juga yang provoke Polis supaya Polis dapat melakukan kekerasan terhadap mereka...



Tak kiralah siapa... Jika salah tetap salah... Bila BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN, adakah kita sanggup menyokong mereka???



Sumber Gambar : PENA MINANG

BERSIH3.0 : Kereta Polis menjadi mangsa kegananasan mereka


 Kereta Polis yang dikhianati oleh para pendemo BERSIH3.0 sebentar tadi



 Inilah perbuatan yang berlandaskan emosi para demonstran BERSIH3.0




 Apakah dosa Polis sehingga kereta mereka dipecahkan sebegini rupa?




Apabila mereka berada dalam kesusahan nanti, siapa yang mereka akan cari? Bukankah Polis juga?




Inikah perjuangan para penyokong dan pemimpin PAKATAN RAKYAT yang kununnya membawa suara rakyat Malaysia untuk menuntut Pilihan Raya yang adil dan bersih?

Tidakkah mereka sedar bahawa 24jam keamanan kehidupan yang mereka alami di Malaysia kini adalah juga hasil daripada khidmat Polis.






LIVE BERSIH3.0 : Pak Cik Tua Alih Kawat Duri





Seorang lelaki tua ini sedang berusaha untuk mengalihkan kawat duri yang dipasang oleh Polis untuk menghalang demonstran BERSIH3.0

Kalau dah nak DUDUK DAN BANTAH, kenapa perlu kacau semua itu?

Tak lain tak bukan, semua ini hanya untuk provokasi terhadap pihak Polis...

LIVE BERSIH3.0 : Gambar terkini dari udara


 Inilah manusia-manusia yang hanya menggunakan emosi dan meminimumkan kecerdikan akal untuk menuntut sesuatu hak... Ramai yang mentertawakan mereka...



 BERSIH3.0 membuatkan sistem jalan raya sekitar KL lumpuh 100%!



 Berteduh di bawah pokok dan rail monorel... Tahu juga kepanasan dunia rupanya...



 Adakah ini mengambarkan MAJORITI SUARA RAKYAT MALAYSIA???



 Adalah lebih berfaedah bagi umat Islam berkumpul untuk menyambut Maulidur Rasul dan Awal Hijrah...



 Mencari pokok di kawasan KL untuk berteduh... Ada sapa-sapa tak salahkan Kerajaan sebab tanam pokok tu? hehehe...



Jangan ego dan tinggi diri kununnya BERSIH3.0 ini adalah suara majoriti rakyat Malaysia... Ramai lagi yang sedang duduk di rumah sekarang sambil tonton Shah Rukh Khan di TV3...






LIVE BERSIH3.0 : Demonstran tidur sebab boring & letih?





Kesian juga kepada mereka-mereka nie.. Dah mula letih sebab mungkin mereka-mereka nie hanya menjadi pengikut saja.. Tak tahu matlamat dan perancangan sebenar yang di caturkan oleh S.Ambiga, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan mendapat follow dari Haji Hadi Awang...

Apapun, jika dilihat dari apa yang terjadi ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa BERSIH3.0 ini sekali lagi boleh dilabelkan sebagai DEMO GAGAL sepertimana demo anti PTPTN baru-baru ini...

Ini sudah dapat membuktikan bahawa sokongan terhadap PAKATAN RAKYAT tidaklah segah dan sehebat sepertimana yang dicanang oleh pemimpin mereka...

Sinar Harian kata yang hadir adalah 80,000... Polis kata 25,000... Manakala Al Jazera kata 100,000... Aduhai beb, kalaulah menjangkau 80,000 dan 100,000, takkan ada sampai yang boleh tidur sebegini??? Takkan mampu memenuhi Dataran Merdeka KL tu... Aduhai nak menipu...





BERSIH3.0..... LEBIH BANYAK KERUGIAN DARI MANFAATNYA!

LIVE BERSIH3.0 : Melutut depan Karpal Singh? Monyet? Kematian?


Karpal Singh dah macam raja di atas wheelchair buruk dia... Lebih bertambah buruk apabila ada pula manusia-manusia yang melutut dan duduk di bawah Karpal Singh... Sedarkah, individu bernama Karpal Singh inilah yang kata "LANGKAH MAYAT SAYA DULU SEBELUM TUBUH NEGARA ISLAM"?





 Aduhai beb, tak pergi sembahyang ka...? Apa faedah dok berkumpul ramai-ramai gini di tengah panas?





Karpal Singh 'diarak' bagai raja... Seronoklah dia bila dapat tengok negara kita huru-hara... Ingat! Dia adalah anak didik Lee Kuan Yew PAP Singapura...





Adakah ini sikap ahli-ahli PAKATAN RAKYAT? Suka memanjat... Suka buat kacau... Suka skodeng... Suka bikin masalah... Suka nak mencari kesalahan orang... Ya, depa suka semua tu, sebab depa suka dapat dana dari agensi luar untuk membuat kacau di Malaysia...





Erkkk.... 'Mamat' ini pun suka panjat memanjat nie... Hehehe...





Ini adalah peguam yang dilantik... Difahamkan oleh 'orang dalam' BERSIH3.0, setiap tempat berkumpul dan berlaku BERSIH3.0 hari ini ada disediakan peguam... 






SIAPA PULA YANG AKAN JADI PELAKON ATAU BENAR-BENAR MENJADI 'MANGSA YANG DIRANCANG' UNTUK HARI INI...?






BERSIH3.0... TERUS LIVE DI SINI , GERAKAN13 DAN MALAYSIA BANGKIT


LIVE BERSIH3.0 : Gambar & Video terkini



Kena tutup muka beb... Takut orang kenal.. Kata berani.. kikiki...


 YB Azmin Hj Ali bercakap.. Kata Kerajaan pengecut sebab taknak bagi kumpul di Dataran Merdeka... Apa lah lu merepek nie?



 India ini memakai pas PEMERHATI... Cuba provok pihak Polis untuk menaikkan kemarahan Polis... Cari pasal ka nak demo?




Perjuangan berasaskan emosi... Tak kira agama, bangsa, keturunan... Semua turun mengikut agenda S.Ambiga... Semua ditipu dan diperkudakan!



Apa lagi helah dan strategi dalam BERSIH3.0 hari ini...? Jika BERSIH2.0 ada yang pura-pura mati, adakah akan di repeat pada hari ini...?

Nantikan lagi kemunculan demi kemunculan pendedahan apa yang berlaku di BERSIH3.0 sekarang ini di|:









BERSIH3.0... LIVE TERUS DI SINI...!


LIVE BERSIH3.0 : Yang berlaku sekarang di KL

Ini antara LIVE dari BERSIH3.0 yang sedang berlaku sekarang di sekitar Kuala Lumpur...



 Puak-puak nie sedang berarak menuju Dataran Merdeka...


 Disebabkan mereka, habis Bandaraya KL ditutup...


 Puak-puak PAS juga menyokong perjuangan S.Ambiga LGBT ini...



Apa lagi helah mereka hari ini? Nantikan....





BERSIH3.0..... TERUS LIVE!

Akhirnyaaaa.... saya sokong!





BONGKAR : Taktik yang akan digunakan semasa BERSIH 3.0 esok?





1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.


2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama 'Occupy Dataran' ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.


4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.


5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik 'Duduk dan Bantah' yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Methodologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka. (Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)

  • Protest and Persuasion
  • Non Cooperation
  • Non Violent Intervention
7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan




Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di 'Rallying Point'. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi 'Rallying Point'.





Sit-In ataupun Duduk dan Bantah. Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.






Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.





Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).





Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.





Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang 'keganasan' yang akan dilakukan oleh pihak polis.





Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya. Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU. Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa








Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera. PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA. Planned Sympathize Death. Kematian simpati yang dirancang. Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang. Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran





Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini. Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh. Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku. Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus? Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.(gambar ini Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan.)





Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.






Adakah Adam Adli? Boleh jadi tetapi kebanyakan rakyat benci dan tidak suka kepada beliau.





Adakah Ambiga? Mungkin tidak kerana simpati daripada bangsa Melayu tidak akan tercapai.





Adakah makcik ini? Boleh jadi kerana gambar beliau telah dimainkan sewaktu Bersih 2.0




Sumber : Persatuan Belia Dinamik Barat






TOLAK BERSIH...!


Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)