Followers

DAULAT TUANKU!

DAULAT TUANKU!
Mencipta sejarah kerana bergelar SPB YDPA kali ke-2

TIANG AGAMA

Sunday, June 17, 2012

Peringatan 4 Ulama dunia kepada Malaysia...



' Mamat Ini ' Kelirukan Umat Islam !




YBhg. Ustaz Ismail Mina adalah sahabat lama YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun beliau bangkit menyampaikan hujah-hujah beliau mengenai siapa diri sebenar Anwar Ibrahim.

Beliau bukanlah pemimpin politik mana-mana parti, tetapi atas dasar Agama Islam, beliau sanggup ke seluruh negar

Sunday, June 10, 2012

Bila KHALED gertak, KHALID terdesak











HIMSAK setuju tindakan Menteri KPT






KOTA BHARU – Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) menyifatkan gertakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghentikan sementara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah kena pada tempatnya.
Presidennya, Faizal Daud berkata, tindakan itu wajar dilakukan bagi menguji kemampuan sebenar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam isu pemberian pendidikan percuma.
Katanya, ia memberikan pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya membuat janji kepada rakyat terutama generasi muda.
“Tindakan dan gertakan yang dibuat Datuk Seri Khaled Norden kena pada tempatnya. Ia menunjukkan betapa pentingnya PTPTN kepada rakyat terutama golongan pelajar.
“Pihak tertentu perlu sedar mereka tidak boleh senang-senang membuat janji bulan dan bintang kepada rakyat sekiranya mereka tidak mampu melaksanakan janji-janji yang dibuat,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru Unisel.
Mohamed Khaled berkata, penarikan balik itu berikutan rayuan dan penjelasan Unisel bahawa universiti berkenaan tidak berniat memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
“Unisel juga mengakui PTPTN penting untuk pelajar, justeru mengambil kira penjelasan dan keseriusan Unisel mengenai perkara ini, saya telah meminta PTPTN menarik balik pembekuan itu pagi ini,” katanya.
Khamis lalu, Mohamed Khaled dilapor mengesahkan PTPTN telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar Unisel bertujuan memberi peluang kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.
Pembekuan pinjaman itu mula disedari pelajar Unisel berdasarkan semakan di ruangan forum laman rasmi PTPTN yang memaklumkan permohonan pinjaman mereka ditangguhkan buat sementara waktu.
Mohamed Khaled dilaporkan berkata, berikutan penarikan balik pembekuan tersebut, pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel akan dilaksanakan seperti biasa tanpa syarat atau peraturan baru dikenakan.
Begitupun, tegas beliau, penarikan balik pembekuan itu tiada kaitan dengan kritikan yang dibuat pihak tertentu berikutan tindakan tersebut.
“Keputusan menarik balik pembekuan ini hanya setelah rayuan dibuat oleh Unisel di samping penjelasan yang telah diberikan universiti berkenaan berhubung pendidikan percuma,” katanya.
Sementara itu, Faizal berkata, pembekuan itu juga telah memberikan kesedaran kepada banyak pihak.
“Pembekuan itu menyedarkan mahasiswa atau pelajar bahawa tidak mudah untuk mendapat sesuatu yang percuma.
“Dalam masa yang sama dapat dilihat bahawa ramainya pelajar memerlukan PTPTN .
“PTPTN seharusnya perlu diteruskan bagi meneruskan kelangsungan pembelajaran tinggi rakyat Malaysia diteruskan seterusnya menjadi bangsa yang berpendidikan dan dihormati,” katanya.

Berita yang boleh membuatkan LIM GUAN ENG kecut perut





NIBONG TEBAL 10 Jun - UMNO Pulau Pinang berjaya menarik lebih 15,000 anggota baru sejak empat tahun lepas dan percaya sokongan orang ramai terhadap parti itu semakin meningkat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebahagian daripada mereka yang mendaftar menjadi anggota baru UMNO itu adalah anggota parti dan penyokong tegar pembangkang.

"Mereka terpanggil untuk memberi sokongan kepada UMNO setelah menyedari kerajaan negeri DAP tidak memberi perhatian kepada orang Melayu.

"Sehingga kini kita ada lebih 150,000 anggota UMNO di Pulau Pinang dan saya percaya lebih ramai lagi akan menyertai kita dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Udang di sini hari ini. - BERNAMA


BN Kedah dapat keistimewaan lagi?








ALOR SETAR 10 Jun - Barisan Nasional (BN) akan mempunyai manifesto khas bagi Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti bagi mengetengahkan apa yang akan dilakukan BN jika dapat menawan semula negeri ini.

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pada PRU-13 nanti, BN Kedah akan mempunyai dua manifesto iaitu manifesto di peringkat pusat dan manifesto khusus untuk Kedah.

"Kita akan bincang dengan (BN) pusat. Ia merupakan janji-janji kita jika menang di Kedah ini. Ia bukanlah janji kosong tetapi janji-janji yang memang kita sentiasa tunaikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini malam tadi.

Beliau berkata, lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Jumaat lepas adalah bagi membolehkan rakyat Kedah melihat sendiri janji-janji BN yang ditunaikan.

Sementara itu, Ahmad Bashah meminta pemimpin dan anggota UUMNO serta parti komponen BN supaya tidak terlalu memikirkan peristiwa hitam PRU-12 yang menyaksikan BN kehilangan penguasaan ke atas Kedah. - BERNAMA

Bekas Pemimpin Tertinggi PAS tolak LGBT jadi ketua




Anwar Ibrahim bersantai di Thailand





Mana dia FATWA mengenai K-POP Bertam Nite PKR???









BR1M fasa kedua bakal diterima oleh rakyat???





KULIM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.
“Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq,” katanya kepada lebih 30,000 pengunjungpada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini Jumaat.
Katanya, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang boleh menjamin perkara-perkara yang penting kepada rakyat seperti keamanan, kestabilan dan keharmonian.
“Hari ini saya tengok ramai yang berhimpun tetapi polis yang ada `happy’ (gembira) je. Takde rasa cemas, takde pun nak guna `shield’ (pelindung). Depa (mereka) sana, mereka buat huru hara, kacau bilau dan serang polis. Bolehkah sandarkan harapan kepada mereka (pembangkang) untuk menjaga negara,” katanya.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sukakan suasana hura-hara kerana negara ini merupakan sebuah negara yang makmur dan bukan seperti negara-negara yang berlakurevolusi Arab atau ‘Arab Spring’.
Najib berkata, Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan yang baik dan gajipenjawat awam dinaikkan berikutan pentadbiran BN yang cekap sedangkan penjawatawam di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah, bukan sahaja gaji tidak dinaikkan malah ada yang terpaksa dipotong gaji mereka.
Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain.
“Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman.
“Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat,” katanya. – BERNAMA

Ini tanda Tuanku Sultan Johor 'murka' kepada Nizar Jamaluddin?




Seperti yang umum sedia maklum, tindakan bekas MB Perak YB Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan dengan harga RM520K terhadap no plat WWW1 oleh DYMM Tuanku Sultan Negeri Johor baru-baru ini mendapat kritikan dan ketidakpuashatian ramai pihak terutama anak-anak Negeri Johor.

Malah, Tunku Mahkota Johor juga telah membalas kenyataan YB Nizar itu melalui laman Twitter Baginda ketika itu yang menjawab kembali segala persoalan yang cuba dipersoalkan oleh YB Nizar.

Dan kini DYMM Tuanku Sultan Johor telah memalukan sekali lagi YB Nizar dengan meletakkan no plat WWW1 itu ke sebuah kereta Proton keluaran negara kita, yang sebelum ini cuba dipersoalkan oleh YB Nizar takkan no plat semahal itu hendak diletakkan di sebuah kereta Proton atau sebiji motor.

Nizar Jamaluddin dikantoi dan dimalukan lagi...

Pengajarannya ialah, jangan kita terlalu ego dan biadap dengan Kesultanan Melayu...

Hayati lagu 1Malaysia




Thursday, June 7, 2012

Kerajaan tidak pernah abai tanggungjawab kepada rakyat: TPM




KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memastikan ekonomi negara sentiasa berkembang pesat serta mampu menyediakan peluang pekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, Malaysia beruntung kerana pucuk pimpinan negara tidak pernah mengetepikan kepentingan untuk menyediakan peluang-peluang ekonomi kepada rakyat, khususnya golongan muda, bagi memastikan kehidupan mereka lebih terjamin.
"Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kini, banyak negara termasuk Amerika Syarikat dan Eropah berhadapan dengan masalah kewangan yang amat dahsyat, menjadi bankrap dan pertumbuhan ekonomi mereka begitu lembap, selain tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang diperlukan oleh rakyat.
"Dalam situasi ini Malaysia beruntung kerana kerajaan sentiasa bertanggungjawab menentukan negara kekal makmur, pelbagai inisiatif diambil untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, dan rakyat, terutamanya anak-anak muda mempunyai peluang pekerjaan yang terjamin, boleh ada pendapatan tetap," katanya. 

Berucap pada majlis ramah mesra bersama warga Gombak anjuran Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati di sini, hari ini, Muhyiddin berkata pertumbuhan pesat ekonomi negara pada kadar 5.1 peratus tahun lalu dan 4.7 peratus untuk penggal pertama tahun ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan. - BERNAMA 

Sumbangan Anwar Ibrahim




ISU PTPTN : PR ADALAH POPULIS???




Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.

"Sekarang mereka bising mahukan PTPTN, dalam sekelip mata mereka tukar belang," kata beliau menerusi mesej Twitter lewat malam tadi.

Sehubungan itu kata Khaled, kini kelihatan semua pihak mahu PTPTN diteruskan dan mengambil pinjaman daripada perbadaan tersebut.

"Nampaknya boleh dikatakan semua nak PTPTN dan mahu pinjam dari PTPTN.

"Mengapa mereka berubah? Sebab mereka populis," kata beliau lagi.

Khaled menjawab menerusi Twitter beberapa jam selepas pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).



Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pagi tadi, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. SINAR


Wednesday, June 6, 2012

MB Kedah marah lagi pasal isu rumah urut???





CHANGLUN 5 Jun - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan tegas menafikan dakwaan kegagalan Kerajaan Negeri Kedah membasmi kegiatan perniagaan rumah urut tidak terkawal di samping pertumbuhan Pusat Hiburan sepertimana yang dituduh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) semalam.
Sambil mengecam tuduhan tersebut, beliau menjelaskan beberapa NGO yang membuat pertuduhan sedemikian tidak mengemaskini fakta berkaitan status berkaitan isu tersebut.
"Kita (kerajaan negeri) ambil berat mengenai perkara tersebut, mereka saja yang tak tau," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Ladang Nenas di Bukit Tangga, dekat sini hari ini.
Beliau mengiringi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah melawat ladang berkenaan.
Azizan berkata demikian susulan daripada satu demonstrasi melibatkan 6 buah NGO itu semalam yang mendesak kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai isu itu turut menyifatkan NGO terbabit tidak ada kerja lain dan hanya mahu mencari kesalahan yang dilakukan kerajaan negeri sahaja.
Azizan juga mendakwa Kerajaan Negeri tidak ada sebarang keperluan untuk melihat 11 tuntutan yang disuarakan NGO yang terlibat semalam malah tidak mengenalpasti tuntutan tersebut.
Beliau juga meminta wakil media mendapatkan penjelasan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mengenai isu berkenaan.
"Dia (NGO) yang cakap, you wartawan pi periksa tengok lah... Saya bukan ketua agama. Dekat mana pusat hiburan tu bertambah?," katanya.
Antara lain, enam NGO terbabit mendakwa hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen, manakala banyak lagi beroperasi secara haram selain ada yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.
NGO yang terlibat dalam demonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah, Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah.

Sistem pengangkutan awam di Malaysia : Ini pandangan orang ramai





GEMPAR... Lagi ulama' hentam parti politik





INI PANDANGAN DARI SEORANG ULAMA' NEGARA KITA MENGENAI PENGANJURAN MAJLIS YANG DIISI DENGAN NYANYIAN DAN TARIAN YANG BOLEH MENGHAIRAHKAN DAN HARAM DI SISI AGAMA ISLAM...






CAKAP TAK SERUPA BIKIN... HARI TU MENGHENTAM PENGANJURAN K-POP DI PUTRAJAYA, TAK SAMPAI SEBULAN, DEPA PULA BUAT BENDA YANG LEBIH KURANG SAMA...

Ustaz Azhar Idrus belasah PKR mengenai isu K-POP PKR?


Ustaz Azhar Idrus







Hukum yang disebut oleh YBhg. Ustaz Azhar Idrus mengenai penganjuran K-Pop dan tarian joget yang mendedahkan aurat adalah haram di sisi agama Islam.

Oleh itu, penganjuran Bertam Nite 2012 PKR baru-baru ini yang turut menyajikan joget separuh bogel kepada para jemputan boleh dikatakan juga sebagai suatu yang haram (jika di rujuk kepada pernyataan Ustaz Azhar Idrus tersebut).

Dalam bab mengenai halal haram ini, kita amat berharap para ulama' dan para ilmuan Islam agar tidak berat sebelah atau bercampur baur dengan ideologi politik.

Harus benar-benar berpegang kepada dalil yang terdapat dalam agama Islam melalui Al Quran dan As Sunnah.



p/s : menanti juga apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai 'K-POP' di Bertam Nite 2012 itu...


Aksi separuh bogel di majlis PKR???






Sunday, June 3, 2012

Himpunan Hijau PAS : Takutkan DAP atau gembirakan DAP?


 Ada maskot? PAS sudah semakin 'moden'..???



 Kehadiran Mursyidul Am dan Presiden PAS dengan diiringi para pemimpin tertinggi di Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star baru-baru ini...



Ini kehadiran ahli PAS semasa perhimpunan tersebut. Siap ada percikan bunga api...




Persoalannya di sini ialah, seramai-ramai yang hadir memeriahkan himpunan tersebut, adakah ia mampu menakutkan DAP atau menambahkan lagi kegembiraan DAP?

DAP mungkin agak takut dengan kekuatan yang PAS ada (jika merujuk kepada gambar di atas) iaitu kuasa undi dan sokongan yang ditunjukkan... Takut sebab PAS akan berpaling tadah dan menentang DAP kembali...

DAP mungkin juga agak gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh PAS ini kerana PAS antara kawan parti yang mampu memudahkan DAP menjadi kuasa di Malaysia nanti...


Persoalannya, adakah dengan kekuatan PAS (yang ditunjukkan ini) MENAKUTKAN DAP ATAU MENGEMBIRAKAN DAP???!



p/s : Jangan pula bila idea-idea untuk menaikkan Islam di berikan ada pihak dari DAP menegur dan terus idea-idea itu ditarik balik seperti yang berlaku terhadap idea menjadikan Malaysia sebagai NEGARA ISLAM!



Bukti parti politik yang mengamalkan KRONISME!!








Saturday, June 2, 2012

Benarkah Freemason di Malaysia?





Adakah ini suatu kebetulan atau ia memang perancangan rapi dari tangan-tangan ghaib yang mempunyai agenda kotor tersembunyi terhadap agama Islam dan negara Malaysia?


Persoalan ini hanya Yang Maha Esa mengetahui...


Friday, June 1, 2012

Tun Mahathir berdebat dengan Yahudi..





Nizar Jamaluddin kantoi dalam dewan DUN





Inilah Melayu, cakap tak serupa bikin...





Wajib tonton video ini... 3 kepala???






Analogi mudah dalam video ini cukup jelas untuk membuatkan kita faham mengenai senario politik di negara yang pernah di jajah teruk dan lama oleh kuasa asing ini.

Sekiranya kita mempunyai kuasa dan harta serta pangkat, tetapi kita tiada sikap kebersamaan, kehormatan dan kekuatan setiakawan, maka sesuatu keputusan dan arahan kepada para ahli cukup susah untuk mencapai satu suara dan kehendak.

Berbeza sekiranya kita mempunyai hala tuju sama dan semangat setia kawan yang erat, walau sebesar dan sebanyak manapun cabang parti politik itu, maka ia mudah untuk mengeluarkan satu suara, pandangan, ideologi dan hala tuju.


Label SARFAMS...>

1Malaysia (19) Agama (31) Akhbar (63) Al-Quran (6) Allah (10) Altantuya (3) Anwar (35) Anwar Ibrahim (1) artis (3) ASPIRASI (1) AUKU (22) Bahasa (4) bajet (1) Bapa Demokrasi Malaysia (1) belia kampung (1) Bendera (2) BERSIH (5) Bertanding (5) Blogger Pembela Negara (BPN) (4) BN (18) bola sepak (1) buah-buahan (1) Bush (1) calon (7) DAP (5) Datuk Paduka Abu Bakar Taib (1) Deepavali (1) DNA (1) Dr.Mahathir (16) DUN (2) FaceBook (4) Forum (2) gaji menteri (1) gaji PM (1) gambar (3) GMUKM (3) Hak istimewa orang Melayu (2) hiburan (1) Iblis (1) IPTA (35) Islam (28) Israel (1) jenayah (1) kampus (12) kedah (14) Kelab PESEPSI (2) kerajaan Malaysia (9) kesihatan (1) Ketua Pemuda (4) Ketua Umno (4) Ketuanan Melayu (3) Khairy Jamaludin (2) khaled nordin (8) komunis (1) KPM (1) KPT (22) kristian (2) lagu (1) Langkawi (9) Lawak (1) Lynas (1) Mahapolitk (1) Mahasiswa (98) Majlis Raja-Raja (1) Makanan tambahan (1) Malaysia (6) masalah sosial (1) Mat Sabu (1) MB (7) MCA (1) media baru (1) Melayu (8) MIC (1) Minyak (2) MPP (12) Mufti (1) Mukhriz (3) Muslimat PAS (1) Najib (27) negara (1) negeri (2) Obama (2) Pak Lah (11) Pakatan Rakyat (7) Palestin (1) PAS (39) PDRM (1) Pekerjaan (1) Pelajar (2) Pemimpin (13) pemuda (1) Pengajian Tinggi (1) Perdana Menteri (7) PERKASA (1) Perutusan (2) pilihanraya (15) Pilihanraya kampus (12) PKR (16) PM (2) PMUKM (3) politik (241) politik kampus (29) politk (7) PR (2) Presiden (14) PTPTN (1) Puisi (1) Ramadhan (2) Razak Baginda (2) Rehat (2) Renungan (3) Resolusi (1) Rosmah (2) Rukunegara (1) Sabah (1) Samy Vellu (1) santai (16) Sarawak (3) Sarfa (10) SIRI KHAS (4) SPM (1) STPM (1) sukan (1) Sultan (2) syiah (1) Takziah (1) tazkirah (2) Tengku Razaleigh (1) The Star (2) TV (3) Ucapan (9) UKM (18) UMNO (64) universiti (3) USA (3) usahawan (2) USM (1) Utusan Malaysia (5) video (2) Wan Azizah Wan Ismail (1) Wanita (1) yb (2)