Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Thursday, May 31, 2012

Sudah tahu tarikh PRU-13???







Ini bancian yang dilakukan menerusi online yang telah menarik minat seramai 8,568 pengundi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Melalui undian ini, didapati ramai yang memilih bulan September 2012 sebagai bulan yang akan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Apapun tarikh PRU-13 yang akan diumumkan, kepada seluruh ahli politik dan parti-parti politik haruslah sentiasa bekerja keras membantu rakyat jelata yang berada dalam kesusahan.

Jangan fikirkan sangat soal bila tarikh PRU-13 ini sedangkan kerja-kerja yang telah diamanahkan selama ini terabai begitu saja.




TARIKH PRU SEPERTI TARIKH MAUT KITA... TIDAK TAHU BILA IA AKAN DATANG, TETAPI IA PASTI DATANG!

Video bukti PR gelisah dibelasah seorang wanita...





Bukan nak memelah mana-mana pihak, tetapi bila diperhatikan secara terperinci video ini, kita jelas melihat ada orang yang cemas dan lemas perut walaupun dalam keadaan sedang berceramah.

Ia seolah-olah ada yang tak kena disekelilingnya semasa sesi ceramah sedang berlangsung.

Rupa-rupanya, Ummi Hafilda ada cukup hampir dengan tapak ceramah ini sedang 'membelasah' dengan cerita sebenar seorang insan bernama Anwar Ibrahim.

Mungkin sebab itu yang berada dalam video ini kita lihat seperti cemas dan gelisah semacam...



ORANG YANG TAK LAKUKAN KESALAHAN TIDAK AKAN TAKUT

GEMPAR! VIDEO PENGAKUAN "SWEET INTERVIEW" DARI ANWAR IBRAHIM





Mari kita saksikan pendedahan EKSKLUSIF daripada rakan blogger 1PELURU mengenai cerita seorang anak muda yang menerima 'sweet interview' dari Anwar Ibrahim dalam laman twitter baru-baru ini.

Yang baik hanyalah dari ALLAH, dan yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri...


Wednesday, May 30, 2012

Yang mana lagi benar, Tok Guru Parti Politik atau ayat Al Quran?



SUBHANALLAH! Selepas baca ini, ramai perlu UCAP SYAHADAH kembali




Kenyataan yang mengatakan bahawa mengundi sesebuah parti itu akan menyebabkan atau memudahkan kita memasuki syurga ALLAH SWT adalah suatu fatwa atau kenyataan yang membawa kepada kesesatan dunia dan akhirat.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan bahawa ia merupakan satu fatwa / kenyataan yang jahil, bodoh dan sesat.

Oleh itu, demi ALLAH SWT dan agamaNya, marilah kita kembali ke pangkal jalan dan kepada yang percaya mengenai fatwa / kenyataan mengundi sesebuah parti politik itu akan menyebabkan kita memasuki syurga ALLAH SWT mohon agar bertaubat kembali ke jalan yang benar.

Pemimpin yang menjadi sesumpah. Ahli PAS wajib baca!





Fitnah terbesar BN...



Fitnah terbesar BN apabila kununnya demokrasi, dengan memberi peluang kepada para pemimpin pembangkang untuk hidup serba mewah...

Fitnah terbesar BN apabila kununnya adil, dengan membiarkan para pemimpin pembangkang mengutip dan menggunakan segala kemewahan yang mereka mampu kutip melalui kuasa mereka...

Fitnah terbesar BN apabila tidak bercakap benar, dengan melihat sendiri para pemimpin pembangkang bercakap soal integriti, kesederhanaan dan kekayaan rakyat sedangkan mereka juga memungut apa yang boleh mereka pungut secara diam diam ubi berisi...



MEREKA TAK CAKAP SERUPA BIKIN... FITNAH TERBESAR BN APABILA MENYEMBUNYIKAN KERJA-KERJA JAHAT PEMIMPIN PEMBANGKANG INI..

Video panas!





Meminjam dan menyebarkan sebuah video yang mempunyai maksud yang baik untuk kita amati dan berfikir sejenak mengenai perjuangan Pakatan Rakyat di negara kita ini.

Jangan memangkah undi dalam keadaan emosi tidak stabil dan ilmu kurang cukup di dada...


p/s : Pendedahan fitnah terbesar BN yang terkantoi akan didedahkan jam 10pg ini... Maaf BN, kerana terpaksa dedahkan...
 

Tuesday, May 29, 2012

2 peristiwa di Johor yang menampakkan imej sebenar Pakatan Rakyat





Semenjak dua menjak ini riuh diperkatakan mengenai 2 isu besar yang melibatkan negeri Johor yang terkenal dengan sikap rakyatnya yang setia dan kuat pegangan kepada agama, bangsa dan tanah air.

Satu daripadanya ialah tindakan pemimpin PAS iaitu YB DS Nizar Jamaluddin menghina DYMM Tuanku Sultan Negeri Johor memberi nombor plat kenderaan WWW1 dengan kos ratusan ribu ringgit.

Bagi bangsa Melayu beragama Islam dan bagi rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara, tindakan Nizar Jamaluddin itu boleh dianggap suatu tindakan kurang ajar dan menderhaka kepada institusi kesultanan Melayu kita.

Nizar Jamaluddin seolah-olah meletakkan taraf DYMM Tuanku setaraf rakyat biasa yang mempunyai sosiobudaya, sosioekonomi dan fungsi yang sama dengan rakyat kebanyakan lain di negara ini.

Adakah Nizar Jamaluddin tidak sedar bahawa DYMM Tuanku adalah naungan kita di negara ini dan ketua kepada Agama Islam?

Jika kepada DYMM Tuanku Sultan sekalipun Nizar Jamaluddin sanggup menjatuhkan aib, apakah lagi hendak kita harapkan dari seorang pemimpin politik seperti orang bernama Nizar Jamaluddin ini?

Isu kedua yang telah berlaku juga dalam jajahan negeri Johor ialah tindakan Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai Perdana menghalau dan tidak membenarkan YB Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim berceramah dalam masjid tersebut.

Video rakaman adegan itu telah heboh disebarkan di blog-blog dan facebook yang jelas menampakkan bahawa AJK masjid tersebut benar-benar tidak mahu Anwar Ibrahim berceramah dalam masjid itu.

Ramai yang memberi komen negatif mengenai perkara ini, ada yang kata bahawa itu tindakan yang keterlaluan, tidak menghormati pemimpin dalam masjid dan ia merupakan percaturan UMNO.

Namun harus kita ingat serta jelas dalam perkara ini, AJK masjid tersebut bukanlah tak membenarkan Anwar Ibrahim melaksanakan ibadah wajib solat dalam masjid itu. Anwar Ibrahim dilihat tidak dihalang untuk melakukan apa saja ibadah solat atau zikir dalam masjid tersebut, tetapi apa yang dihalang adalah menyampaikan ceramah kepada para jemaah yang hadir.

Sebagai yang menguruskan sesebuah Rumah Allah, AJK masjid berkenaan ada hak untuk memastikan kesucian masjid terpelihara dari mana-mana ceramah yang tak dirancang dan diundang secara rasmi oleh pihak yang bertanggungjawab.

Soal tidak menghormati pemimpin juga sangat kabur, dengan tindakan ini, kita sendiri boleh lihat dengan jelas bahawa sebenarnya Anwar Ibrahim ini ditolak dan tidak disukai oleh masyarakat Islam di kariah tersebut. Adalah satu penghinaan apabila seseorang pemimpin itu dihalau keluar dari sebuah masjid yang suci dan tak dibenarkan menyampaikan apa-apa ceramah kepada jemaah.

Budaya para penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat ialah menyalahkan pihak lawan iaitu UMNO dalam apa saja tindakan yang rakyat lakukan yang tidak memenuhi kehendak dan tidak berpihak kepada mereka. Ini bukan lagi suatu perkara yang ajaib, tetapi ia sudah menjadi suatu budaya dalam kehidupan Pakatan Rakyat.

Dua peristiwa ini jika diamati benar-benar bukanlah datang dari UMNO atau melibatkan politik kepartian antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional pun. Ia lebih kepada sikap individu pemimpin itu sendiri yang kurang ajar dan tidak disukai rakyat.

Sebagai umat Melayu beragama Islam, marilah kita menjadikan contoh 2 peristiwa di Johor ini sebagai suatu pedoman dalam menilai sejauh mana kecerdikan dan kehebatan seseorang pemimpin itu agar kita tidak tersalah dalam pemilihan di dunia ini. Wallahu'alam...



Lim Guan Eng harus jelaskan siapa Ng Paik Kheng ini


 Kenalkah kita dengan perempuan ini...?




Takpa, YAB Lim Guan Eng kenal dengan perempuan itu dengar kata... Kita mohon dia perjelaskan...




Siapa mahu berdemo mengenai cadangan baru dari PTPTN ini?



Tak cukup dengan menurunkan caj pentadbiran dari 3% ke 1%, pihak PTPTN hari ini akan terus cuba untuk mencari jalan menjaga kebajikan para peminjamnya dengan semaksimum yang termampu.

Hari ini, satu perbincangan di peringkat PTPTN akan di adakan untuk cadangan baru iaitu menghapuskan terus caj 1% itu dari peminjaman PTPTN.

Ini satu langkah pihak bertanggungjawab dalam usaha untuk terus menjadikan rakyat itu didahulukan dan mengutamakan pencapaian yang cemerlang.

Seharusnya para mahasiswa dan para peminjam PTPTN menyahut baik usaha ini dalam meringankan lagi bebanan yang mereka hadapi selama ini

Syabas PTPTN!


AS sedia serang Syria

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SEJUMLAH orang menghadiri majlis pengebumian mangsa-mangsa serangan tentera Syria di Houla pada Sabtu lalu.






WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menyediakan pilihan ketenteraan bagi menamatkan keganasaan di Syria.


Seorang pegawai kanan tentera AS, Jeneral Martin Dempsey memberitahu, pilihan itu akan dilakukan jika tekanan diplomatik gagal menamatkan pertempuran di negara tersebut.

"Justeru, saya akan menyediakan pilihan ketenteraan jika diminta untuk berbuat demikian," katanya kepada program terbitan stesen televisyen CBS, This Morning semalam.

Beliau membuat komen itu selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk penggunaan kereta kebal dan meriam dalam satu serangan tentera Syria di bandar Houla.

Dalam serangan itu, seramai 108 orang dilaporkan terbunuh.

Ia merupakan serangan terbaharu yang melibatkan kematian yang ramai.
Angka kematian akibat kebangkitan penduduk Syria menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad sejak tahun lalu dilaporkan mencecah lebih 12,000 orang.

Menurut pegawai tentera itu, beliau menjangkakan tekanan masyarakat antarabangsa yang menentang keganasan di Syria akan meningkat.

"Saya tidak pasti sama ada dalam kes di Syria, satu kombinasi tekanan diplomatik dan ekonomi akan memperoleh kejayaan.

"Namun, sudah pasti saya menggalakkan para pemimpin kami, pemimpin-pemimpin antarabangsa untuk bersama dalam satu cara yang boleh menyebabkan Bashar membuat keputusan yang betul," katanya.

Sementara itu, Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan menyatakan, beliau terkejut dengan kejadian pembunuhan besar-besaran di bandar Houla.

Beliau menyatakan demikian semasa tiba di Damsyik untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa pegawai semalam.

Annan berkata, pihak yang melakukan pembunuhan di bandar tersebut pada Jumaat dan Sabtu lalu perlu bertanggungjawab berhubung kejadian tersebut.

Beliau juga menyatakan setiap orang yang memegang senjata di Syria perlu mendengar mesejnya tentang keamanan bagi membolehkan pertumpahan darah dapat dihentikan.

"Saya berhasrat untuk mengadakan perbincangan yang serius dengan Bashar. Saya juga mahu berbincang dengan sejumlah orang semasa saya berada di sini," kata Annan.

Kelmarin, Syria menafikan dakwaan bahawa berlaku pembunuhan besar-besaran di bandar tersebut.
Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi menyatakan, pasukan tenteranya berada di sebuah pangkalan tentera pada Jumaat lalu semasa diserang oleh ratusan lelaki bersenjata.

Menurutnya, lelaki-lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan mortar dan mesingan dalam pertempuran selama sembilan jam.

Dalam pertempuran itu, seramai tiga askar maut dan 16 lagi cedera. - Agensi

ADA 90% KOS TERSEMBUNYI YANG MAHASISWA TAK TAHU???




PETALING JAYA — Sebanyak 90 peratus kos pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebenarnya ditanggung kerajaan, maka itu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dianggap hanya untuk tanggung kos sara hidup pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled, Nordin berkata, PTPTN hanya menanggung baki kos pengajian yang kecil, kira-kira 10 peratus daripada kos keseluruhan pengajian di IPTA.

"Tidak seperti negara-negara lain, kerajaan (Malaysia) bagi pinjaman kepada mahasiswa untuk menanggung kos sara hidup, setakat ini tidak ada mana-mana negara yang memberi pinjaman sara hidup kepada mahasiswa dengan jumlah yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pembangunan Pusat Kecemerlangan Industri Pemborongan dan Peruncitan (ICoE) di sini, hari ini. 

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai pemansuhan satu peratus ujrah pinjaman PTPTN yang diutarakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dalam sesi pendebatan dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengenai ”Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi” yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24 , Selasa lalu.

"Satu peratus hanya amaun yang kecil bagi mereka (mahasiswa) untuk membayar kos pengurusan pinjaman itu,” kata Mohd. Khaled. — BERNAMA 

Adakah ini projek untuk menang sekali lagi dalam PRU13???




Kerajaan Negeri Kelantan sudah memasuki puluhan tahun dalam memerintah negeri Melayu tersebut, tetapi pada 7 Rejab 1433H baru ada projek pecah tanah untuk membina sebuah lebuh raya yang diberi nama LEBUHRAYA RAKYAT yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan.

Disamping agak lambat projek ini dilakukan, ia juga memohon derma dari rakyat jelata untuk menampung kos pembinaan projek lebuhraya tersebut.

Persoalannya adalah, kenapa baru saat ini projek tersebut baru dibangunkan sedangkan seharusnya ia telah mula sedar dari dahulu lagi. Adakah ini kerana PRU13???

Persoalan juga timbul adakah cukup kos pembinaan sebuah lebuhraya dari hanya kutipan derma rakyat yang boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Bhd. Adakah ini juga kerana PRU13???


Nizar Jamaluddin semakin kurang ajar...



Seperti yang ramai sudah sedia maklum, tindakan kurang ajar bekas MB Perak iaitu YB Nizar Jamaludin yang mempertikaikan tindakan DYMM Tuanku Sultan Negeri Johor membeli nombor plat WWW1 dengan harga RM520,000.00 sebagai suatu tindakan yang tidak patut.

Lebih memalukan lagi ialah apabila dia cuba untuk compare antara tindakan DYMM Tuanku dengan tindakan isteri YAB Perdana Menteri membeli barang kemas menggunakan wang rakyat.

Ini suatu tindakan KURANG AJAR dari seorang rakyat sebuah negeri yang turut mempunyai raja nya yang berdaulat.

Disebabkan tuduhan yang tak betul dilakukan oleh bekas MB tersebut, maka DYMM Tengku Mahkota Johor yang aktif dalam dunia twitter telah membalas dan membidas statement KURANG AJAR YB Nizar tersebut.





Sebagai sebuah negara yang mempunyai kedaulatan undang-undang dan kesopananan dan kesusilaan tersendiri, kita harus meminta YB Nizar untuk menarik balik kenyataan KURANG AJAR yang dia berikan kepada DYMM Tuanku Sultan Johor tersebut.




Seorang bekas MB kurang ajar dengan Sultan?




Monday, May 28, 2012

2 Million Youth!!

A panaromic view of Millions of Youth Gathering at Persiaran Perdana in Presint 2, Putrajaya, last night.

The five-day gathering, which ended yesterday, created a record with the presence of two million youth.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Melia Aimiellia berbohong...?



KECOH minggu lalu apabila pelakon yang pernah dikaitkan mempunyai video bogel Melia Aimiellia kononnya baru putus cinta dengan wartawan Melodi! Zuan. Pada Joyah ini bukan isu besar mana pun jika nak dibandingkan dengan isu rogol atau pecah amanah.

Menariknya laporan yang disiarkan dalam portal Mangga Online terpaksa memadam nama Zuan atas permintaan Zuan sendiri dan tak timbul apa-apa isui.

Joyah tidak ada masalah di pihak Zuan. Bila baca kenyataan Zuan dalam sebuah portal hiburan baru-baru ini, Joyah faham benar dengan situasi yang dihadapinya itu.

Yang tak sedapnya, bila Melia mengatakan bahawa wartawan tersebut yang tersalah dengar sebab itu tersilap tulis tentang nama lelaki yang dimaksudkannya itu. Bukan Zuan tetapi Rezdhuan.

Ketawa guling-guling Joyah melihat `drama’ yang Melia cuba mainkan ini. Rasanya wartawan tersebut tidak tersalah dengar dan tidak tersalah tulis siapa yang Melia sebutkan.

Ingat, bila seseorang wartawan menemuramah sesiapa pun sudah pasti dia akan mencatat apa sahaja intipati temu bual itu. Ini proses biasa dan kalau tanya mana-mana wartawan sekalipun mereka akan lakukan benda yang sama.

Dalam kes Melia ini kenapa bila dah kecoh-kecoh terus menuding jari dan meletakkan kesalahan itu pada wartawan? Jangan ingat Joyah tak tahu apa yang Melia cerita dan beritahu pada wartawan itu. Sampaikan cerita tentang lokasi pertama pertemuan dan sebab jatuh cinta pun wartawan tu masih simpan tetapi tidak dedahkan.

Jadi kepada Melia, siapa yang bercakap bohong? Kenapa nak menyalahkan orang lain bila keadaan semakin runcing ni?


SUMBER : UTUSAN

Sunday, May 27, 2012

BN boleh jadikan esok lebih baik daripada hari ini???


PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan cabaran kepada belia untuk menggunakan kuasa secara rasional dan bijaksana, dalam memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan negara.

Beliau turut menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Najib turut percaya belia di negara ini mampu menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.

Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.

Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut.

"Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya.

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah suara keramat dan alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat.

"Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami.

"Anda semua adalah pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini," kata Najib semasa merasmikan Himpunan Jutaan Belia 2012.
 

AWAS pesanan Tun Mahathir mengenai PRU-13 ini






Adakah selepas ini kita akan tahu tarikh PRU-13???




HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR BAGI HIMPUNAN JUTAAN BELIA : PUTRAJAYA 2012 IAITU BERSEMPENA HARI BELIA NEGARA 2012 YANG TELAH MENGUMPULKAN JUTAAN BELIA DAN BELIAWANIS SELURUH MALAYSIA BERMULA 23 MEI 2012 LALU.

ADAKAH SELEPAS INI DARI APA YANG DILIHAT SENDIRI IAITU MENGENAI KEKUATAN DAN SEMANGAT ANAK MUDA MALAYSIA, YAB PERDANA MENTERI AKAN MENGUMUMKAN TARIKH SEBENAR PRU-13...???

APAPUN YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI, SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM ARENA POLITIK NEGARA HARUS SUDAH BERSEDIA, DAN BAGI KITA RAKYAT MALAYSIA YANG SUDAH LAYAK MENGUNDI JUGA PERLU SUDAH BERSEDIA DARI PELBAGAI SUDUT DAN KEAZAMAN UNTUK MEMANGKAH.

SEMOGA ALLAH SWT MENUNJUKKAN KEBENARAN KEPADA KITA DALAM SETIAP TINDAKAN DAN FIKIRAN KITA SETIAP HARI...

Perghhh! Fazura buat kejutan lagi...





Khabar terbaru mengenai bintang filem Pisau Cukur, Fazura. Esok, pelakon itu bakal melancarkan sebuah butik yang terletak di Bangsar. 

Berdiri dengan jenama “House of Doll”, idea untuk memiliki butik sendiri hadir dua tahun lalu.

“Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan. Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada “ready to wear’ dan ada satu kejutan buat peminat.” jelas Fazura yang turut dinamakan sebagai jurucakap jenama telefon pintar Blackberry.

Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai kejutan tersebut, namun apa yang boleh GUA sampaikan adalah ia melibatkan kerjasama untuk “couture wear”.

Fazura ditemui di acara Blackberry “Stop Missing Out!” yang berlangsung di The Gardens, Mid Valley.

“Faz menghabiskan banyak masa di Twitter dengan menggunakan Blackberry. Saya yakin Blackberry merupakan peranti komunikasi terbaik untuk mendekatkan Faz dengan peminat.”

Kempen “Stop Missing Out!” menawarkan peluang kepada peminat dan pengguna Blackberry bagi memenangi hadiah menarik antaranya menonton wayang, sesi memanjakan diri, karaoke, futsal dan membeli-belah bersama selebriti.

Selain Fazura, turut terlibat antaranya Bunkface, Jehan Miskin, Joe Lee, Julie Woon, Liyana Fizi dan Megan Tan.

Kempen ini bakal bermula pada 1 Jun hingga 1 Julai depan. Layari www.StopMissingOut.com.myuntuk menyertai.


Saturday, May 26, 2012

Meriahkan, esok hari terakhir nak kecutkan semangat PR...



Jika Putrajaya milik mereka, media bebas bagaikan burung terbang?








EKORAN tulisan minggu lalu, Siapa sebenarnya kuasai media dan menyekat kebebasan bersuara, timbul pula pertanyaan adakah media sama ada cetak atau elektronik akan ‘bebas’ seperti sekarang, lebih bebas bagaikan burung terbang atau ‘jatuh ke bumi’ jika pakatan 3P - PKR, DAP, Pas berjaya menawan Putrajaya?

Satu persoalan yang sukar dijawab jika dilihat suasana hari ini terutama melibatkan ‘sekatan’ yang dibuat secara tidak langsung terhadap media terutama di Pulau Pinang. Walaupun hanya sebuah negeri dikuasai 3P atau lebih tepat DAP tetapi ia sudah cukup untuk memberi gambaran bagaimana ‘kebebasan’ yang akan dinikmati oleh media.

Pada masa yang sama timbul persoalan sejauh mana kebebasan untuk media bersuara bagi menyatakan pendirian mengenai sesuatu isu? Adakah jika media Melayu menyuarakan kebimbangan mengenai nasib masa depan orang Melayu dan Islam, maka media itu akan dianggap rasis?

Adakah jika sesuatu yang dilaporkan ada kebenarannya dan terkena ‘batang hidung’ kerajaan, media akan dihukum? Ini lanjutan daripada tindakan yang dikenakan terhadap Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang ‘dihukum’ kerana pandangan songsang berkaitan Bersih 3.0. Walaupun pandangan itu berdasarkan fakta tetapi ia tidak selari dengan bos besarnya. Akibatnya, Tunku Abdul Aziz `dihukum’ dan sesuai dengan prinsipnya, beliau mengambil langkah meninggalkan DAP.

Mungkinkah juga selepas ini media akan menjadi seperti buletin kerajaan? Hanya mencetak kenyataan pemimpin tanpa soal balas daripada wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, adakah media akan bebas seperti bebasnya burung terbang?

Mungkin ya, mungkin tidak. Rasanya, lebih berat kepada tidak. Tidak perlulah berselindung. Sedikit sebanyak akan ada ‘kongkongan’ tetapi janganlah menjadikan media seperti lembu dicucuk hidung atau kuda tunggangan yang hanya akan patuh kepada ketuanya yang berkuasa. Gunalah pihak yang sudah bersedia menjadi kuda tunggangan atau lembu dicucuk hidung.

Ekoran tulisan minggu lalu juga, seorang pembaca bertanya, adakah media milik 3P tidak pernah silap membuat laporan? Beliau mengajak penulis untuk menyelak semula beberapa laporan oleh media pembangkang seperti dakwaan Anwar diracun. Apakah kesudahannya? Benarkah laporan itu?

Begitu juga laporan berkaitan Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Kadir. Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana media parti pembangkang mengeluarkan berita bertajuk Zambry disyaki pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat. Apakah kesudahannya mengenai laporan ini?

Satu lagi soalan yang dikemukakan ialah sejauh mana media pada era pakatan 3P nanti jika menguasai Putrajaya boleh atau bebas melaporkan berita mengenai pihak sebelah sana? Maksudnya berkaitan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan sebagainya.

Pembaca itu kemudiannya mengajak penulis untuk menyelak lidah rasmi kerajaan 3P iaitu Selangor Kini yang pernah menumpang sebagai ‘sisipan haram’ dalam Utusan Malaysia.

Katanya, tidak ada satu pun laporan mengenai kebaikan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kecuali yang dikaitkan dengan apa yang didakwa ‘penyelewengan’ atau ‘keburukan’ yang dilakukan oleh kerajaan kini atau terdahulu. Kata orang tidak ada yang tidak baik mengenai Selangor kecuali yang baik belaka. Apakah itu gambaran sebenar Selangor pada masa kini? Seolah-olah rakyat Selangor tidak pernah merungut mengenai masalah harian mereka, contohnya sampah tidak dikutip.

Penulis pernah menatap Selangor Kini, kadang-kadang mengambilnya di masjid selepas solat Jumaat. Ada ketikanya semasa sedang berjalan-jalan di Kajang, seorang lelaki warga emas mengagihkan akhbar itu tetapi dia akan bertanya: Free, nak baca tak? Kalau kita menggelengkan kepala, dia tak akan beri. Walaupun percuma, mungkin satu pembaziran jika akhbar 16 halaman itu diberi tetapi tidak dibaca.

Baru-baru ini, selepas keluar membeli-belah di sebuah pasar raya di Selangor, di cermin depan kereta penulis diletakkan Selangor Kini (isu 11-18 Mei). Ingatkan risalah projek rumah atau produk kesihatan atau bagaimana mahu cepat kaya.

Kira okeylah akhbar itu diletak di situ. Tindakan ini lebih bermaruah daripada menumpang akhbar yang diharamkan penjualan dan pembacaan di semua premis milik kerajaan negeri.

Dengan slogan Penggerak Kemajuan Saksama, di muka depan terpampang tajuk RM100 bantuan taska pada keluarga miskin. Keterangan gambar pula tertera JANJI DITUNAI...Kerajaan Selangor melancarkan Program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar) yang memperuntukkan RM100 bagi menghantar seorang anak ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Exco Selangor, Rodziah Ismail dan ADUN Taman Medan, Haniza Talha bersama para ibu dan kanak-kanak dalam pelancaran skim itu yang diadakan di Dewan Dato’ Ahmad Razali Klang.

Kandungan beritanya antara lain: SHAH ALAM - Bagi berjuta-juta ibu seperti pekerja kantin, Umi Kalsum Harun, tekanan kos hidup yang semakin meningkat menjadi kekuatiran yang terpaksa dihadapi setiap bulan dengan suami.
Akan tetapi beban mereka diringankan apabila dipilih untuk menyertai program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar) kerajaan Selangor. Umi Kalsum, 36, adalah antara peserta pertama ke dalam program Sikembar yang memperuntukkan RM100 bagi menghantar seorang anak ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut laporan itu lagi, setiap kanak-kanak dari keluarga yang layak akan menerima RM100 setiap bulan untuk kos menghantar anak ke taska. Rodziah memberitahu, sebanyak RM3juta diperuntukkan untuk bantuan itu bagi tahun ini.
Komen Selak: Daripada ‘berjuta-juta ibu seperti Umi Kalsum’, kerajaan negeri hanya menyasarkan 2,500 anak akan mendapat manfaat itu untuk tahun pertama (2012 berbaki tujuh bulan) walaupun sebanyak 25,000 keluarga dikenal pasti menerima skim bantuan itu.

Menurut laporan itu, tiga kategori rakyat berhak menerima bantuan iaitu berpendapatan RM1,500 ke bawah yang menanggung satu hingga tiga orang anak; RM2,500 ke bawah yang menanggung empat hingga lima orang anak; RM3,000 ke bawah yang menanggung anak melebihi enam orang. Setiap keluarga terhad kepada dua orang anak yang berumur bawah 4 tahun 11 bulan (Elok genapkan saja bawah 5 tahun).

Apa pun, tahniahlah kepada kerajaan 3P kerana menunaikan janji yang dibuat pada 2008. Persoalannya adakah program itu baru dilancarkan? Selak tidak pasti. Tetapi jika betul baru dilancarkan, maknanya selepas tinggal setahun lagi tempoh usia kerajaan negeri 3P itu, baru kini mahu dilaksanakan. Kalau dalam perlawanan bola sepak, ibarat bermain pada masa tambahan sebelum pengadil meniupkan wisel penamat. Atau ia sekadar mahu berpolitik?
Mungkin kerana faktor inilah, kerajaan 3P itu memerlukan sedikit masa untuk ‘melangsaikan hutang janji’ kepada rakyat. Justeru, kerajaan 3P tentunya tidak mahu pilihan raya umum diadakan sekarang kerana masih ada agenda yang belum selesai.

Usahlah mencari alasan dengan menyatakan rakyat tidak perlu janji imbuhan wang ringgit seumpama itu ditunaikan sebaliknya lebih menuntut sebuah kerajaan yang telus, efisien dan bertanggungjawab. Sebabnya, manusia dipegang kepada janji.


Cerita malam 23 Mei, Neelofa buat Khalid Ibrahim meleleh?



Benarkah atress cun menawan comel negara iaitu Neelofa membuatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim 'meleleh' cerita malam? Apa maksudnya ini?

Jom lihat dan baca statement Neelofa dalam twitter beliau baru-baru ini yang mengulas mengenai debat PTPTN antara YB Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli di Shah Alam pada 23 Mei 2012 lalu :








MELELEH KHALID IBRAHIM KENA 'BELASAH' DENGAN JELITAWAN NEELOFA...

Rampas buku ini



Zaid Ibrahim tempelak JAKIM isu Irshad Manji










Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim pada Khamis menempelak tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharamkan tulisan Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta.

Menurut Zaid, jabatan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan buku Irshad yang dikenali sebagai pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Jakim tak ada kuasa haram buku pun. Ini masalah menteri tak faham tugas. Menteri Jakim tak ada kuasa haram buku. Menteri Dalam Negeri ada kuasa," kata Zaid yang dipetik menerusi akaun twitter miliknya pada Khamis.

Komen Zaid itu dipercayai merujuk kepada tindakan Jakim memutuskan buku Irshad haram kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Jakim mengemukakan perakuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan selepas kajian mendapati ia mengandungi unsur liberalisme dan boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

Mengulas lanjut Zaid turut mempersoalkan keputusan pengharaman yang dibuat Jakim bersandarkan kepada kandungan unsur liberalisme. "Mengapa Jakim sangat takut dengan idea liberalisme? Mungkin mereka fikir ia seperti komunisme.

"Penulis liberal memberi pandangan yang agak lembut mengenai agama. Berbuat baik...memaafkan, tidak hanya mengenai neraka dan hukuman. Apa yang salah mengenainya?" katanya.

Buku Irshad diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris dan dilancarkan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melarang Irshad mengadakan sebarang program, forum atau ceramah di negeri itu, termasuk program di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Monash, di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu.

Program dijadualkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dibatalkan.

Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Ini suatu keajaiban di Hari Belia Negara





Gadis buka tudung dan gunting skirt???






Perempuan bertudung itu pasrah ketika kawan-kawan lelakinya memotong skirt kelabunya secara bergilir-gilir. Skirt kelabu yang panjangnya hingga di bawah buku kaki itu dipotong berganti dengan gunting hingga di atas lutut.


Pelajar lain kelihatan membuka tudung, lalu mewarna rambut mereka, kemudian berpose "hot" dengan kamera handphone.



Tak cukup hanya potong skirt dan membuka tudung, selepas itu pelajar-pelajar SMA itu berjalan secara berpasangan. Mereka bergandingan tangan, duduk mesra berpelukan di pinggir pantai.



Itulah suasana Sambutan kelulusan di Pantai Talang Siring, Teluk Larangan, daerah Pamekasan.. "Saya belum tahu lulus atau tidak kerana surat kelulusan dihantar terus ke rumah, tapi ya memang begini caranya, ikut tradisi," kata Miftahul Khoir, salah seorang pelajar.

Jom kita saksikan Sedikit gambarannya...cekidot...












SUMBER DARI : 

                                                   




HARAP-HARAP TIDAK BERLAKU DI MALAYSIA :)

Friday, May 25, 2012

Khalid Ibrahim janji.......pusat maksiat di Selangor???




Polis pergi layan rumah urut di Selangor???



Khairy Jamaluddin 'belasah' Rafizi Ramli




PAS & rakyat Malaysia ditipu oleh DAP???


Rupanya inilah YAB Perdana Menteri Malaysia seandainya Pakatan Rakyat berjaya menjadi Kerajaan di Malaysia...

Cita-cita ini sudah lama di tanam dan dengan kuasa ALLAH SWT, Karpal Singh sudah hampir tersasul sedikit mengenai hasrat PR yang akan menjadikan Lim Guan Eng sebagai YAB Perdana Menteri...



Video ini pula menceritakan bagaimana Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS menyatakan komen dari pihak PAS terhadap isu ini...




p/s : Tiada salahnya bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, itu kata Karpal Singh. Apa pula komen Anwar Ibrahim? Haji Nik Aziz Nik Mat? Haji Abdul Hadi Awang? Azmin Ali?




YA ALLAH, DENGAN KUASAMU YA RABBI, TERUSKANLAH TUNJUK KEPADA KAMI PIHAK YANG BENAR... AMIN!

Ambiga kena saman RM122,000.00!!






Kerajaan Malaysia telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasanya kerana gagal mengawal perhimpunan yang dianjur pada 28 April lepas sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.

Dalam pernyataan tuntutan itu kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai plantif menamakan Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K.Arumugam, S.Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo sebagai defendan.

Kerajaan memohon ganti rugi khas berjumlah RM122,000 untuk kos pembaikan kenderaan polis, faedah, kos dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Writ saman difailkan pada 15 Mei lepas melalui Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak kerajaan Malaysia. Pihak media memperoleh writ saman itu semalam. Ambiga ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima writ saman itu kira-kira pukul 3.25 petang.

Kerajaan Malaysia turut memohon satu deklarasi bahawa defendan-defendan sebagai penganjur Bersih 3.0 telah mengingkari Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana mereka mempunyai tanggungjawab antara lainnya untuk memastikan bahawa perhimpunan yang diadakan tidak akan menyebabkan kerosakan kepada harta benda.

Dalam pernyataan tuntutan, Kerajaan mendakwa perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka itu menjadi tidak aman kerana peserta perhimpunan telah merempuh halangan/sekatan oleh polis.

Kerajaan mendakwa defendan telah cuai menjalankan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan kerosakan harta benda. Mereka juga gagal mengawal peserta perhimpunan yang terlalu ramai dan gagal mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman.

Akibatnya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kos pembaikan kenderaan sebanyak RM122,000. Kes ini akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Dr Prasad Sandosham Abraham pada 13 Jun.


Bukti kerajaan memang kejam terhadap mahasiswa!





Kerajaan memang kejam terhadap mahasiswa dalam negara ini kerana sampai hati tak bagi tahu angka jumlah sebenar yuran pengajian di IPTA selama ini. Yang hanya kerajaan minta ibu bapa mahasiswa bayar adalah hanya beberapa peratus sahaja dari jumlah sebenar yang sepatutnya di bayar.


Guan Eng rancang pinggirkan Bumiputera elak miliki rumah di Penang?





YB & segmen di Hari Belia Negara 2012





Thursday, May 24, 2012

Ahli pembangkang tak tahu malu???



Jika benar bagai di kata oleh anda iaitu kerajaan rasuah, pecah amanah, makan duit rakyat, kejam, zalim, tidak menjaga kebajikan rakyat; kenapa harus terima apa yang diberi oleh kerajaan?

Ohhh... Itu tugas dan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat?

Jika benar itu tugas dan tanggungjawab kerajaan yang anda sendiri tidak percaya, anda adalah HIPOKRIT bilamana anda mengambil apa yang diberikan...


Wassalam

Irshad Manji admire Anwar Ibrahim???





Ada hikmah juga kedatangan Irshad Manji ke Malaysia, salah satunya buka jalan untuk lebih mengenali networking Anwar Ibrahim.

Irshad Manji bukan keseorangan, dia ada networking di seluruh di dunia. Di Indonesia, tokoh sepertinya adalah Ulil Abshar Abdalla yang mempunyai badan pemikirnya, Jaringan Islam Liberal (JIL), di India, Salman Rushdie yang kini merupakan “exile figure”(tokoh terbuang dan mendapat perlindungan asing) di Eropah kerana bukunya, ‘The Satanic Verses‘ (Surah-surah Syaitan). Di Malaysia, Anwar Ibrahim.
Bukan kebetulan, Ketua Umum PKR itu juga mempunyai badan pemikir, Institut Kajian Dasar (IKD) dan rangkaian ‘tool‘ lain yang mungkin berkait dengan badan induk, IKD atau bergerak berasingan, tetapi mencapai matlamat yang sama.
Ketua yang satu
Kedudukan Ezra Ibrahim hatta bapanya, Zaid Ibrahim hanya bersifat ‘tool’ yang perlu bernaung secara rasmi atau tidak kepada ‘ketua yang satu’.
Sebab itu, apabila Zaid berbalah dengan Azmin dan Anwar berpihak kepada Azmin, penghujung jalan Zaid adalah keluar PKR, buka parti sendiri namanya KITA.
Namun, matlamat KITA dan PKR adalah sama iaitu ‘Liberal’ yang bergantung sepenuhnya kepada dana asing. Di sini dilema Zaid, apabila penaja asing terpaksa memilih satu parti untuk disokong dan perlu bergantung kepada ‘ketua yang satu’.
“Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.
“Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan’. Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan,” kata Zaid ketika meluahkan perasaan mahu membubarkan KITA.
Sebab itu, untuk ‘kembali ke pangkal jalan’, Zaid perlu mohon maaf kepada Anwar, walaupun tokoh itu pernah dilanyaknya sebelum ini. Tetapi tidak perlu pohon maaf kepada Azmin kerana Timbalan Presiden PKR itu juga bersifat ‘tool’, setaraf Zaid.
Justeru, apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Zaid akan kembali kepada PKR melalui Nurul Izzah, bukan satu perkara yang mengejutkan.
Exile figure
Ezra miliki ZI Publications untuk terbitkan buku Irshad Manji dan buku-buku dari penulis aktivis LGBT yang lain dan dalam masa sama miliki PopDigital Sdn Bhd untuk terbitkan PopTeeVee.
Di PopTeeVee itulah tempat SETPOL Nurul Izzah pernah bekerja dan itulah hujah RPK dalam menghubung jalin, perkaitan Zaid, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim.
Siapa berani menafikan fakta RPK ini ? Fakta dari seorang aktivis yang mempunyai matlamat yang sama, pengasas FAC (Free Anwar Campaign) dan seorang ‘exile figure‘ yang kini mendapat perlindungan Eropah.
Jika diteliti lanjut, perjalanan hidup RPK hampir sama dengan Salman Rushdie, malah juga sama dengan Anwar selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004.

Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)